17 October 2011

Hukum HUDUD ZALIM Atau Hukum MANUSIA ZALIM ?


Hukum Hudud Zalim Atau Hukum Manusia Zalim? Merujuk Kepada Persoalan Dalam Buku Ustaz Azhar Idrus Pada Mukasurat Akhir (m/s 179) Mengenai Hukum Rotan. Soalannya Berbunyi…

>>>Soalannya : Hukuman orang yang berzina adalah sebat 100 kali. Bagaimanakah cara SEBATAN yang SEBENAR?

JAWAPANNYA :
✿ Sarjana Islam menetapkan apabila menghukum penzina yang dikenakan hudud 100 sebatan adalah dengan pemukul yang tidak membunuh seperti rotan, kayu ataupun seumpamanya.

✿ Rotan itu tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus sehingga boleh melukakan. HARAM memukul kawasan muka dan kemaluan. Ini adalah bagi mengelakkan kecacatan wajah ataupun kematian.

✿ Pukulan perlu sederhana sahaja, iaitu tidak kuat dan terlalu perlahan. Tujuan hudud ini bukanlah membunu, tetapi untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Cara hukum rotan di penjara sekarang ini adalah HARAM kerana memukul terlalu kuat sehingga mengoyakkan kulit daging.

✿ Pesalah dikenakan hukuman dalam keadaan sempurna berpakaian. Haram menelanjangkan pesalah sebagaimana hukuman rotan di dalam penjara sekarang ini. Pesalah lelaki didalam keadaan berdiri manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk.

✿ Pukulan dikenakan ke atas beberapa tempat pada badan. HARAM memukul pada tempat yang sama.

>>> Sekarang nie hukuman mana yang zalim? Hukuman yang DICIPTA oleh MANUSIA atau HUKUMAN yang DICIPTA oleh ALLAH? Mengapa bila menceritakan tentang hukum HUDUD, sedaya upaya menentangnya?


Sumber

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^