12 July 2011

Hilangkan Bekas Jerawat

Apabila jerawat berjaya dihapuskan, sudah pasti anda gembira. Namun bagaimana jika ia meninggalkan bekas pada wajah anda. Berikut tip yang boleh anda cuba untuk memudarkan bekas jerawat.

CARA 1
Sediakan sepotong ubi kayu yang telah bersih dan dikupas kulitnya. Parut ubi tersebut dan perah untuk mendapatkan airnya. Sapukan air perahan itu pada bekas jerawat. Lakukan setiap hari hingga kesan jerawat menjadi pudar dan hilang.

CARA 2
Tumbuk lumat beberapa helai daun sirih muda. Bersihkan wajah dahulu dengan air suam. Kemudian, sapukan sirih tadi pada bekas jerawat. Biarkan hingga kering sebelum dibilas bersih.

CARA 3
Secekak daun pegaga dikisar bersama sedikit air dan sebiji bedak sejuk. Amalkan menyapu adunan itu pada bekas jerawat setiap hari sebelum masuk tidur.

CARA 4
Kisar sebiji timun dan tapis untuk mendapatkan airnya. Sapukan air timun itu pada bekas jerawat. Biarkan setengah jam sebelum dibilas dengan air suam.


Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^