22 May 2011

TABARRUJ vs WANITA


Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki.

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka.." 
(An-Nur : 31)

"Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu" 
(Al-Ahzab : 33)


From - http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/06/tabarruj-ialah-mendedahkan-kecantikan.html

TABARRUJ DI FACEBOOK

Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satupoint yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri

Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.


Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini








21 May 2011

Isteri, Suami Dan Bidadari


"Ustaz boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Jawapan ustaz :

"Di syurga nanti, selagi  puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin  la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum  kelat. 

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari.  Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang  penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang  yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. 

Maka  apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari  yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita  dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari  melihat isterinya. 

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung?  Kan lagi bagus kalau tiada saingan? 

Tidak juga. 

Andai tiada bidadari,  maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong.  Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada  siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? 

Wahai wanita  penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak  berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga  Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. Satu  perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah  tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka  pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa,  taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini  Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak  takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai  nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang  apabila diterjemahkan bermaksud: "sentiasa merindui (suami mereka yang berada  di dunia) dan muda belia usia mereka". 

Di dalam bahasa Arab, kalimah  `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.. Dalam istilah yang agak kurang  sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf  sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir  semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki  normal macam tu). 

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada  masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for  guys only. 
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari  melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja  bukan?Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'. 

Betul? 

Tapi adakah anda  pasti? Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni   syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak,  dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh,   sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada  seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama  qaal 
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami,  maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. "Tak  kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan   seorang wanita. 

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana  terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli  syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih,  lapar, atau dahaga..". (au kama qaal) 
Jenuh la kali ni tak turun-turun  dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa  dekad?Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di  luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka  kata. 
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami   aku!" 
Mungkin ada wanita yang berfikir begini. 

Izinkan saya bertanya lagi;  "Tak nak pergi shopping ke?" ; ) "Eh, shopping? Shopping apa? Kat  mana?" 
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat  Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi  nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat   kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta,  Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. Dan di 'pasar' syurga inilah Allah  sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori)  yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,niatkan "Aku mahu yang  ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh  juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai  sesuatu yang menarik perhatiannya. 

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta  saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu  dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya  nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua file/software  yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di  internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan  superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang  macam tu la ibaratnya. Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan  barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak  akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini  adalah PERCUMA! 
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya  yang asyik pecat orang ("you're fired!". Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak  macam minah saleh tu.. 

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan  hati anda boleh didapati.. 
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di  Department Pakaian Wanita. 
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?" 

...cheh. Ada  sorang minah yang ni boleh terfikir nak tanya camni..


Wanita Dan Suami


1.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


Syaitan ?


Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".


Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.

Anas bin Malik r.a berkata adalah nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas mengucapkan Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina

Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.

Dari Jabir r.a katanya:Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan.



15 May 2011

Sambung Belajar Lepas SPM

Dimulakan dengan Bismillah :)

                Assalamu'alaikum w.b.t kalian semua. Semoga kita semua sentiasa peroleh hidayah atau petunjuk dari-NYA. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN. Alhamdulillah sehingga kini kita masih bernafas di bumi ALLAH SWT walaupun terkadang persekitaran kita seperti apa yang kita lihat sekarang kurang keselamatannya. Apa-apa pun kita hanya berharap dan bermohon pada ALLAH SWT, kita hanya takut pada DIA. InsyaALLAH kalau kita bersungguh-sungguh berharap pada DIA untuk diberi perlindungan sentiasa, DIA akan makbulkan. Semoga umat Islam yang di uji kini oleh ALLAH SWT kuat menghadapinya termasuklah diri kita sendiri. AMIN. Artikel kali ini mungkin sesuai untuk adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan SPM yang lalu dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya.





Sebagai seorang yang sudah menempuh pengalaman sebelum melanjutkan pelajaran, aku ingin berkongsi pengalaman dan insyaALLAH nasihat untuk bekalan di masa depan, moga kita semua peroleh manfaat. AMIN. Pada adik2 semua yang memperolehi keputusan SPM yang bagus, alhamdulillah atas kejayaan yang ALLAH SWT limpahkan pada kita dan tahniah atas usaha adik2 selama ini itulah yang adik dapat. Sebaliknya, pada adik2 yang memperolehi keputusan yang kurang memuaskan jangan putus asa percayalah cakap akak (ecehh...akak...) di sebalik keputusan yang adik dapat tu ada rezeki yang menanti. ALLAH SWT itu Maha Adil DIA da tentukan mana yang terbaik untuk kita. Tetapi jangan pulak serah bulat2 ye pada takdir, kena usaha..wajib tau. (hee..)

