06 September 2010

Banyak Cakap Banyak Kelemahan


Jaga lidah daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, cakap kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba. Bukanlah kita dibenarkan bercakap, tetapi jika terlalu banyak bercakap, tentulah banyak juga kesalahan yang bakal terkeluar daripada percakapan itu, dan natijahnya, banyaklah juga dosa.

Pesan Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Riwayat Baihaqi)

Jika sudah banyak dosa, maka tentulah neraka yang paling layak untuk si mulut murai ini seperti sabda Rasulullah, “Tidaklah dihumbankan muka manusia dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelik) lidahnya.” (Riwayat at-Tarmizi)

Imam Nawawi juga ada berpesan, kita wajar menjaga lidah daripada sebarang cakap sia-sia, kecuali jika cakap itu mendatangkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka lebih baiklah berdiam diri.


Yang pasti, jika tidak ada lagi yang hendak diperkatakan, eloklah berdiam diri saja. Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



2 comments:

  1. assalamualaikum.
    salam perkongsian.
    sabda Rasul" man kaana yu'minu billahi wa bil yaumil aakhiri, fal ya kul khair au li yasmut"

    Jadi Rasul menyuruh bercakap yang baik-baik je,
    kalau tidak bisa diam.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam w.b.t
    salam ukhwah..
    tq atas perkongsian hadis Nabi SAW..
    =)..sebaik2 ikutan itu adalah Rasulullah SAW..

    ReplyDelete

Macih sudi komen ^^