30 July 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Tidak Menutup Aurat

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”





28 July 2011

Apa Yang Jadi Pada Akaun Facebook Kita, Selepas Kita Mati?

FACEBOOK

KOLEKSI GAMBAR CUTE BOYS DAN GIRLS DI FACEBOOK

Mari kita renung-renungkan bersama..

Jika satu hari nanti kita mati..

Akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access..dan..

Selepas kita mati..Apa yang jadi pada akaun FB kita?

Mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu..

Tetapi..

Sedarkah kita gambar-gambar kita akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?..

Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

Lelaki ajnabi terus-terusan tengok..

Dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..

Walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..

Macam mana? Pernah terfikir tidak?

Tudung singkat yang dipakai itu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?

Suatu hari nanti kita akan pergi buat selama-lamanya..

Selama-lamanya..

(Ambil dari video ni http://www.facebook.com/video/video.php?v=1442784326157&comments)

Bismillah..

                Salam Ukhwah untuk semua pembaca. Tadi aku buka satu group kat Facebook Wahidah HaWa aku tiba-tiba terpandang satu post ni. Aku baca baik-baik, apa yang post tu sampaikan sama juga macam pemikiran aku fikirkan setiap kali aku tengok gambar-gambar wanita di profile picture mahupun di album semua wanita yang pernah aku tengok Facebook nya. Terkadang nak juga wat satu artikel atau something yang boleh mengingatkan akan keburukan perkara tu termasuklah perkara-perkara lain tapi aku tak mampu. Alhamdulillah ada juga akhirnya hamba Allah yang berjaya wat video yang mengandungi kata-kata untuk menyedarkan mereka yang terbabit dalam hal tu.

Sebagai seorang wanita aku faham hati dan perasaan kaum aku sendiri. Tetapi sebaiknya tak perlulah aku beritahu kat sini. Apa yang penting usahalah ubah diri kita ke arah kebaikan. Apa yang Allah iaitu Pencipta kita tetapkan means hukum hakam haram halal segalanya adalah yang terbaik untuk kita. Anda perlu fikir dalam-dalam akan kebaikan yang akan anda dapat jika anda mengikut perintah Allah SWT. Dan hakikatnya jika kita enggan mengikut perintah yang Dia tetapkan sebaliknya hidup kita asyik dalam kegelisahan dan tiada apa yang membahagiakan. Tanyalah pada diri anda masing-masing.

Seperti setiap perkataan yang disampaikan dalam video tersebut adalah tentang bagaimanakah nasib kita di alam selepas kematian jika kita terus-terusan tidak mendeletekan gambar-gambar yang telah kita letakkan atas niat-niat tertentu di dalam akaun laman sosial seperti Facebook. Aku pasti ramai yang sudah mengetahui apa hukum atau akibat dari perlakuan kita meletakkan gambar kita di laman sosial seperti Facebook tetapi apakan daya syaitan sentiasa berusaha mengkaburkan kita untuk memastikan rancangan tipu daya itu berjaya. Kaum hawa dijadikan dan ditetapkan oleh Allah indah di mata kaum adam, kita tidak boleh melawan ketetapan yang Allah tetapkan. Maka, sebagai kaum hawa usahalah sedaya upaya elakkan diri kita jadi bahan dosa kaum adam dan kita memang wajib menjaga diri kita kerana dosa yang mereka dapat dengan memandang diri kita penuh nafsu (dituju untuk yang berpakaian atau gaya yang menaikkan nafsu) berbalik pada kita iaitu berganda dari dosa mereka. Wanita itu indah sangat-sangat di mata lelaki bila mana mereka nampak kecantikan kita pun boleh membangkitkan nafsu mereka. Inilah hakikat yang perlu kita terima, maka fikirlah apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan perkaraitu terjadi. Dan bayangkan atau fikirkan berapa banyak dosa yang kita kumpul atas tindakan kita meletakkan gambar-gambar anda.

