14 August 2011

Alangkah Indahnya


Assalamu'alaikum 


Pagi tadi ada satu kelas ja, alhamdulillah. Haa rasa lega sikit bila hujung minggu ni. Kalau tak hidup asyik sarat ngan belajar ilmu fadhu kifayah je. Sebagai seorang pelajar engineering, aku salah seorang pelajar yang tak lari dari kesibukan menuntut ilmu. Kalau bulan puasa ni kira ok lagi, n lagi ok sebab subjek programing aku tak mula lagi belajar disebabkan lecturer subjek ni still dalam pantang. 'Sekarang kau bolehlah rileks-rileks wahidah, akan datang lepas raya habislah kau' , ni kata hati aku (kiki) .

Sebenarnya post kali ni aku nak kongsi pendapat atau apa yang ada dalam fikiran aku dari aku mula masuk sekolah teknik dulu lagi. Its about solat :) . Seperti yang kita sedia tahu sebagai umat Islam solat di awal waktu adalah sangat disarankan dalam agama kita. Bukan disarankan, tapi diwajibkan solat di awal waktu. Tapi sekarang keadaan jadi macam mana ntah. Dulu masa aku sekolah teknik, waktu habis kelas  adalah pukul 2.30 petang macam tu. Means, tengah atau lepas azan Zohor dilaungkan pun pelajar dan guru still ada dalam bangunan sekolah. Alangkah indahnya jika, sebelum atau selepas azan Zohor dilaungkan semua umat Islam terus menunaikan solat fardhu zohor dengan ikhlasnya dan semangatnya. Lepas solat sambunglah tugas masing-masing sampai bila-bila means before Asar masuk. Solat di awal waktu most favourite perkara yang orang-orang beriman dan bertaqwa lakukan. Rasa kalau lewat atau tak mai lagi lepas azan dilaungkan depa mesti rasa sedih, tak tenteram, resah gelisah dan lain-lain perasaan lagi lah. 

Tetapi, alhamdulillah masa aku form5 dulu ada gak pelajar lelaki yang jika tiada guru di dalam kelas mereka terus p surau n jemaah sama2. Juga syukur pada Allah kerana memberi aku kesempatan juga untuk tunaikan solat di awal waktu. Bila sorang pergi, ramai yang nak ikut. Alhamdulillah. Kalau waktu2 solat lain kami tiada masalah masa di zaman sekolah teknik dulu. Subuh, Maghrib n Isyak mesti jemaah di surau. Rindu zaman sekolah dulu. Sangat sedih bila teringat balik, sungguh hidup bila keluar je dari sekolah sangat mencabar. Tempat suci seperti surau sekolah jarang dah nak jejak, jejak memang jejak tapi tak sama dengan keindahan n ketenangan surau di SMTKS dulu. Kat situlah tempat kami beribadah, mengaji, menuntut ilmu, n dengar ceramah Ustaz Ahmad. Pagi2 jejak kaki melangkah g surau, Tuhan jela tahu apa dalam hati ini. Ya Tuhan Ya Rabb Ya Allah peliharalah diri ini, amin.  

Sekarang aku dah ada kat dunia belajar di kolej. Bab solat zohor n lain takda masalah. Tapi bab solat asar, selalunya kelas dari kul 2 akan habis kul 4 petang n kelas kul 4 akan habis kul 6 petang. Tambahan pula, pergi balik dari asrama ke kolej n kolej ke asrama naik bas. Bas salu ada kul 5.30 petang n kalau kelas tepat-tepat habis kul 6 petang, pulanglah kami dengan lewatnya kul 6 lebih. Em, sama situasi juga cam kat sekolah dulu cuma lain waktu. Alangkah indahnya, kalau lecturer aku lepas dengar bunyi azan terus ajak kami p solat sama-sama. Aku bila dapat je jadual waktu kelas, aku tengok dulu ada tak kelas petang kul 4. Kalau banyak takde, wah! rasa lega. Kalau tak, tetap tak boleh nak wat apa. Bila balik je dari kelas, sampai dalam kul 6 lebih camtu tergesa-gesa p tunaikan tanggungjawab. Serius kadang-kadang tak selesa ngan keadaan camtu. Tapi. Ntahla. 

Tujuan utama Allah jadikan kita adalah untuk beribadah pada Dia. Firman Allah SWT "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku." (Adz Dhaariyaat - 51) . Aku berfikiran begini, rasa tak suka sebab sekolah atau kolej atau apa-apa tempat pengajian yang tak sedaya upaya meletakkan waktu solat yang paling utama. Wallahu'alam kerana mereka yang bertanggungjawab jika kami ini tidak menunaikan solat di waktu yang sepatutnya. Moga Allah membuka hati dan fikiran mereka. Aamiin. Aku akui ramai pelajar yang tak menjaga solat mereka. Bukan setakat tak solat di awal waktu tetapi amat dahsyat meninggalkannya. Walaupun kita muda, ajal kita hanya Tuhan yang tahu. Betul lah orang kata, ingat pada mati itu penting. Boleh wat diri kita muhasabah utntuk lakukan yang terbaik dan jadi hamba-Nya yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawabnya.

Apa-apa pun usahalah diri kita mencari ilmu pengetahuan fadhu ain (berpesan pada diri ini juga). Dunia yang kita duduk n tempat kita bernafas ni adalah sementara, akhirat adalah segala-segalanya. Jadi bersederhanalah dalam menjalani hidup yang penuh liku ini. Apa yang Allah perintahkan dan tetapkan adalah yang terbaik untuk hamba-hamba Dia. Selami satu persatu ketetapan-Nya, anda akan temui 1001 hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Aku undur diri dulu, jumpa di post akan datang. Moga ramadhan ini adalah ruang untuk kita mendekatinya, amin InsyaAllah. Ma'assalamah. Wassalam.
Dekati ilmu pengetahuan, kemudian membacalah . 



Wahidah BME

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^