12 July 2011

Tips Melebatkan Rambut II



CARA 3

a. Sediakan 10 helai daun bunga raya.
b. Bersihkan dan kemudian ramas hingga mengeluarkan lendir.
c. Campurkan lendir daun itu dengan sebiji telur ayam kampung dan satu sudu madu. Gaul sebati semuanya.
d. Sapukan ia pada seluruh rambut anda. Kemudian, tutup kepala untuk tempoh 15 minit sebelum rambut dicuci dan dibilas bersih.

CARA 4

a. Sediakan 2 biji telur ayam kampung dan dua biji limau nipis yang dibelah kepada beberapa kepingan.
b. Pukul telur hingga berbuih.
c. Basahkan rambut terlebih dahulu.
d. Kemudian, sapukan telur ayam tadi pada rambut hingga ke kulit kepala. Urut perlahan selama beberapa minit.
e. Setelah itu, bilas rambut dengan air biasa.
f. Kemudian, gosokkan kepingan limau nipis pada kulit kepala. Lakukan selama beberapa minit sebelum rambut dibilas hingga bersih sekali lagi. Ia membantu meneutralkan kulit kepala daripada kesan kerosakan atau bahan kimia yang menjejaskan pertumbuhan rambut.
g. Selain itu, limau juga berfungsi untuk menghilangkan bau telur tadi.


Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^