31 August 2010

Hayatilah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebak dada bila membaca. Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah.

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat diatas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa akudi tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta plat TOL 1-800-88, lalu bertembung dengan lori angkut BABI. Sebelum tu lagi. Aku sempat meneguk air KENCING SYAITAN 4 botol dan bercanda dengan GRO di sebuah kelab malam. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada kuteramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh.nafasku sesak.Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap. .......Asyhadual lailahaillallah. ... ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernahmerotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... .. Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidakmahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini."Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu, selamatkan lah daku. "Yassin..... .". bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itusuara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi..Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air??Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu.......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi......" . Ayah.......kau datang ayah......." . "Matilah dalam agama yahudi anakku..matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kaukah tadi??Kenapa kau berubah laku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailaha illallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya" Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk..dan kemudian datanglah malaikat maut dihujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahiwainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....". "Assalamualaikum. ....."."Siapa yang memberi salam itu?"."Aku"."Kau siapa wahai pemuda???".Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini..rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya......jijik, loya, aku rasa........ teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?"."Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini"."Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari"."Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wadini mendengarnya."Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji........ ..". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Betapa ramai pompuan telah ku rosakkan kehormatannya. Hukum agama apa yg aku tak hina..?? puasa... ??? HUDUD....?? aku sanjung RIBA.... aku pandang hina orang bawahan di pejabat. Aku maki hamun dan meluat dengan alim ulama'. Aku tertipu dengan pangkat sebagai pengarah @ CEO syarikat. Aku ingat lagi kata-kataku "syarikat besar kita nie syarikat berAGAMA... bukannya syarikat cetak buku-buku AGAMA...!!!'.. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. No turning back... kata teman speaking. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah Yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu..kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!!jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kinibaru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan didalam keranda kayu. Kotak apa ini?" tak kanlah kotak ikan. Tak mungkin. Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori dibelakang..tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan di hujung selatan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yangbesaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan kedalam liang itu. "Perlahan-lahan" , aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang ke dalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqimitu benar, syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin, makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuh ku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan. "Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap! !!Panas!!! Tolong !!!! "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."


Hakikat Bahagia



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki


Darjat Di Sisi ALLAH SWT



Sabda Rasulullah SAW:

Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kalian aku tunjukkan amalan perbuatan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan kalian, serta meninggikan darjat kalian?" Para sahabat menjawab, "Tentulah kami mahu wahai utusan ALLAH." Rasulullah SAW bersabda, "Menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan sukar, memperbanyak jalan ke masjid, dan menunggu masuknya waktu solat seterusnya setelah mendirikan solat, maka itulah yang disebut sebagai ar-Ribath."

Hadis Riwayat Muslim.


Saat Kita......Yakinlah.......



Saat kte lemah, yakinlah ALLAH itu Maha Kuat..
Saat kte takut, yakinlah ALLAH itu Maha Kuasa..
Saat kte sedih, yakinlah ALLAH itu Maha Penawar..
Saat kte susah, yakinlah ALLAH itu Maha Ada..
Yakinlah dengan ALLAH sepanjang masa..
Yakinlah dengan asma ul-husna ALLAH..
Jangan sesekali berpaling dari-NYA..
Kerana setiap kekurangan kte rasa jawapan ada pada-NYA..


Setanggi Syurga


Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

Kalimah Cinta

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Damba Kasih

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


Diberi Pahala Berterusan

Wanita disebut "kurang dari sudut agama", tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan takwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh sebab pada waktu2 lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, TUHAN tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu. Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar dalam menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang TUHAN sediakan untuknya.


Tika Wajah Penat Memikirkan Dunia



"Tika wajah penat memikirkan dunia..Maka berwudhu'lah..Tika tangan letih menggapai cita2..Maka serulah ALLAHUAKHBAR..Tika bahu tiada kuasa memikul amanah..Maka bersujudlah..Tika hati dan perasaan terasa sangat2 penat kerana terpaksa berperang dengan godaan syaitan dan nafsu seorang diri..Maka sedarlah sebenarnya anda tidak sendiri, ALLAH ada bersamamu..Yakinlah dan teruskanlah bermujahadah..Berlindung dengan nama ALLAH, Yang Maha Melindungi dan Menyayangi.. Ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH SWT..Agar tunduk di saat yang lain angkuh..Agar teguh di saat yang lain runtuh..Agar tegar di saat yang lain masih terhampar" ALLAHUAKHBAR!!

C.I.N.T.A

Manusia diciptakan dengan naluri untuk menyayangi dan mencintai makhluk yang lain. Ia adalah satu sifat semula jadi insan. Satu sifat yang tidak  boleh kita nafikan dalam diri kita. Sama ada seseorang itu cinta kepada dirinya sendiri, atau cinta kepada orang lain, atau cinta kepada makhluk lain, atau cinta kepada Allah, semua itu adalah bukti perasaan cinta yang ada dalam diri kita. Persoalaannya adalah, bagaimana kita  memastikan cinta kita tidak tergelincir dari landasan Islam, yakni tidak membawa kemurkaan Allah.

Sebagai contoh, adalah satu perkara yang lumrah bagi lelaki menyintai wanita, dan begitu juga sebaliknya. Cinta sebegini yang memastikan zuriat manusia berkembang di dunia ini. Tetapi cinta sebegini juga menyebabkan banyak berlaku kemungkaran. Lihat sahaja sekeliling kita sekarang ini. Semakin ramai remaja dan anak muda yang melanggar norma-norma kesusilaan dan hukum Allah apabila mereka sedang bercinta.

Kita dapat lihat bagaimana mereka berpegang tangan, malah ada yang sanggup berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan di khalayak ramai. Dimanakah sifat malu mereka? Adakah mereka begitu tenggelam dalam perasaan cinta sehingga segala perasaan malu diketepikan? Dan yang sedihnya, bukan sahaja yang muda, bahkan yang sudah berumur pun melakukan sedemikan. Seolah-olah sudah tiada lagi perasaan malu dan kehormatan diri. Ketahuilah, bahawa salah satu tanda hampir kiamat adalah apabila dicabut perasaan malu dari kalangan wanita, sehingga mereka tiada perasaan segan silu untuk mendedahkan tubuh badan mereka di khalayak ramai, dan tiada segan silu untuk dengan mudah menyerahkan tubuh badan mereka kepada lelaki.

Inilah kesan kehidupan moden di negara ini. Kita semakin terdedah dengan berbagai gejala yang tidak sihat. Di mana-mana sahaja kita lihat, kita dihujani dengan mesej bahawa seolah-olah tidak salah untuk berpasangan dan untuk mendedahkan aurat. Dari poster-poster iklan, kepada akhbar-akhbar sehingga televisyen. Sekarang timbul pula internet. Semakin mudah seseorang itu terdedah dengan pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kalau kita sebagai orang dewasa, kemungkinan juga terpengaruh sedikit sebanyak, bayangkan bagaimana anak-anak remaja kita yang masih kebingungan. Siapakah yang akan menerangkan kepada meraka bahawa cara-cara bercinta yang dipaparkan di media massa adalah bertentangan dengan Islam?

Adakah tugas sekolah semata-mata? Adakah tugas masjid semata-mata? Tidak. Tidak cukup dengan pendidikan di luar. Yang terlebih penting adalah pendidikan langsung dari ibu bapa. Mereka yang sepatutnya memainkan peranan yang lebih dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak terpedaya dengan gejalan dan pemikiran yang tidak sihat. Kerana akhirnya, mereka lah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bukan guru sekolah. Bukan imam di masjid.

Sekiranya setiap dari kita memainkan peranan menasihati anak-anak kita dari kecil lagi, kita akan dapat mengurangkan masalah kerosakan akhlak di kalangan remaja kita. Dan ketahuilah bahawa untuk menasihati anak-anak kita, ada teknik-tekniknya. Kalau tidak mengikut teknik-teknik tersebut, ia akan lebih menjadi seperti leteran yang membosankan anak-anak kita. Maka kita perlu belajar teknik-teknik mendidik dan menasihat anak-anak. Agar tugas kita sebagai ibu-bapa akan lebih efektif lagi. Agar kelak apabila anak-anak kita sudah dewasa dan kita menjadi tua, kita tidak akan merasa sesal.





Dedikasi Buat Sahabatku Yang Kecewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku, Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah...


Wanita Terlanjur, Rasa jijik & Diterimakah Taubat?

SOALAN

Salam, saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu. Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang. Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.