Wahai kaum hawa, tanyalah diri anda adakah anda benar-benar ingin diri anda ditatapi kerap sekali oleh kaum adam yang bukan suami kita iaitu insan yang kita cinta? Adakah anda ikhlas mencintai insan yang anda cinta. Bagi aku kecantikan yang Allah kurniakan pada aku sebagai kaum hawa biarlah hanya seorang lelaki yang aku cintai melihatnya. Bagi korang yang lain tanyalah diri masing-masing. Jujur kadang-kadang ada kawan yang dikenali mahupun tidak dikenali  di facebook bertanya kenapa aku tak letakkan gambar kat Facebook? Senang je jawapan aku, diri aku biarlah berhak je yang melihat means bakal suami a.k.a suami aku (ting ting ting). Haa Facebook aku Wahidah HaWa aku ada letak gambar tapi friends aku je boleh tengok (buat kat settings), friends aku kat Facebook tu semua kaum hawa. So, kawan aku yang nak tengok muka aku bolehlah buka album aku tu eh. Terutama kawan-kawan yang sekian lama tidak  berjumpa tu (aku tahu korang rindu kat aku, haha).

Satu perkara aku nak kongsikan lagi, berhati-hatilah juga sebelum anda ingin meletak gambar anda. Kerana, takut-takut ada peminat setia atau fanatik anda copy and paste gambar anda untuk disimpan bagi tujuan tertentu. Fikiran aku berfikir macam ni, bayangkan jika ada yang kejam lagi zalim menggunakan foto anda bagi tujuan untuk mensihirkan (dan seumpamanya) dan fikirlah sendiri. Perkara ini pernah berlaku dan tak mustahil boleh terjadi. Sebelum terlambat lakukan lah tindakan yang sepatutnya.

Apa-apa pun korang fikirlah baik-baik eh, tak kesian ke pada diri kita setiap kali ada lelaki yang bukan mahram kita meratapi kecantikan pada diri kita setiap hari. Dan kasihanilah suami, bapa, abang, dan adik lelaki yang bakal disoal di akhirat kelak di atas tindakan kita itu kerana merekalah yang akan dipertanggungjawabkan atas perkara itu. Dan kaum Adam tak kisah anda susah menjadi suami, ayah, abang atau adik lelaki pada seorang kaum hawa anda berhak menegur dan menjaga tindakan mereka kerana anda memang tercipta oleh Allah SWT sebagai pemimpin kaum mereka. Kaum adam juga diharap memberi kerjasama ye jangan lagi duk menghukum, sebaiknya anda nasihat atau tegur dengan sebaiknya. Tegur dan nasihat juga biarlah anda dan yang dinasihat sahaja yang mengetahui situasi itu means kalau nak nasihat janganlah di khalayak ramai kerana ia boleh menjatuhkan maruah atau mengakibatkan yang dinasihati malu. Korang inbox ke, sms ke.

Ok, apa yang penting kita sebagai hamba Allah mesti ikut perintah yang Dia tetapkan. Tujuan utama Allah ciptakan kita juga adalah untuk abdikan diri kita dan beribadah pada Dia sendiri yang menciptakan kita. Dunia hakikatnya adalah sementara, di sana iaitu akhirat (Syurga atau Neraka) adalah selama-lamanya. Semoga hari mendatang hidup kita dapat berubah ke arah kebaikan dan mendapat redha dari Allah SWT yang akan membawa diri kita pada kebahagiaan hakiki. Amin. Aku nasihatkan diri aku juga. Jumpa lagi di post akan datang InsyaAllah. Moga Allah memberi kebaikan atas post-post kita semua yang bertujuan untuk kebaikan bersama. Amin.

Wassalam.


26 July 2011

Aku Lalui

Hari - hari yang aku lalui
Penuh dengan kedukaan yang tak terperi
Kadang - kadang aku meratapi
Tetapi akhirnya aku lupa diri kembali


Hari - hari yang aku lalui
Penuh dengan keinsafan yang aku sesali
Kadang - kadang kisah silam menghantui
Air mata kekesalan mengalir laju ke pipi


Hari - hari yang aku lalui
Penuh harapan aku mohon pada ILAHI
Atas kesilapan yang kerap aku ulangi
Moga KAU mengampuni


AMIN YA RABBAL'ALAMIN




Wahidah BME

22 July 2011

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI II)


Sumber - http://memalibaling.blogspot.com/2009/07/kisah-sebenar-peristiwa- memalisiri-1.html



Pak Teh Mat Piah telah meninggal dunia pada tahun 2001


Kisah Sebenar Peristiwa Memali.


Kisah benar ini dipetik dari penceritaan Pakteh salah seorang mangsa Memali yang masih hidup sehinggalah buku ini ditulis(1997). Walaupun sekarang Pakteh telah meninggal, kisah benar yang telah diceritakan oleh beliau boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi akan datang.


Pakteh atau nama sebenarnya Mad Piah Yunus merupakan antara orang yang menjadi orang tengah antara pihak polis dengan penduduk kampung pada hari peristiwa berdarah itu berlaku.


November 1985, Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal, di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16. Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku Perdana Menteri pada masa itu.


Walaupun sudah lebih 12 tahun peristiwa hitam itu berlaku namun perasaan untuk menceritakan kisah sebenar ini sangat kuat memandangkan masih ramai yang belum tahu kisah sebenar peristiwa ini. Bukan seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada masa itu yang banyak mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap penduduk memali yang terlibat pada masa itu terutama kepada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya yang turut terkorban dalam tragedi berdarah tersebut.


Asyahid difitnah sebagai penyebar ajaran sesat kepada penduduk kampung sedangkan apa yang sebenarnya ialah konspirasi jahat politik kotor Dr.Mahadhir untuk menjatuhkan PAS. 1984, Dr.Mahadhir demi mempertahankan kuasanya telah mengarahkan polis untuk menangkap beberapa pemimpin PAS dan penceramah-penceramah yang popular pada masa itu. Antara penceramah PAS yang telah ditangkap dibawah akta ISA pada masa itu ialah, Ustaz Bunyamin Yaakub (Arwah), Ustaz Latif Muhammad, Ustaz Abu Bakar Chik, Hj.Mohammad Sabu(Abang Mat), Hj.Mahfuz Omar dan Haji Ghazali Hasbullah.


Waran tangkap juga di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tetapi beliau enggan menyerah diri seperti mana kawan-kawan beliau yang lain kerana demi mempertahankan prinsip kebenaran Ustaz Ibrahim enggan menyerah. Beliau kemudian di sembunyikan murid-muridnya selama lebih kurang 40 hari sebelum dibawa pulang. Setelah pulang, beliau meneruskan aktiviti dakwahnya namun secara sembunyi di rumahnya. Walaupun sebelum ini beliau sentiasa mengajar di masjid di kampung beliau.


Tindakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak UMNO dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat. Yang akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.


BIODATA PAKTEH


Serba sedikit biodata diri PakTeh, pencerita yang menceritakan kisah sebenar tragedi memali. Nama sebenar Pakteh ialah Mat Piah Yunus. Pakteh mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Keb. Weng, Baling Kedah. Disitulah Pakteh mula berkawan dengan Ustaz Ibrahim Libya. Walaupun Pakteh lebih muda dari Ustaz Ibrahim beberapa tahun namun sikap Ustaz Ibrahim yang suka berkawan merapatkan lagi hubungan mereka.


PERSEKOLAHAN


Pakteh menceritakan, sewaktu zaman persekolahannya Ustaz Ibrahim seorang yang periang dan amat suka bersukan. Antara sukan yang menjadi minatnya ialah sepak takraw dan bola sepak sehingga Asyahid Ustaz Ibrahim pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pertandingan sukan. Selepas tamat Sekolah Rendah Pakteh melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Khairiah, Kg. Pisang Baling Kedah. Namun begitu Pakteh hanya sempat belajar sehingga tingkatan 3 sahaja kerana masalah keewangan.


Ustaz Ibrahim pula menyambung pelajaran di Sekolah Agama Inttifaqiah, Kg. Charok Putih ,Weng Kedah. Kemudian Ustaz Ibrahim melanjutkan pelajaran ke beberapa tempat pula antaranya Pondok Al-Khairiah Pokok Sena, Seberang Prai, Asyahid juga pernah menuntut di Nilam Puri Kelantan sebelum ke Deoban India, Universiti Al-Azhar kemudian ke Libya.
Pakteh pula, walaupun tidak sempat menghabiskan sekolah menengah minat Pakteh untuk belajar masih tinggi. Untuk itu dia mengikuti kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid dan pondok2 pengajian. Antara guru-guru Pakteh ialah Allahyarham Tuan Guru Hj.Omar Zuhdi, pengasas pondok Lanai. Tuan Guru Hj yahya Kupang (meninggal) dan Lebai Yaakub, Pengasas sekolah Agama Carok Putih, Weng.


KERJAYA


Setelah tamat tingkatan tiga Pakteh mula membuat kerja-kerja kampung sehinggalah beliau berkahwin pada usia 18 tahun. Pakteh pernah menjadi pemandu van, menghantar barang-barang runcit ke kedai-kedai runcit.

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

Sumber - http://kacapermata.blogspot.com/2009/06/rentetan-peristiwa-memali satu-bukti.html

Peristiwa memali mengingatkan kita pada Ustaz Ibrahim Libya atau Ustaz Ibrahim Mahmood dan kisahnya sangat menarik untuk diketahui oleh generasi masa kini terutama pemuda dan pemudi atau muslim dan muslimah sebagai pengajaran kepada kita tentang kerakusan manusia yang sentiasa mengejar dunia sehingga membelakangkan agama dan bangsa. Semoga kita memperoleh manfaat dan pengajaran yang baik dalam mengibau peristiwa berdarah ini

Ustaz Ibrahim dikatakan mengajar ilmu sesat ini adalah tuduhan biasa kepada sesiapa yg tinggi ilmu agama yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan dikatakan juga Ustaz Ibrahim mengajar yang bukan-bukan. Sedangkan jika di ikutkan, sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian di Libya dalam kelulusan Degree beliau bekerja dengan kerajaan. Akan tetapi, beliau berkhidmat tidak lama di tempat itu kerana kesukaran beliau ingin menegakkan HAQ kerana yang BATIL teramat banyak.

Dikatakn juga antara dalang peristiwa ini adalah Musa Hitam iaitu ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dia mengarahkan operasi itu di jalankan yang dikenali sebagai Ops Hapus. Ada yang berkata musa ini adalah FREEMASON, waallahua’lam. Seramai 18 syahid dan berpuluh cedera parah dan timbul fitnah tentang hasil rampasan ‘perang’ yang dikatakan dan disiarkan dalam RTM hanyalah konspirasi semata-mata. Moga ALLAH memberi balasan yang setimpal pada mereka iaitu Stesen Kaki Ampu.

