30 September 2011

Kisah Benar : Pergilah Abang, Mak Izinkan


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


Ujian Hidup

Masalah takkan berhenti datang atau berkunjung dalam hidup seharian.
Lepas satu selesai satu lagi muncul tiba.
Hati hamba-Mu ini terkadang rapuh, maka kuatkanlah ia.
Moga sentiasa menerimanya dengan redha ketentuan-Mu itu.
Moga sentiasa sabar dan tabah menghadapinya.

Moga dijauhkan dari sebarang rungutan atau keluhan.
Keluhan itu tidak layak keluar dari mulut yang berdosa ini.
Tidak layak sama sekali.
Ya Rabb hanya pada-Mu diri ini mengharap.
Maka lindungilah diri kami dari segala keburukan.
Amin Ya Rabbal'alamin.


Wahidah BME

29 September 2011

Hukum Allah Dipermainkan. Islamkah kamu?

Karikatur akhbar Utusan yang menghina hudud


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar sikap Akhbar Utusan Malaysia yang di lihat menjadikan isu Hudud sebagai bahan jenaka.

Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang berserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..” .


Karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah membangkitkan isu lama, iaitu isu Hudud yang menjadi sebutan ramai pihak akhir-akhir ini.
Muhamad Aizat Bahrudin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka (gambar) berkata, "sikap akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan isu Hudud ini sebagai bahan lawak dan jenaka.adalah keterlaluan Sedangkan mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan suatu dosa besar."

Tambahnya lagi, "hudud adalah hukuman yang di syariat oleh Allah. Ianya bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah. Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah."

Hari ini hukum Hudud telah digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh seolah-olah perlaksanaannya merupakan suatu jenayah. Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.


"Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hukuman zina, hari ini kepada hudud pula. Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan." tambahnya lagi


Sumber - http://pasmelaka.blogspot.com/2011/09/hina-hudud-pemuda-pas-melaka-selar.html

+Semoga anda (Utusan Malaysia) sedar sebelum terlambat. Amin. Wassalam+


Siapa Yang Bertanggungjawab Dengan Kelahiran 17,303 Anak Luar Nikah Tahun 2009 Yang Lalu??


Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ini bermakna secara puratanya 47 orang anak luar nikah dilahirkan tiap-tiap hari di negara kita. Kalau dikira dalam jam makna 2 orang anak luar nikah dilahirkan setiap jam.

Jadi negara kita sekarang berada dihuni oleh golongan penzina yang berkeliaran di mana-mana. Malangnya kerajaan BN yang memerintahkan Malaysia sekarang memandang kes ini sebagai kes remeh temeh sebab itu tiada tindakan drastik dan komited dilakukan untuk membenteras perkara ini.

Angka ini juga menunjukkan bahawa gejala perzinaan ini sudah sampai ke tahap kronik sehingga melahirkan 17,303 bayi luar nikah tahun lepas. Bayangkan berapa banyak perzinaan yang berlaku yang tidak menyebabkan penzina perempuan mengandung.

Tidak ada cara lain untuk membasmi gejala maksiat zina ini melainkan kerajaan mengamalkan amar makhruf nahi mungkar. Tetapi ianya sudah pasti tidak akan dilakukan oleh kerajaan BN. Jadi untuk itu rakyat mesti menukar kerajaan yang ada sekarang dengan kerajaan PR yang Insya Allah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini.

Dalam media hari ini Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam.

Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada media.


Sumber - http://pasmelaka.blogspot.com/2011/09/hina-hudud-pemuda-pas-melaka-selar.html

Negara Islam ke Malaysia? Selagi Hukum Allah SWT tidak dilaksanakan selagi itulah perkara seperti ini terus terjadi. Renung2kan dan marilah kita bertindak. Sebelum azab Allah menimpa negara yang tercinta ini. Nauzubillah. Wassalam.

28 September 2011

Lebatkan Alis Mata

Alis mata atau bulu kening yang lebat dan cantik memang disukai ramai. Jika anda ingin melebatkan alis mata anda, apa kata anda cuba tip ini.

CARA 1
1. Sediakan 2 biji buah keras.
2. Bakar hingga kehitaman dan kemudian tumbuk hingga halus.
3. Sapukan pada alis mata anda setiap malam sebelum masuk tidur.

CARA 2
1. Jika anda masak pucuk paku, bahagian batangnya jangan dibuang.
2. Ramas hingga mengeluarkan lendir dan sapukan pada bulu kening anda.
3. Amalkan selalu.


Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Tentang Mak (Renungan Bersama)

Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak


Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu

2-4 orang : Kamu sayang ibumu

5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu



27 September 2011

25 September 2011

Nak Kurus Juga!

Assalamu'alaikum


Jom check BMI masing2


Segarnya udara pagi ni, tapi aku rasa tiap2 hari segar kot cuma asyik tak berpeluang nak rasa sebab duduk kat bilik yang depannya tingkap tak boleh buka selalu. Apa boleh buat depan tingkap ada tong sampah, tak nak aku bau 'kewangian' sampah tu. Pagi ni sarapan maggi, tak sihat kan? Tapi apa boleh buat duit takda. Bekalan maggi dan telur ja ada, akhirnya maggi juga lah jadi breakfirst aku. Tak apa maggi tetap makanan, daripada tak dak langsung makanan macam rakyat Somalia tu kesian dorg. Allah uji kita dengan pelbagai dugaan, macam mereka yang di negara miskin Allah uji dengan kelaparan. Moga mereka tabah menghadapinya. Yang kita rakyat Malaysia ni pula lain halnya, pembaziran adalah salah satu sikap rakyat Malaysia. Oh tahukah anda (atau buat tak tahu) orang yang membazir tu adalah kawan syaitan? Haaa. Hopefully kita semua dijauhkan dari sikap buruk macam tu. Aamiin. Aku cukup pantang kalau ada yang tak habiskan makanan atau makanan yang dibuang sebab tak habis.

