01 August 2011

Ramadhan Kembali

Bismillah


               Salam Awal Ramadhan pada semua pembaca. Hari ni 1 Ramadhan maksudnya adalah hari pertama semua umat Islam menunaikan ibadah puasa seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT . Macam-macam ragam manusia boleh kita lihat, almaklum lah ada yang dah setahun tak berpuasa dan kalau kanak-kanak pulak macam biasalah ada yang baru mula belajar puasa. Kalau siapa yang rajin puasa sunat tu mesti rileks je, tak rasa sangat keletihan dalam menjalani ibadah puasa. Betul tak?


Tujuan aku tulis post ni sebenarnya nak kongsi sesuatu perkara. Tadi masa aku tengah nak tunggu bas nak pegi kelas SME aku, aku dengarlah dari jauh satu stesen TV ni duk pasang iklan cte ke apa ntahlah. Yang pasti pasal Hari Raya sebab apa sebab aku dengar lagu Raya. Come on lah umat Islam baru 1 Ramadhan janganlah nak sibuk-sibuk ngan Hari Raya ke apa-apa yang berkaitan Hari Raya lah. Baru 1 Ramadhan tolonglah hormat Bulan mulia yang Allah sediakan pada kita ni. Paling ketara setiap tahun adalah stesen radio yang tak sabar-sabar nak pasang lagu Raya awal Ramadhan itupun atas permintaan pendengar. Aku kadang-kadang terfikir jugalah mereka ni faham ke tak tujuan puasa dan tujuan kita beraya sebenarnya. Sebenarnya Hari Raya bertujuan untuk meraikan kemenangan kita yang telah berpuasa (cukup dan tak ada lubang2 except ada sebab2 tertentu) dan beribadah di Bulan Ramadhan. Tapi sayang sekali umat Islam masa kini lain pula pemikirannya. Apa yang penting muhasabah lah diri kita masing-masing dan usaha hayati dan tempuhi Ramadhan yang mulia ni dengan sebaiknya.

Sikit ja aku post kali ni, mahu undur diri dulu. Selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^