20 October 2011

Sebab Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun yang Digilis di China



TAOTAUAJER - Tao yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini .

Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."

Anda rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?


Jom kita baca .

"Sejak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya tiada seorang pun yang peduli . Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang di situ buat tak tahu sahaja .

Video tersebut tersebar dengan cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni . Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia . HOT fm buat topik pasal ni . Jadi cerita tentang perkra ini memang hot lah .

Sekarang tao nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada anda yang nak pergi ke negara China . Kalau anda nak tahu sekiranya terjumpa atau ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal , atau budak kecil dipukul atau dibuli ataupun anda nampak seorang tua yang tiba-tiba diserang sakit jantung , sila jangan tolong . Kenapa ?

PERINGATAN . JANGAN TOLONG !
Nak tahu kenapa ? Sebabnya bila anda tolong , orang itu dah menjadi tanggungjawab anda . Contohnya , anda mahu tolong makcik yang jatuh basikal tu . Katakan makcik tu patah kaki , maka anda yang kena tanggung semua kos perubatan dia sebab anda yang tolong dia .

Ataupun anda akan disaman oleh anak makcik tu sebab anda lah penyebab mak dia jatuh . Inilah faktanya di China . Nilai moral sudah tiada . Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab jika mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya . Ini Serius , cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas .

Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba . Kerana prihatin tiada orang lain nak bantu maka askar ini pun mahu lah bantu tapi anak orang tua ni nampak dia pegang mak dia jadi dia tuduh askar ini yang menolak mak dia . Kemudian askar ini kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan orang tua tersebut .

Akibatnya dari perkara itu lagi dia kena buang kerja . Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama . Baik biarkan saja budak tu sebab kalau tolong dan jadi apa-apa yang lebih teruk kat budak tu , mereka yang kena tanggung .

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal dia langgar budak perempuan tu ? Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu dan dia berhenti kejap sebab perasan dia langgar budak . Masa tu budak tu berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang . Dia terfikir kalau budak tu mati , dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja tapi kalau budak tu hidup dia kena tanggung akibatnya seumur hidup jadi dia teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati . Itulah undang-undang di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira daripada langgar hidup . So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecil ini akan mati .

Teruk bukan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni . Tao ingin memberi pesanan ini "Jadi kalau sampai di China" ingatlah ! JANGAN TOLONG kecuali family anda sendiri .

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini .

Kesimpulannya , di mana saja , manusia semakin hilang pertimbangan diri . Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan .


2 comments:

  1. berita nih mmg hangat sgt time tu.. TT^TT kejam sangat rakyat dekat sana.. bila manusia hilang kemanusiaan.. nauzubillah....
    moga2 kita nih masih ada perasaan belas kasihan.. aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a betul tu. Entahlah, bila dorg nak berubah entah.
      Tu la, kemanusiaan hilang jauh dari kehidupan dorg.
      InsyaALLAH aamiin :)

      Delete

Macih sudi komen ^^