-Soalan melalui ruangan komen di artikel lepas-

JAWAPAN

Pertamanya,saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenangdan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakinmeluntur dengan sangat teruknya.

Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

منسَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (RiwayatAt-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinyasohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Apa yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturutdengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islamadalah seperti berikut :-

1)Bertaubat dengan sungguh-sungguh.

Kesal dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.

2)Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.

Jika jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga, Maaf !.Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.

Jika tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi celaka dan melahirkan zuriat yang celaka juga semakin membesar. Awas!

Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu:-

لوكان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَإلا التُّرَابُ

Ertinya: Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati) ( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.

3)Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.

Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya,sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.

Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-

إنمامثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيكوإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أنتجد ريحا خبيثة

Ertinya: Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

Hasilnya,wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik.Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOALSEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGI MANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

4)Berkenaan ayat dan surah tertentu.

Ada yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak  mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu, maka baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.

Ayatnya adalah firman Allah:-

الزَّانِيَةُوَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمبِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِالْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya: "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" (Surah An-Nur : 2)

5)Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.

Saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.

Allah swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan melebihi murkanya.

KESIMPULAN

Saudari menyatakan saudari 'tidak rela' , ada dua perkara di sini :-

Pertama: kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA. Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK boleh memaksa.

Maka puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan, khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol. janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.

Kedua: Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikiradirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu ,sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si 'jantan' meneruskan aktiviti dosanya.

Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.

Sekian

ZaharuddinAbd Rahman

www.zaharuddin.net

7 Ogos 2010

Bahagian Pedoman (Kisah Anjing Musafir)

Sumber : Facebook (Syahida Farah)

Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.
Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. "Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?" tanya Abdullah bin Jaafar.

"Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi." Jawab si hamba.

"Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?" tanya Abdullah.

"Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok." jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: "Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya."

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

Dari : Ustaz Zaidi

Munajat Orang Yang Bercinta

Sumber : Facebook (Syahida Farah)

Di antara munajat yg dipanjatkan Rasulullah S.A.W kpd Tuhannya ialah:

"Ya Allah, sesungguhnya aku minta kpd-Mu cintaMu, cinta org yg mencintaiMu, & amalan yg mendekatknku kpd cinta-Mu."

"Dan aku meminta kpdMu lazatnya memandang kpd wajahMu, dan rindu bertemu Engkau."

Rabi'ah pernah bermunajat kpd Tuhannya dgn Mengucapkan:

"Jika aku menyembahMu krn takut api-Mu, maka bakarlah aku dgn api jahannam, dan jika aku menyembahMu krn mengharapkan syurgaMu, maka haramkanlah aku memasukinya. Adapun jika aku beribadah kpdMu krn Cinta kpdMu, maka jgnlah Engkau hrmkn aku utk myaksikn wajahMu. Wahai tuhan jadikanlah neraka itu utk musuh2 Mu & syurga utk para kekasihMu, sdgkn aku, cukuplah Engkau."

Dalam Kesempatan lain ia bermunajat:

"Kekasihku, x ada kekasih yg setanding dgnNya.
Bagi selain Dia,
Tak ada bahagian dlm hatiku
Kekasihku ghaib dr penglihatan dan inderaku,
tetapi dalam hatiku ia tidak pernah ghaib."

Dan Katanya lagi:

"Wahai kegembiraanku,
Wahai cita2 ku,
wahai tiang penyanggaku
Wahai penghiburku
Wahai persiapanku
Wahai yg menjadi tujuanku
Engkaulah roh hatiku
Engkaulah harapanku
Engkaulah penghiburku
Rindu kpd-Mu adalah bekalku.
Jika engkau meredhai aku
Wahai harapan hatiku
Telah nyata kebahagiaanku."

Dan diantara munajat Ibnu Athaaillah ialah:

"Illahi,
Jika kelihatan kebaikan dariku, maka semua itu krn kurniaMu yg Engkau berikan kpdku.
Dan jika kelihatan keburukan dariku, maka dgn keadilanmu engkau dpt berhujah kepadaku

