12 July 2011

Tips Melebatkan Rambut I

CARA 1

a. Sediakan beberapa biji buah keras dan cengkih. Sangai (goreng tanpa minyak) hingga kering.
b. Selepas itu, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit minyak kelapa untuk memudahkannya melekat pada rambut.
c. Sapukan ia pada rambut hingga kulit kepala. Biarkan hingga agak kering sebelum dibilas bersih.
d. Ia membantu menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

CARA 2

a. Sediakan 2 sudu minyak zaitun, 2 sudu minyak bijan, 2 sudu minyak kelapa, 2 sudu santan dan 2 biji telur.
b. Kisar semua bahan sehingga sebati dan berbuih.
c. Semasa mandi, basuh rambut terlebih dahulu. Kemudian, lumurkan adunan tadi dan urut perlahan pada seluruh rambut hingga kulit kepala.
d. Biarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum dibilas bersih.
e. Ramuan ini boleh disimpan dalam peti ais selama 5 hari untuk anda gunakan.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^