24 October 2010

10 October 2010

Berapa Ramai Lelaki Boleh Jadi Imam?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

~ Kalau x pandai jd imam belajarlah..perlahan2..hendak seribu daya, xnk seribu dalih..yg penting sumenye krn TUHAN..wassalam..



09 October 2010

Hukum Memotong Kuku Semasa Haid

Jawapan : Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) . 

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah

Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)
 
Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

02 October 2010

10 Perkara Elakkan Dalam Bercinta

Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum, peraturan mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan.

Bercinta kerana simpati dan kasihan.
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.

Melirik kepada jejaka/gadis lain.
Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.

Pura-pura tertarik pada bicara si gadis.
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!

Tidak ingin kalahkan si dia.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

Harus sentiasa bersama.
Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?

Rapat dengan sahabat karib si dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

Berpura-pura tidak cemburu.
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

Terlalu menerima sikap si dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

Memafkan sikapnya yang keterlaluan.
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang ?kurang? itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

Biarkan si dia membayar.

Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!