Illahi,
Alangkah dekatnya Engkau kpdku dan alangkah jauhnya aku dariMu

Illahi,
Butalah mata yg tidak melihatMu sbg pengawas
rugilh akad jual beli yg tdk mnjdkn cintaMu sbg bhgian drnya
Bagaimana Engkau tersembunyi, sdg Engkau yg zahir?
Bagaimana Engkau Ghaib sdg Engkau selalu mengawasi dan selalu hadir?
Engkaulh yg memancarkn cahaya ke dlm hati para kekasihMu
Engkaulah yg menghilangkan kecemburuan dr hati2 yg Engkau cintai
Engkaulah yg menenagkan & menghiburkan mereka
ketika alam semesta menakuti mereka
Engkaulah yg menunjukkn mereka ketika mereka memerlukan jln terang

Illahi,
harapanku pdMu tdk pernah putus
meskipun aku bermaksiat kpdMu
sebagaimana takuku tak pernah hilang
Walaupun aku melaksanakan ketaatan kepadaMu.

Subhanallah.. indah sungguh puisi ini, pnuh dgn pngajaran & ppedoman kita bersama. Moga Nikmat Iman & islam terus subur& mekar dlm diri kita smua. Selamat menjalani Ibadah di bulan yg mulia ini.. Selamat Beramal.. Moga Redha Allah sentiasda mengiringi hidup kita semua. Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..

*Dipetik dari buku; Nilai Cinta Menurut Al-Quran oleh Dr Mahmud bin Asy-Syarif.


Allah Mencintai Orang Yang Bersabar

Orang-orang yang sabar adalah hamba Allah yang dicintai oleh-Nya. Sabar ialah keteguhan, menahan dan mencegah iaitu menahan diri dari keluh kesah, teguh dalam menghadapi kesulitan dan mencegah nafsunya dari mengikuti segala kemahuan dan keinginannya.

Seluruh perangai yang baik, pokok-pokok ketaatan, akhlak yang mulia dan sendi-sendi iman semuanya berhubungan dengan sabar dan kembali kepada sabar.

Syaja'ah (Berani) ialah sabar dalam berperang, menghadapi musuh dan sabar menjauhi sifat takut.

Karom (Dermawan) ialah sabar berpisah dengan harta dan sabar menjauhi sifat bakhil.

Shidiq (Jujur) ialah sabar terhadap kebenaran dan kenyataan, walau apapun yang akan terjadi di sebaliknya.

'Iffah (Kesucian diri) iaitu sabar mengendalikan syahwat perut dan kemaluan.

Hilm (penyantun) ialah sabar untuk menahan marah

Kitmanus-sirri (Menyembunyikan Rahsia) ialah sabar untuk menyembunyikan perkataan.

Manakala Zuhud ialah sabar untuk menjauhi hidup berlebihan.

Demikian pula kita dapati kebanyakan akhlak iman masuk dalam kesabaran.

Dan yang menjadi tujuan terakhir dari kesabaran ialah Allah; "Dan krn TuhanMu, hendaklah engkau bersabar."(Al-Muddatstsir: 7)

Hanya kepada TuhanMu sahaja bukan kepada yang lain engkau tujukan kesabaranmu, bukan untuk mencari pujian orang lain, bukan dengan maksud agar dikatakan sebagai "Org Sabar", bukan pula untuk diperdengar-dengarkan kepada orang lain (sum'ah). Tetapi kesabaran harus semata-mata ditujukn kepada Allah dan untuk mencari redaNya. Maka mintalah pertolongan kepada Allah agar Dia meneguhkan hatimu dan memberikan kekuatan kepadamu untuk bersabar.

Allah berfirman yang bermaksud; "Bersabarlah! Dan kesabaranmu itu tiada lain dari pertolongan Allah jua. (An-Nahl:127)

Maka sabar dalam melakukan segala sesuatu adalah pertolongan Allah dan sabar kerana Allah adalah tujuan sebenar.

"Jika engkau berada dalam kenikmatan, maka engkau wajib bersyukur"

"Jika engkau menghadapi cubaan, maka engkau wajib bersabar."

"Jika engkau sedang melaksanakan ketaatan, maka engkau wajib menghadirkan hatimu."

"Dan jika engkau melakukan maksiat, maka engkau beristighfar."

*Dipetik dari buku; Nilai Cinta Menurut Al-Quran oleh Dr Mahmud binAsy-Syarif.




ALLAH Mencintai Orang Yang Bertakwa

Orang2 bertakwa & menepati janjinya adalah kekasih Allah. Allah berfirman yang bermaksud; "Benar! Barangsiapa menepati janjinya & bertakwa sesungguhnya Allah mencintai org2 yg bertakwa." (Al-Imran:76)


Takwa ialah mentaati Allah, mengingatNya terus menerus & mensyukuri nikmatNya & pemberianNya.


Takwa ialah mentaati Allah & tidak bermaksiat kepadaNya, mengingatiNya & tidak melupakanNya, mensyukuriNya& tidak mengkufurkanNya.


Takwa ialah melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan mengikuti cahaya petunjukNya & takut akan seksaNya.


Takwa adalah kata yang mudah, yang luas cakupannya, jauh jangkauannya, darinya muncul petunjuk2 & yang dtunjukkn, & darinya banyk cabang2 kebaikan.


Jangkauan takwa amat panjang & luas hingga meliputi perkara akidah, ibadah, muamalah, cara hidup & akhlak. Jangkauan ini diperoleh dari firman Allah S.W.T yg bermaksud;

"Kitab Al-Quran ini tdk ada keraguan pdnya, petunjuk bg org2 bertakwa. Iaitu org2 yg beriman kpd yg ghaib, tetap mengerjakan solat & menafkahkan sebahagian rezeki yg kami anugerahkan kpdnya (pada jalan kebaikan). Dan org2 yg beriman kpd wahyu yg diturunkn sebelummu, & mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat." (Al-Baqarah: 2-4)


Maka di antara buah takwa ialah:-

1) Barakah- (Al-A'raf: 96)

2) Ilmu- (Al-Baqarah: 282)

3) Kemaslahatan (kebaikan) pd keluarga& keturunan- (An-Nisa': 9)

4) Terlepas dari kesusahan & memperoleh kelapangan rezeki- (Ath-Talaq: 2-3)

5) Diselamatkan dr neraka di akhirat- (Maryam: 72)

6) Memperoleh darjat & kedudukan yg tinggi- (Az-Zumar: 20)

7) Memperoleh taman2 syurga yg indah dgn sungai2 mengalir di bawahnya- (Al-Imran: 15)

8) Mendapatkan cinta Allah-(At-Taubah:4&7)

9) Selalu disertai Allah-(An-Nahl: 128 & Al-Baqarah: 194)


*Dipetik dari buku; Nilai Cinta Menurut Al-Quran oleh Dr Mahmud bin Asy-Syarif.


SUMBER
FACEBOOK

sumb


Bersahur Cara Rasulullah SAW

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w: "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan."

Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h:
Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.“ Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).Sabda Rasulullah s.a.w:
Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.- Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :
Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.-Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:

Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.- Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:

Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Saâad r.a berkata:

Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w. - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar. - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur? Beliau menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

SUMBER : AL-KHAADEM 


Berkorban Demi Cinta

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga...
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

| Alahai Facebook!!! - Bahaya Fungsi Tagging |

Tazkirah Buat Teman di Facebook (dipetik dari http://www.abuanasmadani.com/)

29 Mac, 2010 | Written by Abu Anas Madani | under Artikel - Makalah

SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN DAN DENGAN KESABARAN.

SALAM. Sekarang era FB, dulu kita cuma ada group aje, sekarang bertambah canggih. Seronoknya apabila terjumpa semula kekawan lama di alam maya, bertanya khabar & bertukar cerita terkini, mengimbau kenangan silam, zaman remaja & students yang indah n tak mungkin berulang kembali. Boleh pula tengok foto terkini dengan anak2nya, rumahnya n segala aktiviti yang ingin dikongsi.

Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini, semuanya ada positif n negative, AWASLAH, jangan lupa batasan hukum Syariah dan adab susila. Sebelum ini permulaan tentang apa yang ingin diluahkan, “mangsa tagging”, semua orang bercakap tentang keburukan “tagging photos” sehingga terbuka segala aurat n rahsia, hasil kerajinan kawan/lawan.

Sila lihat:

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

Sila ke; http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/#more-2486

Dan; http://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/#more-1555

Contoh photo tagging..

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Itu kerja orang, tetapi apa yang lebih mendukacitakan, dan ingin sekali dikongsi dengan saudara/ri semua ialah “pendedahan” hasil buah tangan diri kita sendiri yang tidak segan silu membuka pekong di dada!! Ini reality bukan lagi fantasy, pasti adik-adik ku, kakak-kakak ku, my sisters in Islam, bukan SIS yang itu ye.. mengakulah, apabila tengok buka Fb kekawan yang lama tak tengok pasti ini terjadi…..

1- Terkejut sungguh bila buka tengok gmbar kekawan (not all, but mostly la..) “Ya Allah, bukankah si A ni dulu begini, tak sangka pula dah bertukar sarung, alamak ni betul ke si B yang bukan main sopan pakaiannya dulu…”

Gambar separa menutup aurat yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, janganlah dibubuh wahai akhawat!. Mungkin gambar itu sekadar suka-suka semasa bersantai bersama keluarga n rakan terdekat, okay tak terlepas hudud, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang “gatal” postkannya di Fb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja n tanpa niat namanya.

Nabi SAW pernah bersabda:

((مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا))

Ertinya: Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya” (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”)

2- Taraf kita sebagai pelajar sekolah agama yang berasaskan pendidikan Islam (terus terang ditujukan kepada semua kawan2ku, adik kakak ex MMP, UIA, juga dari seluruh sek men agama berprestij dari seluruh MSIA (malas nak sebut nama satu persatu), UM dengan Pendidikan Islamnya…..hatta dari Azhar n Jordan, Juga untuk semua saudari Islam, tak kira apa pendidikan (persekolahan) anda, tapi yang penting kamu adalah seorang Islam yang sedar dan tahu hukum-hakamnya. Don’t try to make any excuse…

3- Zaman sek rendah ada di antara kita yang terawal bertudung pada zaman 70an yang masyarakatnya masih agak jahil dalam bertudung; tak caya tengok dalam foto facebook tu juga, betapa hebatnya transformasi yang berlaku!!

4- After that sek men, dengan tudung bulat matako dan jersinya, setengahnya berdagu lagi, stokin tebal yang panjang, zaman ni mungkin paling perfect n sempurna pakaian muslimah solehah kita, masya’Allah! Then bila dah masuk univ, agak longgar n mula bertambah ‘Mo-den’ n up-to date, tapi masih terkawal dengan rules n regulations kolej, akhirnya grad n bercareer, anda bebas tapi mungkin tak secanggih today selepas bersuami yang hebat n memahami jiwa yang sama2 inginkan kebebasan n keluar dari label golongan “sek agama” atau ustaz/ustazah!!! Bukan nk suruh masih ber’jersey’ or ber’matako’, tapi yang sewajarnya lah, tepuk dada tanya iman masing-masing.

5- Jangan kata suka-suka sahaja sesama FEMALE FRENS, boleh kata semua orang ada kawan FB lelaki yang bukan mahram, tak termasuk lagi, kawan suami, suami kawan dlll…. Astaghfirullahal ‘Azim. Di mana asas ilmu dan iman yang ditanamkan oleh ibu bapa kita sejak kita kecil lagi? Bukan lagi salah ibu bapa yang telah memberikan kita didikan AGAMA sejak dari kecil, tapi salah Fb kot!

6- Untuk golongan lelaki pula si suami2, tak kira apa career anda sekarang, ustaz/loyar atau apa2 professional, pantaulah anak isteri, bertanggung jawablah dengan amanah yang dipikul… Jangan hanya berdengung: Benda yang kecik2 my wife yang decide, I masalah2 yang besar2 shj putuskan!

Apakah menjaga Syariah Allah itu kecik? Pakaian, mekap n lifestyle kita n isteri tak perlu diambil tahu n dipedulikan?? Bebas nak pakai apa asal masih “menutup rambut”, aurat yang lain terdedah atau hanya dibungkus sahaja?

Sedih hati n sakit mata melihat kekawanku ustzah-ustazah kita (gelaran ini not just by profession ye) berseluar ketat (BAHKAN BER’JEANS’ u!), berbaju ketat n singkat, ber t-shirt lengan pendek, ada yang bungkus tangan dengan ‘setongan’ sahaja, tak kurang juga yang togel begitu sahaja! Fesyen baju tak usah kiralah, mungkin waktu itu bersama keluarga, TETAPI YANG MENYEDIHKANNYA KENAPA SANGGUP MENGAIBKAN DIRI DAN MENJATUHKAN MARUAH diri n Islam DENGAN MEM-PUBLISHNYA UNTUK TATAPAN UMUM, OPEN TO PUBLIC??? JGN KATA TAK TAHU BATASAN N BAGAIMANA PAKAIAN WANITA ISLAM, BATASAN AURAT YANG TELAH DIJELASKAN Allah SWT?

7- Okaylah untuk si suami kekawanku yang tiada asas pendididikan agama, kononnya (sebenarnya asas agama semua dah ada, alhmdulillah semua Islam dan tahu hukum). Bukankah kamu berkenan n jatuh hati kepada si dia itu kerana tudungnya dulu, kerana sopannya pakaian muslimahnya? Berkenan untuk dijadikan suri membimbing anak2 n diri, membina keluarga mukmin?? Tetapi sekarang nampaknya semua dah sama2 hanyut dalam arus modenisasi n globalisasi, bukan lagi yang mempunyai basic agama memberi kesan positif kepada pasangannya tetapi seolah-olah sebaliknya….

Ingatlah: maksud hadis:
Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya tentang org2 di bawah jagaannya. Isteri dan keluarga adalah di bawah tangungjawab suami!!! Mustahil tak tahu hukum kalau dah Melayu n Islam sejak lahir. Muallaf pun tahu n di ajar semuanya sekarang ni. Kalau tak tahu, belajarlah…

8- Wallahi, rasa nak ‘teriyak’ tengok gambr dulu n kini, tak rasa malu pula bubuh gambar zaman sek rendah n men yang begitu sopan, lepas tu gambar terkini yang WOW!!! Faham-faham sendirilah… mungkin kalian bangga n megah dengan transformasi itu, tapi pada hakikatnya ia adalah sesuatu yang merendahkan taraf n diri sendiri.

9- Lepas ni moga boleh cek gmbar masing2, mana2 yang rasa tak lulus guidelines Syariah, silalah buang n simpan untuk tatapan n kenangan peribadi. Jangan gambar aje, ubahlah penampilan n pakaian kita, tak kira apa saja anda sekarang, kalau ustazah lebih2 lagi, kalau bukan ustazah by profession atau sijil pun, by nature n basically kita semua ni boleh dikatakan ustazah, ayah2 kita kebanyakannya, ustaz2, tok2 imam, tok2 lebai dan yang sejenis dengan nya.

10- Juga jangan kita terlalu ghairah, memuatkan semua foto2, apa saja aktivti hidup dishare umum, ingatlah fb inipun namanya “Laman Sosial”, kita bukan lagi remaja belasan tahun yang masih belum jelas halatuju hidupnya, usia kita ini dh nak masuk group warga …. Pun.

11- Maaflah jika terasa, memang nak suruh muhasabah pun, bukan juga merasakan diri ini lebih baik n sempurna, tetapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa lebih-lebih berhati dan tidak melangkaui batasan yang telah ditetapkan-NYA!

Akhirnya, ingatlah firman Allah yang bermaksud:

“Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?” [Fathir: 37].
Sebahagian ahli tafsir mengatakan panjang umur itu ialah apabila telah sampai “40 tahun”,

manakala tanda peringatan itu pula ialah “uban”. Wallahu a’lam.

Catatan: Mama ‘Iffah, 29hb Mac 2010.

Sumber :

1. http://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/#more-1555

2. http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/#more-2486

p/s: Sebarkan.... semoga ianya berguna kepada semua.. Insya Allah..




Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Doa Zikir Munajat


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لله وَلاَإلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar

الله ، الله ، الله ، ياالله
Allah , Allah , Allah , Allah

حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ نَبِيْ مُحَمَّدٌ صَلّّى الله
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.

تُبْنَا إِلَى اللهِ ، وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ ، وَنَدِمْنَا عَلَى مَافَعَلْنَ
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan

فَسُبْحَانَ مَنْ لاَيَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ
Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya

وَمَنْ هُوَ فَوْقَ اْلعَرْشِ فَرْدٌ مُوَحَّدٌ
(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang di esakan

مَلِيْكٌ عَلَى عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنُ
Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

لعِزَّتِهِ تَعْنُوْ الوُجُوْهُ وَتَسْجُدُ
Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk(wajah-wajah)

حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ نَبِيْ مُحَمَّدٌ صَلّّى اللهُ
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْمَلِكِ الْحَقِّ الْمُبِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar

مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَادِقُ الوَعْدِ الأَمِيْنَ
Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

أَسْتَغْفِرُ اللهَ إنَّ اللهَ كَانَ تَوَّاباً
Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat