28 August 2011

28 Ramadhan

Salam pengakhiran Ramadhan, aku tengok kat FB ramai dah dok bagi2 ucapan even belum lagi 1 Syawal. Sekejap masa berlalu, aku banyak berpuasa kat hostel je. Almaklum lah pelajar, hanya Tuhan yang tahu segala apa yang terjadi di bulan Ramadhan tahun ni dalam kehidupan aku. Apa-apa pun sebagai manusia dan hamba-Nya aku betul-betul berharap dipertemukan Ramadhan tahun depan. Agar aku boleh wat lebih baik, insyaAllah mudah-mudahan. Amin. Alhamdulillah perjalanan aku dan kawan2 dari asrama ke rumah semua selamat atas izin-Nya. Diharapkan juga pergi semuala sana nanti selamat juga sampai ke tempat kami menuntut ilmu. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari, moga Allah permudahkan jalan urusan hidup kita semua. Amin.

Ha, esok aku dengan keluarga aku balik kampung Batu Pahat kampung abah aku. Memang wajib every year, doakan kepulangan kami selamat juga mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing. Amin. Aku harap semuanya baik-baik je raya ni. Amin. Beraya tujuan untuk kita raikan kemenangan selama sebulan kita berpuasa melawan hawa nafsu. Yang pasti orang yang beriman hatinya amat sedih, pilu dan sebak untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah. Bulan pesta ibadah (bukan pesta makanan), bagi mereka di bulan ini lah bulan ketenangan. Ketenangannya hanya Dia yang tahu. 

Aku harap sangat, di Malaysia ni iaitu rakyat Malaysia sedarlah bahawa bulan puasa bukanlah bulan untuk kita membazir. Fikirlah, bulan Ramadhan kita diajak tidak membazir tapi terbalik pula aku tengok. Bazar bersepah, makanan tak habis buang. Aish, Ramadhan ni bulan banyakkan ibadah bukan bulan banyakkan juadah. One thing, kalau persiapan raya tu janganlah berlebih-lebihan takkan lah nak ikut perangai syaitan kot duk bazir2. Bersederhana sudahlah, dunia ni sementara ja. Jimat2 ye. Beli yang perlu je.

Ni pendapat aku, aku tak tahulah pendapat hangpa semua. Aku kurang sikit orang duk bagi ucapan selagi belum 1 Syawal (malam raya). Ikutlah korang nak komen apa, yang pasti aku tetap tak suka. Ok, selamat beribadah di akhir2 Ramadhan ye semua. Mudah2han dipertemukan Ramadhan tahun depan, amin. Daa, wassalam.



Wahidah Md Esa


Tanda-Tanda Gangguan Syaitan

1. Terhalang untuk mengingati Allah dan untuk beribadat
Disebut dalam Surah Al-Maaidah ayat 91 yang maksudnya:


[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?


2. Dadanya terasa sesak dan hatinya terasa keras
Allah berfirman dalam Surah Al-An’aam, ayat 43 yang maksudnya:


[43] Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.


3. Membenci dan memusuhi orang di sekelilingnya.
Di dalam Surah Al-Maaidah ayat 91, Allah SWT berfirman yang bermaksud:


[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?


4. Sering lupa
Syaitan sentiasa berusaha untuk menjadikan kita lupa terhadap sesuatu kebaikan. Di dalam Surah Yusuf ayat 42, Allah SWT berfirman yang maksudnya:


[42] Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: “Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu”. (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.


5. Selesa menyendiri
Syaitan selalu menyenangi perpecahan. Umar bin Al-Khathab RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;


“Barangsiapa di antara kalian yang ingin mendapatkan wangi syurga, maka hendaklah ia selalu bersama jemaah, kerana sesungguhnya syaitan senang bersama orang yang sendirian dan ia akan lebih menjauh dari dua orang.” (Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)


6. Merasa tertekan atau wujud gangguan jiwa.
Syaitan juga membuat seseorang yang telah dirasukinya merasa tertekan. Hatinya selalu merasakan keraguan di dalam ibadatnya, kepercayaannya terhadap Allah, hilang keyakinan diri, kecewa dengan kehidupannya dan lain-lain lagi. Dalam Surah Al-An’am ayat 71, Allah SAW berfirman maksudnya:


[71] Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): “Marilah bersama-sama kami. “Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.


7. Rasa takut yang luar biasa
Orang yang telah terpengaruh dengan syaitan selalu mempunyai rasa takut yang luar biasa. Mereka mudah merasakan ketakutan sehinggakan kadangkala mereka tidak tahu apa yang ditakuti itu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran ayat 175 yang bermaksud:


[175] Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.


Semoga kita sentiasa terlindung daripada kejahatan syaitan dan semoga Allah sentiasa memelihara hati kita daripada lalai mengingati-Nya. Amin Ya Rabbal'alamin.


Perlindungan Dari Fitnah Dajjal

Nabi-nabi sekaliannya telah memperingatkan umatnya akan fitnah-fitnah dajjal. Telah disampaikan kepada kita bagaimana ciri-ciri dajjal dan fitnah-fintah yang dibawanya adalah untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. ini sentiasa waspada terhadap dajjal kerana munculnya dajjal ini adalah pada zaman umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana nabi Muhammad adalah penutup para Nabi. Hendaklah kita memohon perlindungan daripada Allah dari fitnah dajjal ini. Cara-cara memohon perlindungan adalah:

1. Berpegang teguh dengan agama Islam dan bersenjatakan iman dan mengenal nama-nama dan sifat-sifat Allah yang tidak bersekutu padanya dengan seorangpun sehinggalah ia mengetahui bahawa Dajjal adalah makhluk biasa yang makan dan minum sedangkan Allah maha suci dari semua itu.

2. Memohon perlindungan ketika tahiyyat terakhir sebelum salam dengan membaca doa berikut:

اللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَاْبِ جَهَنَّمْ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاْتِ ومِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّال

"Ya Allah, aku memohon perlindungan dari azab jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati dan dari seburuk-buruk fitnah al-Masih ad-Dajjal." [HR Muslim dari Abu Hurairah r.a.]

3. Menghafal atau membaca 10 ayat awal surah al-Kahfi atau 10 ayat terakhir surah al-Kahfi. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim kitab al-Fitan, Bab Zikr ad-Dajjal. Antara keistimewaan surah al-Kahfi adalah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a: "Sesungguhnya orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka diberi cahaya untuknya di antara dua Jumaat (jumaat ini dan jumaat depan)." [Hadis riwayat al-Hakim, Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Jami' Shaghir]

4. Jika telah muncul Dajjal, hendaklah ia bersembunyi dan adalah lebih baik menetap di Mekah dan Madinah kerana Dajjal tidak akan dapat memasuki Kota ini dan Masjid-masjid yang telah di sebutkan sebelum ini [rujuk bhgn 1]. Sabda Nabi: "Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya." [HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]

KEMUSNAHAN DAJJAL
 
Dajjal akan mati ditangan Nabi Isa ‘Alaihissalam. Ketika Nabi Isa a.s turun, Dajjal sedang menuju ke Baitul Maqdis. Kemudian Nabi Isa a.s bertemu dengannya di pintu Ludd (satu negeri dalam Negara Palestin berdekatan dengan Baitul Maqdis). Pada waktu Dajjal melihat Nabi Isa a.s, Dajjal menjadi cair seperti garam yang larut di dalam air, kemudian Nabi Isa a.s berkata kepada Dajjal: “Sesungguhnya bagiku padamu ada satu pukulan yang engkau tidak akan dapat lari darinya.” Kemudian Nabi Isa a.s mengejarnya dan membunuhnya lantas pengikut-pengikut Dajjal bertempiaran lari kerana dikejar oleh orang-orang mukmin sehingga pokok-pokok dan batu-batu ketika itu berbicara: “Wahai orang muslim, wahai hamba Allah! Ini dia orang yahudi di belakangku! Kemarilah, bunuhlah dia!” [Kisah ini ada di dalam An-Nihayah fil-Fitan Wal Malahim juga sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad]

37 Fakta Menarik Mengenai Lelaki

  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

  • Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

  • Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

  • Lelaki juga akan menangis.

  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

  • Lelaki amat sayang ibu mereka.

  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

  • Lelaki lebih banyak berfikir.

  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

  • Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

24 August 2011

Kem Ukur Kejuruteraan Kuala Linggi Melaka Part I

Ni semua koleksi gambar2 yang aku snap masa kem ukur Part I,
Untuk dijadikan kenangan. Serius pemandangan kat Kuala Linggi ni tenang
sekali. Ni first time, untuk subjek Ukur Kejuruteraan I semester 2 aku. Salah satu hari sepanjang 5 hari kem ni jatuh pada tarikh ulangtahun kelahiran aku. Mereka wat kejutan, sangat tak sangka.
Thanks to all my friends, aku sangat hargai. Moga Allah membalas dengan kebaikan.
Sangat best kem ukur ni. Aku cte k bawah picture2 ni. Baca2. Shhhh. Wahidah nak bercerita.


 Ni alat ukur namanya Staf (betul ke idak ejanya)
Ni bukan di Kuala Linggi eh, ni kat Taman Gelora depan kolej


 Benda ni Alat Ukur Aras, ni pun sama kat Taman Bergelora
kami ngah praktikal before g Kem Ukur


 Ngah bosan2 snap la pic bunga ni, cantik. 1st time aku jumpa






Bunga no 2, aku ni amik civil or amik photography ni?
Bosanla..

 Ok, ni aku snap gambar sambil tunggu kawan2 wanita ku pulang dari mengukur.
Chalet ktorg betul2 depan ngan pantai, uhh tenang.

 Ni kat side lain, ngah duk sorang2 memang sangat bosan :(

Ok, waktu ni laut bergelora tp aku still degil nak main air (walaupun takut2).
Suka tengok pasir tu cantik, terima kasih pada Ati kerana menemani diri ini.

 Ha. Ni lagi satu pic, nampak tak kesan tapak2 kaki tu?
Ha aku tak tahu tapak kaki sapa.

 Korang nampak tak ombak dalam gambar tu?
Sekali menghempas, aiyoo takut aku.
Laut sangat bergelora.

Bila tengok laut, aku akan menung jauh dan hati aku akan berkata.
Macam ni la diibaratkan hidup kita, kalau tak dilambung ombak
bukan hiduplah namanya.


 Korang nampak tak apa dalam gambar atas ni?
Kalau tak nampak biar aku gtau apa.
Batu nisan lorhh, bila ingat balik aku nak tergelak.
Aku ni pengecut, dan2 kawan aku naik atas usha stesyen ktorg n baru
aku perasan depan mata aku ada banyak batu nisan.
Kawasan ktorg ukur ni dorg kata kawasan bekas tapak perkuburan,
tak tahulah betul ke tak.
Depan stesyen 1 ktorg ada kubur lama betul tepi jalan, sumpah aku tak
perasan gak. Bila membe aku dah naik atas nak dirikan alat lain barulah
aku perasan. Aigoo, orang mati tetap dah mati 'tumpang tempat ye, nak menuntut ilmu'

Owh Total Station yang sangat besar, aku tak mampu nak guna kau.
Ni stesyen kedua ktorg. Yang depannya ada banyak batu2 nisan.
Tegar mereka mencampak kami di kawasan perkuburan. So sad.

 Kalau aku bosan aku suka usha rumah ni, so unik n cantik.
Dan di umah ni jugaklah kami berteduh dengan tak malunya masa hujan lebat
satu petang tu. Maaf makcik kami menumpang tanpa keizinan (tuan umah xde masa tu)

Umah sama pic atas, kalau nak tahu (budak2 ni ctelah).
Umah ni pernah ke or banyak kali orang wt shooting
cte hantu. Haha. Patut aku usha lama2 cam pernah lihat je.


Kawasan yang ktorg dapat terkena juga kat kawasan pokok2 getah, apa lg aku snap ler.
Dah la 1st time tgk pokok getah dekat2, agak batak jugalah diri ini.
One thing, kat situ ada 1 pokok getah yang besar sangat, maybe dah beratus-ratus
usia pokok tu. Tapi aku rugi gak sebab tak snap gambar pokok tu.
Nampak kesan2 torehan lagi kat pokok tu. Nice2.
Sambil kem2 boleh tambah pengalaman lain kat tempat orang.

 Tersusun je pokok2 kelapa, hebat kejadian Allah SWT ciptakan.
Semua yang Dia ciptakan sangat berguna pada kita.

 Kawasan kami dapat berbukit. Kalau nak naik penat, nak turun bahagia sikit.

Semak samun, kalau aku jadi tokey kebun getah ni licin
semua semak samun belukar dan sekian2 ni (kalau rajinlah).


 Pagi yang tenang, cuaca yang indah. Perghh aku suka 3 pic terakhir aku ni.
Indah alam Allah SWT, subhanallah. Dan alhamdulillah aku dapat melihat keindahan
yang Dia ciptakan ni. Tenang tenang dan tenang.


 Ni gambar seterusnya, hujung sana ada kapal :)
Masa ni selepas presentation kot, tak silap aku.
Fuhh lega selesai juga tugasan kat sini.

Cantik :) Terima kasih Ya Allah.


Malam before kami balik, ada makan2 BBQ. So sedaplah makanan2 nya.
Alhamdulillah. Sem 3 sem depan aku datang lagi, betul cakap senior a.k.a membe sem atas aku
sekali datang rasa nak datang lagi. Ternanti-nanti saat2 tu, serius.
Malam bufday aku tu, 1 November 1991 aku jadikan kenangan.
Alhamdulillah dapat kawan2 yang baik2 dari kecil sampai la ni. Hidup ni indah dengan
aturan Yang Maha Esa. Aku bersyukur hidup di bumi Mu ini Ya Allah.
Peliharalah diri ini, supaya menjadi hamba Mu yang sentiasa bersyukur dengan
segala apa yang Kau kurniakan, Amin Ya Rabbal'alamin.
Hargailah setiap saat yang Allah SWT kurniakan pada kita.
Wallahu'alam.





1 November 1991 - 1 November 2010
19 Tahun


Wahidah Md Esa

Maruah Diri Anugerah Tidak Ternilai

Sumber : Majalah Anis

Islam mengharamkan umatnya mendedahkan keaiban orang lain apatah lagi mendedahkan keaiban diri sendiri. Masyarakat Islam yang hakiki ialah sebuah masyarakat yang menjaga maruah individu, menyembunyikan keaiban manusia dan menghormati hak serta keistimewaan insaniah sebagai makhluk yang paling mulia ciptaan Allah SWT. Maruah oeribadi diri sendiri dan individu lain merupakan suatu hak anugerah Allah kepada setiap manusia yang tidak boleh sekali-kali diaibkan, dicerobohi dan didedahkan kepada umum. Hanya manusia yang buruk akhlak keji perilaku serta bejat pemikiran sahaja yang sanggup mendedahkan keaiban diri individu lain. Oleh sebab itulah Islam mengharamkan mengumpat, mengeji, mencaci, mencela, dan merendah-rendahkan martabat orang lain.

Firman Allah SWT : "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji."
(Al-Humazah:1)

Mendedahkan atau mengaibkan maruah diri sendiri.

            Kisah Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa a.s. yang terdedah aurat mereka berdua setelah memakan buah dari pohon yang dilarang mereka mendekatinya sebagai pedoman serta pengajaran kepada kita semua umat manusia. Allah SWT menceritakan kisah mereka melalui firman-Nya : "Setelah mereka berdua memakan buah (pohon) tersebut, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulai menutupnya dengan daun-daun dari syurga." (Al-A'raf:22)

            Pengajaran daripada ayat tersebut ialah setiap perbuatan mungkar dan maksiat yang melanggar tegahan Allah serta tidak menghiraukan larangan-Nya menyebabkan manusia mendedahkan keaiban dirinya sendiri. Perintah Allah seperti menutup aurat, solat, tidak mencuri, merompak, haram berzina, sombong, dan angkuh merupakan suatu bentuk larangan bagi menutup keaiban manusia yang dimuliakan Allah.
           
             Betolak daripada kenyataan inilah maka sesiapa sahaja yang melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah, seolah-olah mereka mendedahkan keaiban mereka sendiri. Seumpama satu hadis maksudnya : "Setiap umatku adalah dimaafkan (diampuni kesilapan kesalahannya) melainkan al-Muhajirin." Lalu sahabat bertanya "Siapakah muhajirin itu, wahai Rasul?" Lantas Baginda menjawab "Al-Muhajirin ialah orang yang melakukan dosa dan maksiat pada malam hari (sedangkan Allah menutupnya daripada diketahui orang lain) namun apabila siang, dia sendiri yang memberitahu kepada orang lain bahawa dia telah melakukan sekian-sekian pada malam semalam."

            Seseorang yang melakukan maksiat pada malam hari (atau tempat-tempat tersembunyi) sehingga tidak diketahui oleh orang lain melainkan dirinya sendiri sebenarnya masih terdapat inayah dan peliharaan Allah terhadapnya, namun apabila dia menceritakan kepada orang lain perbuatan maksiatnya itu seolah-olah dia berbangga dengan maksiat yang dilakukan. Justeru, dosanya tidak diampuni.

Perkara kecil tapi dosa besar.

            Orang yang mendedahkan aurat sama ada secara langsung atau dalam laman sosial adalah orang yang membuka keaibannya sendiri kepada orang lain. Mendedahkan aurat sedangkan Allah SWT  memerintahkan ditutup atau dilindungi, bermakna kita sendiri yang menayangkan keaiban maruah kita. Sekalipun kita melihat perkara tersebut kecil, namun apabila ia membabitkan pelanggaran arahan Allah SWT maka ia adalah perkara besar yang perlu diberi perhatian. Berapa banyak perkara yang dilihat sebagai enteng atau kecil oleh manusia namun di sisi Allah SWT sebagai dosa besar.

Firman Allah SWT: "Dan kamu pula menyangkakannya perkara kecil padahal ia sisi hukum Allah adalah perkara yang besar." (An-Nur:15)

            Seseorang yang menutup aurat daripada pandangan umum namun mendedahkan aurat melalui laman sosial. Malah melalui laman sosial juga kadang-kadang lebih menimbulkan fitnah dan membangkitkan nafsu syahwat. Asas utama kepada arahan menutup aurat sebagaimana dianjurkan Islam ialah kerana menjaga maruah seorang perempuan dan juga mengelak berlakunya fitnah.

            Apa yang ditulis samaa seperti diucap. Kemajuan sains dan teknologi yang semakin pantas dengan berbagai-bagai peralatan moden sebagai penghubung kepada manusia merupakan suatu fenomena dan realiti yang perlu diakui kebaikan dan keburukannya adalah bergantung kepada manusia sebagai pengguna bukannya kepada peralatan itu sendiri. Manusia tetap diberi ganjaran pahala sekiranya menggunakannya kemajuan teknologi tersebut untuk manfaat dan juga kebaikan kepada manusia lain. Dalam masa yang sama manusia tetap berdosa sekiranya kemajuan teknologi sebagai perantaraan untuk menipu atau memanipulasi pemikiran manusia dengan berbagai-bagai bentuk penyebaran fitnah serta kelucahan. Apa yang ditulis, dicatat  serta diulas hukumnya sebagaimana yang diungkapkan dan diucapkan dengan lidah.

             Bunga-bunga bahasa, uslub yang diutarakan, lahjah yang dipaparkan sesungguhnya melambangkan keperibadian serta pemikiran empunya diri itu sendiri. Sebagaimana yang ditulis maka itulah yang difikirkan, apa yang dicatat maka itulah yang diyakini dan apa yang dipaparkan itulah bentuk pemikiran si penulis. Andai bahasanya bentuk 'hentam kromo' ia melambangkan dirinya yang tak pandai mengurus diri sendiri, apatah lagi untuk menguruskann masyarakat. Andai uslubnya kelucahan maka ia mencerminkan kebejatan serta kekejian pemikiran empunya penulisan itu sendiri.

3 cara menilai kecerdikan atau kebodohan.

             Kita dapat membaca atau melihat kecerdikan atau kebodohan manusia melalui tiga bentuk atau ciri menurut sahabat Rasulullah SAW, Muawiyyah r.a. iaitu percakapannya, sekiranya kita bercakap atau berbicara secara berhadapan dengannya, andainya dia berada jauh maka kita boleh menilai bentuk penulisannya dan sekiranya dia menghantar utusan sebagai ganti diri maka lihatlah kepetahan atau lenggok bahasa yang digunakan oleh utusan tersebut kerana dia melambangkan orang yang mengutus diri sendiri.

             Individu yang menulis dalam apa jua bentuk penulisan, sama ada buku, majalah, akhbar, blog atau laman sosial yang lain tetap akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT kelak. Semua yang ditulis dan ditatap oleh manusia sama ada kebenaran atau kepalsuan, pastinya akan mendapat balasan pahala atau dosa, neraka atau syurga. Orang beriman asasnya adalah akal sebelum lidah sementara orang munafik lidah sebelum lidah, sementara orang munafik lidah sebelum akal.

             Oleh itu, maruah diri perlu diutamakan, ini kerana kemuliaan keluarga bermula daripada akhlak peribadi individu, manakala ketenteraman dan keharmonian masyarakat bertolak daripada kesedaran dan keinsafan seluruh keluarga yang menunjangi sesebuah masyarakat. Keprihatinan Islam menjaga maruah diri manusia dapat diperhatikan daripada syariah Islam yang mengharamkan perkara-perkara yang memabukkan seperti arak, dadah dan candu. Pengharaman perkara-perkara tersebut ialah kerana Islam menjaga jiwa atau nafsu seseorang. Justeru, Islam juga mengharamkan apa jua bentuk perbuatan, percakapan, persepekatan serta perbincangan yang bertujuan untuk merendahkan martabat atau orang lain.

             Untuk beramal dengan tuntutan Islam maka seseorang individu muslim seharusnya memiliki tiga perkara asas utama iaitu kefahaman, istiqamah dan juga kesabaran. Faham dengan agama yang dianuti bukan hanya mengikut atau menurut semata-mata, istiqamah yang berterusan dengan segala perintah dan larangan Allah SWT dan juga sebar yang benar demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Wallahualam.

Dr. Nik Yusri Musa
Pensyarah Kanan Pusat
Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, UMK
nikyusri@umk.edu.my


Sunyi Kolej


Salam 24 Ramadhan semua.

Hai, alhamdulillah hari ni kelas sampai kul 11.50pg je. Petang kelas Programming cancel, hee. Of course kami suka. Tadi habis kelas Hidraul, turunlah tangga mak oi sunyinya kolej aku ni. Comform sebab budak2 semua dah cabut balik kampung a.k.a rumah masing2, untunglah. Budak yang kos under IKIP, we call budak IKIP untunglah balik awal 20 haribulan dah cuti. Tapi aku rasa sebelum tu dah cabut dah dorg. Kami budak UTM biasa balik lambat dan pulang awal kembali ke kolej, apa boleh wat. UTM dah ketat, mampat, sendat lagi sempit ngan hal cuti2 ni. Sampai kami ni pun tak sempat nak kutip duit untuk bayar duit yuran pendaftaran disebabkan cuti yang pendek means cuti semester. Cuaca hari pulak aku perasan tak sejuk dan tak panas sangat (wallahu'alam apa maksudnya). Dari pagi lagi, tapi tak tahu lah sekarang dah tongah hari.

Seronok hari jumaat kelas Hidraul Mr James bagi ganti after Raya Aidilfitri. Kami semua lega, pujuk punya pujuk akhirnya, terima kasih pada sesiapa yang memujuk Mr James. Bukannya apa, esok khamis ramai sangat yang dah balik kampung. Takkan lah Mr James nak ajar budak non muslim yang ada sorang je tu, tak boleh tak boleh. Thanks Mr James kerana memahami kami, also Pn Intan yang sporting Kelas Elektrik esok pun cancel. Wah, kelas pagi je ada best2. Tak sabarnya nak balik rumah ku syurga ku. Ok gak tadi aku tengok kolej sunyi je, tak lah serabuk peruk aku tengok cam hari biasa. 

Hostel Casa Perindu (SPS) ni pun sunyi je, tak ada sangat dah suara2 jeritan batin mereka. Aku harapkan jeritan batin kawan2 bilik belakang je untuk hilangkan kesunyian yang melampau. Selamat pulang semua pelajar2 terutama semua kawan2 kenalan di IKIP International College ni. Apa2 pun aku harap perjalanan kita semua yang nak pergi mana2 jela destinasi semua selamat pergi dan balik. Amin Ya Rabb. Kepada umat Islam atau lebih comel saya panggil saudara2 seislam ku selamat beribadah di malam2 penghujung Ramadhan yang mulia ini. Moga dapat keberkatan, kemenangan dan kebaikan dari Allah SWT. Yang penting lakukan lah segala2nya dengan penuh keikhlasan. Rindu saat sekolah dulu, hanya Dia yang tahu. Semoga berjaya semua. Wassalam.


Wahidah Md Esa.


23 August 2011

Kesatlah Air Matamu Wahai Wanita

“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”


Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.


Menjadi seorang isteri…. Kepada insan yang disayangi….. Idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.


Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.


“Assalamualaikum,” satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.


“Waalaikumusalam,”jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.


“Ain buat apa dalam bilik ni? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi.”


Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan ‘abang’ dari bibirnya.


Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai ‘buah hati’ nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.


Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.


Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata.“Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan?” ujarku.


“Ha’ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye?” Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.


Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.


Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.


“Abang…..” aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.


“Ya sayang…” Ahhh….bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

“Abang… terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah.” Tutur bicaraku ku susun satu persatu.


“Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya.”


“Insya Allah abang…. Ain sayangkan abang.”


“Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.”


Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.


Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.


Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.


Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat1 di Gua Hira’.


Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!


Ahhh…. dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.


“Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.”

 Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.


Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.


Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.


Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.


Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.


“Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.” Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.


Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.


Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.


Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.


“Ain….. Abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.”


“Apa dia abang?”tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih.“Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri,”bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?


“Abang ada masalah ke?”Aku cuba meneka.


“Tidak Ain. Sebenarnya……,” bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.


“Ain…… Abang….. Abang nak minta izin Ain…… Untuk berkahwin lagi,”ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.


“A….. Abang….. nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.


Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.


Tanpa bicara, dia mengangguk.“Dengan siapa abang?” Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi…. hatiku… hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.


Faizah. Ain kenal dia, kan?”


Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.


Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.


“A…. Abang…… Apa salah Ain abang?” nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.


"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain.”


“Tapi….Faizah. Abang juga sayang pada Faizah…. bermakna….. sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi.”


“Ain….. sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah…. Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.”


"Lagipun…. abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu.”


Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?


Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.


Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.


Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.


Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.


Oh Tuhan….. ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.


Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?


Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.


Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.


Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.


Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.


Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?


“Oh Tuhan… Berilah aku petunjukMu.” Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi2 kembali matlamat hidupku.


Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah?


Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.


Biarlah… Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?


Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.


Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.


Ain?…… Ain serius?”


“Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau… Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia,” ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.


Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.


"Izah…… akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan,” setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.


“Apa dia, Kak Ain. Cakaplah,” lembut nada suaranya.


Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?”


Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?” Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.


Pernah dia cakap dia sukakan Izah?”


"Sukakan Izah? Isyyy…. tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni?”


“Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita…….” Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?” Dengan amat berat hati, aku tuturkan kalimah itu.


“Kak Ain!” jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. “Apa yang Kak Ain cakap ni? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain,” kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.


“Tidak Izah. Akak tak bergurau…… Izah sudi jadi saudara Kak Ain?” ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang…… Ustaz Harris….. mahu… melamar saya?”


Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.


Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.


“Kak Ain….. saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka,”ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.


Izah… Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain.”


“Kak… Maafkan Izah.” Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.


“Jadi… Izah setuju?” Soalku apabila tangisan kami telah reda.


"Kak Ain…. Ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain.”


"Soal Kak Ain…. Izah jangan risau, hati Kak Ain… Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah.

"Akak….. Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.”
"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah.”


Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku.`Ya Allah….. Inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.’


Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.


Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.


“Ain….. Abang minta maaf sayang,”ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.


"Kenapa?”


"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi…. Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang…. malu dengan Ain.”


"Abang…. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang.


"Ain…. Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain.”


"Tapi… Abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.”


“Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya.” Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.


Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.


Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman  bermainku.


Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.


“Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?”ujarnya lembut.

“Ain rindu abang. Rindu sangat.” Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.


“Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang?” Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.


“Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain?” Aku menduga keikhlasan bicaranya.


"Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang.”


Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.


Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.


Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.


Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-siakan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.


Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi ‘ibu’ mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh… anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.


Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi….. ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.


Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w.


“Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

 Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

 Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.




16 August 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab



Sumber : Facebook (Ridhuan As-Siddiq)

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Rujukan :
http://iloveislamsokmo.blogspot.com/2011/06/tujuh-perempuan-bertanya-seorang-lelaki.html



Sucinya Sebuah Cinta

Sekarang kebanyakan universiti sedang bercuti panjang. Pada masa ini, boleh dikatakan ramai para mahasiswa berlumba-lumba untuk mendapatkan kerja.Tidak kira kerja apa, asalkan boleh mendatangkan hasil dan dapat mengisi kekosongan masa cuti yang panjang ini. Namun aku lebih suka untuk tinggal di rumah sahaja. Membantu emak berniaga kedai runcit. Lagipun. Aku ingin menghabiskan masa cutiku bersama keluarga. Selama ini aku banyak menghabiskan masa nun jauh di utara negeri untuk mengejar cita-cita dan harapan. Dan kini aku ingin menebus kembali rinduku kepada keluarga yang telah bertukar menjadi dendam ini.

“ Ilah! Tolong jaga kedai kejap. Mak nak solat dulu.” Pinta emak sewaktu melintasi bangku tempat dudukku. Bagiku. Aku lebih suka bekerja di kedai runcit ini sebab aku berpeluang untuk menghabiskan beberapa buah buku yang sengaja kubeli sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung. Kalau boleh. Aku juga ingin meningkatkan lagi perniagaan keluarga ini. Aku sedang mencari idea untuk memajukan kedai milik keluarga ini.

“ Hai Ilah! Bila balik?” Tanya makcik Som sambil meletakkan barang-barang yang mahu dibelinya ke atas kaunter.

“ Balik semalam. Makcik sihat?” Tanyaku sekadar berbasa-basi.

“ Sihat orang tua Ilah. Lama ke kamu cuti ni?”

“ Adalah dalam tiga bulan.” Jawabku.

“ Berapa lama lagi pengajian kamu tu?”

“ Lebih kurang empat bulan lagi makcik.”

“ Ah dah tak lama tu. Nanti senanglah sikit mak dan ayah kamu bila kamu dah kerja nanti.” Katanya sambil menjelaskan bayaran dan terus berlalu. Bila disebut pasal kerja. Aku sendiri pun masih belum tahu kerja apa yang ingin ku cari nanti. Masih belum terfikir lagi dalam fikiran ku ini. Cuma yang penting. Aku ingin tamatkan pengajianku ini dengan seberapa segera. Aku ingin membantu keluarga serta menampung adik-adik yang masih lagi menuntut. Kasihan aku tengok mak dan ayah bersusah payah untuk menyara kehidupan kami.
Dalam keasyikan aku membaca buku itu, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan. Aku tersenyum bila melihat nombor yang tertera kerana aku tahu siapa. Orang yang selalu aku rindu dan ingati. Orang yang banyak mengubah cara hidupku. Kadang-kadang aku seperti tidak percaya bahawa aku boleh
tertarik padanya hanya dengan sekali pertemuan. Padahal sebelum ini aku tidak pernah mengenalinya. Mungkin hanya melalui abang dan adik ku yang rapat dengannya. Itulah dinamakan takdir.

“ Hello!”

“ Abang sini. Bagi tahu kawan-kawan yang lain kita nak buat mesyuarat persatuan petang lusa kat surau.”

“ InsyaAllah…”Jawabku.

“ Ilah sihat?” Soalnya.

“ Sihat. Abang pula?”

“ Ok saja. Maafkan abang sebab tak dapat cakap panjang. Abang ada kerja ni.”

“ Nanti kita sambung lagi. Ok.” Dia memutuskan talian. Sudah lama aku tidak menemuinya membuatkan aku bertambah rindu. Maklumlah aku di Utara manakala dia di Selatan. Impian dan cita-cita yang membuatkan kami terpisah, namun tetap jua bersemi dan hadir ke dalam jiwa tatkala rindu mula membara. Entah macam mana rupa dia sekarang. Kali terakhir aku menemuinya dua bulan yang lepas, dia agak kurus sedikit. Rambutnya panjang mencecah bahu, janggut dan jambang dibiarkan tumbuh meliar. Walaupun aku sudah memberitahunya bahawa aku tidak begitu menyukai penampilannya sebegitu, namun dia tetap mengatakan itulah imejnya. Dah puas aku beritahu, tapi dia tetap begitu. Apa-apa pun keadaannya. Aku tetap sayang
padanya kerana aku tahu sikap dan perangainya. Hanya penampilan dia sahaja yang begitu tetapi dia tetap hebat. Kiranya aku ceritakan, mungkin sukar untuk diterima orang. Sebenarnya aku dah lama tertarik padanya. Dia selalu menjadi imam di surau dekat kampungku. Manakala aku pula selalu menjadi makmumnya apabila berpeluang. Aku cukup tenang sewaktu mendengar bacaan ayat-ayat sucinya. Suaranya membuatkan
aku terpukau sejenak. Dan kadang-kadang orang kampung memintanya untuk menyampaikan kuliah. Aku juga selalu mendengar kuliahnya. Dia cukup pandai mengolah isu-isu semasa dalam kehidupan masyarakat.

“ Aah… banyak perkara yang ada padanya membuatkan aku jatuh hati.”
aku rasa gembira bila teringatkan tentang mesyuarat persatuan yang akan diadakan malam lusa. Itulah peluang aku untuk menemuinya. Dengar khabar, dia bercuti sekejap sahaja kerana dia ingin mengambil kelas musim panas. Idea dialah juga untuk menubuhkan persatuan mahasiswa di kampung kami. Katanya untuk mengumpulkan anak-anak penduduk kampung yang belajar di universiti bagi mencurahkan jasa kepada pembangunan ilmu dan minda penduduk. Kami menyokong penuh ideanya itu, maka tertubuhlah persatuan mahasiswa di kampung kami. Malamku di kampung agak berbeza dengan di kampus. Ini kerana aku tidak
mempunyai sebarang aktiviti khusus seperti mesyuarat persatuan, studi, bersukan dan sebagainya. Di rumah ini aku hanya mampu menghabiskan masa untuk membaca buku dan membantu keluarga di kedai runcit.
Tiba-tiba sahaja aku berasa sunyi dan kesepian. Sunyi dari kesibukan kampus dan tugas seorang pelajar. Tapi sebenarnya aku rindu. Rindu pada seorang kekasih yang selalu memujuk dan membelai jiwaku dengan tingkah lakunya yang terhormat dan tutur bicaranya yang terjaga. Tingkah lakunya yang terjaga membuktikan bahawa dia menghormati maruah kewanitaanku serta kesucianku sebagai seorang gadis. Dia mampu membuatkan aku rasa selamat bila menemuinya. Tutur kata bicaranya memukau telinga serta bisa memujuk jiwa yang resah dan gelisah. Walaupun aku dan dia sekampung, namun dia tetap menjaga nama baikku dan nama baiknya daripada diperkatakan orang kampung. Cuma aku sedikit tidak faham dengan prinsipnya. Katanya, dia tak nak mengikat aku dengan sebarang janji. Jika ada takdir yang menyebelahi kami, insyaAllah
kami akan diijab kabulkan.

“ Abang tak nak mengikat Ilah dengan sebarang janji. Ilah bebas menentukan arah hidup dan pilihan Ilah.” Katanya padaku.

“ Sekiranya ada orang datang meminang, Ilah dan keluarga berkenan serta bersetuju maka abang rela dan redha melepaskan Ilah. Abang akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Ilah. Cuma Ilah perlu memberitahu abang saja agar abang tidak berharap.” Sambung dia lagi.

“Kalau sesuatu itu telah ditakdirkan Allah milik kita, walau ia berada di seberang laut dan dalam keadaan merangkak sekalipun ia akan tetap datang ke pangkuan kita. Namun sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan bukan milik kita, walaupun telah kita kunyah dan telan namun ia tetap akan dimuntahkan juga.” Itulah katakata
yang selalu diucapkan olehnya padaku.

Namun. Aku pasti semua orang bersetuju sekiranya aku katakan bahawa terlalu sukar untuk kita mengubah kasih sayang sekiranya kita benar-benar mencintai seseorang kerana cinta, kasih dan sayang adalah bukan sesuatu mainan yang boleh dijual beli sesuka hati. Terlalu banyak masalah hati yang timbul sekiranya aku terus memikirkannya. Namun kadang-kadang, perasaan rinduku ini membuatkan kenangan dan ingatan pengalaman perjalanan hidup ini menjadi manis. Suasana malam di kampung cukup menenangkan jiwaku. Tiada bunyi bising dan kekalutan seperti di kampus. Di sini malamnya sunyi dan mendamaikan. Hanya sesekali sahaja terdengar bunyi burung tukang ataupun burung jampuk bernyanyi. Desir angin yang berlagu mendendangkan irama istimewa buat penduduk kampung seperti aku yang sentiasa inginkan persekitaran yang dapat mengembalikan ketenangan jiwa dan kedamaian hati. Ia membuatkan aku tidur lena bagai diulit dayang dan inang.

Seperti yang telah dijanjikan, ahli-ahli persatuan berkumpul di surau untuk menghadiri mesyuarat. Kebanyakan ahli dapat menghadirkan diri, maklumlah semua kampus sedang bercuti sekarang. Aku dan beberapa kawan-kawan yang lain telah menyediakan beberapa juadah untuk jamuan selepas mesyuarat nanti.
Walau apa pun, yang pentingnya aku terpaksa menyediakan laporan mengenai biro yang aku pegang. Pada mesyuarat agong yang lepas. Aku telah dilantik sebagai pengerusi biro Helwani. Mengikut tentatif mesyuarat, tujuan utama diadakan mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan tentang aktiviti-aktivi yang akan diadakan pada musim cuti ini. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden persatuan dengan menaruh harapan agar persatuan dapat menfaatkan masa yang ada ini untuk menjalankan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan dikalangan para ahli dan juga pada masa yang sama dapat menaburkan bakti kepada masyarakat kampung. Seterusnya pembentangan laporan oleh setiap ketua biro mengenai perkembangan gerak kerja yang telah dilakukan dan perancangan yang bakal dilakukan. Para ahli telah bersetuju untuk bersama-sama mengadakan kelas tuisyen malam untuk anak-anak kampung ini yang akan
mengambil peperiksaan SPM hujung tahun nanti. Oleh itu, setiap orang dibahagikan tugas-tugas yang perlu dilakukan. Aku telah ditugaskan untuk mengajar subjek matematik.

“ Hai Ilah! Engkau nampak rapat saja dengan abang Shidi tu? Ada apa-apa ke?” Tanya Marisa sewaktu kami menghadap jamuan.

“ Ish, engkau ni. Aku biasa aje. Tak ada apa-apa pun. Macam engkau dengan dia juga.” Kataku. Kalau boleh. Aku tak nak kisah cinta kami ini diketahui orang sebab nanti banyak pulak masalah yang bakal timbul nanti. Lagipun aku dah janji dengan abang Shidi untuk merahsiakannya selagi dapat.

“ Manalah tau agaknya-agaknya senyap berisi pulak.” Sampuk Elisa.

“ Takkanlah dia nak pilih orang macam aku. Sedangkan kat kampus dia tu ramai lagi yang lebih baik dari aku.” Helah aku.

“ Engkau mana tahu hati orang. Lagipun aku tengok dia tu macam suka saja kat engkau.” Sambung Marisa lagi.

“ Engkau orang ni, jangan pandai-pandai pulak nak mereka-reka cerita. Kan susah pulak aku nanti.” Kataku sambil berlalu dengan membawa pinggan-pinggan serta cawan ke sink.

Nampak gayanya, kawan-kawan yang lain dah mula dapat menghidu hubungan baik kami ini. Bukan apa. Aku takut juga nanti bila orang dah tahu akan tersebar pula berita-berita yang tidak benar tentang kami.
Tadi abang Shidi sempat memberitahuku bahawa dia nak datang ke rumah malam nanti. Katanya dah lama dia tak jumpa aku, jadi dia nak datang melawat aku di rumah. Khabar itu membuatkan aku gembira. Memang aku menanti-nanti kedatangannya. Ingin sekali aku menatap wajahnya sepuas hatiku untuk menebus segala rinduku. Ingin sekali aku dengar suaranya agar bisa membangkitkan perasaan kasih dan sayang. Begitulah kebiasaannya bila dia pulang bercuti ke kampung. Dia akan datang menemuiku di rumah di temani keluargaku sendiri sebagai saksi pertemuan kami. Agar kami dapat mengelakkan dari sebarang fitnah dan cerita dari mulut manusia.

Malam ini aku turun berjemaah di surau. Berkebetulan abang Shidi yang menjadi imamnya. Sudah lama juga aku tidak menjadi makmumnya, tidak mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan alunan zikirnya. Malam ini aku berpeluang lagi untuk menikmati keindahan dan kemerduan suaranya itu. Selepas solat maghrib, para jemaah memintanya untuk menyampaikan kuliyah maghrib. Walaupun tanpa persediaan, namun dia masih mampu untuk menyampaikan kuliyahnya dengan baik dan teratur sekali. Aku lihat,para muslimat dan kaum ibu begitu khusyuk sekali dan kadang-kadang tersenyum oleh kerana telatah dan lawak yang diselitkannya dalam kuliyahnya itu. Dia membincangkan isu masalah umat zaman sekarang. Zaman teknologi yang penuh dengan cabaran yang boleh menggugat keimanan para orang Islam.

“ Tanpa iman yang kukuh dan persediaan ilmu, orang Islam akan hanyut dalam arus kemodenan yang telah ditaja barat dengan membelakangkan agama. Pada pendapat mereka, dengan berpegang pada agama ia akan menghalang penganutnya dari mencapai kemajuan dan kemodenan.” Kata abang Shidi.

“ Telah banyak bukti-bukti yang ditunjukkan Allah bagaimana kesan dan kesudahannya kemodenan yang membelakangkan agama. Contohnya barat sendiri. Dalam mengejar arus kemodenan, kita boleh lihat berapa ramai para remaja perempuan mereka yang melahirkan anak-anak diluar nikah. Semakin maju kehidupan mereka semakin banyak jenayah yang berlaku dan semakin hebat perancangannya. Semakin maju dan canggih peralatan semakin singkat cara berpakaian mereka sehingga mereka tanpa segan silu mendedahkan
tempat-tempat yang tidak sepatutnya didedahkan kepada orang ramai.” Hujahnya lagi.

“ Hari ini, perkara sebegini telah menular ke dalam masyarakat kita. Anak-anak kita bebas berpakaian yang kononnya ‘up to date’ atau mengikut arus semasa. Mereka juga bebas memilih pasangan mereka serta tanpa rasa takut melakukan perkara-perkara yang selayaknya dilakukan oleh sepasang suami isteri di atas nama kekasih. Bagi mereka itulah sebenarnya kemodenan. Ibu bapa pula telah hilang peranan dan hak-hak mereka untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka hanya mampu melihat sahaja apa yang berlaku.”

Bagiku, apa yang dikatakan oleh abang Shidi itu ada kebenarannya. Di kampungku sahaja, perkara-perkara seperti itu telah wujud. Anak-anak muda yang terpengaruh dengan mereka yang pulang dari bandar-bandar besar dengan membawa buah tangan berupa budaya-budaya kuning yang tidak senonoh itu. Itulah sebahagian dari perbincangan kami sewaktu mesyuarat petang tadi. Cuba untuk mendapatkan idea dan cadangan bagaimanakah cara dan jalannya untuk kami lakukan bagi mengembalikan identiti masyarakat Islam yang sedang menghadapi konflik identiti ini.

“ Oleh itu, setiap kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dimainkan bagi memastikan perkara ini tidak berlaku. Kita perlu sama-sama mencegahnya supaya apabila ia berlaku kita tidak akan saling menunding jari untuk meletakkan kesalahan itu di atas bahu dan kepala orang lain. Semoga Allah s.w.t membantu kita dalam menegakkan agamanya yang suci ini daripada terus dicemari oleh perkara-perkara yang menjijikkan itu.” Itulah kata-kata terakhirnya sebagai penutup untuk kuliyah maghribnya malam itu. Aku lihat, kebanyakan ahli jemaah berpuas hati dengan kuliyahnya tadi.

Selepas solat isyak. Aku terus balik ke rumah kerana abang Shidi dah janji untuk datang ke rumah malam ni. Saja aku balik awal sikit kerana aku nak goreng mee sebagai jamuan bila abang Shidi datang nanti. Lagipun tak ada yang istimewa untuk hidangan nanti, cuma aku tahu abang Shidi suka makan mee. Sedang aku asyik di dapur. Aku terdengar suara ayah memberi salam. Diikuti suaranya menjemput seseorang naik.

“ Jemputlah naik!” aku yakin, dia datang dengan ayah semasa turun dari surau tadi.

“ Terima kasih.” Ucapnya sambil melangkah naik ke rumahku. Aku masih lagi dalam bilik untuk memakai tudung. Biarlah ayah dan mak yang melayannya dulu. Aku mengenakan tudung pink yang pernah dihadiahkan olehnya sewaktu aku menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke 22 baru-baru ini.

“ Ilah! Abang Shidi datang ni. Keluarlah.” Panggil mak. Segan juga aku nak keluar, maklumlah dah lama tak jumpa. Lagipun mak dan ayah ada sama. Apa yang aku nak cakap depan mereka nanti. Takkan nak cakap pasal cinta, rindu dan sayang. Malulah aku sebab mereka terlebih dulu makan garam daripada
kami.

“ Abang apa khabar?” Tanyaku sewaktu melabuhkan punggung di atas sofa setentang dengannya.

“ Alhamdulillah, sihat. Ilah pulak macam mana?”

“ Ok saja. Macam biasa, cuma…….” aku tak dapat menghabiskan kata-kataku bila aku tiba-tiba sedar yang mak dan ayah ada bersama kami. Kalau tidak pasti mereka tahu nanti. Tapi aku yakin, walaupun mereka tidak tahu secara pasti namun mereka dapat mengagak dari cara kami berdasarkan pengalaman mereka sebagai orang tua.

“ Duduklah dulu ya, makcik nak ke dapur kejap.” Mak bangun menuju ke dapur. Manakala ayah pula bangun untuk menukar bajunya. Jadi sekarang hanya tinggal aku dan abang Shidi saja di ruang tamu rumahku itu. aku jadi lebih segan bila kulihat dia sedang asyik memerhatikan aku. Dia kemudian tersenyum bila dia lihat aku tersipu-sipu malu kerana diperlakukan begitu.

“ Abang rindu pada Ilah.” Antara dengar tak dengar dia memberitahuku.

“ Ilah pun macam tu juga. Tapi nak buat macam mana, nak jumpa selalu tak boleh. Sabar sajalah.” Kata-kata itu bagaikan untuk memujuk hatiku sendiri. Aku sendiri pun kadang-kadang tak tertahan rasa rindu di hati ini. Tapi di sana ada batas-batas yang perlu aku sedari agar aku tidak terjerumus ke dalam kancah yang boleh membinasakan kami sendiri.

“ Kalau tidak kerana janji dan cita-cita, dah lama abang masuk pinang Ilah. Kita kahwin lagi baik daripada terus dalam keadaan begini.” aku tahu betapa abang Shidi berpegang kuat pada janjinya. Dia telah berjanji
dengan keluarganya untuk menjaga ibunya yang sudah tua dan menampung pengajian adik-adiknya terlebih dahulu apabila dia tamat pengajian nanti. Lagipun dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk masa depan. Segala-galanya dia telah ceritakan padaku tentang janji dan cita-citanya itu supaya aku tahu keadaan dirinya. Sebab itulah dia tidak mahu mengikat aku dengan sebarang janji kerana dia takut aku tidak mampu menunggu lebih lama. Jadi aku bebas untuk menentukan haluanku sendiri. Katanya dia redha dan rela sekiranya aku
memilih lelaki lain sebagai suamiku sekiranya itu sudah jodoh dan takdir bagiku.
“ Ilah perempuan, abang lelaki. Lelaki punyai lebih banyak tanggungjawab terhadap keluarga yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum dia mendirikan rumah tangga.” Katanya padaku dulu.

“ Takpelah. Abang tunaikan dulu janji abang tu dan dapatkan dulu cita-cita abang tu. Kalau ada jodoh kita tak ke mana juga.” Beritahuku pasrah. Kadang-kadang aku jadi serba salah juga, sebab cinta kami ni pelik tak seperti orang lain.

“ Walau apapun, Ilah bebas menentukan jodoh Ilah. Abang tak ikat dengan sebarang janji, cuma hanya takdir Allah adalah segala-galanya.” Mengingatkan aku kembali dengan kata-katanya yang lepas.

“Berapa lama abang bercuti ni?” Tanyaku mengubah topik perbualan apabila menyedari mak keluar membawa minuman.

“ Malam esok abang dah nak bertolak balik ke kampus. Abang ambil semester khas. Nak pendekkan tempoh pengajian.” Beritahunya yang turut menyedari kehadiran mak itu.
“ Jemputlah minum Rashidi. Mee tu Ilah yang buatkan. Rasalah.” Jemput mak.

“ Entah sedap entah tidak mee tu. Baru belajar masak.” Balasku kembali.

“ Alaa cuti lama, nanti boleh belajar masak kat rumah ni dengan makcik.” Jawabnya sambil tersenyum.
“ Cuma kenalah rajin sikit.” Sambungnya lagi. Sambil tergelak kecil. Mak dan aku turut sama tersenyum dengan jenaka dia itu. Ah…abang tetap hebat. Aku begitu tenang apabila dapat melihat wajahnya. Dia
tidak banyak berubah, cuma jambang dan misainya digunting kemas. Rambutnya agak panjang sedikit dan hampir mencecah bahu. Mungkin agak pendek sedikit dari rambutku yang lebih sedikit dari paras bahu. Saja aku potong pendek supaya senang aku menjaganya. Tapi dia lebih suka kalau aku berambut panjang.

Walaupun dia masih belum menyuntingku untuk menjadi suri hidupnya, namun aku telah lama mengambilnya sebagai perwira hidupku. Ataupun dia masih lagi belum mengambilku menjadi mempelai perempuannya, namun dia telah lama menjadi pengantin lelaki dalam persandingan kami di hatiku ini. Dia telah berjaya menawan hatiku dan jiwaku oleh sebab sikapnya dan peribadinya yang membuatkan aku benar-benar kagum.

“ Ya Allah. Aku bermohon padaMu dengan seluruh kehidupan ini agar menjaga perasaan kecintaan ini. Kiranya dia benar-benar ditakdirkan buatku, maka satukanlah kami di bawah naungan cinta dan kasihMu. Dan jika dia ditakdirkan bukan milikku, maka Engkau jauhkanlah dia dari pandangan dan ingatanku.
Perkukuhkanlah kesabaranku dalam menghadapinya dan titiplah ke dalam hatiku sifat keredhaan dengan takdirMu wahai tuhan.” Doaku pasrah.
Kami meneruskan program kelas malam untuk SPM itu. Aku dan kawan-kawan yang lain masing-masing memainkan peranan dan tugas yang telah ditetapkan. Agak sukar sikit untuk mengatur gerak kerja kerana abang Shidi tak ada sebab selalunya dialah yang banyak mengatur dan memberikan idea. Jadi agak kelam
kabutlah sikit. Namun begitu dia selalu menelefonku bertanyakan perkembangan dan perjalanan program itu. Selalu juga dia memberikan cadangan dan pendapat serta buah fikirannya kepadaku untuk aku utarakan kepada kawan-kawan yang lain bagi meningkatkan lagi gerak kerja dan prestasi persatuan. Cuti kali ini memberikan aku banyak masa terluang. Aku habiskan masa-masa lapangku dengan membantu mak dan ayah di kedai sambil membaca buku. Kadang-kadang aku juga suka berfikir tentang masa depanku. Aku masih lagi tercari-cari bagaimana aku ingin membina masa depanku sendiri. Kerjayaku, keluargaku dan cita-citaku. Aku hanya ada satu semester lagi untuk menamatkan pengajianku. Aku masih tertanya-tanya kerjaya yang macam manakah yang akan ku pilih nanti. Aku cukup kabur mengenainya. Aku pernah meminta pandangan abang Shidi mengenainya, dan katanya adalah lebih baik buatku untuk memilih kerjaya yang ada kaitan dengan pengajianku sekarang ini.

Namun katanya, seharusnya tidak terlalu memilih kerja. Sekurang-kurangnya kita akan mendapat pengalaman yang di luar bidang kita dan kita akan memperolehi kebolehan yang baru. Seperti dia, walaupun bidang pengajiannya dalam kejuteraan elektronik, namun tidak semestinya dia akan menjadi seorang jurutera. Katanya, dia lebih minat untuk mengendalikan perniagaan keluarganya dan ingin mengembangkan lagi. Tapi dia masih ada tiga semester untuk menamatkan pengajiannya.

Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Begitulah juga dengan percintaan ini. Tidak dinamakan cinta sekiranya tanpa kasih, sayang dan rindu. Kasih dengan berpada-pada, sayang dengan sepenuh kejujuran dan keikhlasan serta  rindu yang sentiasa memenuhi kamar hidup semenjak munculnya mentari diufuk timur hinggalah menghilangnya di horizon barat. Perasaan itu tidak pernah luput mahu pun berkurangan dari sanubari ini. Namun ia tergugat juga apabila pepohon cinta yang tertanam ini dilanda dugaan kasih dan menuntut aku supaya membuat penentuan. Pilihan setelah berada di persimpangan dilema kasih.

Beberapa bulan selepas aku menamatkan pengajian, ada orang datang ke rumahku untuk merisik khabar.
Kata mereka, ingin sekali merisik khabar jambangan di taman terlarang. Adakah sudah disunting orang ataupun masih harum mekar di taman ini. Bagaimana ingin aku ceritakan pada keluarga tentang ikatan kasih yang telah lama terjalin. Kasih yang mewangi menyelubungi hidup dan menghiasi serta mewarnai suka
duka pengalaman hidup ini.

“ Ya Allah! Cubaan apakah yang Engkau timpakan ini. Aku tidak mampu menghadapi dugaan ini tanpa bantuan dan petunjuk Mu tuhan. Aku ini gadis yang lemah bisa tersasar dan tersesat dalam melayari cinta.
Ya Allah! Sekiranya ketentuan ini adalah terlebih baik buatku, maka Engkau tetapkanlah hati dalam menerimanya. Berikanlah kesabaran padaku tatkala terkenang segala pengalaman yang lalu. Ya Allah. Aku menyerahkan segala ketentuan hidupku ini di tangan Mu wahai tuhan yang mengetahui segala bicara hati ini.”
aku telah menghubungi abang Shidi untuk memberitahu tentang perkara ini. Aku ingin meminta pendapatnya bagaimana untuk aku berdepan dan membuat keputusan terhadap masalah ini. Adakah perlu aku memberitahu keluargaku tentang kedudukan sebenar diriku yang telah dilamar cinta orang.

“ Keputusan terletak sepenuhnya di tangan Ilah. Sebarang keputusan yang Ilah buat, abang tetap menyokongnya.” Beritahu dia padaku. Namun jawapannya itu membuatkan aku bertambah buntu dalam mencari jalan penyelesaian.

“ Abang ni buat Ilah tambah buntu tau!” aku bersuara menahan air mata yang mula nak mengalir keluar.

“ Sayang…..dengar elok-elok apa yang ingin abang katakan.”

“ Abang pernah beritahu yang abang tak pernah ikat Ilah dengan sebarang janji. Hanya takdir Allah yang menentukan segalanya. Ilah bebas memilih sesiapa sahaja lelaki yang bakal menjadi teman hidup Ilah. Abang rela dan redha dengan pilihan Ilah asalkan Ilah bahagia dan lakukannya dengan sepenuh hati dan kesedaran Ilah.” Sambungnya lagi. Aku sudah tidak dapat menahan sebak yang mula memenuhi empangan ini. Maka mengalirlah air mata ini menuruni lurahlurah kedukaan dan kesedihan. Betapanya cinta ini dibina suci dengan penuh setia dan kesedaran diri. Tidak pernah ternoda mahupun dinodai. Ia dipelihara suci dari sebarang bisikan-bisikan durja yang mahu merosakkannya.
“ Cubalah abang fahami keadaan Ilah sekarang ni. Ilah tersepit tau.” Esakku memohon belas.
“ Abang faham, abang faham sayang! Abang juga sepertimu sekarang ini. Tapi kepentingan dan kebahagiaanmu itu terlebih pentingnya bagi abang daripada kegembiraan hati abang sendiri. Abang tidak mampu untuk mengikatmu kerana cita-cita yang masih lagi tersisa.”
“ Ilah tak mampu bang, Ilah tak mampu! Cinta abang telah lama bersemi di jiwa ini. Mana mungkin Ilah membelakanginya”
“ Baiklah kiranya itu yang membuatkan Ilah tersepit, kini abang lepaskan Ilah dari cinta abang.” Kata-katanya itu bagaikan belati tajam yang menusuk hatiku yang telah sedia luka ini. Maka menangislah aku sendiri.
Betapa sukarnya untuk menyemai benih cinta yang kadang-kadang mengambil masa seribu tahun lamanya namun terlalu senang merungkaikannya hanya dengan beberapa patah kata yang menghiasi bibir. Begitu juga dengan kenangan walaupun bercinta cuma sehari tetapi kenangan pengalaman tetap jua segar walau seratus tahun.

Entah bagaimana inginku gambarkan tentang perasaan ini, bagaimana inginku lakarkan kesedihan hati ini. Sedangkan inilah cinta pertamaku ketika aku menongkah dewasa. Cinta yang disemai dan dijaga rapi. Tumbuhnya di perkarangan terlarang dihiasi dan disirami kejujuran seorang kekasih dan kehebatan seorang lelaki. Banyak yang aku pelajari darinya. Bagaimana cara nak mendidik hati, cara memperelokkan budi dan teristimewa aku dapat memahami apa itu makna kasih sejati.

“……. boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Itulah ayat yang selalu dia perdengarkan padaku tentang hakikat kasih sayang.

Juga sebuah hadis nabi yang sampai sekarang aku masih mengingatinya tentang
sabda Rasulullah S.A.W: Cintailah kamu akan sesuatu sekadarnya kerana mungkin di suatu hari ia akan
menjadi kebencian bagimu. Dan bencilah sesuatu itu sekadarnya kerana mungkin di suatu hari yang lain ia akan menjadi kecintaan bagi kamu.

Aku kembali tersedar bila terkenangkan semuanya ini. Mungkin ada hikmahnya percintaan antara aku dan dia ternoktah apabila aku diijab kabulkan dengan lelaki lain. Siapa sangka semua ini akan berlaku. Dan benarlah sebagaimana yang dikatakan bahawa siapalah kita untuk mendahului takdir.Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

Ayat itu dia bacakan padaku sewaktu aku benar-benar putus harap dengan apa yang telah berlaku. Aku bagaikan rasa kegelapan mula menyelubungi kehidupanku. Aku rasakan hidup ini tidak bermakna tanpa kehadirannya. Namun dia tetap tenang menasihati agar aku terus bersabar dan yakin dengan kehendak Allah Taala. Aku masih ingat lagi sewaktu hari persandinganku dulu. Dia datang menemuiku sewaktu aku berada di samping suamiku. Dia tetap tersenyum gembira dengan persandinganku itu. Pelik benar lelaki ini.

“ Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke anak cucu.” Ucapnya sambil tangannya menggenggam tangan suamiku. Mereka berdua tersenyum senang. Seolah-olah mereka dah lama kenal.

“ Terima kasih kerana sudi hadir.”

“ Ini untukmu sahabat tanda kenangan dariku. Dan aku serahkan kekasih hatiku ini kepangkuan jagaanmu dengan rela hati dan doa yang berkekalan.” Dia meletakkan bungkusan atas ribaan suamiku. Aku terkejut dengan kata-katanya itu. Tidak terfikirkah dia bahawa bicaranya itu akan membuatkan suamiku cemburu atau salah faham? Tidak terfikirkah dia untuk menyimpan rahsia kisah percintaan antara aku dan dia dari pengetahuan orang lain? Tidak terfikirkah dia bahawa rumah tangga yang baru dibina ini bakal goyah dengan bicaranya itu?

“ Ah tuhan…. Mengapa ini terjadi?” Keluh hatiku sendiri. Dia kemudiannya berpaling ke arahku. Aku tidak mampu untuk menatap wajahnya itu. Namun aku paksakan untuk berbuat demikian. Aku lihat matanya
berkaca-kaca menahan sebak air empangan yang mahu melimpah.

“ Ilah……!!” Serunya perlahan.

“ Pada hari ini dengan ikhlas hati abang serahkanmu kepangkuan suamimu yang abang hormati. Tiada yang lebih manis dan indah dalam hidup ini melainkan sewaktu abang bahagia bersama cintamu. Namun ketahuilah olehmu bahawa abang tidak mampu untuk menanggung cinta sucimu itu dan terus membawanya ke gerbang bahagia sebagaimana dirimu alami pada hari ini. Hari ini putus sudah cinta kita sebagai pasangan kekasih dan yang kekal hanyalah kasih dan sayang abang seperti saudara kandungmu sendiri.”

“ Maka abang harap dirimu mampu membahagiakan suamimu ini sebagaimana abang telah bahagia dengan cintamu suatu ketika dahulu. Cintailah dia seadanya kerana dialah segala-galanya selepas tuhan dan rasul ikutanmu. Abang doakan dirimu bahagia di sampingnya seorang lelaki yang kini bergelar suami buatmu.”
Ujarnya bersendu dan syahdu. Aku sudah tidak mampu lagi menahan tangisan hati ini. Manik-manik jernih mula berlumba-lumba menuruni kelopak yang tak mampu menahan terjahannya.

“ Usahlah dirimu menangis di hari berbahagia ini. Senyumlah tanda kesyukuran kerana dikurniakan tuhan seorang lelaki yang terlebih baik untuk menggantikan tempat abang dalam hidup mu.” Dia meletakkan bungkusan hadiah di sisiku sambil berlalu meninggalkan majlis persandinganku itu. Aku berpaling melihat
suamiku, dia mengangguk-angguk ke arahku. Aku tidak tahu apakah makna anggukannya itu. Sejak dari hari itu. Aku cuba untuk melupakan kisah cinta yang lalu. Aku ingin membuka lembaran kasih baru di samping suamiku. Siapa sangka, benih mawar yang disemai tapi kemboja yang tumbuh. Cintaku untuk dia rupanya diganti dengan orang lain. Lelaki jenis apakah itu? Takut untuk menghadapi kenyataan dan tak mampu untuk berusaha bagi mengekalkan kisah cinta ini. Selalu menyerahkan pada takdir. Sebagai perempuan. Aku masih mampu untuk mempertahankan kesucian cinta ini tapi apabila tiada jaminan buatku darinya mana bisa aku mempertahankannya sendirian. Menghadapi segala cubaan dan dugaan perasaan yang selalu menerkam pintu kesabaran hati. Dan akhirnya aku terpaksa mengikut arus setelah dia sendiri yang melepaskan tali ikatan cinta ini dari hatinya. rasa hormat dan kagum terhadapnya mula terhakis sedikit demi sedikit apabila aku dibiarkan begini. Tapi setelah beberapa waktu, akhirnya terbongkar juga sebuah kisah yang terselindung disebalik kisah percintaan kami dulu tatkala aku menimang cahaya mataku yang pertama. Rupa-rupanya suamiku juga turut terlibat sebagai watak tambahan dalam kisah duka itu. Tidak kusangka bahawa perkahwinan kami ini
adalah rancangan antara suamiku dan abang Shidi. Pada mulanya aku cukup sedih bila mendengarnya dari mulut suamiku. Begitu murah sekali cintaku sehingga ia boleh di ambil bila mahu dan ditolak bila dah jemu?

Begitu sekalikah rapuhnya ikatan cinta itu sehingga ia boleh diurai sesuka hati bila-bila masa sahaja?

“ Bukan begitu..” Bela suamiku.

“ Habis tu macam mana?” Soalku kecewa.

“ Dia lakukan semuanya ini adalah untuk kebahagian Ilah. Bukan untuknya. Dia menderita kerana memilih jalan ini. Tapi kerana Ilah, dia sanggup lakukannya.” Jelas suamiku. Aku semakin tidak faham dengan sandiwara mereka ini. Apakah cerita sebenar yang mereka selindungkan dari pengetahuanku?

“ Sebenarnya dia tidak mahu Ilah menjadi janda dalam usia yang masih muda.” Keterangan suamiku itu membuatkan aku terkejut bagaikan dipanah petir.

“ Kenapa abang cakap begitu?!”

“Dia mengidapi penyakit yang sudah kronik. Dia tidak mahu Ilah menanggung kesusahan kerananya.” Kelihatannya sendu dengan kata-kata itu.

“ Kenapa dia tidak pernah memberitahu Ilah?” Soalku seperti tidak percaya dengan apa yang telah diberitahunya.

“ Entahlah abang pun tak tahu.” Aah…Kenapa abang Rashidi tidak memberitahu aku pasal ini? Kenapa abang tidak beritahu sendiri kepada Ilah? Kenapa abang biarkan Ilah berperasangka terhadap abang?
Ya Allah! Cinta yang terbina ini adalah dengan sepenuh hati. Kuserahkan kepada- Mu segala-galanya dalam menentukan perjalanannya. Kehidupan yang diidamkan adalah umpama suatu impian yang kini telah jadi mimpi. Namun aku tetap bersyukur kerana telah dapat mengecapi cinta yang tulus walaupun hanya
sebentar dan kini aku telah dianugerahkan seseorang yang bergelar suami di sisiku.
Ya Allah! Kini aku pasrah dalam menghadapi ketentuan-Mu. Doaku, berilah dia kebahagian yang berkekalan dan tabahkanlah hatinya dalam menempuh dugaan. Sesungguhnya aku telah bahagia bersama cintanya dan anugerahkanlah dengan kebahagian yang terlalu agung buatnya. aku terlalu sukar untuk membendung perasaan ini bila mengingatkan apa yang telah berlaku. Perasaan cinta yang telah disemai dan dijaga dengan sepenuh perhatian. Cinta dan kasih suci yang tidak pernah ternoda dengan sebarang muslihat jahat yang menguasai hati. Terlalu sukar untuk memiliki lelaki sehebat itu. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap dalam ingatanku. Bukanlah aku ingin membelakangkan suamiku. Tidak sama sekali. Namun kenangan lalu bukanlah
sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Apatah lagi bila ia melibatkan perasaan kita. Lagipun abang Rashidi rupa-rupanya adalah kawan baik suamiku kini. Mereka bersahabat sejak dibangku sekolah lagi. Namun takdir yang telah menentukan segala-galanya. Cintaku pada orang lain dan pelaminku bersama orang lain. Aku tetap bangga kerana cintaku berlaku demikian bukan kerana pengkhianatan, tapi oleh kerana keikhlasan dan pengorbanan seorang kekasih yang terlalu tulus cintanya.

Sehingga kini aku masih lagi teringat saat dia nazak terlantar di katil hospital. Wayar-wayar berselirat menghiasi badannya, namun ia tidak mampu untuk menahan ataupun menyekat kehadiran malaikat maut yang berdiri bersedia untuk memenuhi tuntutan tugas yang sudah tertulis sejak azali lagi. Dia kelihatan pucat dan begitu kurus sekali, namun masih mampu untuk menghadiahkan senyuman kepada para tetamu yang datang melawatnya tika itu walaupun mereka diselubungi pilu menantikan saat-saat perpisahan yang entah bila akan berlaku. Ahli keluarga dan waris terdekatnya berpusu-pusu datang dan aku serta suamiku hanya mampu memerhati dari jauh.

“ Ya Allah! Ringankanlah penderitaannya dan jemputlah dia dalam keadaan Engkau meredhai dan merinduinya.” Doa hatiku. Aku sudah tidak mampu untuk melihat keadaannya begitu. Dalam keadaan murung dan suram begitu, dia mengamit semua yang hadir untuk mendekatinya. Kami memenuhi permintaannya itu walaupun ada yang sudah terisak-isak dengan tangis.

“ Sa…saya moo…hon aampun dan maaaf daari semua….” Dia cuba untuk berkata-kata walaupun terlalu sukar suara untuk keluar melalui kerongkongnya. Para pelawat semuanya tunduk kesyahduan menahan sedih yang menujah pantai hati.
“ Saa…ya miin…ta halal makan daaan mii…num.”

“ Ya Allah! Gagahkanlah hatiku ini untuk menerima cubaan mu dan tetapkanlah kesabaran dalam menghadapi saat ini serta titipkanlah keredhaan dalam hatiku untuk menerima takdir Mu.” Bisik hatiku.

“ Allahu Akbar!!!” Itulah kalimat terakhir yang aku dengari dari lidah seseorang yang pernah aku cinta dan sehingga kini cintanya tetap menghiasi kebahagiaanku. Pemergiannya itu tetap aku rasai kerana kehilangan seseorang yang telah banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan, keikhlasan dan kesucian sebuah cinta.

“ Ya Allah! Rahmatilah rohnya dan tempatkannya bersama orang-orang soleh. Berikanlah dia keutamaan di sisiMu sebagai seorang yang banyak berjasa kepada agama Mu.” Itulah doaku sewaktu aku menziarahi pusaranya bersama suami dan tiga orang cahaya mataku yang aku bina atas keikhlasan dan kesucian cintanya
yang dibawanya bersama untuk menemui Tuhan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO