31 October 2011

Jangan Berkecil hati Kerana Itu Teguran Dari Allah SWT



✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿

~> I’m so confused <~ (=.=)'
... Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'

♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


Sumber - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=271437499561481&set=o.195600903791298&type=1&ref=nf



 Wahidah BME -


Kita hamba-Nya yang banyak melakukan kesilapan pada-Nya . Tidak layak kita untuk sakit hati atau terasa hati bila ada sesuatu yang buruk menimpa kita . Simpanlah dalam hati , bersabarlah itu adalah kifarah (keampunan) dari Allah atas dosa kita semua . Kita manusia yang lupa dan tidak sempurna , moga Allah mengampuni setiap kesalahan dan kesilapan (dosa) kita pada-Nya dan pada hamba-Nya .. Amin Ya Rabbal'alamin .





29 October 2011

21 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin

Assalamu'alaikum

Selamat berhujung minggu . Tadi online jap ada terbaca satu post kat home FB . Tajuknya macam tertera kat atas tu , tapi aku ada pendapat aku sendiri . Baca dulu artikel tersebut , kat bawah artikel ni aku sertakan pendapat aku . Kalau korang ada pedapat korang jom kongsi .




‎21 SEBAB KENAPA LELAKI TAK NAK KAHWIN

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!


2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .


3. " Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.


5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!


6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.


7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!


8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri"
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.


9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.


10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.


11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!


12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!


13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!


14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!


15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.


16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.


18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.


19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.


20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya"
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

By : Nickasyraf Ibnyahya
_______________________________________________________________


Pendapat Wahidah :

Carilah wanita yang solehah, mereka tidak sesekali memandang duniawi. Tetapi sebelum itu, si lelaki jadilah seorang yang soleh. Wallahu'alam =)

Islam Itu Indah
Islam Itu Mudah
Adat yang menyusahkan keadaan.

_______________________________________________________________


Ni pendapat seorang hamba Allah yang post juga artikel ni tapi dia edit dan tambah ayat ni :

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khodijah, tidaklah setaqwa Aisyah,pun tidaklah setabah Fatimah...isterimu hanyalah seorang wanita akhir zaman yang ingin menjadi solehah. Suami yang menikahimu tidaklah sesempurna Rasulullah, tidaklah setabah Ayyub,tidak segagah Musa, bahkan juga bukan setampan Yusuf. Suamimu hanya seorang lelaki akhir zaman yang bercita-cita mendidik diri dan keluarganya menjadi ahli syurga.

~Jadi bersyukurlah dengan pasanganmu kerana dia adalah anugerah Allah yang hanya pinjaman untukmu...hargailah dirinya sebelum Allah mengambil semula dia daripadamu~



Sumber - Facebook





Tegangkan Kulit Muka

5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur . Kemudian kisar halus . Lepas itu campurkan ia dengan bedak sejuk juga campurkan sedikit air . Pakai sebelum tidur , keesokan harinya cuci dengan air suam dan bilas pula menggunakan air sejuk . Lakukan setiap malam hingga kelihatan kesannya .


Bunga Cempaka

Bunga Melur


Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

27 October 2011

Hanya Pada Allah Tempat Mengadu



Kadang-kadang ,
Ada perkara yang perlu kita jaga .
Yang harus kita simpan baik-baik , dan sebaiknya tidak diwar-warkan pada umum .

Mengadulah pada Allah ,
dan hanya kepada-Nya tempat kita meluahkan segalanya .
Kerana hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenteram .
Jiwa akan tenang .



Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita



Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."


26 October 2011

Coming Soon - NUFFNANG ASIA-PASIFIC BLOG AWARDS 2011




Assalamu'alaikum

Selamat malam semua . Dalam sibuk-sibuk buat projek subjek programming ni diri aku masih tak sedar-sedar lagi jangan online , haha . Tak apa tak apa aku nak tolong promote Nuffnang di sini . Ok , para blogger yang bertakhta di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang semoga berjaya mendapat hadiah-hadiah di atas ye . Semoga rezeki yang Allah limpahkan pada kita di redhai Allah SWT . Bila kita sudah dikenali ramai jadilah contoh yang terbaik pada mereka . Moga apa yang kita sampaikan di blog kita semua mendatangkan manfaat , amin InsyaAllah .

Kepada blogger yang tak join Nuffnang lagi jom lah join . Tak rugi pun , daftar free , dapat duit pun free . Hihi . Sambil-sambil ber blogging ni boleh lah tambah pendapatan .Ok siapa yang nak join tu boleh lah klik kat perkataan 'NuffnangAds' yang ada di bawah iklan2 dalam blog HaWa Tenang ni . Selamat berblogging semua . Daa . Jumpa lagi dalam dunia maya ini di post akan datang . Wassalam .



Wahidah BME


Wahai Hati


Wahai hati kenapa kau kerap disakiti
Wahai hati kenapa kau kerap disalahi
Apakah mereka tidak punya hati juga
Apakah mereka tidak punya perasaan?

Wahai hati kau sedang di uji
Wahai hati kau sedang di perhati
Apakah engkau tidak sedar Dia sedang mengujimu
Apakah engkau tidak sedar Dia menyayangimu

Maka bersabarlah wahai hati
Engkau adalah hati yang di pilih oleh-Nya
Kerana Dia tahu hanya hati ini lah yang kuat dalam ujian
yang telah Dia tetapkan untukmu


Wahidah BME

25 October 2011

Sejarah Terciptanya Rokok : Untuk Para Perokok



Assalamu'alaikum

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”


(Dipetik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

Kepada sesiapa yang merokok , moga anda tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini . Sesungguhnya apa yang Allah SWT dan Rasulullah SAW haramkan tentang sesuatu mempunyai kebaikan dan hikmah untuk kita sendiri . Jangan terpedaya dengan hasutan musuh-musuh Islam . Moga hari-hari mendatang adalah hari-hari yang baik untuk kita semua . Amin Ya Rabbal'alamin .



Group Insan Berfikir (Facebook) Bertujuan Menarik Umat Islam Lain Untuk Murtad


Assalamu'alaikum . Minta perhatian semua .

Jangan join group kat Facebook "Insan Berfikir" kalau nak join juga untuk tujuan nak berdakwah teruskan moga Allah menyedarkan admin tu . Ini kerana itu adalah group murtad . Tujuan group itu ialah untuk menarik umat Islam lain untuk murtad sama . Jika anda telah join atau ingin join juga berhati-hatilah dengan admin dia bernama QISTINA . Dia akan brainwash secara halus . Jangan terbelit dengan kata-kata dia yang indah dan manis . Mereka mempunyai agenda tersendiri , moga kita dijauhi dari segala keburukan . Tunjukkan contoh yang baik pada mereka , berdebatlah dengan bijaksana . Moga mereka sedar bahawa Islam Itu Indah sentiasa . Di bawah ni aku sertakan link group tersebut .

Link Group Insan Berfikir -
http://www.facebook.com/groups/252495478102222/




24 October 2011

Kita Semua Tertipu oleh Yahudi Laknatullah (Baca !)

Rahsia Tersembunyi yang Amat Digeruni Yahudi Laknatullah


Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.

LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia.   Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya .

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion"  perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.


(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)


Siapa Gaddafi sebenarnya?

Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir nerjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya?

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja .

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.


Catatan tambahan:
Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsamengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.


Kehidupan awal

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudidi kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.

__________________

Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan  keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, "Lebai Malang".

Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di "dahi" Dajjal ini. InsyaAllah.

Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.

Memandangkan kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.

Malaysia juga diantara negara yang cuba popularkan "Dinar Emas" satu masa dahulu tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek "Dinar Emas" ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.


Apa yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan "koleksi" bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.

Rekod mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan "Dinar Emas" sebagai forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan "wang kertas" yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.

Untuk menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.

Jika rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul "dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia" sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.


Kemerosotan nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilapurkan sangat tenat.

Emas akan mempunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon dan "debt" atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.

Tanah Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi  penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..

Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu,  namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah .

Tumpuan mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang .

Simpanan rezab emas "mentah" Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut .

Kerajaan sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik .

Sebab itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati) .

Allah masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh .

Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama. Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah "hak Mutlak" Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A'lam .



Sumber -  http://www.facebook.com/notes/al-muhaimin/rahsia-tersembunyi-yg-amat-digeruni-yahudi-laknatullah/234353863284759



Jangan Mencari Terlalu “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga….
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA !


“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”






Bukan Semua Gambar Perlu Kita Upload/ Like / Share/ Komen


Assalamualaikum . Ok ini pesanan , nasihat , dan peringatan keras kepada semua blogger , pengguna facebook , laman2 sosial , dan semua pengguna internet .




Sebenarnya , dah lama aku perhatikan kita kini semakin leka dengan duniawi dan dunia laman sosial terutamanya facebook . Boleh dikatakan sebahagian besar daripada penduduk bumi ada facebook lah kan . Heh . Tapi , kita sepatutnya ingat bukan semua gambar yang kita suka perlu kita like atau share di facebook .

Sebenarnya kita dalam keadaan sedar ataupun tidak kita sering melakukan dosa free . Malah kadangkala ianya berpanjangan . Apalah salah kiranya kita menggantikan semua itu kepada pahala . Tambahan pula pahala yang berpanjangan . Sedarlah , dunia internet terutamanya blog , facebook , semua laman sosial tiada hari cuti operasi nya .

Memanglah dosa dan pahala itu urusan Allah , tapi kita dikurniakan akal fikiran dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk . Semestinya kita dapat fikir secara logik kesan atas segala perbuatan yang kita lakukan . Aku hanya ingin mengajak untuk sama-sama kita fikirkan . Contoh2nya adalah seperti berikut :

1)) Kalau di ikutkan hati , semua gambar yang kita suka mesti kita nak like kan? Tapi sedarkah kita jika kita like gambar seorang wanita yang cantik tetapi tidak bertudung contohnya , tidakkah kita seperti memberi sokongan terhadap pendedahan aurat wanita itu ? Tidakkah ia menyebabkan wanita itu berasa dirinya cantik jika berkeadaan demikian ? Lantas wanita itu terus berpenampilan seperti itu ((mengapa tidak kita menegur?)) .

2)) Kalau kita upload atau share gambar yang terdedah auratnya tak kisah lah di facebook ke blog ke memane ke , sekalipun bukan gambar kita mahupun non-muslim . Agak2 kita dapat saham dosa tak ? ((sedangkan kita perlu jaga aurat sekalipun dihadapan non-muslim)) .

3)) Jika kita upload gambar kita tak menutup aurat , sedarkah kita semua itu terdedah kepada mata-mata orang lain setiap detik walaupun tanpa pengetahuan kita ? Ketahuilah mata-mata yang melihat itu akan menjadi saksi di akhirat kelak .

4)) Andainya gambar yang di upload atau di share boleh menaikkan nafsu syahwat orang lain yang melihat . Ada atau tidak saham dosa kita sebagai tukang upload atau tukang share? ((sekalipun ianya gambar org lain)) .

5)) Sedarkah kita , bahawa gambar-gambar yang kita upload atau share itu mungkin mengaibkan seseorang ? ((walaupun gambar tersebut lawak , menarik , pelik atau apa-apa dan ingin kita kongsi)) .

6)) Sedarkah kita , gambar-gambar yang kita share atau upload mungkin mendatangkan fitnah ?

7)) Gambar orang yang melakukan dosa terang-tarangan , bergambar berpegangan tangan walaupun belum bernikah contohnya . Perlukah kita like ? Tidakkah kita seperti menunjukkan sokongan seandainya kita like gambar tersebut ? lebih-lebih pula kalau kita sendiri yang berbuat demikian . ((sudahlah berbuat dosa, dipamer kat orang))

8)) Like sahaja sudah menunjukkan sokongan kita , bagaimana pula jika kita komen yang indah2 , kata2 semangat , dan pujian2 terhadap gambar2 berkaitan yang telah disebut diatas?? ((mengapa tidak kita menegur))

9)) Cuba bayangkan jika semua yang telah disebutkan diatas itu , kita bukan sahaja upload , kita tag orang pulak tu satu hal . Kalaa ada yang share dari kita ?

 10)) Bagaimana pula jika apa yang kita upload atau share itu , di copy , di download oleh insan lain dan mereka pula upload pada blog ataupun facebook mereka ?





Setakat ini sahaja nukilan kali ini , mungkin ada lagi tapi kita fikir2kanlah sendiri . Tanggungjawab kita adalah menegur , jika kita yang berbuat demikian sepatutnya kita elakkan la . Bila2 sahaja kita boleh menemui ajal , seandainya tidak sempat untuk kita mengambil tindakan sewajarnya , ingatlah , dunia internet tiada hari cuti . Kalau ada gambar kita terdedah auratnya , takkan nak biar dosa mengalir sentiasa kot . Inilah antara hikmah penutupan aurat dan menjauhi tabarruj .

Apalah salahnya jika kita upload , like , komen , ataupun share gambar-gambar yang membawa manfaat . Contohnya , gambar yang diedit dan ditulis Hadis Nabi contohnya . Kata-kata nasihat ke , ayat2 Quran , ucapan2 ke , teguran2 , kalau letak ayat Quran contohnya , kalau orang lain yang membacanya ? Agak2 kita dapat saham tak ?

Ingatlah , sepertimana trademark facebook aku ni . DuNia Ni HaNya PeRSiNgGaHaN YaNg SeMeNTaRa . KeHiDuPaN Di DuNia MeNJaMiN KeHiDuPaN Di aKHiRat . SeDiaKaNLaH BeKaLaN SeCuKuPNya . SeMeNtaRa MaSa MaSiH aDa .

Setakat ini sahaja . Selain ambil iktibar , menegur diri sendiri dan orang lain , juga menjadi tanggungjawab kita menyampaikan .  Harap apa yang telah baca ni dapat sampaikan kepada yang lain .




Edited by - Wahidah BME

23 October 2011

Kaya Sementara Sekali Satu Sem



Aku merasa tengok duit banyak camni dalam akaun aku sekali satu sem je . Haha . Ni duit MARA , yuran pengajian (1sem-RM3190) + sara diri (1bulan-RM535.50) . Hairan aku kat Kolej aku yuran bukan main mahal tapi kemudahan macam haprak (hee , sory jujur) . At least letaklah satu mesin ATM kt kolej tu , mudah kami nak keluarkan duit . Tak lah membahayakan keselamatan kami , tak lah membazirkan duit kami nak naik prebet lah bagai , tak lah membazirkan masa kami . Hantar aduan pun entah korang ambil tindakan ke idak . Aiyaa .


Kaum Lelaki Itu Adalah Pemimpin Bagi Wanita

Haiwan VS Manusia



Mungkin sudah sampai masanya Allah SWT tunjukkan pada kita semua nilai kemanusian di negara China . Bersyukurlah negara kita tidak seperti negara mereka , bersyukurlah kita dijadikan sebagai Islam yang mengajar kita menggunakan akal bukan nafsu dan bersyukur juga dilahirkan di negara Islam (walaupun kerajaan tak ikut hukum Islam) . Alhamdulillah . Moga negara China sedar kesalahan peraturan dan undang2 yang mereka tetapkan . Ia telah memburukkan sendiri nama baik mereka di mata dunia dan tidak mustahil boleh menjejaskan ekonomi negara mereka . Semoga mereka berubah . Amin .


Wahidah BME


Lindungilah Bayi Ini Ya Allah . Amin .

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah Maha Mendengar doa dari hambaNya .


Sumber -  http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150419055770853&set=a.433195175852.222767.163502630852&type=1&ref=nf


Subjek Sejarah Yang Membosankan dan ...



Aku faham perasaan budak yang jawab soalan sejarah atas ni . Oh ! Sejarah sangat membosankan . Bagi aku sejarah yang ada dalam silibus pelajaran dari aku Form 1 hingga Form 5 semua bohong belaka . Maaflah , Allah telah kurniakan akal fikiran pada aku dan aku boleh fikir mana baik dan mana buruk . Mana betul mana salah . Rujuk Al Quran dan Sunnah InsyaAllah hidup kita tak tertipu dengan kuasa jahat yang ada di sekeliling kita . Baca buku , InsyaAllah bila kita ada minat membaca dan adanya ilmu pengetahuan dalam diri kita orang lain memang takkan berani pijak atau hancurkan kita . Jangan fikir kami bodoh lah yahudi . Pada kerajaan Malaysia terima kasih sangat-sangat lah ambil silibus Sejarah yang penipu sangat ni bawa masuk Malaysia dan bagi kami belajar .

Bila aku dah belajar kat IPT lagi terang Allah SWT tu tunjuk kenapa subjek Sejarah sahaja aku tak minat . Akan datang aku explain kenapa aku cakap sejarah yang kita pelajari tu tak betul , yang pasti kita memang ditipu , haha . No wonder lah aku tak minat sejarah  . Maaf sangat2 . Except Sejarah Islam (Sirah) . Ni memang best =) Ok daa . Wassalam .


Nabi Haramkan Cabut Bulu di Muka Untuk Cantik



KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

 Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

 Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

 Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

 Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

 Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

 Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

 Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

 Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

 Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

 Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.


Bangunan Pelik Part 2

Apakah Titian Sirat ?




 Gambar Hiasan


As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

 Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

 Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

 Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

 Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

 Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

 |Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

 Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

 Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

 Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
 Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
 semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

 Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

 Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

 “Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

 Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
 Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

 “Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

 Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

 (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

 Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

 Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

 ~Banyakkan bersedekah
 ~Melazimkan diri hadir ke masjid

 Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

 1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
 Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
 “Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

 *Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.


Sumber - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=190516914359830&set=a.129092657168923.31008.128502137227975&type=1&ref=nf



Kucing Pun Bercinta


Lautan Api Sanggup Ku Redah Inikan Pula Tembok Berduri

22 October 2011

Oh Sangat Kreatif . Tapi ..



Lawak kan telatah lalat ni semua? Tapi lalat ni semua dah mati . Bangkai semata-mata . Tak tahu nak komen apa ler .

Hukum Berkaitan Fotografi

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan : Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi , walaupun fotografi harus hukumnya , tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu . Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel , maka ketika itu hukum fotografi adalah haram . Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya . Hukum yang kedua , hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor) , maka hukumnya adalah haram . Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya . Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram .

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal ?

Jawapan : Tidak halal . Ini kerana mengikut kaedah fiqh , “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud) , ia datang dari kaedah fiqih , “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya , haram pula memperolehinya) (Muhammad al-Zarqa’, syarah qawaid/389) .

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh ? Adakah rezeki yang diterima itu halal ?

Jawapan : Halal . Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal .

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya ? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera / filem baru) . Contohnya harga pakej gambar ialah RM100 . Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh . Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa) .

Jawapan : Amalan seperti ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh . Mereka berpegang teguh dengsn hadis Asy-Syarif , hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim , “Sesungguhnya yang Halal itu jelas , yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya .” Maksudnya jika kita melakukan begitu , cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram , ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah . Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah . Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya . Dalilnya : “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya .” (Quran 33:04) . Maksud ayat ini , orang Islam dia hanya ada satu buah hati , ada satu pilihan , hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya .

> Perkara begini terkadang di anggap hanya perkara kecil tetapi  ia adalah perkara besar yang perlu di ambli berat . Jika sudah tahu sesuatu perkara itu adalah haram maka jauhilah ia . Jika kita elak dan tinggalkannya insyaAllah di masa akan datang Allah SWT akan memberi  yang lebih baik untuk kita . Hidup di dunia hanya sementara, carilah rezeki yang halal. Biar kita susah di dunia , senang dan bahagia di akhirat sana . Wallahu'alam .


Sumber

Edit by - Wahidah BME

All About Internet


Manfaatkan teknologi terkini . Gunakan internet untuk perkara berfaedah dan kebaikan . Fikir , renung dan jom berubah . Semoga berjaya . Aamiin . InsyaAllah .


9 Siti Patut Dijadikan Contoh



1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?



Tak Habis Habis Nak Hina Islam



Tolong sebar kan benda ni . Di amerika ada sebuah muzium wax (museum lilin) dan mereka telah membuat 1 model manusia . Apa nak jadi lah dengan mereka ni tak habis habis nak hina Islam .




21 October 2011

Keluarga Aku Kebahagiaan Aku

Assalamu'alaikum .


Cuti-cuti macam ni lah aku rindukan keluarga . Baru-baru ni Abah dan kakak aku ada berita gembira masing-masing . Abah dinaikkan pangkat dari Lans Koperal ke pangkat Koperal , alhamdulillah . Kakak pula dah konvo dalam lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTP . Semoga kalian terus berjaya dalam kehidupan . Doa untuk insan-insan yang disayangi adalah segala-galanya itulah bukti kasih sayang yang sebenar . Ye , mungkin aku seperti tidak ambil perhatian tapi hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang aku lakukan .

Keluarga adalah darah daging aku sendiri , aku ingin lihat mereka bahagia , gembira dan berjaya bukan sahaja di dunia malah  di akhirat kelak . Amin InsyaAllah . Mak dan Abah , saya sayang sangat kat mak dan abah . Penat membesarkan saya yang degil ni hanya mak ngan abah sahaja faham . Ampunkan anak mu ini jika ada yang kurang . Saya akan usaha jadi anak yang solehah . Doakan saya mak abah . Moga Allah memberi kekuatan mak ngan abah dalam menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya juga merangkap mak dan abah pada kami . Amin . Moga mak dan abah mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah SWT iaitu syurga bila kita semua tiada nanti .

Kepada kakak wazirah , wasie abangku , dan adik-adik yang lain wanema , witri dan wafiq . Kita juga penentu tempat  mak dan abah di sana nanti . Moga kita dapat jadi anak yang soleh dan solehah . Bantulah diri kita , kalau tak kita siapa lagi . Aku sayang korang sangat-sangat , aku memang seorang yang ego . Nangis pun sorok-sorok korang pun tahu kan . Tapi percayalah aku cuba dari dulu buat yang terbaik untuk kita sekeluarga . Tapi andai ada yang terkurang maafkan aku . Maaf juga andai aku ada menyusahkan korang . Moga korang semua berjaya dunia akhirat . Aku nak kita jumpa balik di sana lepas kita berpisah kejap kat dunia nanti . Terima kasih beri aku kegembiraan wahai keluarga ku .

Tunggu kepulangan aku Raya Haji nanti lepas paper pertama Final Exam aku nanti . Maaf tak dapat balik cuti lama kali ni . Doakan yang terbaik . Jaga diri . Kalian sentiasa dalam ingatan . Maaf . Wassalam .



Wahidah BME



Cara Pemakanan Rasulullah SAW

Rupa-rupanya tanpa kita sedar , dalam makanan yang kita makan sehari-hari , kita tak boleh main balun saja sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis , lumpuh , sakit jantung , keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti . Apabila kawan-kawa telah mengetahui ilmu ini , tolonglah ajarkan kepada yang lain-lainnya . Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga . Ustaz Abdullah Mahmood kata , Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari . Apa kata kita ikut diet ini kawan-kawan .

Tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus . InsyaAllah kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah ini . Gerenti . Kawan-kawan takkan sakit perut ataupun keracunan makanan .

 Jangan makan SUSU + DAGING
 Jangan makan DAGING + IKAN
 Jangan makan IKAN + SUSU
 Jangan makan AYAM + SUSU
 Jangan makan IKAN + TELUR
 Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
 Jangan makan SUSU + CUKA
 Jangan makan BUAH + SUSU CTH (KOKTEL)

 * JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU , BARU MAKAN NASI .

 * TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI .

 * JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YANG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA .


 ___________________________________________________


Nampak memanglah pelik . Tapi, kalau tak percaya kawan-kawan cubalah . Ianya tidak juga dalam jangka masa terdekat ni . Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti . Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut . Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu . Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit . Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion positif + manakala dalam ikan mengandungi ion negatif - , jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita .

Pesanan - Sampaikan walau sepatah . Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan iaitu membuat amalan seperti :

* Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik . Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul . Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk .

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi . Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit) . Ini salah satu petua awet muda .

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa) . Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin .

Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud . Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime . Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari .

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari , iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur  (enzyme sejenis alat percerna makanan , tanpanya makanan tidak hadam) .


Cara Rasulullah Makan .

 1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, Baginda SAW akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya , lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu . Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut . Mengapa ?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim , tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri . Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion) , ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita . Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengsn satu liter air mineral . Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita . Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral , garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan , mengikut Dr  di hospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride , iaitu GARAM . Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia .

2. Cara Rasulullah Mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu .

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit . Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah SWT , apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu .


Cara Rasulullah Minum .

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram .

Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum . Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar , lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu , kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita .

Kerana apabila kita hembus , kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide , yang apabila bercampur dengsn air H20 , akan menjadi H2CO3 , iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic .

Jangan meniup air yang panas , sebabnya sama diatas . Cara minum , seteguk bernafas , seteguk bernafas sehingga habis . Sama-samalah kita mengamalkannya .


> Apa yang Allah SWT perintahkan dan Nabi Muhammad SAW ajarkan (sunnah) adalah yang terbaik untuk kita . Sesungguhnya agama Islam itu benar dan indah , indah aturan Ilahi moga kita dapat ikuti . Amin insyaAllah . Wallahu'alam .


Sumber - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=180694418631235&set=a.144868938880450.20283.100000720332460&type=1&ref=nf




Edit by - Wahidah BME