03 October 2011

Selamat Berjuang Sahabatku



Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

Munsyid : Brothers


Bila aku dengar lagu ini hati aku tak lari dari rasa sebak dan rindu pada sahabat-sahabat aku kat SMTKS. Aku rindu saat kita semua bersama dulu. Bersama kenangan manis dan pahit yang memang sentiasa terbayang-bayang, teringat-ingat sampai sekarang. Semua yang kita semua rasai memang jadi memori yang sangat berharga. Rindu masa sekolah dulu solat jemaah sama-sama, baca Al-Quran sama-sama, menuntut ilmu sama-sama. Tapi sekarang dah takde macam tu lagi, rindu sangat korang semua. Kita semua berpisah, masing-masing duduk dan belajar lain-lain tempat. Nak jumpa pun susah mesti ada halangan. Aku tahu Allah nak uji kerinduan kita semua.

Pada sahabat dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5 aku rindu sangat kat korang semua. Aku tak muak nak sebut ayat ni banyak kali, air mata ni mudah mengalir bila ingat kenangan kat sekolah teknik dulu. Maafkan aku andai gagal jadi kawan yang terbaik untuk korang, aku harap persahabatan dan perkenalan kita semua berpanjangan sampai di sana kelak. InsyaAllah, jom kita berjuang sama-sama untuk dapatkan kejayaan dan kemenangan di akhirat kelak. Dunia ni amat berbisa sekali, sungguh hidup di selepas zaman persekolahan penuh dengan duri dan kepahitan. Aku harap kita semua kuat hadapinya. Kami mohon Ya Allah. Amin Ya Rabbal'alamin. Sayang korang semua.

Jangan lupa dengar lagu ni bila korang rindu aku, tenang sangat hati bila dengar lagu nasyid percayalah sahabat-sahabatku. Wassalam.


Wahidah Md Esa

2 comments:

  1. =) Bai
    Syg kat korang sgt2.
    Jaga diri salu.
    Ada masa kita jumpa eh.

    ReplyDelete

Macih sudi komen ^^