18 June 2011

Mahu Kerja...

Bismillah...

             Dah masuk 5 hari aku mula bercuti semester lepas aku balik isnin masa tu, dan sampai sekarang juga lah perasaan dilema nak kerja ke tak dan rasa menyesal menghantui aku sebab bertindak tanpa fikir panjang berjela (kesian :( ...) . Sebenarnya masa penghujung final exam aku dah decide nak stay hostel jap sebab nak pergi temuduga kerja kat Hotel Zenith dengan member aku hari isnin yang aku balik tu. Tapi aku macam tak yakin tempat aku nak kerja tu ada sediakan hostel ke tak, penting semua tu sebab kalau tak ada hostel atau tempat tinggal pun tak guna aku bekerja. Tapi aku ni punyalah tak fikir panjang dan takut masa depan, terus nak balik rumah. Aku balik rumah ada sebab juga, boleh meniaga selendang-selendang yang aku beli borong kat Kuantan. Yang meniaga tu memang rancangan aku dah lama dah sebab kat Shah Alam tak ada jual selendang corak macam aku nak jual ni dan harga pun jauh berbeza sangat murah berbanding kat Shah Alam. Aku minat dengan meniaga sangat2 (kiki..).



Aku ingat lagi kawan aku sms aku cakap dia dah hantar borang kerja kat hotel tu dan hotel tu ada sediakan hostel, masa ni aku dah rasa menyesal tak tunggu dulu kat hostel. Adoi! Tapi tak mengapa, aku salu terapkan dalam diri 'setiap terjadi ada hikmahnya' walaupun kadang2 rasa nak mengamuk jugalah. Macam2 cara dan strategi aku reka dalam kepala ni  macam mana nak pergi kuantan balik. Nak pergi tu tak ada masalah, tang  nak tidur tu aku memerah sikit otak nak fikir. Al-maklum lah aku bukan ada saudara mara kat kuantan, nak masuk hostel kolej boleh je tapi kena diam2 la dan kena pandai cover line.  Lagi2 kawan2 aku ramai je ambil short sem, boleh je tidur bilik Una dan Hajar (korg popular jap, kiki). Tapi aku tak yakin, takut terkantoi pula dengan warden 'bagus' tu. Kalau dulu hostel ktorg mana ada ketat camtu, suka hati keluar masuk sekarang sudah lain ooo.

Patutnya pagi tadi aku pergi kuantan tapi tak jadi sebab tak ada siapa nak hantar, aku risau sangat2 kalau tak dapat kerja part time cuti ni. Lagi aku bertambah risau cuti kali i kejap je, tak dapat kepastiannya lagi kenapa pihak kolej buat macam tu. Yuran pendaftaran 1000 lebih nak kena cari, duit MARA belum tentu cukup. Bukan setakat nak kumpul duit pendaftaran tapi aku nak menyimpan juga duit untuk future aku dan aku tak nak serahkan bulat2 tanggungjawab bayar yuran tu kat abah aku. Aku tak nak abah bayarkan, abah banyak lagi tanggungjawab. Ni aku sihat dan gagah lagi, boleh je aku kerja cari duit sendiri. Lagipun tak salah kita cari dan alami sendiri pengalaman bekerja, banyak kelebihannya. Aku sempat rasa 6 bulan bekerja before sambung belajar lepas SPM 2009 masa tu. Aku kira ok lagi wanita, kalau lelaki tanggungjawab nak pikul lagi menimbun, contoh terdekat abah. Duit gaji abah nak kena bahagi2kan bukan untuk dimakan sendiri, itulah pengorbanan seorang ayah. Para lelaki di luar sana, hopefully korg semua kuat ok dalam menjalani tanggungjawab korg sume nanti also to my habib (love..hihi) . Kuat2, korg lelaki kaum yang gagah.


Alhamdulillah aku hampir jumpa jalan (hihi..) pagi tadi kawan baik aku Cik Dira call, bla bla.. tup2 dia kata boleh teman aku pergi aku pergi Kuantan sebab dia pun nak pergi beli lattop kat sana. Balik hari je aku rancang, petang balik Shah Alam semula bila hotel tu panggil untuk kerja baru aku angkut diri dan barang2 aku pergi sana.  So, masalah pun sudah beres, syukur2. Macam ini lah kehidupan kita ujian akan datang tanpa henti sama ada berat atau kurang berat, mudah2han kita kuat hadapinya. AMIN. Dan aku harap aku dan kawan2 aku yang nak sangat kerja dapat kerja, AMIN. Kebiasaannya kalau cuti semester untuk tengah tahun ni kami cuti selama 2 bulan, tapi kali ni lain dari biasa kami diberi cuti selama 3 minggu sahaja. Bagi kami yang bukan berstatus mewah ni memang menjadi masalah cuti sekejap sahaja, kamu semua faham2 jela ye 3 minggu kalau bekerja dapat berapa je. Semester 3 memang penuh dengan kejutan dan dugaan. Moga semester 4 lebih baik dari semester sebelum ni. 

Bila dah selesai masalah ni rasa lega betul, macam rasa lega melepaskan toksik2 dalam badan (hahaha..) . To all my friend, Ejan, Bai, Ju, Aina, Sha, geng2 SMTKS, Echa dan kawan2 kat UNIKOP aku rindu sangat kat korg semua. Harap sangat dapat peluang jumpa korg lagi one day nanti, InsyaALLAH. Salam rindu dari aku di sini, teruskan perjuangan sahabat2 aku semua. MUAH! Wassalam. Wahidah.


15 June 2011

9 Pedang Milik Nabi Muhamad SAW

Ini adalah pedang-pedang yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya 
untuk berdakwah, jumlah pedang yang pernah digunakan ada 9 buah.

1. Al Ma’thur

 


Foto diambil oleh Muhammad Hasan  Muhammad al-Tihami, 
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr,  1312/1992).

2. Al 'Adb
 
Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad  al-Tihami, Suyuf al-Rasul
wa ‘uddah harbi-hi 
(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Al-’Adb, nama pedang ini, berarti “memotong” atau “tajam.” Pedang ini di kirim
ke para sahabat 
Nabi Muhammad SAW sesaat sebelum Perang Badar. Dia
menggunakan pedang ini di Perang 
Uhud dan pengikut-pengikutnnya menggunakan
pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan  
kepada Nabi MuhammadSAW. Sekarang
pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.


3. Dhu  Al Faqar
 
Foto diambil  oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa
‘uddah  harbi-hi 
(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Dhu Al Faqar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan
pada waktu
perang Badr. Dan dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW
memberikan pedang ini kepada 
Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali 
mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan
bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya. 

Banyak sumber mengatakan bahwa pedang ini milik Ali Bin Abi  Thalib dan keluarga.
Berbentuk
blade dengan dua mata.


4. Al Battar

 
Foto diambil oleh Muhammad  Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi
(Cairo: Hijr,  1312/1992).

Al Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. 
Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan 
Arab yang berbunyi : 
‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, 
Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW

Gambar ukiran nama-nama para nabi di dalamnya :

 

Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang 
memiliki pedang ini pada awalnya. Di pedang ini juga terdapat tulisan yang di identifikasi sebagai 
tulisan Nabataean. 

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. 
Dikabarkan bahwa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke 
bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal.

 5. Hatf

 
Foto diambil oleh Muhammad Hasan  Muhammad al-Tihami, 
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr,  1312/1992)


Hatf adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. 
Dikisahkan bahwa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘AlBattar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika
dia mengalahkan Goliath tersebut pada saat umurnya 20 tahun. 

Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju,
senjata dan alat perang, dan dia juga membuat senjatanya sendiri. Dan Hatf adalah salah satu 
buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu. 

Dia menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan 
senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang 
pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan 
lebar 8cm.


6. Al Mikhdham


Foto  diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, 
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah  harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992
Ada yang mengkhabarkan bahwa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian 
diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan keanak-anaknya Ali. Tapi ada khabar lain 
bahawa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang dia
pimpin di Syria.
 
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, 
dan  mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.


7. Al Rasub

 
Foto diambil oleh  Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, 
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah  harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
Ada yang mengatakan bahwa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan 
sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, 
mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: 
‘Ja’far al-Sadiq’.


8. Al Qadib

 
Foto diambil  oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, 
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah  harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
Al-Qadib berbentuk blade tipis sehingga bisa dikatakan mirip dengan tongkat. Ini adalah pedang 
untuk pertahanan ketika bepergian, tetapi tidak digunakan untuk peperangan. 

Ditulis di  samping pedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat:
“Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd  
al-Mutalib.” 

Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahawa pedang ini telah digunakan dalam peperangan. 
Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah 
Fatimid.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki 
sarung berupa kulit haiwan yang dicelup. 


9. Qal’a

 
Foto diambil oleh  Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, 
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah  harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).


Pedang ini dikenal sebagai “Qal’i” atau “Qul’ay.” Nama yang mungkin berhubungan dengan tempat
di Syria atau tempat di dekat India Cina. Ulama negara lain bahawa kata “qal’i” merujuk kepada 
“timah” atau “timah putih” yang di tambang berbagai lokasi. 

Pedang ini adalah salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yang diperoleh sebagai 
rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada juga yang melaporkan bahawa datuk Nabi Muhammad SAW 
menemukan pedang ini ketika dia menemukan air Zamzam di Mekah.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang
100 cm. 
Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah
Nabi  
Muhammad SAW, RasulAllah.” Pedang ini berbeza dari yang lain kerana pedang ini
mempunyai desain berbentuk gelombang.



10 June 2011

Bila Aku Keseorangan


Mudahnya airmata ini mengalir tatkala diri ini keseorangan, aku memang begini.
Mengapa aku mudah mengalirkan airmata?
Kerana aku sudah lalui segala ujian yang DIA kurniakan itu.
Kerana ia amat perit.


Aku lebih tenang pabila duduk sendirian.
Aku bagaikan terasa sedang berhadapan dengan SANG MAHA ESA, ia sangat menenangkan.

Beginilah keadaan diriku yang tidak serik-serik melakukan kesilapan.
Begitu payah dan sukar aku buang segalanya.


Gembira dan bahagia hanyalah sementara, akhirnya kesilapan itu berulang kembali.
Gugurlah sekali lagi airmata, maka kesedihan dan kepedihan pula yang mengunjung diriku ini.

Tinggalkan aku, tinggalkan aku untuk seketika.
TUHAN, ampuni daku dan aku mohon KAU tetapkanlah hatiku ini.



Wahidah BME