05 September 2010

5 Perkara Rosakkan Akidah Muslimin & Muslimah

Ada pepatah yang mengatakan "Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri" jadi bagaimanakah kita boleh menghancurkan diri sendiri? SEGALA-GALANYA  MENERUSI HATI!!..

JANGAN RESAH DAN GELISAH - Usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.  

JANGAN SEDIH DAN MERASA DERITA - Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar,berdoa dan memohon pertolongan daripada-NYA.

JANGAN LEMAH DAN MALAS - Aktifkan diri dengan beribadat , berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah. 

JANGAN BANYAK BERHUTANG - Nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta ,pangkat dan duniawi. 

JANGAN KEDEKUT DAN PENGECUT - Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredaan Allah juga bergantung pada keredaan mereka(ibu bapa) .
Baginda Rasulullah SAW mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara di atas:

"Ya Allah , aku berlindung kepada-MU daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang"..Amin.



No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^