18 syahid ditempatkan di satu kubur besar kecuali seorang yang diminta oleh ibu mereka untuk dikebumi di Alor Setar. Dikatakn bahawa saksi-saksi yang menyaksikan mayat-mayat Syahidun itu walaupun sudah 3 hari dalam bilik mayat, mayat tidak berbau malah berpeluh dan darah masih lagi ‘hidup’. Maha Suci ALLAH, DIA berkuasa atas segalanya. Muka Ustaz Ibrahim masih segar, malah tersenyum menunjukkan beliau di kalangan orang beriman dan As-Syahid. Selain itu, Sultan Kedah datang mencemar duli di memali dan mengisytiharkn Ustaz Ibrahim dan pengikutnya syahid.
Selepas peristiwa itu Musa Hitam terbang ke Penang dengan Nuri, mengadu kepada Mufti di sana dia susah tidur dan merasa gelisah juga rimas. Mufti berkenaa menasihati dia supaya membuat 2 kifarat, akan tetapi hanya satu sahaja yang dia lakukan. Bertaubat di Mekah ketika dia menunaikan umrah. Moga diampunkan dosa dia. Ada pihak mengaitkn peristiwa kejatuhan beliau selepas tepat 100 hari peristiwa bersejarah itu (sebelum itu  dimaklumkan Ustaz Ibrahim telah muncul dalam mimpi mengatakan tunggu 100 hari, wallahu'alam tidak mustahil jika ALLAH berfirman Kun Fayakun). Dan peristiwa jatuhnya Highland Tower (anaknya meninggal) dikatakan pembalasan kepada dosa-dosa beliau membunuh nyawa tidak bersalah. Segala apa yang terjadi hanya DIA Yang Maha Mengetahui tahu maksud disebaliknya terserah pada kita untuk mengambilnya sebagai pengajaran atau tidak. ALLAH SWT adalah TUHAN Yang Maha Adil segala yang bruk akan dibalas dengan keburukan sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Jangan cabar kuasa Yang Maha Besar. Satu lagi peristiwa pasca peristiwa memali iaitu selepas peristiwa memali, dikatakan Musa tidak percaya 18 orang itu As-Syahidun. Dia mahu korek dan tengok mayat-mayat itu. Kejam dan pelik sungguh perangai manusia sebegini . Bagaimanapun, dia hanya membatalkan niatnya apabila Sultan Kedah bertitahm "Cukuplah, sudah lepas biarlah lepas".

Di bawah ini adalah antara kandungan maklumat Peristiwa Memali.

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis Beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu Pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

00418/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling.

Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu Pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.


009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi
berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu Pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah Kem Komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai Petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: Kaki Pukul) diarahkan kebahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang
sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri. Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula  menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov. Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahim Beliau telah melawan mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sekitar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengawasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba
di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: " Hari ini hari kau. Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan manusia di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: " Empat Anggota Polis dan 14 Penjenayah Mati
Dalam Pertempuran " ( Sangat kejam! ). Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama" . Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.


21 July 2011

Menguatkan Akar Rambut

Anda menghadapi masalah rambut gugur? Sudahlah gugur, rambut pula bertambah nipis. Memang merisaukan. Apa kata anda cuba tip berikut untuk membantu menguatkan akar rambut sekaligus mengatasi masalah keguguran rambut.


CARA 1
a. Sediakan semangkuk kecil kacang hijau. Rendam selama semalaman.
b. Tapis kacang hijau itu. Ambil airnya dan sapukan pada rambut hingga kulit kepala sambil memicit perlahan.
c. Lakukan selama 5 minit dan biarkan ia kering dahulu sebelum dibilas hingga bersih.


CARA 2
a. Sediakan sebiji lobak merah.
b. Parut lobak itu dan perah untuk mendapatkan airnya.
c. Sapukan air perahan itu pada kulit kepala sambil diurut perlahan.
d. Lakukan selama 10 ke 15 minit sebelum dibilas bersih.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

12 July 2011

Cara Mudah Atasi Kulit Berjerawat

Risau dengan wajah yang dipenuhi jerawat? Apa kata anda cuba beberapa cara semulajadi di atas ini. Siapa tahu, mungkin cara mudah ini dapat membantu mengatasi masalah jerawat anda.

CARA 1
Campurkan 1 sudu jus perahan oren dengan 1 sudu serbuk kayu manis. Sapukan pada wajah. Biarkan 20 minit sebelum dibilas bersih. Namun bagi mereka yang berkulit sensitif, resepi ini tidak sesuai untuk kulit anda.

CARA 2
Kupas seulas bawang putih, potong sedikit dan kemudian perlahan-lahan gosokkan pada bahagian yang berjerawat. Penggunaan teratur bawang putih membantu mengecutkan dan menghilangkan jerawat.

CARA 3
Campurkan 1 sudu minyak kacang tanah dengan 1 sudu air perahan limau nipis. Sapukan ia pada wajah. Biarkan kering sebelum dibilas bersih.

CARA 4
Rebus segelas susu hingga masak. Kemudian campurkan dengan sebiji air perahan limau nipis. Amalkan membasuh muka dengan susu ini dua atau tiga kali sehari. Selain menghilangkan jerawat, ia membantu mengelakkan bintik hitam dan kulit kering.

CARA 5
Campurkan 2 sudu air mawar bersama 2 sudu air perahan limau nipis. Sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air suam.
5. Ia juga sesuai untuk menghilangkan bintik hitam pada kulit wajah.



Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Hilangkan Parut

Wajah berparut sudah tentu membuat anda mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan parut tersebut. Anda boleh cuba cara ini dengan menggunakan kulit kayu manis serta bedak sejuk.


CARA

1. Sediakan dua batang kulit kayu manis dan bedak sejuk.
2. Tumbuk halus kulit kayu manis.
3. Semasa hendak dipakai, campurkan serbuk kulit kayu manis bersama bedak 
sejuk dengan sedikit air. Kemudian, lumurkan pada bahagian berparut.
4. Lakukan sekerap mungkin hingga parut mulai pudar dan hilang.
5. Ia juga sesuai untuk menghilangkan bintik hitam pada kulit wajah.




Cantik&Sihat - Wahidah BME

Pencerah Semulajadi

Wajah cerah menawan idaman semua orang. Ini antara tip yang boleh anda cuba untuk mencerahkan kulit wajah. Yang pasti, ia selamat tanpa campuran bahan kimia.

CARA 1
1. Pukul sebiji telur ayam dan kemudian campurkan dengan 1/2 cawan minyak kelapa dan 1 sudu madu.
2. Kacau hingga menjadi rata dan pekat.
3. Simpan dalam peti sejuk selama satu jam dan kemudian sapukan pada wajah.
4. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas bersih.

CARA 2
1. Sediakan 1 sudu kacang dan 6 biji badam.
2. Rendam dengan air panas dan biarkan semalaman.
3. Kemudian dikisar dengan halus.
4. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih.

CARA 3
1. Kisar halus2 sudu beras.
2. Kemudian, campurkan dengan satu sudu madu serta sedikit air teh pekat.
3. Kacau hingga menjadi krim yang pekat.
4. Sapukan pada wajah. Biarkan kering sebelum dibilas besih.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Khasiat Air Beras



Setelah membasuh beras, air tersebut jangan dibuang kerana ia mempunyai khasiat yang berguna. Bagi anda yang mengalami tekanan darah tinggi, air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. Minumlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. 

Manakala air beras basuhan kedua pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut. Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat. Amalkan sepanjang masa.




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Hilangkan Kelumumur

Pening dengan masalah kelumumur? Sudah mencuba pelbagai produk penjagaan rambut tapi kelumumur masih juga ada? Memang keadaan ini membuat anda tidak selesa. Apa kata anda cuba beberapa cara di bawah ini.

CARA 1

1. Sapukan cuka pada kulit kepala.
2. Urut perlahan-lahan kulit kepala selama 2 minit agar cuka rata ke seluruh kulit kepala.
3. Bersihkan rambut seperti biasa.
4. Lakukan cara ini setiap hari sekali hingga kelumumur hilang.
5. Berhenti melakukannya setelah masalah kelumumur anda dapat diatasi.

CARA 2

1. Sediakan 10 helai daun pandan. Bersihkan dan potong kecil.
2. Kisar daun pandan itu dengan dua cawan air hingga benar-benar lumat.
3. Tapis dan sapukan airnya pada kepala anda. Gosok perlahan pada kulit kepala selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.
4. Selain menghilang kelumumur, ia juga membuat rambut berbau harum.



Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat

 
Masalah jerawat atau kesan jerawat memang merunsingkan ramai orang. Apa kata anda cuba cara mudah ini dengan menggunakan oat. Ia membantu mengurangkan masalah jerawat dan menjadikan kulit kelihatan lebih baik daripada sebelumnya.

CARA
 1. Kisar dua sudu oat dengan sedikit air.
 2. Kemudian, sapukan ia pada wajah anda.
 3. Biarkan hingga kering sebelum dibilas bersih.



Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO