12 July 2011

Khasiat Daun Rambutan


Buah rambutan memang enak dimakan. Manakala daunnya pula walaupun bukan untuk dimakan tetapi juga mempunyai khasiat tersendiri untuk penjagaan rambut anda. Mungkin
anda tidak tahu tetapi daun rambutan boleh menyihatkan rambut malah boleh mengelakkan rambut daripada beruban sebelum sampai waktunya.

Macam mana caranya? Mudah saja. Sediakan secekak daun rambutan yang masih muda. Cuci bersih dan campurkan dengan secawan air lalu ramas hingga hancur. Tapis dan dapatkan air ramasan daun rambutan itu. Sapukan ia pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas bersih.

                     
                                                                                                                                 

Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^