26 November 2011

Perkahwinan Tanpa Restu Ibu

Assalamu'alaikum
Hari ni nak share kat pembaca pasal perkahwinan tanpa restu ibu sah ke idak . Macam biasa ambil sumber dari http://www.facebook.com/Koleksi.Printscreen . Bagi sesiapa yang ada masalah bakal mak mentua si lelaki yang tak  restu percintaan atau perkahwinan korang , boleh lah rujuk jawapan Ustaz Azhar Idrus kat bawah ni . Teringat pula dekat sahabat baik aku , ibu si buah hati dia tak berkenan dengan dia walaupun tak ada cacat celanya . Ada lah alasan si ibu laki dia tapi tak dapat nak cte , mungkin itu salah satu ujian buat dia . Moga dia sentiasa sabar dan tabah dengan hidupnya . Amin .





Aku nak kupas sikit apa yang ustaz nyatakan kat atas . Ustaz sendiri bagi tahu kebanyakan mereka yang bercerai bukanlah di kalangan mereka yang tidak direstui perkahwinannya . Ok , dapat disimpulkan di sini pasangan tu sendiri sebenarnya penentu kebahagiaan dan berkekalannya sebuah perkahwinan . Kadang-kadang , eh jap bukan kadang-kadang tapi memang selalu ibu bapa zaman sekarang bukan tak restu sebab perkara-perkara buruk yang ada pada si bakal menantu . Haha . Ni aku nak kongsi cerita dan pengalaman ni . Bukan pengalaman aku tapi orang sekeliling aku .


Yang si wanita tidak diterima oleh mak si lelaki oleh kerana mak si lelaki mahupun kan bakal menantu yang asalnya dari negeri yang sama . Ok contoh si lelaki dari penang , mak nya nak anak dia hanya kahwin dengan orang penang atau belah utara sahaja . Tak mahu dan tak pandang dah orang belah selatan ka , barat ka , timur ka . Ish3 , makcik tak boleh lah macam tu . Macam lah wanita tu bawa lari anak  makcik . Makcik tenang cool jela , dalam Islam kan wanita wajib ikut suami bila lepas kahwin . Kami wanita ni wajib jaga mak mentua kami . Amboi pun makcik ni , nakal . Sama juga contohnya seorang ibu yang berasal kelantan , inginkan anak nya dijodohkan dengan orang Kelantan . Kalau boleh sepupu sepapat , satu kampung dan kampung sebelah . Yang dekat-dekat lah konon .

Tahukah anda Nabi Muhammad SAW galakkan kita mencari jodoh (bagi lelaki) yang jauh keturunan nya dari keluarga kita . Means , elok kahwin orang negeri lain-lain . Sebab apa , sebab nanti berkembanglah keturunan atau umat Nabi Muhammad . Lagi satu kebanyakannya mereka yang kahwin jauh-jauh ni , anak yang dilahirkan bijak . Hee . Tapi kalau dah jodoh dekat-dekat tu tak ada hal . Allah yang tentukan segala-galanya . Ada je cara lain nak bagi anak pandai . Si ibu baca lah surah Al Luqman dan Maryam masa tengah mengandung bayi . Atas izin Allah InsyaAllah anak bijak dan alim macam Imam Luqman Hakim .

Ok balik pada tajuk . Si ibu jangan sesekali salah menggunakan kuasa sebagai seorang ibu . Si lelaki pula sepatutnya jadi hero lah sikit . Usaha pujuk dan merancang sesuatu yang boleh buat si ibu anda terima buah hati anda . Sebelum berkahwin banyak halangan atau ujian yang masing-masing akan tempuh (cehh cakap macam kau dah kahwin wahidah , hee) . Senang cerita , segala-galanya dalam dunia ni tak mudah . Maka bersabarlah , kesedihan atau kesusahan tu takkan berpanjangan . Itu janji Allah , selepas kesusahan pasti akan temui kesenangan . Moga perkahwinan yang bakal atau sudah dibina oleh kalian berkekalan hingga ke syurga Allah SWT . Amin Ya Rabbal 'alamin . Selamat pengantin baru pada siapa-siapa yang kahwin hujung tahun ni (bestnye kahwin !) . Maaf andai ada yang salah . Wassalam .


Wahidah Md Esa

6 comments:

  1. perit rsenye..hmpir 7 tahun, tiba saat dia buka mulut utk melamar saya, parents die xberkenan..adakah sebab saya tidak kurus?? Allahuakbar..saya sgt perlukan kekuatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda lelaki atau wanita? Banyakkan bersabar ya. Jika pasangan anda ikhlas nk menjadi kan awak teman sehidup semati mesti dia pertahankan. Moga Allah permudahkan. Nak gapai bahagia tu mmg payah, senang cte dunia ni fana. Moga tabah ya.

      Delete
  2. Salam..camna dgn kwn y xdpt restu ibu pihak lelaki tu?die tetap nikah atau sebalik nya?time nikah tu ibu pihak lelaki ad datang x?maaf la bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm dear. Tak jadi kawin pun sebab lelaki tu sendiri lari dari sahabat saya. Call, sms, email segalanya dia tak balas tiba-tiba. Diam berbulan2. Agak biadab jangan tiru aksi ni lelaki kat luar sana. Bukan jodoh dorg. Si laki tu dah kawin ngan pmpn lain dah pun yang sama negeri macam mak laki tu minta. Huhuhu.

      Delete

Macih sudi komen ^^