08 October 2011

Kenapa Nak Tunjuk Aib Mereka?

Apa hak kita tunjuk aib orang kat ruang internet ni? Kalau nak bagi pengajaran pun tak perlu tunjuk kelemahan, keburukan, dosa yang mereka dah lakukan dan yang buruk-buruk lah pasal dorang . Tunjuk keburukan orang guna gambar lah, tunjuk guna video, tunjuk gambar kat YouTube, tunjuk kat Blog masing-masing, tunjuk kat laman web masing-masing . Kalau tengok blog atau laman web para Ustaz dan Ustazah ada ke depa nak bagi peringatan atau pengajaran atau nasihat depa tunjuk aib manusia lain? Ada ke?

Kita ni kena fikir dulu kalau nak buat sesuatu . YouTube adalah salah satu ruang yang meluas sangat untuk sebar aib manusia . Yang tukang upload video tu berganda-ganda dosa mereka dapat lepas penonton beramai-ramai view video tu . Ada juga individu yang tahu ada cerita hangat terus masukkan cerita tu sekali dengan gambar atau video aib orang yang buat salah tu kat dalam laman sosial masing-masing tak kisah lah FB ke, Blog ke, laman web sendiri ka . Tak sedar ke korang punya dosa akan dapat lagi berganda-ganda? Tolonglah . Kalau orang muslim, takkan lah korang yang Islam ni nak aibkan saudara agama sendiri . Korang yang burukkan saudara korang sendiri kat umum .

Sekurang-kurang korang kesiankanlah diri korang tu . Yang bakal tanggung dosa sebab menyebarkan keaiban manusia lain . Tutuplah aib saudara kamu sekalian, InsyaAllah Allah akan tutup aib kamu di akhirat kelak . Lagipun fikirlah manusia yang korang aibkan tu, keluarga mereka, saudara mereka . Ya Allah . Wahai saudara seislam ku berhati-hatilah menggunakan internet . Jangan sesekali tersalah langkah . Yahudi ada agenda mereka sebenarnya, antara salah satunya adalah internet . Di sinilah tempat paling mudah untuk Islam hancur sikit demi sikit . Islam sesama Islam saling memburukkan . Apakah? Islam sesama Islam saling mendedahkan keburukan masing-masing di mata dunia . Oh apa semua ni? Jom lah kita berubah, cukup-cukuplah sebar aib saudara Islam kita . Kalau nak bagi pengajaran pun ada caranya .

Takut duit keuntungan kita berbloger atau berlaman web tu adalah duit haram sebab sebarkan keburukan manusia lain . Makin banyak yang view keaiban tu, makin banyak juga dosa kita tanggung . Makin banyak duit kita dapat, makin banyak juga lah duit haram yang kita makan . Makin susah doa nak dimakbulkan . Aku sampaikan apa yang ada dalam fikiran aku . Blog aku memang tak ramai yang berkunjung tapi aku harap Allah bantu aku dalam penyebaran tentang kesedaran perkara serius macam ni . Aku yakin Allah juga sayang hamba-hambaNya walaupun berjuta kali melakukan kesalahan pada Dia. Semoga kita berubah menjadi Islam yang cemerlang, barulah ramai yang non muslim nak mencontohi kita . Wallahu'alam . Andai ada yang terkurang harap dimaafkan . Wassalam .


Wahidah BME

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^