14 September 2010

Merdeka Bersama RAHMAN



Surah Ar-Rahman:

[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.  
[2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.  
[3]Dia lah yang telah menciptakan manusia; -  
[4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

Agung Pertama Kita Tuanku Abdul RAHMAN,
Perdana Menteri pertama kita pula Tunku Abdul RAHMAN,
Merdekanya Kita adalah Bersama RAHMAN,
RAHMAN adalah rahmat dari Allah Kepada Kita Orang Timur.

RAHMAN adalah satu Keramat kepada Kita,
Kerana RAHMAN Berdirinya Beberapa Pemimpin kita,
Merdekanya Kita Bersama RAHMAN suatu Petanda,
Rahmat Allah Memenuhi Bumi merdeka bumi Malaysia.

Apakah Maksud Tersirat dari perkataan RAHMAN?
Apakah R? A? H? M? A? Dan N??
Hasilnya Adalah nama beberapa Pemimpin bumi Merdeka kita ini,
Nama Enam Pemimpin melalui RAHMAN ini..

R: RAHMAN, Tunku Abdul Rahman,
A: ialah Tun Abdul Razak
H: pula Tun Husein Onn'
M: iaitu Tun Mahathir
A: itu Tun Abdullah
N: Najib Tun Abdul Razak

Semoga Allah Memberkati,Merahmati Pemimpin kita ini,
Semoga Mendapat Pimpinan dari Allah, Semoga Teguh Berdiri Dengan Izin Allah memimpin kami semua,
Agar Sentiasa Makmur Dan Sentosa Sepanjang Masa...InsyaAllah..
Siapakah Pula Pemimpin Seterusnya yang Ke-TUJUH? Hanya Allah yang Tahu...
Merdeka Kita Bersama Rahman..Rahmat Allah Memayungi Bumi Malaysia...
Bumi Simpanan Allah..Janji Allah Pasti Berlaku...AMIN...

*Karya Ini Pernah Memenangi Tempat Ke-Tiga Dalam Mendeklemasi Sajak Kemerdekaan Di Sebuah Istitusi Pengajiaan Awam
Melaka Bandaraya Bersejarah.
*Sajak Ini Berunsurkan Kerohaniaan Patriotiksme.
*Karya Asal A.Afiq Al-Kelantani



SUMBER
FACEBOOK AHMAD AFIQ

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^