19 August 2010

10 Sebab Doa Ditolak

1. Kamu kenal Allah, tapi kamu tak melaksanakan hukum Allah.
2. Kamu kata cinta Nabi SAW, namun akhlaknya kamu tinggalkan.
3. Kamu rajin membaca al-qur'an, tapi kamu tak amalkan kandungannya.
4. Banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepadamu, tapi kamu tak syukuri.
5. Kamu tahu syaitan itu musuhmu, tapi kamu jadikan sebagai teman akrab.
6. Kamu yakin syurga itu ada, namun kamu tak berusaha untuk memasukinya.
7. Kamu yakin neraka itu wujud, namun kamu tak berusaha untuk menghindarinya.
8. Kamu mengerti bahawa mati itu benar adanya, namun kamu tak bersiap-siap untuk menghadapinya.
9. Kamu sibuk meneliti kesalahan orang lain, tetapi kamu tidak pernah muhasabah dirimu sendiri.
10. Kamu telah banyak mengurus jenazah atau menziarahi orang yang meninggal dunia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.





No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^