Ok perenggan atas memang lari dari tajuk utama (haha) . Itu cuma mukadimah, mukadimah lah sangat. Sejak dua menjak ni aku asyik ternampak kat FACEBOOK kenalan-kenalan yang dulunya berbadan besar, sekarang ramai yang dah berbadan slim semula. Uish! tergugat rasanya. Nak kurus juga, sebenarnya dah lama nak kuruskan badan. Rindu badan macam masa sekolah menengah rendah tu. Nak kuruskan badan sebenarnya perlukan semangat yang tinggi, tapi kalau macam malas tu jangan haraplah kau nak kurus. Perlukan exercise juga, tak dak makna kurus lah kalau tak disertai dengan exercise. Aku tahu tips nak kuruskan badan tapi cuma dah bergelar student di IPT ni susah sgt aku nak praktikkan. Tapi apa pun aku usaha insyaAllah boleh.

Bila kita dalam situasi nak kuruskan badan mesti ada dugaan yang mai. Jujur aku cakap, semua sahabat-sahabat aku tak berapa suka aku nak kuruskan badan. Kata dorang aku mana ada gemuk, kata dorang aku nanti tak comel kalau kurus (hahaha) . Apa da, kalau korang nak tahu comel-comel macam ni lah yang kena tahan telinga dengan suara-suara nyaring. Malas nak cerita kat sini, kena fahamlah wahai suara-suara nyaring ! tak semua orang ada jenis badan masing-masing. Dah jenis berat badan jenis cepat naik, untunglah sesiapa yang makan banyak 1 tong pun badan tak naik-naik.

Pada sesiapa yang sejenis macam aku, berat badan berlebihan ni bolehlah ikut tips ni. Mudah-mudahan berkesan ye. Banyakkan minum air putih, 8 gelas ke atas sehari. Nasi makan sehari sekali, nasi biarlah dalam kuantiti yang sederhana dan lauk pauk sayur-sayuran lebih takpa. Makan jangan berulamkan air lagi-lagi air ais (ni memang kena disiplin habis). Minum air putih hanya selepas setengah jam atau sejam lepas makan, agak-agak kalau nak tercekik tu barulah korang minum air. Tapi rasanya takkan tercekik kalau korang makan ikut sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu kunyah sebanyak 41 ke 42 kali setiap suapan. Apa yang Nabi ajar itu yang terbaik untuk kita, tabik lah pada siapa yang boleh ikut. Dan selain menjaga cara pemakanan, anda juga perlu bakar lemak dalam badan anda. Kalau agak malas dan tak berduit sangat macam aku ni, buat je senaman di rumah. Jenis aku tak suka berlari atau senaman depan orang ramai. Kalau pergi gym tu InsyaAllah boleh lagi tapi dengan syarat mesti ada kawan ramai-ramai. Kalau berlari ke atau senam kat taman ke apa ke aku memang tak minat. Tapi aku ada penyakit gila senamrobik, ni aku sporting. Tu pun sebab buat ramai-ramai. Kikiki..

Senaman yang aku selalu buat kat rumah adalah sit up, paling berkesan di bahagian perut kita iaitu boleh kempiskan perut. Selain itu, sit up boleh juga kecilkan lengan dan paha kita. InsyaAllah. Sit up ni kalau siapa yang baru mulakan senaman ni jangan terus lakukan 10 kali dan ke atas sebab boleh melukakan otot korang. Sebaiknya warm up dulu sebelum bersenam. Mulakan sit up dengan jumlah yang kecil iaitu 5 kali bangun. Then rehat sat sambung 10 kali, jangan terlampau paksa diri anda. Bila dah lama-lama amalkan barulah boleh pakai angka besar macam 15 kali/round. Buatlah dalam 3 atau 4 kali round. Jangan terus menerus, pengsan ceq tak tanggung.

Ok seterusnya skipping (hee) ni tak ramai yang berminat tapi aku minat sangat (haha). Rasa lepas buat tu puas sangat. Boleh kuruskan semua anggota badan yang ada di badan yang berlemak, package lengkap tu. Tak payah pergi gym gitu. Ok macam biasa jangan lupa warm up tau, lepas dah warm up tenang jap then mula lah skipping. Mula-mula buatlah dalam 20 lompatan, then rehat pastu seterusnya 20 lagi dan bla bla. Kalau aku dulu dalam sehari akan buat dalam 200 kali tapi bukan tibai sekaligus, aku buat 50-100 lompatan/round. Ikut pada kelaratan (wujud ke perkataan ni). Memang turun berat badan aku 20 kg, suatu masa dahulu lah haha. Semua ni aku buat dekat rumah je. Dulu aku rajin puasa, Islam memang agama yang menjaga tubuh badan penganutnya. Puasa adalah sebaik-baik diet. Sihat badan, percayalah. Rindu lah pula aku zaman kuruskan badan dulu. Masa tu aku 14 tahun dan 15 tahun, pergi sekolah pun jalan kaki lagi senang lah badan ni nak kurus. Ok semua ambil lah manfaat apa yang ada, andai yang ada yang buruk harap maaf.

Wahidah BME

Laksanakan Hukum Allah!


Assalamu'alaikum

Sebelum tu cuba korang baca ni http://www.malaysiakini.com/news/176760.

"Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al Ma’idah : 44)

Terang-terang dah Allah beri peringatan dalam Al-Quran pada kita semua tentang hukum Allah iaitu hukum hudud. Tak rasa pula aku berada dalam negara yang agama rasminya Islam Yang Indah. Hello! Kita Malaysia ni asal dan ramai orang Melayu yang Islam. Maka sepatutnya mereka yang bukan Melayu boleh menghormati apa sahaja yang kami mahukan. Kalau nak bagi alasan yang negara kita ni ada penganut agama lain, boleh je kita buat hukum hudud tu hanya dan wajib ke atas umat Islam di negara ni sahaja. Hukum Allah dan apa yang Allah dah tetapkan pada kita itulah yang terbaik untuk kita semua.

Ok, aku teringatlah Dr Masyitah perlekehkan hukum Allah dalam satu video ni. Tak silap aku masa tu dia wat forum ke apa entah. Katanya kalau orang yang mencuri tu kena potong satu tangan, pastu dengan sinisnya dia habaq lagi nanti kalau mencuri lagi potong tangan kiri. Pastu katanya nanti habis cacat orang tu. Lebih kurang macam ni lah dia kata. Aku seorang remaja yang berumur 20 tahun ni berpendapat begini dengan apa yang 'Dr' Masyitah tu habaq lah. Seseorang yang tahu sesuatu hukuman yang berat akan menimpa dia bila mana dia buat kesalahan mesti takkan berani buat kesalahan tu. Memanglah ada yang akan buat juga tapi sekurang-kurangnya kalau seorang budak yang dah tahu dari kecil tentang hukuman seorang yang mencuri akan dipotong tangan. Kan budak tu takkan buat. Siapa yang berani dan rasa yakin yang dia takkan terkantoi mencuri? Setakat hukuman mencuri kena penjara n bayar denda apa ada hal. Paling teruk hilang duit ja pun. Manalah orang yang mencuri tu nak gentar. Ala tengok contoh kat negara yang amalkan hukum hudud sudah. Banyak ke jenayah mereka jika nak dibandingkan dengan kita ni?

Seterusnya hukuman untuk penzina. Berlambak orang buat zina sebab apa? Sebab hukuman kalau terkantoi pun setakat apa ja. Bukan nya macam apa yang Islam tetapkan. Manalah depa remaja nak takut weyh (Sory emosi) . Berseronoklah lagilah depa. Dan satu lagi lepas dah berzina, mula perut tu berisi. Wanita pula jangan nak salahkan lah wanita ni, akal yang singkat iman yang nipis apa2 je boleh jadi wahai manusia sekalian sebab tu la jadinya buang2 bayi ni. Puncanya dari zina, dan kerana tak terlaksananya hukum hudud tu lah yang terjadinya perkara2 buruk macam ni. Dah lah tambah2 kerajaan rileks je bila ada pesta, konsert, apa jela yang biarkan anak2 remaja bebas sebebasnya. Pergaulan bebas yang melampaui batas. tak fikir ke boleh cemarkan imej negara? Oh Malaysia come on lah. Kata sayang Malaysia tapi hanya di bibir sahaja. Kata sayang rakyat tapi tak pernah nak elakkan depa dari melakukan perkara yang buruk.

Duk cari jalan penyelesaian macam mana nak atasi jenayah dan gejala sosial lah sangat. Takkan selesai lah kalau korang2 semua tak ikut apa yang Allah SWT dah tetapkan. Apa yang Nabi Muhammad SAW ajarkan pada kita semua. Tapi aku percaya semua ni akan berubah, dan kita lah remaja masa kini yang akan berusaha tingkatkan kemajuan negara kita bukan setakat ekonomi je lah. Kejarlah keagamaan juga. Mudah2han ye kita semua. Perhimpunan nak tuntut hak asasi manusia dan rakyat nak haram2kan tapi yang majlis maksiat tu tak mahu pula korang nak haramkan. Yang konsert bawa artis seksi meksi tu tak nak pula korang halang. Eh banyak lagi lah, kalau korang yang aku nak tanya ni baca kan best. Tapi malangnya korang bukan nak baca pun masalah atau suara rakyat. Rakyat didahulukan lah sangat. Lupakan sahaja. Kami tak bodoh lah macam apa yang korang fikirkan. Nampak sangat lah fitnah memfitnah korang dan berat sebelah korang tu. Aigoo.

Sesungguhnya saya ingin melepaskan apa yang terbuku dan ingin membawa anda semua berfikir akan apa yang terjadi pada negara kita, memang kita hidup aman dengan suasana yang ada ni. Tapi sedarkah kita yang kita dalam situasi negara yang tidak melaksanakan hukum Allah. Seterusnya, dalam kemaksiatan juga tiap hari dengar kes jenayah. Aman kah? Keamanan yang Allah kurniakan pada kita adalah kerana sifat kasih sayang nya pada kita even kita tidak laksankan apa yang Dia perintahkan. Aku ingatkan diri aku juga. Wahai pemimpinku dan pemimpin2 kanan dan kiri yang lain, kami remaja benar2 berharap negara ini diketatkan lagi undang2 yang longgar tu. Ini untuk kebaikan kita semua. Keselamatan dan keamanan rakyat juga. Juga masa depan remaja.

