31 August 2010

Dahi Mencecah Ke Sejadah

Sumber : Facebook

Dahi mencecah ke sejadah..
Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan…
Berwuduklah kamu sebelum kamu disolatkan…
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan..
Dengan kain kafan yang serba putih…
Pada waktu itu tiada guna bersedih lagi…
Walau orang yang hadir pada hari itu merintih..
Selepas itu kamu akan diletakan di atas lantai..
Lalu..laksanalah solat jenazah…
Dengan 4 takbir dan satu salam..
Beserta fatihah,selawat dan doa..
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah..
Tetapi..apakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat
Sepanjang hidup..
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telat luput…!!
Sungguh tertipulah dirimu..
Jika beranggapan demikian..
Ku berseru kepadamu wahai muslimin
Dan muslimat..
Usunglah dirimu ke solat sebelum…
Kamu diusung ke liang lahad…menjadi
Makanan cacing dan ulat…
Tangisilah atas dosa-dosamu di dunia ini…
Usunglah dirimu ke masjid sebelum…
Kamu diusung ke tanah pusara…..
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan…
Dengan panggilan Izrail yang
Menakutkan…
Berimanlah kamu sebelum kamu
Ditalqinkan..
Kerna ia berguna untuk yang tinggal bukan
Yang pergi…
Beristighfarlah kamu sebelum kamu
Diistighfarkan…
Ingatlah dimana kamu berada..
Kamu tetap berpijak di bumi Allah
Menjunjung langit yang tinggi dan
Menikmati rezeki Tuhan…
Justeru..
Bila diseur..sambutlah seruanNya..
Sebelum Dia memanggil kamu buat kali terakhirnya..
Ingatlah..
Kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti..
Lalu menjadi segumpal darah..lalu darah itu menjadi
Seketul daging…
Kemudian menjadi
Tulang…
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai
Erti…
Ingatlah asal-usul yang tidak bernilai
Itu….
Tetapi Allah mengangkat kamu ke satu
Mercu..
Yang lebih agung dari Malaikat…
Lahirmu bukan untuk dunia…
Tetapi gunalah ia untuk layari bahtera di
Akhirat…
Sambutlah seruan hayya’asolah..
Dengan penuh rela dan bersedia…
Sambutlah seruan hayya’alalfalah..
Janji kemenangan akhirat dan dunia..
Ingtlah..yang kekal ialah amal…menjadi
Bekal sepanjang jalan..
Yang akan menjadi teman perjalanan..
Sedarlah tiada guna harta yang
Bertimbun…
Kondominium,kad kredit,kereta mewah,
Takhta..
Isteri, saham, dan niaga..
Simpanan berjuta-juta..tiada guna..
Kalau dahi tak mencecah sejadah ..
Di dunia…

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^