25 September 2011

Nak Kurus Juga!

Assalamu'alaikum


Jom check BMI masing2


Segarnya udara pagi ni, tapi aku rasa tiap2 hari segar kot cuma asyik tak berpeluang nak rasa sebab duduk kat bilik yang depannya tingkap tak boleh buka selalu. Apa boleh buat depan tingkap ada tong sampah, tak nak aku bau 'kewangian' sampah tu. Pagi ni sarapan maggi, tak sihat kan? Tapi apa boleh buat duit takda. Bekalan maggi dan telur ja ada, akhirnya maggi juga lah jadi breakfirst aku. Tak apa maggi tetap makanan, daripada tak dak langsung makanan macam rakyat Somalia tu kesian dorg. Allah uji kita dengan pelbagai dugaan, macam mereka yang di negara miskin Allah uji dengan kelaparan. Moga mereka tabah menghadapinya. Yang kita rakyat Malaysia ni pula lain halnya, pembaziran adalah salah satu sikap rakyat Malaysia. Oh tahukah anda (atau buat tak tahu) orang yang membazir tu adalah kawan syaitan? Haaa. Hopefully kita semua dijauhkan dari sikap buruk macam tu. Aamiin. Aku cukup pantang kalau ada yang tak habiskan makanan atau makanan yang dibuang sebab tak habis.

Ok perenggan atas memang lari dari tajuk utama (haha) . Itu cuma mukadimah, mukadimah lah sangat. Sejak dua menjak ni aku asyik ternampak kat FACEBOOK kenalan-kenalan yang dulunya berbadan besar, sekarang ramai yang dah berbadan slim semula. Uish! tergugat rasanya. Nak kurus juga, sebenarnya dah lama nak kuruskan badan. Rindu badan macam masa sekolah menengah rendah tu. Nak kuruskan badan sebenarnya perlukan semangat yang tinggi, tapi kalau macam malas tu jangan haraplah kau nak kurus. Perlukan exercise juga, tak dak makna kurus lah kalau tak disertai dengan exercise. Aku tahu tips nak kuruskan badan tapi cuma dah bergelar student di IPT ni susah sgt aku nak praktikkan. Tapi apa pun aku usaha insyaAllah boleh.

Bila kita dalam situasi nak kuruskan badan mesti ada dugaan yang mai. Jujur aku cakap, semua sahabat-sahabat aku tak berapa suka aku nak kuruskan badan. Kata dorang aku mana ada gemuk, kata dorang aku nanti tak comel kalau kurus (hahaha) . Apa da, kalau korang nak tahu comel-comel macam ni lah yang kena tahan telinga dengan suara-suara nyaring. Malas nak cerita kat sini, kena fahamlah wahai suara-suara nyaring ! tak semua orang ada jenis badan masing-masing. Dah jenis berat badan jenis cepat naik, untunglah sesiapa yang makan banyak 1 tong pun badan tak naik-naik.

Pada sesiapa yang sejenis macam aku, berat badan berlebihan ni bolehlah ikut tips ni. Mudah-mudahan berkesan ye. Banyakkan minum air putih, 8 gelas ke atas sehari. Nasi makan sehari sekali, nasi biarlah dalam kuantiti yang sederhana dan lauk pauk sayur-sayuran lebih takpa. Makan jangan berulamkan air lagi-lagi air ais (ni memang kena disiplin habis). Minum air putih hanya selepas setengah jam atau sejam lepas makan, agak-agak kalau nak tercekik tu barulah korang minum air. Tapi rasanya takkan tercekik kalau korang makan ikut sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu kunyah sebanyak 41 ke 42 kali setiap suapan. Apa yang Nabi ajar itu yang terbaik untuk kita, tabik lah pada siapa yang boleh ikut. Dan selain menjaga cara pemakanan, anda juga perlu bakar lemak dalam badan anda. Kalau agak malas dan tak berduit sangat macam aku ni, buat je senaman di rumah. Jenis aku tak suka berlari atau senaman depan orang ramai. Kalau pergi gym tu InsyaAllah boleh lagi tapi dengan syarat mesti ada kawan ramai-ramai. Kalau berlari ke atau senam kat taman ke apa ke aku memang tak minat. Tapi aku ada penyakit gila senamrobik, ni aku sporting. Tu pun sebab buat ramai-ramai. Kikiki..

Senaman yang aku selalu buat kat rumah adalah sit up, paling berkesan di bahagian perut kita iaitu boleh kempiskan perut. Selain itu, sit up boleh juga kecilkan lengan dan paha kita. InsyaAllah. Sit up ni kalau siapa yang baru mulakan senaman ni jangan terus lakukan 10 kali dan ke atas sebab boleh melukakan otot korang. Sebaiknya warm up dulu sebelum bersenam. Mulakan sit up dengan jumlah yang kecil iaitu 5 kali bangun. Then rehat sat sambung 10 kali, jangan terlampau paksa diri anda. Bila dah lama-lama amalkan barulah boleh pakai angka besar macam 15 kali/round. Buatlah dalam 3 atau 4 kali round. Jangan terus menerus, pengsan ceq tak tanggung.

Ok seterusnya skipping (hee) ni tak ramai yang berminat tapi aku minat sangat (haha). Rasa lepas buat tu puas sangat. Boleh kuruskan semua anggota badan yang ada di badan yang berlemak, package lengkap tu. Tak payah pergi gym gitu. Ok macam biasa jangan lupa warm up tau, lepas dah warm up tenang jap then mula lah skipping. Mula-mula buatlah dalam 20 lompatan, then rehat pastu seterusnya 20 lagi dan bla bla. Kalau aku dulu dalam sehari akan buat dalam 200 kali tapi bukan tibai sekaligus, aku buat 50-100 lompatan/round. Ikut pada kelaratan (wujud ke perkataan ni). Memang turun berat badan aku 20 kg, suatu masa dahulu lah haha. Semua ni aku buat dekat rumah je. Dulu aku rajin puasa, Islam memang agama yang menjaga tubuh badan penganutnya. Puasa adalah sebaik-baik diet. Sihat badan, percayalah. Rindu lah pula aku zaman kuruskan badan dulu. Masa tu aku 14 tahun dan 15 tahun, pergi sekolah pun jalan kaki lagi senang lah badan ni nak kurus. Ok semua ambil lah manfaat apa yang ada, andai yang ada yang buruk harap maaf.

Wahidah BME

2 comments:

  1. salam,
    just nak share ngan you all semua:
    saya dah letih ngan produk mengurangkan berat badan..sebut je apa yang saya tak cuba, antaranya:
    1.jusmate 5
    2.koko colagen
    3. Dlitchin (ala yg penyanyi aishah tu)
    4. herbal life (bagus sebenarnya tapi mahal sikit dan resultnya lambat)
    5. dr. nordin darus formula
    6. SD 2 (bagus untuk kulit- nampak gayanya- sebab really kolegen)
    7.lasmi (ubat tapi tak de kkm punya cop)...
    8. slimming center??????????? ada cuba jugak kat kajang ..tapi tak lah sampai beribu cuma ambik pakej yg paling murah...itupun tak habis pakej tu........
    9. pakai premium beautiful..ok jugak..tanpa lambat

    bak kata orang asal ada iklan kurangkan berat badan semua saya akan cuba....
    HUBBY??????tengok je......dia malas nak cakap....tapi dia bagussss sangat sebab bagi support dari banyak aspek especially RM le...(terima kasih abang sayang)...( nakkan.. bini LAGI cantik ....)

    nak di jadikan cerita... saya tertengok kawan saya di FB ...saya jarang tengok FB..ya allah......kurus (berat badn dah kurang...) dan cantik...saya ambik telefon terus call dia, dan tanya pasal dirinya yang totally dah berubah..dia pun menceritakan...
    tak puas hati lagi tu..sebab takut kamera 'trik'..so esok janji nak jumpa sebab nak tengok dia in 'real life'....mlm2 buta g jugak dalam kul 11mlm..(biasalah hubby temankan)
    memang betul2 kurus...dia turun berat badan dalam 10 kilo..tapi tak nampak 'ha-get' (tak rupa orang sakit pun)..
    untuk pengetahuan u all, kawan saya ni sama condition ngan saya suka mencuba produk untuk kurangkan berat badan...

    saya??? terus cuba produk ni.....produk ni dijamin dan ianya di luluskan oleh KKM (tu yang bagus)..
    harga??? nanti cerita, tapi BERBALOI tau!
    perlu berdiet ke???? tak jugak sebab saya makan je apa yg saya suka cuma saya kurangkan kuantitinya sahaja...
    perlu minum air ke?????? ye...tulah petua nya....sebab air dapat membantu tuk membuang semua toksin yg ada kat badan kita (lemak yang dah tepu)...saya minum air dalam 3- 4 liter (yang wajib), kalau rajin sikit lebih lagi saya minum 4-5 liter...

    so kesimpulannya, saya dah turun berat badan lebih kurang 6 kilo daripada 65kg SEKARANG 59 kilo, dan badan saya nampak kecil...semua baju2 saya yg cantek2, dan tak muat nak pakai especially di pinggang, sekarang dah boleh pakai.....
    alhamdulillah......sekarang saya share produk ni ngan kawan2 yang seangkatan ngan saya untuk menurunkan berat badan....

    kalau nak tahu lebih lanjut..call saya ye..boleh cerita lebih lanjut..

    INA- 016-2885776
    shasha0376@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam w.b.t

    Terima kasih pada kak sha dan tahniah sbb berjaya turunkan berat badan =). InsyaAllah kalau ada rezeki sy contact akk utk tahu selanjutnya. Almaklumlah pelajar lg hihi. Semoga akak bahagia sentiasa d samping kuarga tercinta, amin.

    ReplyDelete

Macih sudi komen ^^