12 July 2011

Cantikkan Rambut Dengan Avakado


Sejak zaman dulu, buah avakado dikenali baik untuk kecantikan rambut bukan sahaja untuk luaran, tetapi juga dari dalaman. Kandungan seperti vitamin A, C dan E dalam buah ini bukan saja membantu mengekalkan kelembapan rambut tetapi juga menyihatkan kulit kepala. Berikut cara yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan kesihatan rambut.


BAHAN
- 1 biji buah avakado
- 1 sudu besar minyak zaitun
- 1 biji pisang
- 1 biji kuning telur

 CARA
 1. Lenyekkan buah avakado hingga hancur. Begitu juga dengan pisang.
 2. Campurkan minyak zaitun dan kuning telur ke dalam adunan avakado dan pisang tadi. Gaul sebati.
 3. Sapukan pada keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala. Urut perlahan-lahan kepala agar pati adunan tersebut meresap ke dalam rambut.
 4. Tutup kepala dengan plastik. Biarkan selama 1 jam.
 5. Bilas dan basuh rambut hingga bersih.


Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^