31 August 2010

Dunia Akhir Zaman

Sumber : Facebook

Lihat dunia hari ini,
Keganasan di sana sini,
Rakyat palestin dibunuh ditindas setiap hari,
Tanah air mereka diceroboh,
Oleh Israel bersyaitankan Yahudi,
Mereka seperti merempat di negara sendiri,
Adakah kita hanya mampu membantah di dalam hati??
Setelah maruah umat Islam dicemari,
Sedarlah wahai muslimin,
Bangkitlah dari bermimpi,
Kita perlu menguasai teknologi,
Untuk mempertahankan umat islam dari terus dicabuli,
Bukan bergantung di Eropah untuk memajukan bumi sendiri ,
Kita juga perlu bersatu hati,
Bukan bergaduh macam itik serati,
Seperti sesetengah pemimpin dunia hari ini,
Yang langsung menolak hukum hudud ke tepi,
Realitinya kini,disko dan pusat judi di sana sini,
Artis-artis pula disanjung tinggi,
Manakala para ulama’ dihina dan dicaci,
Muda mudi berpesta hingga ke pagi hari,
Sumbang mahram semakin menjadi-jadi,
Gadis-gadis berpakaian terdedah dan seksi,
Membeliakan mata dan membutakan hati,
Ada yang bertudung tapi masih menayangkan body,
Apa yang nak jadi dengan masyarakat hari ini,
Bodoh agama macam labi-labi,
Tak tahu hukum agama&tuntutan Ilahi,
Berfoya-foya sampai tak ingat mati,
Adakah ini islam hadhari??
Atau tanda kiamat semakin hampir,
Aku masih tak mengerti masyarakat hari ini,
Masih juga tidak insaf-insaf lagi,
Walaupun diturunkan bencana Tsunami,
Masih konsert sana,konsert sini,
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula,
Bukan berkhutbah cuma menyindir sahaja,
Bukan apa cuma nak menyedarkan yang masih alpa,
Jagalah nama,hidup untuk menegakan agama,
Ku mengerti siapa ku di sini hanya mampu memerhati,
Sementara ini adalah puisi.


No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^