Sebaiknya adik2 semua fikirlah apa kerjaya yang adik ingin kecapi dan seelok-eloknya kerjaya itu biarlah sesuatu yang adik minat. Bukan ikut kawan, bukan ikut trend (no no x boleh tu..) tau adik2. Kos @ kursus @ jurusan yang adik ambil nanti bakal menentukan juga kerjaya adik2 semua. Setiap manusia ALLAH beri kelebihan dan kelebihan itu juga kita kena gunakan dengan sebaik-baiknya. Kelebihan itu juga lah menjamin kehidupan di masa depan kita, insyaALLAH. Kelebihan dan kerjaya juga minat saling berkaitan. Bayangkan jika kita dapat kerjaya yang bukan minat kita dan kita memang kurang mahir (xde kelebihan) dengan kerjaya yang kita dapat atau pilih itu, memang hidup kita jauh dengan kegembiraan. Bukan setakat waktu sudah kerja sahaja tapi semasa belajar pun kita akan jadi bosan dan kurang semangat. Akhirnya pointer pun teruk, apa yang akak nak kongsikan ini adalah pengalaman akak mengenali 'mereka' yang silap haluan dalam memilih haluan hidup.

Adalah amat penting berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, aku percaya semua orang faham apa aku nak sampaikan ni. Pada adik2, pilihlah kos yang adik2 minat. Contoh sesiapa yang suka mengira dan suka cabaran pilihlah kos seperti Kejuruteraan (Awam, Mekanikal, Elektrik dan Elektronik, Elektrik Kuasa), Ukur Bahan, Sains Komputer, dan banyak lagi lah. Kalau minat berdakwah ambil kos yang berkaitan Islamic Pengajian Islam, Dakwah dan Pengurusan, Syariah dan Islamiah dan lain-lain berkaitan. Banyak lagi kos-kos yang aku percaya salah satu atau salah dua (ada ke ayat camni?..hee) yang korg minat, percayalah. Contoh, kos Senibina - kreatif, minat lakar dan lukis, berani, pandai math dan fizik, dan mengikut kelayakannya, kos Kesetiausahawan kat UiTM panggil Office Management - minat dalam pengurusan, berdisiplin, tepati waktu, minat menulis dan menaip, dan kemas (pandai bergaya) sesuai lah amik kos ni. Banyak lagi lah, pilih2 jangan malu2 ye. 

Yang tak dapat IPTA tak payah nak sedih sangat. IPTA ke IPTS ke kita keluar nanti yang menentukan kita berjaya ke tidak adalah usaha kita. Kalau kita rajin tak kisahlah kita dari mana orang akan suka pada kita dan ambil kita bekerja dengan mereka. Rajin, berdisiplin, amanah, pandai dan senagkatan dengannya semua ni lah perkara yang penting dalam hidup kita. InsyaALLAH kehidupan pun dijamin bahagia, tapi ingat yang wajib (solat, puasa, dan yang lain2) itulah juga tentukan kejayaan kita. Sifat-sifat dekat atas itu akan ada kalau kita jaga amalan kita. Satu perkara lagi, andai kita sudah berusaha tapi kita masih buat silap dan akhirnya gagal ingatlah ALLAH sentiasa ada bersama kita, jangan putus asa ALLAH itu Maha Pemurah dan paling penting Maha Pengasih. Siapa pun kita kat dunia ni, kita tetap hamba ALLAH yang lemah janganlah kita bangga dengan apa yang kita peroleh. Rendahkan diri kita, malulah pada DIA kerana apa yang kita dapat atau peroleh adalah pinjaman semata-mata. Usaha juga lah sedaya upaya pilih kerjaya yang Islam benarkan dan halalkan. Lagipun kita sudah berada di akhitr zaman, masa sekarang sangat suntuk dan janganlah kejar sangat dunia. Seimbangkan atau lebih baik lebihkan lah akhirat dari dunia. Belajar2 juga, solat janganlah tinggal (nasihat pada diri juga).

Sepanjang aku hidup di kolej aku ni, tersangat ramai yang mengabaikan yang fardhu. Hakikatnya inilah yang terjadi, aku harap semua ini akan berubah supaya jadi lebih baik. AMIN. Adik2 semua, janganlah sia2kan harapan ibu bapa kita semua untuk lihat kita berjaya di dunia mahupun di akhirat. Belajar sungguh2, merek mencari rezeki dan berusaha membesarkan kita untuk menjadi manusia yang berguna. Buktikan pada mereka anda boleh, mereka tidak pernah mengharapkan balasan semula apa yang mereka sudah beri pada kita, tetapi apa yang penting adalah kejayaan.  Ingat, kita adalah saham mereka di akhirat kelak. Banyak saham pahala yang kita peroleh, maka berjayalah mereka dan kita di akhirat kelak. Sebaliknya anda fikirlah sendiri. Jagalah juga hubungan kita dengan mereka dan manusia lain, ini juga menjamin kejayaan kita. Elakkan dari menyakitkan hati manusia lain, ia sangatlah bahaya (percayalah..).

Sampai sini sahaja perkongsian aku untuk kalian semua, apa yang terkurang atau silap harap diampunkan. Semoga ALLAH sentiasa tunjukkan kita jalan yang terbaik untuk masa depan dunia akhirat kita. AMIN. Maju diri, majulah masa depan. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Ikhlas,
Wahidah Md Esa

Pinjaman Pendidikan MARA, PTPTN, YAYASAN NEGERI Dan Lain-Lain

Dimulakan dengan Bismillah :)

Assalamu'alaikum saudara dan saudari sekalian. Moga kita semua sentiasa di bawah naungan kasih sayang الله سبحان وتعالى Amin. Alhamdulillah kerana masih lagi berkesempatan menuntut ilmu, tambahan pula suasana persekitaran di negara tercinta sangat selesa. Sama-samalah kita semua sebagai pelajar bersyukur dengan nikmat kurniaan الله سبحان وتعالى, bukan pelajar je eh semua sekali tau. Hihi.

Sebagai seorang pelajar yang menuntut di IPT kita semua tidak dapat lari dari memerlukan bantuan pinjaman pendidikan yang kerajaan sediakan. Tidak kisahlah di mana kita menuntut ilmu sama ada di IPTA mahupun IPTS. Tak pun macam aku sendiri yang belajar di Kolej IKIP tapi kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, ni orang panggil separuh kerajaan separuh swasta. Semua memang perlukanlah pinjaman, nak harap guna duit sendiri memang tidak akan tercapai oleh diriku la.

MARA, PTPTN, atau YAYASAN-YAYASAN NEGERI, semua ni antara pinjaman yang sedia ada. Kalau MARA memang agak susah nak dapat, siapa yang keputusan SPM nya ok mesti boleh dapat tawaran MARA siapa tak dapat nasiblah kena pinjam PTPTN (yang penuh dengan bunga-bunga cinta, hee..) dan lain-lain. Mula dari tahun aku, MARA dah tak nak taja sara diri budak-budak UiTM. MARA hanya taja yuran pengajian pelajar UiTM, sara diri pelajar UiTM kena mohon atau pinjam kat PTPTN. Selamat aku masuk kolej (kiki..) MARA hanya taja sepenuhnya pelajar-pelajar IPTS mengikut syarat-syarat kelayakan yang sedia ada. Alhamdulillah. So, aku tak sedih la sangat tak dapat amik diploma dekat IPTA sepenuhnya. Aku budak IPTA separuh je (hee..).






Proses sebelum berjaya nak dapat pinjaman MARA ni agak susah sikit (tapi aku rasa PTPTN  lagi susah tak silap). Alhamdulillah syukur sangat dapat tawaran pinjaman  MARA. Aku tahu tak ramai yang bernasib baik macam aku jadi aku berusaha sungguh2 belajar rajin-rajin dengan menggunakan duit rakyat Malaysia. Tak kisahlah apa pun pinjaman yang kita semua ambil, yang penting kita semua dah sedia tahu ambil lah peluang ni sebaik mungkin. Peluang yang aku maksudkan tu adalah sesiapa sahaja yang mempunyai pointer CGPA 3.50 ke atas tak kisahla pinjaman apa pun, bayaran yang dikenakan akan diberi diskaun. Bagi pinjaman cam aku iaitu MARA 10% untuk pointer 3.50 dan kalau pointer 3.70 ke atas pula tak payah bayar dikira biasiswa (free kot, hihi..).

Kepada pelajar yang ambil bidang-bidang yang mahal yuran atau kos nya tu, usahalah sedaya upaya belajar elok-elok (pesan  pada diri aku juga, hihi..insyaALLAH). InsyaALLAH ke mana ada kemahuan di situ ada jalan (da lama tak bubuh peribahasa kat karangan, kiki) dan paling penting hendak seribu daya tak nak seribu dalih, betul kan2? (hee..) Bagi sesiapa yang baru sahaja mula belajar di IPT, harap-harap fikirkan lah sebaik-baiknya tentang hal ni. Seterusnya yang masih atau yang dah nak abis belajar teruskan perjuangan. Apa yang aku sampaikan adalah tujuan insyaALLAH untuk membawa kalian semua berfikir sebaik-baiknya, supaya kita tak menyesal di kemudian hari. Ada peluang di depan ambil sebagai cabaran. Kita usaha, doa dan tawakkal, insyaALLAH kemenangan di tangan kita. Mudah2han, amin. :)

Bagi kaum-kaum wanita di luar sana, aku faham korg nafsu nak bershopping tu memang ada (hehehe...) tapi control dengan "Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu". Beli sesuatu mengikut keperluan bukan kemahuan (cam kenal aku ayat ni..sory cilok). Sebagai pelajar biarlah kita simple je, paling nak kena ingat kita hidup kat dunia sementara je so biarlah bersederhana. Tak perlu membazir, membazir kan amalan syaitan. Syaitan kan musuh kita, takkan nak ikut perangai syaitan (xmo2 tu..x baik). Kaum adam pula control diri k dari membazir make up motosikal korg (kiki..) atau apa2 jela. Sama2 la ye laki ke wanita ke.

Semoga kita semua mendapat kemenangan di dunia wal akhirat. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN. Ampun andai tersalah bicara, yang baik hanya daripada ALLAH SWT. Majulah remaja, majulah Islam. ALLAHUAKHBAR! wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian.


Wahidah BME



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO