15 May 2011

Sambung Belajar Lepas SPM

Dimulakan dengan Bismillah :)

                Assalamu'alaikum w.b.t kalian semua. Semoga kita semua sentiasa peroleh hidayah atau petunjuk dari-NYA. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN. Alhamdulillah sehingga kini kita masih bernafas di bumi ALLAH SWT walaupun terkadang persekitaran kita seperti apa yang kita lihat sekarang kurang keselamatannya. Apa-apa pun kita hanya berharap dan bermohon pada ALLAH SWT, kita hanya takut pada DIA. InsyaALLAH kalau kita bersungguh-sungguh berharap pada DIA untuk diberi perlindungan sentiasa, DIA akan makbulkan. Semoga umat Islam yang di uji kini oleh ALLAH SWT kuat menghadapinya termasuklah diri kita sendiri. AMIN. Artikel kali ini mungkin sesuai untuk adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan SPM yang lalu dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya.





Sebagai seorang yang sudah menempuh pengalaman sebelum melanjutkan pelajaran, aku ingin berkongsi pengalaman dan insyaALLAH nasihat untuk bekalan di masa depan, moga kita semua peroleh manfaat. AMIN. Pada adik2 semua yang memperolehi keputusan SPM yang bagus, alhamdulillah atas kejayaan yang ALLAH SWT limpahkan pada kita dan tahniah atas usaha adik2 selama ini itulah yang adik dapat. Sebaliknya, pada adik2 yang memperolehi keputusan yang kurang memuaskan jangan putus asa percayalah cakap akak (ecehh...akak...) di sebalik keputusan yang adik dapat tu ada rezeki yang menanti. ALLAH SWT itu Maha Adil DIA da tentukan mana yang terbaik untuk kita. Tetapi jangan pulak serah bulat2 ye pada takdir, kena usaha..wajib tau. (hee..)

Sebaiknya adik2 semua fikirlah apa kerjaya yang adik ingin kecapi dan seelok-eloknya kerjaya itu biarlah sesuatu yang adik minat. Bukan ikut kawan, bukan ikut trend (no no x boleh tu..) tau adik2. Kos @ kursus @ jurusan yang adik ambil nanti bakal menentukan juga kerjaya adik2 semua. Setiap manusia ALLAH beri kelebihan dan kelebihan itu juga kita kena gunakan dengan sebaik-baiknya. Kelebihan itu juga lah menjamin kehidupan di masa depan kita, insyaALLAH. Kelebihan dan kerjaya juga minat saling berkaitan. Bayangkan jika kita dapat kerjaya yang bukan minat kita dan kita memang kurang mahir (xde kelebihan) dengan kerjaya yang kita dapat atau pilih itu, memang hidup kita jauh dengan kegembiraan. Bukan setakat waktu sudah kerja sahaja tapi semasa belajar pun kita akan jadi bosan dan kurang semangat. Akhirnya pointer pun teruk, apa yang akak nak kongsikan ini adalah pengalaman akak mengenali 'mereka' yang silap haluan dalam memilih haluan hidup.

Adalah amat penting berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, aku percaya semua orang faham apa aku nak sampaikan ni. Pada adik2, pilihlah kos yang adik2 minat. Contoh sesiapa yang suka mengira dan suka cabaran pilihlah kos seperti Kejuruteraan (Awam, Mekanikal, Elektrik dan Elektronik, Elektrik Kuasa), Ukur Bahan, Sains Komputer, dan banyak lagi lah. Kalau minat berdakwah ambil kos yang berkaitan Islamic Pengajian Islam, Dakwah dan Pengurusan, Syariah dan Islamiah dan lain-lain berkaitan. Banyak lagi kos-kos yang aku percaya salah satu atau salah dua (ada ke ayat camni?..hee) yang korg minat, percayalah. Contoh, kos Senibina - kreatif, minat lakar dan lukis, berani, pandai math dan fizik, dan mengikut kelayakannya, kos Kesetiausahawan kat UiTM panggil Office Management - minat dalam pengurusan, berdisiplin, tepati waktu, minat menulis dan menaip, dan kemas (pandai bergaya) sesuai lah amik kos ni. Banyak lagi lah, pilih2 jangan malu2 ye. 

Yang tak dapat IPTA tak payah nak sedih sangat. IPTA ke IPTS ke kita keluar nanti yang menentukan kita berjaya ke tidak adalah usaha kita. Kalau kita rajin tak kisahlah kita dari mana orang akan suka pada kita dan ambil kita bekerja dengan mereka. Rajin, berdisiplin, amanah, pandai dan senagkatan dengannya semua ni lah perkara yang penting dalam hidup kita. InsyaALLAH kehidupan pun dijamin bahagia, tapi ingat yang wajib (solat, puasa, dan yang lain2) itulah juga tentukan kejayaan kita. Sifat-sifat dekat atas itu akan ada kalau kita jaga amalan kita. Satu perkara lagi, andai kita sudah berusaha tapi kita masih buat silap dan akhirnya gagal ingatlah ALLAH sentiasa ada bersama kita, jangan putus asa ALLAH itu Maha Pemurah dan paling penting Maha Pengasih. Siapa pun kita kat dunia ni, kita tetap hamba ALLAH yang lemah janganlah kita bangga dengan apa yang kita peroleh. Rendahkan diri kita, malulah pada DIA kerana apa yang kita dapat atau peroleh adalah pinjaman semata-mata. Usaha juga lah sedaya upaya pilih kerjaya yang Islam benarkan dan halalkan. Lagipun kita sudah berada di akhitr zaman, masa sekarang sangat suntuk dan janganlah kejar sangat dunia. Seimbangkan atau lebih baik lebihkan lah akhirat dari dunia. Belajar2 juga, solat janganlah tinggal (nasihat pada diri juga).

Sepanjang aku hidup di kolej aku ni, tersangat ramai yang mengabaikan yang fardhu. Hakikatnya inilah yang terjadi, aku harap semua ini akan berubah supaya jadi lebih baik. AMIN. Adik2 semua, janganlah sia2kan harapan ibu bapa kita semua untuk lihat kita berjaya di dunia mahupun di akhirat. Belajar sungguh2, merek mencari rezeki dan berusaha membesarkan kita untuk menjadi manusia yang berguna. Buktikan pada mereka anda boleh, mereka tidak pernah mengharapkan balasan semula apa yang mereka sudah beri pada kita, tetapi apa yang penting adalah kejayaan.  Ingat, kita adalah saham mereka di akhirat kelak. Banyak saham pahala yang kita peroleh, maka berjayalah mereka dan kita di akhirat kelak. Sebaliknya anda fikirlah sendiri. Jagalah juga hubungan kita dengan mereka dan manusia lain, ini juga menjamin kejayaan kita. Elakkan dari menyakitkan hati manusia lain, ia sangatlah bahaya (percayalah..).

Sampai sini sahaja perkongsian aku untuk kalian semua, apa yang terkurang atau silap harap diampunkan. Semoga ALLAH sentiasa tunjukkan kita jalan yang terbaik untuk masa depan dunia akhirat kita. AMIN. Maju diri, majulah masa depan. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Ikhlas,
Wahidah Md Esa

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^