05 September 2010

Aku, Lelaki dan Cinta (Jika Pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang, bagaimana kita dapat merasa bahagia?)

Sumber : Facebook


Sudah 5tahun saat itu berlalu. Hari ini aku termanggu sendirian. Ternyata suamiku Azim tidak sehebat yang aku angankan. Dia tak mampu memberiku kebahagiaan. Pujuk rayu & sifat penyayangnya hakis hari demi hari. Pejabatnya lebih penting daripadaku. Kereta yg sering ditukar ganti terasa sebagai isteri keduanya.

Aku rasa seperti bermadu dengan kereta. Azim mengambil berat apabila keretanya tercalar ttapi apabila hatiku terluka dia buat tak tahu. Aku tidak lebih dari hanya seorang pengasuh kpd anak2 kami. Setiap kali aku membuka mulut ingin meluahkan perasaan & ingin mengingatkn kembali hrpn yg kami sulam sblm berkahwin, Azim dgn suara tinggi berkata: "Apa lagi ni... apa lagi yg tak cukup?"   Dan aku akn menangis sepanjang hari. Aku mkn hati. Aku rasa seperti pengemis cinta kpd org yg x sepatutnya memberi cintanya kpdku dgn hati terbuka.

Orang Ketiga

Kali ini aku hampir hilang pertimbangan. Azim menjauh dariku apabila mendapat panggilan telefon. Dia tidak mahu aku mendengar apa yg dibualkan. Biasanya panggilan begini, dia akan berada di luar rumah lama2 sambil berbual. Mesra gayanya & kekadang ketawa seperti ada cerita lucu. Suatu hari Ahad, Azim keletihan dan tertidur. Aku mengambil peluang memeriksa telefon bimbitnya - perkara yg x pernah aku lakukn sblm ini.

Aku mendail. nombor yg ctatan masa perbualannya lama & paling byk dlm log senarai dipanggil. "Sayang, you kata hari ini nak berehat. buat apa call. Rindu la tu." Mesra & mnja sekali suara perempuan yg mengangkat telefon. telefon bimbit terlepas dari tangan dan kakiku menjadi lembik lalu terduduk. ternyata Azim ada wanita lain dlm hidupnya.

Hari isnin berikutnya, selepas menghantar ank ke sekolah, aku memecut keretaku tnpa tujuan pasti. Aku tersedar apabila ternampak kawasan rehat (R&R) di hadapan. Aku meletakkan kereta berdekatan dgn surau. Aku menapak ke surau dgn longlai & duduk bersandar. Aku menagis lagi..

Kakak di R&R

"Dik, kenapa ni?"
Aku disapa oleh seseorg org. Org itu duduk disebelahku memaut bahuku.

"Sedih ya?"
Suara yg pnuh prihatin itu membuatku tersentuh. Aku tiba2 rasa ingin memeluknya. Dia menepuk2 belakangku.

"Menangislah puas2. lps tu ceritakn pd akak apa yg berlaku."
itulah apa yg kulakukan sehingga aku merasa lega. kuluahkan segalanya. Dia mendengar penuh perhatian. Utk sekian lama aku merasa ada org yg sudi mendengar luahan hatiku.

"Jadi, Ima mengharapkan suami dpt berikan kebahagiaan & cinta."

"Ya kak. Dia segala-galanya bg saya."

Bagaimana mungkin Ima. Suami Ima, atau mana2 manusia x mungkin mampu memberikan kebahagiaan & cinta utk dirinya sendiri pun dia mengharapkannya dari org lain..."

"Kakak x knl suami Ima. Tapi tidak byk bezanya dia dgn manusia lain. Knp dia ada wanita lain, Ima tau? krn dia juga mengharapkan kebahagiaan itu diberi oleh org lain. Dia pun x dpt bahagiakan diri sendiri... knp Ima letakkan seluruh harapan kpd dia? Soal meterial mungkin dia boleh berikan. Tapi soal bahagia & cinta adalah soal hati."

"Habis.. saya x kn bahagia dgn suami?"
"Boleh, tp mintalah bahagia itu dpd Pemilik cinta dan bahagia."
"Maksud akak?"
"Ima... cuba jwb soalan akak. Di mana Ima letakkan Allah dlm pencarian cinta Ima? selama ini, suami atau Allah yg Ima lbh utamakan? Jika pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang, bagaimana kita dpt merasa bahagia? Hati kita milik Allah, Ima. Ambillah cinta & bahagia dr sumbernya yg asal... InsyaAllah kita tdk akn kecewa."

Perbualan dgn kakak di R&R berlangsung lama.
"Apabila Allah mencintai seseorg hamba, maka Allah berseru kpd Jibril; 'Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.' Jibril pun mencintainya Kemudian Jibril berseru kpd penghuni langit: 'Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, Maka kalian cintailah dia.' Kemudian di tanamkanlah cinta penghuni bumi kpdnya."

Maksud hadis yg akak ceritakan ni, katanya riwayat Bukhari.. meresap jauh ke dalam hatiku. Aku berasa semakin tenang. Terasa seperti air dingin menyirami hati.

Kakak juga membekalkan ku doa Nabi Daud a.s ttg cinta. Katanya doa ini disebut dlm hadis riwayat tarmizi.
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kpdMu cintaMu dan cinta org2 yg mencintaiMu & aku memohon kpdMu perbuatan yg dpt menghantarku kpd CintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih aku cintai dari diriku & keluargaku serta air dingin"

Aku tak pasti adakah aku mampu melakukan semua nasihat kakak di surau R&R. Yg penting aku mendapat satu perspektif baru yg lebih bertapak di bumi nyata tentang cinta.

Memohon Kekuatan..

"Yang penting, buat dulu.. Apabila kita berrbuat, kita akn mendapat pengalaman. pengalaman akn membawa kpd keyakinan. Apabila hati telah yakin, cabaran hidup tidak akn melemahkan kita."

Itu pesan kakak di R&R. Lagipun apa pilihan yg aku ada? Aku masuk semula ke dalam kereta. Wajah ank2 tergambar di fikiranku. Kebaikan Azim terhadapku mengisi fikiran warasku.

Aku mengulang2 doa mhn perlindungan dr syaitan wathin yg tugasnya menghasut org yg sedang dilanda ujian. Aku berlindung dgn Allah dr syaitan Wathin yg terkutuk, ank2nya, sekutunya & tenteranya.

Jauh di sudut hati paling dalam, aku mengakui belum memaafkan Azim sepenuhnya tetapi aku menyimpan harapan utk memohon kekuatan dari Allah. Jodoh pertemuan, ajal maut adalah urusan Allah. Apa yg diizinNya berlaku pasti berlaku dan apa yg tdk diizinknNya tidak akn berlaku.

Allah lah yg menggerakkan tanganku memandu ke R&R... diluar akal sedarku, selamat tanpa sebarang kemalangan. Rupanya Dia ingin mempertemukan aku dgn seseorg yg membuat aku melihat kehidupan dari sudut pandangan org lain.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud... Pemilik hakiki cinta & ksih syg yg selama ini aku harapkan dari makhluk bergelar lelaki & suami. Dengan belas ihsanMu ya Allah.. kuatkan hatiku dgn kudratMu utk memulakan arah cinta yg abadi & murni. Urusan utamaku adalah denganMu Allah, bukan dgn lelaki yg juga lemah sprti aku.

Moral cerita ini. Cintailah Allah & Rasul melebihi segala Makhluk seisi alam. Letakkan lah cinta pd suami setelah Allah & Rasul seperti yg dinyatakan dlm buku Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul oleh Fatimah Syahrah. Wallahu'alam.

Di petik dr Majalah Anis September 2010 halaman 4&5.


No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^