Terngiang2 suara Ustazah yang mengajar aku mengatakan sabda Rasulullah, ni apa yang aku ingat je ye. Nabi Muhammad SAW bersabda, jika ingin memilih seorang pemimpin biarlah pemimpin yang pandai memimpin dari pelbagai aspek termasuklah pemimpin ketika solat bermaksud IMAM. Dan sejak itu juga lah until now aku terfikir dan tertanya PM kita, aku tak pernah pula nampak depa jadi IMAM. Aku yang wanita ni kalau hari Jumaat dan bila mana aku ada di rumah aku suka tengok khutbah dan tengok sendiri kaum Adam semua Solat Jumaat, masa tok IMAM duk baca doa boleh pula lah 'pemimpin' kita tu tdoq. Aiyoo. Beribadah boleh pula layu mayu ke, kalau dekat TV kalau duk bagi ucapan ka apa ka segar bugar pula. Sedarlah sedarlah wahai rakyat jelita n macho sekalian. Pilihlah pemimpin yang terbaik, yang menjamin akhirat kita juga bukan hanya dunia sahaja. Bukan hanya pada ekonomi je. (Aku tahu ramai yang dah sedar, hee)

Ok ye semua, malam pun dah larut. Bantal pun dah memangggil. Moga kita semua yang tak lepas dari buat atau lakukan kesalahan ni sedar dan kembali pada-Nya. Amin. Aku luahkan apa yang terbuku as remaja dan rakyat Malaysia. Dan ini blog aku macam diari aku juga. Hak untuk bersuara tu ada ye untuk semua (belajar dalam TITAS) . Jangan nak sekat2 ye apa yang kami nak suarakan (hihi) . Daa. Wassalam. ( Maaf banyak bebel) .

Wahidah BME




23 September 2011

Facebook Punya Cerita (Bab 1)

Si lelaki letak gambar buah hatinya dalam Profile Picture
Si wanita letak gambar buah hatinya dalam Profile Picture


Korang tak terfikir ke kawan2 korang akan tengok picture tu. Bagi si lelaki, tambah2 kalau awek korang yang cun melecun tu. Tak rasa cemburu ke duk tayang buah hati masing2 depan orang ramai? Sama juga lah si wanita. Tak takut ke kawan2 korang usha buah hati korang? Sekali terjatuh hati kang, maut parah eksiden hati korang nanti. Zaman la ni dah lah kalau orang dah cinta dan dengki tahap maximum depa terus main bomoh sana bomoh sini. Dengan hanya ada sekeping gambar sahaja tahu dah boleh jadi macam2. Fikir dulu sebelum anda ingin lakukan apa2. Takut sebab ghairah sangat nak tunjuk kat laman sosial betapa 'sweet' nya percintaan korang, lain pula yang jadinya di masa akan datang. Bagi si teruna kalau betul2 sayangkan buah hati tak payah lah korang duk heboh kecantikan si dia kat laman sosial . Kata sayang, jaga lah si dia baik2. Kecantikan si dia biarlah simpan molek2 untuk sendiri yang tengok. Ada duit cepat masuk meminang, kalau banyak duit terus menikah. Haa. Ok2. Maaf kalau salah kata ke apa. Banyak kelemahan juga diri ni. Moga peroleh manfaat atas izin Dia. Amin. Daa. Wassalam.


Wahidah Md Esa


Pemandangan Di Belakang Rumahku 24/11/09

Bila mata dah terpandang keindahan ciptaan-Nya Subhanallah. Hati tertarik untuk snap gambaq, wat cuci mata sendiri and now aku kongsi koleksi gambar2 yang aku snap. Aku penggemar snap gambar pemandangan also sangat minat snap gambar sendiri =) Hik hik. Moga kalian terhibur.










Wahidah BME

22 September 2011

Jom Ikut (Khas Buat Sesiapa Yang Rajin Membungkus Air Bawa Balik)


Assalamu'alaikum

Ada sesuatu yang nak aku kongsikan untuk pembaca sekalian. Moga ia bermanfaat. Ok, post ni ditujukan pada sesiapa yang ada bawa balik air bungkus macam Milo Ais Bungkus, Teh Ais Bungkus, Teh O Ais Bungkus dan segala air yang berbungkus. Salunya pelajar asrama macam budak IPT hee macam aku ler yang salu main bungkus-bungkus ni. Kadang-kadang tak semua orang mampu habiskan air minuman masing-masing dengan jayanya, aku faham sebab aku pun kadang-kadang tak habis minum juga. Aku nak sarankan kt sini andainya korg semua nak buang air yang tak habis tu lebih baik korg matikan dulu langkah korg ke tong sampah. Terus ke tandas then buanglah dulu air yang tak habis tu dalam singki. Cuci plastik tu sekali eh kalau rajin, pastu korg boleh buang terus plastik, straw, dan tali ikat plastik tu ke dalam tong sampah. Senang ja kan.


Biar aku terangkan apa kelebihan yang akan korg dapat bila korg bertindak macam apa yang aku sarankan tadi. Ok yang paling utama sekali korg semua sudah pun memudahkan kerja makcik-makcik cleaner sebab takkan berlaku tertumpahnya air yang busuk dari tong sampah bila makcik cleaner tu nak masukkan plastik sampah tu dalam plastik sampah besar. Bila dah mengalir air-air busuk tu kan kesian makcik cleaner tu nak kena mop la, pastu ngan bau busuk nya lagi. Seterusnya nape aku ada sarankan basuh juga plastik tu? sebabnya nak elakkan bau yang kurang menyenangkan terutamanya kalau air yang bersusu. Susu kan sifatnya senang basi. Air yang busuk alang-alang biaq la ia mengalir di tempat yang memang busuk, kan2? . Setakat ni aku mampu berfikir ni lah kelebihan-kelebihannya, apa-apa pun yang pasti semua adalah untuk kebaikan bersama. Keselesaan tu penting juga kan. Kalau bersih InsyaAllah tubuh badan kita pun sihat juga. Apa yang aku praktik kan ni aku belajar dari kolej lama dulu, UNIKOP College. Senior wat camni, aku pun follow. Bagus betol siapa punya idea ni. Hee.

Tak dinafikan sebagai seorang pelajar terkadang hidup kita serabut dengan jadual kelas dan aktiviti yang lain macam wat assignment ke, ape ke sampai tak dak masa nak kemas atau jaga kebersihan dan lain-lain. Tapi kalau keadaan persekitaran pun kotor nak belajar pun tak sedap kan? Nak beribadah pun tak selesa. Haa jangan lupa 'update' bilik air anda ya. Kalau nak tahu tahap kebersihan seseorang boleh usha keadaan bilik air orang tu, ni orang kata lah. Kalau kotor bilik aiq nya maka orang tu jenis yang tahap kebersihannya kurang memuaskan tapi kalau sebaliknya maksudnya orang tu jenis pembersih. Alhamdulillah, harap kita macam tu ya semua. Rumah ku Syurga ku kan. Oh ya terutama kaum wanita. Wanita kena rajin nanti suami bertambah sayang, tak cari lain dah. Rajin tu pelbagai aspek tau, InsyaAllah berkekalan. Ok, sebelum Wahidah merepek baik stop dulu. Daa. Macih baca post ni. Moga bermanfaat, amin. Wassalam.


Wahidah BME

19 September 2011

Teringat (SMTKS)

Assalamu'alaikum

Semalam aku duk kemas2 almari baju kat rumah aku. Kemas baju2 jela tapi, ternampak baju masa kat sekolah teknik dulu. Teringat dan rasa sangat rindu zaman SMTKS dulu. Baju kurung warna maroon n kain corak songket tenun. Baju kurung ni kami akan pakai tiap hari Jumaat. Aku ingat lagi, ada 2 hari yang aku suka bila tiba waktunya. Rabu dan Jumaat, rabu sebab boleh pakai baju koko dan baju koko aku masa tu seluar track + baju JPA3/KPA3 warna oren + tudung warna hitam. Haa aku suka pakai pakaian ni sebab tak payah gosok baju sekolah (hik hik) . Simple je, aku ingat lagi kalau malam hari Selasa aku mesti tanya geng2 aku yang ahli KPA3 nak pakai baju oren tak. Kalau depa pakai, aku ikut pakai. Kalau depa tak mahu pakai pun aku pakai gak (hihihi, lantak hang la) . Kalau boleh pujuk, aku pujuk gak sampai dorang nak pakai. 

Ok. Kalau hari Jumaat sebab pakai baju kurung maroon tu, hee. Baju kurung maroon ni aku suka sebab kalau aku duk gasak macam mana pun tak nampak sangat konyok nya. Macam tu lah zaman sekolah punya cite. Haa selain baju kenangan tu, aku ada juga lipat baju koko kami dulu. Kalau membe2 aku baca post aku ni tau lah ye, yang warna biru gelap tu. Kalau petang hari Rabu ada koko teman pakai baju tu ler kalau baju oren basuh la. Haa, kalau ada function lain pun kami pakai baju tu. :( Rindu sangatlah kat sekolah tu. Bila ntah dapat p lagi, susah kalau dah keluar dari sekolah ni. Yang pasti aku rindu sahabat2 atau kenalan2 aku kat sekolah tu. Aku memang happy sangat2 duk sekolah tu. Kawan memang terbaik lah, moga perkenalan kita semua berkekalan dan dipermurahkan rezeki untuk bertemu lagi. Amin.


Kenangan Pertandingan Kawat Peringkat Daerah 2007 (Pasukan KPA3)


Aku teringin nak tulis semula pengalaman sepanjang aku duk kat sekolah tu. Dari awal melangkah masuk hingga lah akhir sekali aku melangkah keluar. Ya Allah, ubatilah kerinduan ni dengan kuasa-Mu. Aku temui kehidupan aku di sana. Wassalam.


Wahidah BME

18 September 2011

Oh Blog Ku

Assalamu'alaikum

Haa. Lama tak update blog. Sorry la, aku tak bawa balik lattop baby pink ku tu balik umah. Berat beg aku satgi, tak mahu. Biarlah Cik Sahabat dalam bilik tu jaga lattop tu. Hujung minggu yang agak tertekan, balik kena hari Isnin tak boleh hari ni (Ahad) . Tiket dah habis, siapa2 yang dengar aku habaq camni mesti bebel (lain kali beli tiket awal2, dah tahu tiket senang habis) . Dalam hati aku meraung dan menjerit (kalau aku banyak duit aku dah beli awal2 lah, ish! ) . Bila kita tak dak kat situasi seseorang tu janganlah nak salahkan 100% sangat, kita tak tahu alasan atau sebab orang tu wat camtu. So, hormat jela ye. Bukan korang yang susah, aku sendiri yang harung.

Ada hikmah gak aku balik tiba2 minggu cuti Hari Malaysia ni, alhamdulillah. Mak wat makan2 sikit untuk kawan2 dia. Boleh lah tolong mak, adik ku yang 3 orang tu busy memanjang. Haha. Kakak pula kerja. Fikir punya fikir, kalau aku tak balik ni mesti mak sorang2 ja wat kerja. Alhamdulillah ALLAH aturkan macam ni. Maaf kepada Cik Sahabat ku di bilik 206 SPS kerana kelembapan ku pulang ke 'Asrama Halaman' (hik hik).

Minggu depan ada lagi Test 2 yang perlu diselesaikan, subjek Hidraul, Sistem Elektrikal dan Binaan  Bangunan. Oh, hopefully dapat wat yang terbaik. Amin. Final pula makin menghampiri, Ya Allah kuatkanlah hati dan fikiran kami dalam menuntut ilmu. Jangan ada sifat malas yang membunuh kejayaan kami, amin. Kita manusia dan terutamanya sebagai remaja memang senang lupa pada tanggungjawab masing2. Tahun depan nak habis belajar dah. Cepat masa berlalu.

Ok sampai sini je. Daa. Jumpa d post seterusnya. Wassalam.


Wahidah Md Esa

13 September 2011

Pembaca HaWa Tenang Blogspot Hari Ni

Country                   Uniques
MALAYSIA            62.5%
MACAO                    12.5%
INDONESIA            12.5%
UNITED STATES    12.5%



Assalamu'alaikum

Cek baru online ni, check punya check kat Nuffnang bape banyaklah yang view blog aku hari ni. Oh sikit je setakat ni, klik pulak kat 'came from'. Haa tengok atas, yang tulisan warna pink tu resultnya, wah rasa macam best pula ada pembaca baru dari negara Macao. Sangat jarang pembaca dari negara tu, first time. Aku tahu blog aku ni bukannya ada post yang berbahasa English. Almaklumlah English tak hebat, aku jadi diri aku. Aku hanya akan post dalam bahasa Malaysia sahaja. Sangat2 sorry ye. Tapi aku percaya depa yang dari US, Macao, Canada, Norway, Saudi Arabia, New Zealand dan lain2 adalah orang Malaysia kita. Mungkin ada yang terklik ke blog aku kalau bukan orang Malaysia pun. Apa2 pun aku harap pembaca dapat manfaat lepas dah baca blog aku ni. Mohon maaf andai ada kekurangan. Thanks to Nuffnang Malaysia yang beri information dan money income dari iklan2 Nuffnang yang diklik oleh pembaca sekalian. Pembaca2 kalau sporting klik2 lah lagi ye iklan tu, mana tahu berguna. Pada sesiapa yang ada blog join lah Nuffnang klik sini untuk daftar http://www.nuffnang.com.my/ . Ok sekian, jumpa next post InsyaAllah. Wassalam.



Wahidah Md Esa


12 September 2011

Rambut Sihat Dengan Buah Keras

Ini juga salah satu cara untuk anda
mengekalkan kesihatan rambut sekaligus mengelakkan rambut daripada rosak. Caranya juga mudah, dengan menggunakan buah keras, salah satu bahan yang senang dijumpai di dapur rumah anda. Cubalah.


CARA
1. Sediakan segenggam buah keras.
2. Sangai (goreng tanpa minyak) buah keras tersebut hingga hitam.
3. Biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian, tumbuk lumat buah keras itu hingga menjadi serbuk yang halus.
5. Cuci rambut terlebih dahulu.
6. Kemudian, sapukan serbuk buah keras tadi pada rambut hingga kulit kepala.
7. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci bersih semula.
8. Lakukan seali seminggu.


Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Pisang Untuk Rambut Sihat


Tidak suka dengan rambut anda yang rosak, kelihatan kusam, bercabang dan sudah diatur? Tidak perlu bersusah payah. Anda boleh cuba mengembalikan kesihatan rambut anda dengan cara semulajadi. Salah satu ialah dengan menggunakan pisang yang membantu memperbaiki keadaan rambut anda. Malah, ia juga boleh menguatkan akar rambut dan dalam masa yang sama mengekalkan kelembutan rambut anda.

BAHAN
- 1 hingga 2 biji pisang (bergantung kepada kepanjangan rambut)
- Sedikit minyak almond
- Air soda

CARA
1. Lenyekkan pisang hingga hancur.
2. Campurkan dengan beberapa titis minyak almond. Gaul hingga adunan menjadi seperti krim yang lembut.
3. Basuh rambut seperti biasa.
4. Sapukan adunan pisang tadi pada seluruh rambut. Biarkan selama 15 minit.
5. Kemudian, bilas dengan air soda. Ramas rambut dan kulit kepala perlahan-lahan selama 5 minit sebelum dicuci semula hingga bersih.


Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Minggu Ni

Assalamu'alaikum

Setelah puas berhujung minggu semalam, hari ini dengan rajinnya aku melangkah ke kelas. Aku ingatkan penuh kelas aku hari ini. Alhamdulillah sampai pukul 12 je, haa lega. Hari ni budak IKIP-UTM boleh lah bersuka ria melompat dan meloncat girang. Semua lecturer kita orang macam biasa setiap sem mesti akan ke UTM KL untuk bincang paper Final Exam akan datang. Hopefully penyelaras setiap subjek tak kejam, amin.

Dengan senyuman yang sengih2 aku menunggu bas yang tak reti2 nak gerak ambil kita orang ni balik hostel. Semua budak2 terpancar kegembiraan di wajah mereka (hahaha) . Al maklum lah hari ni kelas half day je, esok full day tak dak kelas. Budak IKIP jangan jeles ya (kikiki) . Oh, cepat masa berlalu lagi 6 minggu nak Final Exam. Moga boleh wat n result meningkat, amin. 

Aku dengar lecturer aku cakap cuti sem kami macam sem lepas only 3 weeks, oh redha n pasrah jela. Depa nak wat 3 sem 1 tahun sebab kami under IPTA. So, ikut jela apa yang depa tetapkan. Raya tahun ni pun tak merasa sangat sebab sedih tak dapat beraya rumah jiran n kawan sekalian yang disayangi n dirindui. Minggu ni ada cuti Hari Malaysia, aku harap hari sabtu ni aku dapat berjalan2 ke rumah kenalan2 di Shah Alam. Maaf sangat2 pada kenalan2 aku yang aku tak sempat p rumah tu. InsyaAllah tak tahun ni tahun depan, amin kalau panjang umur.

Rindu keluarga sangat. Aku harap aku balik nanti temui kegembiraan, kepada Muhammad Witri n Muhammad Wafiq buat lah lawak selalu. Rindunya kat korang, adik2 ku termasuklah Wanema cengek. Aku rindu korang masa kecik2 comel sangat. Sekarang korang dah besar, nak wat macam mana dah adat hidup semua makin membesar termasuklah aku ni (hik hik hik) . Owh rumahku syurgaku, nantikan kepulanganku insyaAllah. Daa. Wassalam.

Dulu mereka comel sangat, sekarang mereka sudah hensem.

Wahidah Md Esa

11 September 2011

Rambut Bersinar Dengan Strawberry


Tidak suka melihat rambut anda yang kelihatan kusam dan tidak bermaya? Apa kata anda cuba dapatkan rambut sihat dan bersinar secara semulajadi dengan cara mudah iaitu menggunakan buah strawberry. Kandungan vitamin yang tinggi dalam buah ini membantu menyihatkan rambut.

BAHAN
- 8 hingga 10 biji strawberry
- 1 sudu besar mayonis

CARA
1. Lenyekkan buah strawberry hingga hancur.
2. Campurkan dengan mayonis. Gaul sebati.
3. Cuci bersih dahulu rambut anda.
4. Kemudian, sapukan adunan strawberry tadi pada rambut. Tutup kepala dengan shower cap atau plastik.
5. Letakkan tuala yang direndam dalam air panas ke atas kepala agar haba panas dari tuala itu membantu rambut meresapi vitamin daripada adunan strawberry tadi.
6. Biarkan selama 20 minit sebelum rambut anda dicuci bersih sekali lagi.


Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Rambut Lurus Ala Rebonding

Inginkan rambut lurus ala-ala teknik rebonding yang popular itu? Memang mahal jika ingin membuatnya ke salun. Apa kata anda cuba lakukan tips berikut di rumah. 

CARA 1
a. Sediakan sebiji kelapa parut. Perah untuk mendapatkan pati santannya.
b. Campurkan dengan sebiji air perahan limau nipis.
c. Gaul sebati dan simpan di dalam peti sejuk. Perhatikan hingga nampak seperti mendapan krim putih pada bahagian atas.
d. Sapukan mendapan itu seperti krim pada seluruh rambut anda.
e. Tutup kepala dengan kain selama 1 jam sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk mendapatkan rambut yang lurus.

CARA 2
a. Sediakan 1/2 biji nenas masak.
b. Lumatkan dan perah untuk mendapatkan airnya.
c. Peramkan air nenas itu selama semalaman.
d. Kemudian, sapukan pada rambut.
e. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas hingga bersih.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

05 September 2011

Pulang Ke Kuantan

Berat, berat hati nak pulang ke Kuantan Tuhan je tahu. Abah hantar aku semalam ngan Kakak juga Wanema, terima kasih hantar anak Abah yang liat nak balik Kuantan ni. Lagi setahun Wahidah sabar, kau boleh! . Doakan aku ye semua. Semoga semangat yang kuat tu datang kembali dalam diri aku ni. Apa yang terkurang pada diri ini  harap dimaafkan. Kepada Mak n Abah terima kasih memasak lauk pauk untuk di bawa pulang ke Kuantan. Juga tak lupa packingkan kerepek n kuih raya. Mak n Abah doakan yang terbaik untuk anakmu yang degil lagi malas ni, terima kasih Mak n Abah. Moga Allah lindungi mereka yang aku sayangi, keluarga dan seluruh Umat Islam. Amin Ya Rabbal'alamin.

Macam ni lah rasa jadi pelajar. Oh tak leh tak leh, rasa nak nangis. Aku harap aku dapat rasai kebahagiaan tu lagi, amin. Kepada buah hati, moga kamu dan keluarga dipermudahkan urusan dalam hidup dan bahagia. Amin. Sungguh, rasa sedih n pilu n macam tak best je perasaan ni. Harap cepat2 lah hilang mood camni. Kebahagiaan takkan berkekalan, inilah dunia. Moga hati ini tabah melalui jalan-jalan liku yang Dia tetapkan, amin. Kerinduan pada saat indah n manis itu takkan berhenti, aku takkan putus asa mengejarnya. Moga ada ruang lagi. Aku berharap. Sangat berharap.


Wahidah Md Esa


01 September 2011

Beraya Di Kampung Halamanku

Bismillah.

Assalamu'alaikum dan Selamat Hari Raya semua pembaca, moga bahagia hendaknya. Alhamdulillah raya tahun ni bahagia macam sebelum2 ni tetapi agak lain sikit dari tahun2 sebelum ni. Rumah kampung dah jadi rumah batu sebab sebulan sebelum raya keluarga kami di kampung di uji. Rumah kampung kami terbakar, licin dijilat api kerana berlaku litar pintas, walau apa pun alhamdulillah semua insan2 tersayang dalam rumah tu selamat. Aku percaya di sebalik semua tu ada hikmah yang Allah tetapkan. Hanya Dia berkuasa membuka minda kami untuk memikirkan apa hikmah di sebalik kejadian itu. 

Sudah tentu yang paling sedih nenek saya sendiri, sedih hati bila dengar nenek berkata lebih kurang macam ni 'Ada 1 pasang pakaian nenek je dapat diselamatkan boleh wat kenangan', sampai macam ni sekali. Usia nenek saya dah menjangkau 70-an, tak pasti berapa umur nenek saya (lupa nak tanya, hihi) di rumah tu lah penuh kenangan dengan arwah atuk saya dan juga di rumah itu lah nenek dan arwah atuk membesarkan 12 orang anak2 mereka termasuk my abah. Kalau saya ada di tempat nenek saya juga akan sedih. Ingat lagi masa dah masuk area kampung nenek saya, tertanya dan berdebar2 nak tengok rumah baru kampung kami. Yelah, saya yang dah hampir berumur 20 tahun ni tiap tahun balik kampung tiba2 tengok rumah dah berubah. Allah sahaja yang mengetahui. Alhamdulillah rumah baru banyak juga kelebihan walaupun belum lengkap 100% di dalam dan di luarnya. Ruang tamu yang luas, ruang anjung yang luas, dapur yang luas, luas3. Alhamdulillah.

Sekarang kami sekeluarga kalau makan lebih sempoi, makan kat anjung rumah. Memang best sangat, angin tiup juga pemandangan kehijauan yang menyejukkan mata. Haa baru teringat, saya ada terbaca paper tarikh 30 dan 31 Ogos Ya Allah banyak juga berita pasal rumah terbakar, ada yang sehari sebelum raya, ada yang hari raya pertama. Ya Allah, bila fikir balik syukur kejadian kebakaran tu tidak berlaku seperti mereka. Lagipun abah juga kata, rumah kampung kami tidak kukuh dah almaklum lah rumah kayu. Rumah pun dah berabad2 dah, cucu cicit kalau balik raya berlari sana berlari sini, melompat sana melompat sini. Mahu roboh juga rumah kayu tu. Apa2 pun aku tetap rindu rumah lama, dan hanya gambar2 menjadi pengubat rindu kami sekeluarga. Kalau pembaca2 nak tengok gambar2 kampung ku yang lama, boleh klik kat Label 'Wahidah Picture Collection' tajuk post 'In Memory - My Village'. Komen2 lah sahabat2 semua kalau rajin :) (hee) . 

Saya balik kampung petang sehari sebelum raya masa tu, semalam balik Shah Alam. Kampung ku di Batu Pahat saya harap dapat jejak lagi di masa akan datanga. Bila dah bergelar pelajar IPT sangat susah nak balik kampung, cuti sem pun sekejap. Cuti sem kena kerja tak berkesempatan nak pulang ke kampung, hanya Hari Raya ruang dan waktu yang bebas nak lepaskan rindu kat kampung. Dan juga berganda2 rindu dilepaskan kerana dapat jumpa semua saudara mara yang disayangi. Semua berkumpul, kepada saudara mara ku mohon maaf andai ada terkurang pada diri ini dan keluarga kami. Moga Allah melindungi keluarga kita dan merahmati kita semua juga pada umat2 Islam. Amin Ya Rabbal'alamin. Raya tahun ni saya bahagia juga sebab saya dapat pergi ke kubur melawat tempat terakhir di mana saya nampak jasad atuk kesayangan saya. Bahagia kerana kami terbau bau-bauan wangi di pusara arwah atuk saya sepanjang bacaan surah2 dibacakan oleh abah. Wallahu'alam, yang pasti saya bahagia. Moga atuk bahagia di samping Allah SWT. Tunggu kami di sana atuk, wahidah rindu atuk. Ingat saat2 bergurau dengan atuk, mungkin Allah sangat merindui atuk sebab tu Dia ambil atuk balik. Dia berhak atas segala2nya. Mudah2han kami juga seperti atuk, pergi dalam keadaan yang suci dan wajah yang berseri2. Amin.

Raya setahun sekali, diharapkan tahun hadapan dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal. Kedua2 bulan ini benar2 membuat hati ini gembira dan sebak dalam kesyukuran. Permudahkan jalan urusan hidup kami Ya Ilahi dan perkenankan permintaan kami yang lemah ini Ya Rabbi. Amin Ya Rabbal'alamin. Wassalam.


Wahidah Md Esa

Raya 2008 di kampung halaman (rumah kampung dalam kenangan)