01 October 2011

Satu / Wahid / Sici / Tik



Hidup aku banyak berkaitan dengan angka satu .
Maybe kebetulan atau takdir Yang Maha Esa tentukan .
Nama aku Wahidah yang bermaksud yang sendiri, yang tunggal dan yang satu .
Nama abah aku Md Esa juga bermaksud satu .
Aku dilahirkan 1/11/1991 , banyakkan nombor satu ?
Aku seorang (satu) sahaja dalam adik beradik aku yang bukan lahir
di Semenanjung Malaysia .
Aku lahir di Sarawak .
Aku ada satu kakak dan satu abang dalam hidup aku .
Aku pernah sekali sahaja belajar di kelas nombor satu di kelas 5 Awam 1 (haha) .
Nama dorm aku masa kat SMTKS dulu hujungnya mesti nombor satu Q31 dan P21 .
Sahabat2 aku ramai yang anak nombor satu termasuklah buah hati aku (hihi) .
Mereka adalah Nur Adira Nadiah, Nur Izzati Husna, Siti Intan Baizura, Nuraina Raihana, Rima Melati, Ahmad Najmudin dan ramai lagi . Yang terakhir buah hatiku, Muhamad Hafiz .
Hanya bila bersendiri atau sorang2 sahaja aku akan menangis .
Sebab tu kawan2 aku semua tak suka aku duduk sorang2 (hik hik hik) .
Aku takkan menangis depan orang (ego + malu) .
Yang last sekali, sekarang aku tengah bersendiri ni .
Aku sorang je yang ada dalam bilik 206 ni .
Semua balik rumah, aku ditakdirkan memang selalu sorang2 (hihi) .
Tak apa tak apa satgi aku panggil Cik Una datang menemani .

Walaupun maksud nama aku yang sendiri, yang tunggal dan yang satu tapi
aku tak mahu hidup bersendiri tanpa insan2 yang aku sayangi di sisi aku .
Aku juga tak sanggup hidup bersendiri sebab aku tahu aku takkan kuat hidup bersendiri .
Walaupun aku tahu Allah selalu ada di sisi aku .
Tak apa Allah tahu apa tahap kemampuan aku  .
Aku yakin Dia dah aturkan yang terbaik untuk aku .
Thanks to Allah untuk segalanya .
Aku ingin jadi hamba-Mu yang mensyukuri segala segala nikmat-Mu .
Juga menerima segala ketentuan-Mu .
Amin Ya Rabbal'alamin .


Nota - Sici bermaksud satu dalam bahasa jawa .
             - Tik bermaksud satu dalam bahasa bidayuh .


Wahidah Md Esa


2 comments:

Macih sudi komen ^^