27 November 2011

Budak Cute dan Bijak


Assalamu'alaikum

Lama niat nak kongsi video cute sorang adik ni , sekarang umur dia dah sebaya budak-budak tadika gitu . Umur masa dia dalam video ni 3 tahun . Cute sangat , ambil dari kawan baik aku sendiri . Ulang banyak kali pun tak bosan . Sebab budak ni sangat cute , rasa nak picit-picit je pipi dia yang tembam tu . Ok korang buka link You Tube ni http://www.youtube.com/watch?v=E8aprCNnecU untuk saksikan video nya . Hee , tittle video ni I don't like you Mommy . Ni muka budak comel tu , aku printskrin untuk tatapan aku . Haha . Selamat menonton , download sekali kalau rajin . Hee . Selamat Hari Ahad . Wassalam .




Wahidah Md Esa


Hot di Dunia tapi Panas di Akhirat



DIA MEMANG CANTIK , SEKSI , DAN NAMPAK HOT DI DUNIA . DAN DIA JUGAK NAMPAK HOT DI AKHIRAT.

Adakah kamu di dunia berpakaian seperti di atas ? Tepuk dada tanya iman.

Sedarlah wahai kaum Hawa. Bukalah mata Mu itu , Sedarlahhh !! Tidakah kamu takut dengan azab Allah yang amat ngeri dan lagi pedih sekali. Sanggupkah kamu ke neraka ?

Semasa di Neraka Malaikat akan bertanyakan soalan kepada penghuni neraka.

“Wahai penghuni neraka , semasa di dunia , adakah sesiapa pernah mengingatkan engkau dan menasihati engkau tentang ke arah kebaikan ? ”

Lalu penghuni neraka menjawab “ Ya ada , tetapi aku tidak peduli dengan peringatan itu dan aku tidak peduli dengan nasihat itu ” (dengan sesalnya)

Firman Allah SWT : Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka , mereka berkata (dengan sesalnya) : " Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah . (Al-Ahzaab 66)

Semasa peristiwa Israk & Mikraj

Rasulullah s.a.w bersabda : " Aku menjenguk ke dalam Neraka maka kulihat kebanyakan penghuninya kaum wanita , yang disebabkan oleh kurang taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W dan suami mereka dan kerana BANYAK BERTABARRUJ , DEDAH AURAT dan BERHIAS-HIAS "


Sumber - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=218954118141234&set=a.151030691600244.22442.100000799410262&type=1&ref=nf

26 November 2011

Perkahwinan Tanpa Restu Ibu

Assalamu'alaikum
Hari ni nak share kat pembaca pasal perkahwinan tanpa restu ibu sah ke idak . Macam biasa ambil sumber dari http://www.facebook.com/Koleksi.Printscreen . Bagi sesiapa yang ada masalah bakal mak mentua si lelaki yang tak  restu percintaan atau perkahwinan korang , boleh lah rujuk jawapan Ustaz Azhar Idrus kat bawah ni . Teringat pula dekat sahabat baik aku , ibu si buah hati dia tak berkenan dengan dia walaupun tak ada cacat celanya . Ada lah alasan si ibu laki dia tapi tak dapat nak cte , mungkin itu salah satu ujian buat dia . Moga dia sentiasa sabar dan tabah dengan hidupnya . Amin .





Aku nak kupas sikit apa yang ustaz nyatakan kat atas . Ustaz sendiri bagi tahu kebanyakan mereka yang bercerai bukanlah di kalangan mereka yang tidak direstui perkahwinannya . Ok , dapat disimpulkan di sini pasangan tu sendiri sebenarnya penentu kebahagiaan dan berkekalannya sebuah perkahwinan . Kadang-kadang , eh jap bukan kadang-kadang tapi memang selalu ibu bapa zaman sekarang bukan tak restu sebab perkara-perkara buruk yang ada pada si bakal menantu . Haha . Ni aku nak kongsi cerita dan pengalaman ni . Bukan pengalaman aku tapi orang sekeliling aku .


Yang si wanita tidak diterima oleh mak si lelaki oleh kerana mak si lelaki mahupun kan bakal menantu yang asalnya dari negeri yang sama . Ok contoh si lelaki dari penang , mak nya nak anak dia hanya kahwin dengan orang penang atau belah utara sahaja . Tak mahu dan tak pandang dah orang belah selatan ka , barat ka , timur ka . Ish3 , makcik tak boleh lah macam tu . Macam lah wanita tu bawa lari anak  makcik . Makcik tenang cool jela , dalam Islam kan wanita wajib ikut suami bila lepas kahwin . Kami wanita ni wajib jaga mak mentua kami . Amboi pun makcik ni , nakal . Sama juga contohnya seorang ibu yang berasal kelantan , inginkan anak nya dijodohkan dengan orang Kelantan . Kalau boleh sepupu sepapat , satu kampung dan kampung sebelah . Yang dekat-dekat lah konon .

Tahukah anda Nabi Muhammad SAW galakkan kita mencari jodoh (bagi lelaki) yang jauh keturunan nya dari keluarga kita . Means , elok kahwin orang negeri lain-lain . Sebab apa , sebab nanti berkembanglah keturunan atau umat Nabi Muhammad . Lagi satu kebanyakannya mereka yang kahwin jauh-jauh ni , anak yang dilahirkan bijak . Hee . Tapi kalau dah jodoh dekat-dekat tu tak ada hal . Allah yang tentukan segala-galanya . Ada je cara lain nak bagi anak pandai . Si ibu baca lah surah Al Luqman dan Maryam masa tengah mengandung bayi . Atas izin Allah InsyaAllah anak bijak dan alim macam Imam Luqman Hakim .

Ok balik pada tajuk . Si ibu jangan sesekali salah menggunakan kuasa sebagai seorang ibu . Si lelaki pula sepatutnya jadi hero lah sikit . Usaha pujuk dan merancang sesuatu yang boleh buat si ibu anda terima buah hati anda . Sebelum berkahwin banyak halangan atau ujian yang masing-masing akan tempuh (cehh cakap macam kau dah kahwin wahidah , hee) . Senang cerita , segala-galanya dalam dunia ni tak mudah . Maka bersabarlah , kesedihan atau kesusahan tu takkan berpanjangan . Itu janji Allah , selepas kesusahan pasti akan temui kesenangan . Moga perkahwinan yang bakal atau sudah dibina oleh kalian berkekalan hingga ke syurga Allah SWT . Amin Ya Rabbal 'alamin . Selamat pengantin baru pada siapa-siapa yang kahwin hujung tahun ni (bestnye kahwin !) . Maaf andai ada yang salah . Wassalam .


Wahidah Md Esa

24 November 2011

Ayah Si Penanggung Dosa Anak Perempuan


Assalamu'alaikum

Hal ini memang sering bermain dalam fikiran aku tiap kali aku tengok kenalan atau orang sekeliling yang aku kenal yang sudah kematian ayah kandung mereka . Mereka yang tidak menutup aurat maksud aku , yang tutup aurat dan baik amalannya beruntunglah ayah si wanita itu kerana syurga terus tempatnya . Masalah ini lagi rumit dan bertambah parah bila wanita tersebut mendedahkan aurat mereka di laman sosial . MasyaAllah , bayangkan si ayah yang tersekat di sana .

Tak lepas juga aku fikirkan seorang artis popular yang kehilangan ayah tersayang . Katanya , dia sayangkan ayahnya dan sedih dengan pemergian ayahnya . Jika sayang , tunjukkanlah kasih sayang itu dengan menjaga halal dan haram . Ramai yang sudah ketahui , seorang bapa akan menanggung dosa isteri dan anak perempuannya yang tidak bersuami lagi . MasyaAllah beratkan tanggungjawab si suami atau si ayah . Seandainya kita sayangkan ayah atau suami kita , maka jangan biarkan diri kita terdedah dengan dosa yang akan dipertanggungjawabkan juga oleh lelaki ini . Kasihanilah mereka , berat sangat beban yang mereka akan tanggung .

Kepada si ayah , anda adalah pemimpin sepanjang masa di dalam keluarga . Anda ada hak dan kuasa untuk menjalankan amanah dari-Nya . Gunakan kuasa yang ada untuk menjalankan kewajipan amar makruf nahi mungkar . Anak-anak adalah saham ibu bapa di akhirat . Jika banyak saham pahala maka syurga lah tempat abadi mereka , sebaliknya jika saham dosa yang banyak neraka lah tempat mereka . Itulah sebabnya hanya salah satu perkara dari 3 perkara yang akan di bawa oleh anak Adam adalah DOA ANAK YANG SOLEH . Inilah bantuan ibu bapa kita di akhirat kelak , anak yang baik akan mendoakan kebaikan dan kebahagiaan ibu bapa mereka di sana . Itu janji Allah . Di ulang bukan anak sahaja tapi ANAK YANG SOLEH dan SOLEHAH . Anda faham kan maksud soleh dan solehah . Maka fikirlah , capailah ia . Semua manusia diciptakan untuk beribadah semata-mata bukan mengejar dunia yang lalai ini .

Moga Allah mengampunkan kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan oleh kita di masa lalu . Amin . Allah sentiasa dengan sifatnya Maha Pengampun selamanya . Wahai wanita kita penentu tempat si suami dan si ayah di sana . Jaga diri dan maruah , moga syurga tempat mereka di sana . Kita juga akan bertemu semula di syurga dengan mereka jika berpisah di dunia satu masa nanti . Dengan izin-Nya , InsyaAllah . Ingat tujuan hidup , saling ingat mengingati tanda sayang . Moga peroleh manfaat . Amin . Wassalam .


Wahidah Md Esa


23 November 2011

Ladies Choose Your Path

18 Jam Sebelum Ustaz Asri Pergi Tak Kembali



Ikuti kisah luahan hati seorang sahabat kepada Allayarham Asri bin Ibrahim ini .

Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009 .

ASRI : Assalammualaikum! Man , anta kat mana ?

AKU : Kat syurga . Hehehe (Gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI : Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha . (melayan gurauan)

AKU : Maqam ana lain , hehehe . Anta , ALLAH jemput direct . Lagi hebat!
(masih lagi mood gurauan atau isyarat ?!)

ASRI : Dah! Dah! Jadi tak jumpa ?

AKU : Jadi . Kenape ?

ASRI : Jumpe lewat sikitlah . Ana nak meeting dengan rabbani . Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…

AKU: Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI: O.k! Insya’ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU: Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI: Album mane ni?

AKU: Kan kita ade dua album yang belum release lagi. Satu, yang amalan orang-orang melayu. Satu lagi yang Ratib Hadad tu.

ASRI: Abis anta kuar mane dulu?

AKU: kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI: mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu. Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.

AKU: Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU: Amalan Perisai Ghaib!

ASRI: Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU: mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI: Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI: Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU: Cubalah…….hehehe

ASRI: Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU: Hah!? Nak pi mana pulak tu???

ASRI: Tandas lah! Ni ghaiblah ni. Ghaib dari mata anta…(tersengih)

AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali. Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI: Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?

AKU: cantikkkk! Apa dia?

ASRI: Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?

AKU: Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe

Tawa kami berderai lagi….. Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI: Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta. Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat. Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…

AKU: Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI: man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan? Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta. Meh! Sini kita tangkap gambar jap…

AKU: hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.
Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni

ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!

Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.

“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.

Ya ALLAH benar kah semua ini? Mimpikanlah ini semua!!!!!”


SUMBER


22 November 2011

Alam Mimpi di Darul Taqwa (Cerpen Terbaik)

Cerpen yang betul-betul buat aku selalu tersenyum, mungkin cerpen ni lah gambaran Islam di masa hadapan. Islam memang akan bangkit suatu hari nanti, itulah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Jom layan dan selamat membaca sambil menghayati. Moga peroleh manfaat InsyaAllah :)




Mata digosok-gosokkan . Dia seakan tidak percaya apa yg dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta.. ke zaman kolot dan purba...?? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yg berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudian dicampakkan ke tepi jalan.

"Assalamualaikum pakcik... tolong kutip kertas tue, nanti pakcik rugi di akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman. ..." Bunyi satu suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku...? Aku Datuk Dr. Johar.. orang besar negeri ini....!!!

" Pakcik... biarlah saya tolong kutip, sebelum Pengutakuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik..." kata budak kecil berpakaian putih dengan serban hijau yg melilit kepala.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah... kalau dia datang biar aku sogok dengan duit nie. Siapa yg tak kelabu mata tengok duit biru, ungu berlapis-lapis.

Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yg sofistikated. Ada helikopter bersimpang siur terbang di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan dan kecanggihan yg hanya layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya... pakaian mereka, tingkah laku mereka, Ah... dimana aku sekarang nie...??? Gerutu hati Datuk Dr. Johar.

"Hoi budak... Aku dimana sekarang...???" Soalnya kepada budak yg menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan lembut. Apakah ini Aladdin.. budak arab dengan lampu ajaibnya...?? Teka- teki itu terus menerjah kepala dan pemikiran Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut untuk menjawab. Belum sempat dia berkata-kata, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan berkilat. Keluar 2 orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum... Maaf pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan sebahagian daripada iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda... 30 kali tasbih, 30 kali istighfar dan 100 kali selawat. .." Kata Pegawai Penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang2 ini....?? Tak ada Dewan Bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung. Apa...??? Dia nak marahkan aku...?? Ni duit lima ratus...!!!

"Saya tak nak buat apa yg kamu minta. Kita selesaikan di sini sahaja. Berapa gaji kamu sebulan...?" tanyanya dengan angkuh.

"Pakcik... kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini, semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat." kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh.. oh.. maafkan kami pakcik, Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu..? Mana pakcik dapat pakaian macam nie...?" tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila atau mereka yang gila...?? Detik hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah Ferrari yang berkilat itu. Melalui cermin, dia nampak jelas perawakannya. Tak ada apa yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak, daripada jenama yang mahal-mahal pula-Piere Cardin. Kasutnya hitam berkilat dari jenis Bally. Ah.. aku masih unggul...!! Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot... dia yang ketinggalan zaman...!!!

"Anak muda... Pakaian pakcik nie pakaian pemimpin. Pakcik orang besar negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian nie."

"Pakcik.. itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa nie. Moyang-moyang kami dulu aja yang mempertahankan pakaian-pakaian macam nie. Itu pakaian orang kuno di barat. Sekarang... kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya sahaja. Itupun dalam buku sejarah peralihan Islam. Orang barat zaman moden ini dah berpakaian yang macam kami pakai ni. Tak ada orang yang pakai macam tue kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa ni." terang pegawai itu.Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan.

"Dimana aku sebenarnya ni..??" Dia bertanya kepada pegawai-pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal... ini jalan Chow Kit, di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yg lain tak ada.

"Pakcik... pakcik di Bandar Mutmainah. Ini Jalan Mujahadah namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam, diberi tanggungjawab utk memastikan kebersihan lahir batin bandar ni."

Apa...??? Bandar Kuala Lumpur dah jadi Bandar Mutmainah...?? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah...??? Apa dia mutmainah ...??? Apa dia mujahadah tue...?? Apa yg dah terjadi nie...?? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.


"Pakcik... kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas solat nanti pakcik sempurnakanlah. Demi kebaikan pakcik di dunia dan di akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur datang kepada pegawai penguatkuasa.

" Tuan... hukumlah saya tuan. Saya mengumpat tadi. Ya Allah... seksaMU amat pedih. Tolonglah tuan... hukumlah saya di dunia, sebelum Allah menghukum saya di akhirat..." rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang dan kesempatan itu diambil oleh Datuk. Dr Johar untuk lari sekuat hati. Peliknya, mereka tidak mengejarnya. Dia terlepas. Lega...

Dahaga.. Lapar... mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia mesti minum. Tapi di mana...?? Tiba-tiba dia terdengar suara komputer dari sound sistem di tepi jalan:

" Assalamualaikum... Kepada semua penduduk Kota Mutmainah.. Syed Al-Abrar, jutawan besar negara ini sedang berada di Jalan Uwais Al-Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedeqahnya. Hari ini beliau menjamu nasi dan air. Tuan puan semua dijemput datang..."

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan sesekali mencemar duli menagih sedeqah. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan.. semuanya berjubah dan berkopiah. Matanya tidak betah lagi melihat itu semua, tapi kerana lapar, dia masuk juga.

" Maaf tuan. Itu pintu masuk wanita. Di sini untuk lelaki." Ceh... double standard..!! Lelaki dipisahkan daripada perempuan. Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

" Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan..? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam nie." Lelaki itu tersenyum.

" Empat puluh tahun dulu adalah tuan. Sekarang kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita disini tuan. Amir Muhammmad, pemimpin Darul Taqwa ini telah menaikkan taraf wanita tanpa women"libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus utk makan bersama isteri dan anak perempuan." terangnya denagn panjang lebar. Mukanya bersih dan jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

" Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam nie...."

" Astagfirullah pakcik... Jangan disebut-sebut lagi nama ideologi-ideologi tue. Semuanya telah termaktub dalam sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tue. Astagfirullah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-urut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang tatkala dia menggelengkan kepalanya.

Ah...!!! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun masuk.

"Nasi Beriyani sepinggan..." ujarnya kepada pelanggan.

" Dalam pinggan tuan...?" tanya pelayan itu kehairanan.

" Ya.. apa yang peliknya...?"

" Baik tuan. Tapi, semua orang berebut-rebut pahala makan berjemaah. Tuan makan seorang...?" tanya pelayan yang berkulit hitam manis itu.

Datuk Dr. Johar bertambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke ruangan pelanggan menikmati hidangan. Tidak ada meja makan... hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Maraka makan satu dulang..? Yerk..!!! Jijiknya...!! Ah... aku tetap aku..! Aku ada pendirian. Nasi Beriyani dan ayam goreng kegemarannya pun terhidang di atas sehelai kain putih.

" Jemput makan dengan nama Allah Yang Memberi Rezeki.." kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan berselera sekali. Dewan makan itu berhawa dingin, lengkap dengan pita televisyen dan videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah...!!! Apa musibah yang menimpa ana subuh tadi...? Ana masbuk dalam sembahyang jemaah subuh." ujar seorang lelaki muda dengan wajah kecewa. Suapannya perlahan... macam tak lalu makan sahaja.

" Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain...?" tanya sahabat di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga sahaja.

" Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit, malang nasib ana, lima jam ana tunggu di tepi jalan, seorang pun tak mahu terima sedekah ana." keluhnya.

" Susah kita sekarang nie. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka sepatutnya bantulah kita, tolonglah terima sedekah kita. Ah.. susahnya jadi orang kaya macam kita nie..! Dah lah nanti di akhirat banyak hisabnya, di dunia nie pulak orang tak mahu terima sedekah kita."

" Oh..!!" Keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda itu tadi. " Kalaulah kita hidup di zaman moyang kita dahulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak nie. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Takpelah... kita tunggu bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya, saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham akhirat..." kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr. Johar makin pelik.

" Tambah nasi sepinggan lagi..." pintanya kepada pelayan restoran.

" Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan tuan berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan... saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan restoran merangkap pegawai perubatan." kata pelayan itu.

" Apa..? Awak pegawai perubatan...? Seorang doktor ke..? Lulusan luar negeri atau dalam negeri..? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukannya di restoran." tanya Datuk Dr. Johar dengan geram.

" Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada hanya untuk bayi, kanak-kanak, wanita, mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar sahaja dan berhenti sebelum kenyang, Insya Allah... tuan akan sihat. Kita tak perlu ke hospital."

" Bodoh.. kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku nie..?" leternya perlahan-lahan.

" Apa..? penyakit kencing manis...? Tuan mengidapnya...? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit itu tidak ada sesiapa yang mengidapnya.."

" Dah.. batalkan sahaja order saya tadi. Banyak pulak cakapnya, boring. Sekarang, saya perlukan hiburan, di mana boleh saya dapati....?" tanyanya.

"Di sana tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana. Tuan boleh dapat apa sahaja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bayaran. Ianya percuma."

Datuk Dr. Johar, orang besar negara melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan pelbagai warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikan. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Piere Cardinnya, dia masih kelihatan kolot. Diberanikan dirinya menekan satu butang berwarna hitam. Di permukaan skrin timbul satu perkataan.. KHAUF... Apa benda nie..? kemudian menyusul bait2 lagu..

Mati itu terlalu sakit,
Alam arzakh yang pasti,
Mizan noktah penyesalan,
Izrael datang tiba-tiba.

Oh... oh... seram sejuk tubuhnya. Apa lirik lagu macam nie..? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam nie. Protes hati Datuk Dr. Johar. Dia beralih ke butang hijau dan tanpa lengah dia terus menekannya. Tertera di skrin komputer RAJA. Kemudian tersembul lirik lagunya...

Firdausi melambai-lambai
Demi cinta dan rahmatNya
Keindahan jannah yang abadi.

Kepala Datuk Dr. Johar semakin pusing. Semuanya tentang akhirat. Apa nak jadi ni..?

" Tak ada lagu yang hot sikit ke..?" tanya Datuk Dr. Johar kepada seorang pemuda berjubah coklat di sebelahnya.

" Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top hit muda mudi."

" Ya.. Ya.. Saya sokong..." balas Datuk Dr. Johar.
Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran. Dia ingin mendengar lagu-lagu kegemaran muda -mudi di daerah asing ini. Ayat-ayat suci al-Quran bergema.

"Eh.. ini suara orang mengaji."

"Nanti dulu pakcik. Selepas ini ada terjemahannya, kemudian baru menyusul lagunya." kata pemuda berjubah coklat itu sambil memejamkan matanya rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian, getaran suara pun bergema....

Cintaku berlabuh di persada rahmatMu,
Mendamba kasih yang tak berpenghujung,
Mengutip sayang di hamparan cinta suci,
Inilah getaran hatiku memburu cinta,
Stanza hati merindu Ilahi....

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Dia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan... ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar, kami halalknan sahaja" Datuk Dr. Johar makin geram.

" Saya bayar dengar kad kredit sahaja.." dia pun menghulurkan kad kredit warna emasnya.

"Maaf sekali lagi tuan. Kad kredit ni bukan yang boleh kami terima. Kami halalkan sahaja.."

"Tak.. pantang datuk nenek saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan, berbungkal-bungkal emas dalam bank. Tak kan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.."

"Darul Taqwa tak ada pencuri tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerena takutkan seksa neraka."

"Ah... aku tak nak dengar semua tue. Makin gila aku dibuatnya." pekik Datuk Dr. Johar sambil meluru keluar dari restoran.

Di luar, semua pandangan menyakitkan matanya. Mengapa orang kolot nie mentadbir teknologi yang begitu tinggi...??? Pemandu bullet train berserban merah tersenyum padanya. Pilot helikopter dengan tulisan MAKRUFAT AIR TRANSPORT sibuk dengan tugasnya.

Di seberang jalan, tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas "KELUARGA BAHAGIA GEMBIARA DENGAN SUNNAH". Di papan itu terpampang gambar seoarang lelaki dan perempuan berserta anak-anak mereka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Ish... meluatnya...!!!!

Di jalan-jalan raya, suasana meriah dengan senyum dan salam. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini...??? Kenapa..?? Kenapa...??? Kenapa...??? Mengapa..?? Mengapa...??? Mengapa...?? datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan hebat dalam jiwanya yang terseksa tiba-tiba meletus.

"Datuk... Datuk...!! Bangun Datuk. Ada berita buruk...!!!" Datuk Dr. Johar terjaga. Dia tertidur semasa menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

"Kenapa...?? Parti kita kalah...??? Aku kalah...???" tanya Datuk Dr. Johar bertalu-talu.

Tidak Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu pilihanraya, mereka tak mahu demokrasi."

"Habis... mereka mahu apa...??"

"Mereka mahu Islam... Datuk.."

"Islam..." Datuk Dr. Johar terpinga. Digosok-gosok lagi matanya.

ISLAM ITU ADALAH TERTINGGI. TIADA YANG LEBIH TINGGI MELAINKAN ISLAM. ISLAM ITU AGAMA ALLAH. AGAMA ALLAH PENYELAMAT UMMAH. MAKA ISLAM PENYELAMAT UMMAH.

Allahu Akhbar...!!!



Tahniah pada penulis cerpen ini :)
Posting ini telah di edit oleh : mawarputih pada 2003-06-15 11:23

SUMBER


Satu Nasihat dan Maklumat Penting Untuk Wanita Sahaja

Assalamu'alaikum

PERHATIAN ! satu nasihat untuk perempuan sahaja . Jangan approve akaun Facebook bernama Aida Arissa Bukhari .




Aku search kat Facebook tadi , ni dia .


Dia dikenali sebagai Tauke Chun . Dia di dakwa mencuri gambar-gambar perempuan di facebook sebelum masukkan ke dalam blog ape cer .



Aku serach kat google tadi . Tapi bila bila klik , keluar Database Error .
(Dah kena remove kot, haha)


Dia buat cerita Seks Melayu untuk jatuhkan maruah perempuan . Hati-hati , dia suka mencuri gambar cun , bertudung , seksi dan lesbian , bogel dan masukkan dalam blog dia . Kalau anda sedar gambar anda ada di dalam blog dia , anda kena buat report polis sebelum pergi aduan kepada Cybersecurity Malaysia . Sila sebar kan kepada teman-teman , serta adik beradik , saudara mara , keluarga tersayang .


Penyokong Maut Ketika Perlawanan Bola

Assalamu'alaikum

Semalam kita semua duk sibuk tengok perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan tuan rumah iaitu Indonesia . Aku dengar macam2 cerita sebelum perlawanan akhir ni berlangsung , rakyat Indonesia tak hormat lagu Negaraku lah , ada lagi lah . Aku tak tahu apa2 sebab aku tak tengok pun perlawanan yang sebelum ni . Masa tu aku duk sibuk ngan final exam aku . Dah lama tak tengok bola kot , hee . Last aku tengok ... aku pun dah lupa . Yang pasti Malaysia lawan Vietnam kot .

Bola ni bagi aku memang bawa pengaruh besar dalam kehidupan manusia akhir zaman ni . Aku rasa kalah Facebook tak silap . Sebab pakcik2 kat rumah yang tak dak FB tu pun peminat bolasepak . Aku tak kisah kalau kita sokong dengan rileks nya kejayaan negara Malaysia kita . Tapi yang agak kecewa dengan mereka yang terlampau taksub dengan bola sepak . Sampai disebabkan bola kita saudara seislam Malaysia dan Indonesia berbalah . Janganlah kita semua letakkan akal kita yang Allah angkat sebagai istimewa ini cetek seceteknya .

Ye, memang ada rakyat Indonesia yang tidak menghormati negara kita hanya disebabkan bola sepak . Lihatlah manusia di akhir zaman . Mereka lupa bahawa bola sepak itu tidak langsung memberi apa2 manfaat pada diri mereka . Kalau yang dapat habuan pun pemain2 nya , kan2? . Semalam sambil tengah usha perlawanan bola kat TV , adik aku yang on9 FB tunjukkan status FB friends dia . Owh , wahai rakyat Malaysia be profesional lah tak payah nak pom pam pom pam hina sana hina sini . Ejek sana ejek sini . Tenang je sepatutnya, kalau korang nak cakap rakyat Indonesia tak hormat means korang pun sama lah . Control lah diri masing2 , bola tu hanya sukan . Jangan disebabkan bola kita umat Islam berpecah belah , kita rakyat Malaysia dan Indonesia berbalah . Jangan ok semua . Semua dah besar kan ? =)


Terpaksa di tutup muka mereka . Hormat .

Ok . Tadi ngah on9 tiba2 aku terbaca 1 post ni . Masya Allah terkejutlah aku kenapa hanya sebab bola berlakunya kematian . Cuba letakkan diri korang kat situasi tu . Korang fikirlah sendiri k . Yup , memang itu dah takdir Allah . Sanggup duduk himpit menghimpit , terpijak dan dipijak dan macam2 lagi lah hanya kerana nak tengok bola . Ramai sangat bersemangat bila tengok bola . Hee. Kan best kalau bilangan besar macam tu beramai-ramai berjemaah terutama kaum Adam . Musuh Islam tengok pun gentar , tapi tu lah sangat susah nak nampak lah orang berjemaah seramai orang yang tengok bola tu . Semalam kalau korang yang tak tahu , ketahui lah ada 2 rakyat Indonesia a.k.a penyokong negara tu maut disebabkan kena himpit , kena pijak dan kena tolak . Masya Allah .

Indonesia kena ketatkan lagi keselamatan semasa perlawanan bola sepak dilangsungkan . Diharapkan perkara macam ni tak berulang lagi . Amin . Em , rakyat Malaysia jangan terlampau emo disebabkan rakyat Indonesia yang ramai tidak menghormati negara kita . Sebaliknya , tunjuklah contoh yang terbaik pada mereka . Macam apa yang Nabi Muhammad SAW ajar pada kita balaslah kebaikan pada manusia yang pernah lakukan kejahatan atau keburukan pada kita . InsyaAllah , mereka akan sedar . Mereka memang layak rasa sedih dan kecewa kerana mereka adalah tuan rumah kali ini , kita bayangkan jelah jika kita di tempat mereka . Pasti rasa malu dan sedih . Apa2 pun Indonesia tetap mendahului pingat emas terbanyak . So tenang je ok rakyat Indonesia .

Takziah di ucapkan pada keluarga 2 orang yang maut semalam . Tak dapat diketahui agama mereka , apa2 pun moga Allah berikan yang terbaik pada mereka yang maut . Ok semua peminat bola sepak , tenang2 je k . Update status pasal bola pun tenang je ok n balas komen pasal bola pun ayat bagus2 k . Jaga nama baik Malaysia . Tahniah kepada skuad bola sepak negara kita semalam . Moga kalian terus maju . Ok daa . Wassalam .


Wahidah Md Esa

18 November 2011

Apa Bezanya ?


Apa beza:

 1. Mereka yang sengaja mengambil gambar mendedahkan aurat dan poskan gambar mendedah aurat di laman sosial.

 2. Mereka yang sengaja mengambil gambar lucah sendiri dan gambar itu diposkan oleh individu yang tak bertanggungjawab ke laman sosial.

 3. Mereka yang share/like gambar mendedahkan aurat atau gambar lucah tersebut.



Jika tiada beza, oleh itu bacalah hadith ini wahai sahabat2 dan beritahulah masyarakat sekelilingmu..

 Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

 Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya. (H.R. Ahmad)

 Rasulullah s.a.w bersabda: Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan? Baginda menjawab: Barangsiapa yang taat kepadaku dia masuk syurga dan barangsiapa yang melanggar perintahku dia telah enggan. (H.R. Bukhari)


Credit - syahirul.com

15 November 2011

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat



Barisan pertama:
 Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

 "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

 Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

 Barisan ke-2:

 Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.

 "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

 Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

 Barisan ke-3:

 Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

 "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.

 Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

 Barisan ke-4:

 Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

 "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

 Barisan ke-5:

 Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar

 "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

 Barisan ke-6:

 Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

 Barisan ke-7:

 Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

 Barisan ke-8:

 Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

 Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

 Barisan ke-9:

 Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

 Barisan ke-10:

 Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

 Barisan ke-11:

 Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

 Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

 Barisan ke-12:

 Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

 Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

 Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

 Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"



Jom Check Siapa Curi Line WiFi Kita



Assalamu'alaikum

Sekadar perkongsian , klik di sini http://www.nirsoft.net/utils/wireless_network_watcher.html dan cari perkataan Download Wireless Network Watcher with full install/uninstall support (wnetwatcher_setup.exe) untuk download software ni . Berfungsi untuk detect siapa yang memakai line WiFi kita . Ok selamat mencuba . Haha , aku gembira n syukur jumpa benda ni . Tak sabar nak usha siapa yang selalu lembapkan internet aku dan menghabiskan limit broadband aku . Ish3 . Ok daa . Wassalam .


Wahidah Md Esa

14 November 2011

Pesanan Ustaz Azhar Idrus Pada Semua Facebookers


Jadikan Facebook ruang berdakwah bukan ruang melepaskan amarah .
Wassalam .

6 Cara Mudah Membuat Pahala Di Facebook


Beberapa amalan MUDAH dan MAMPU dibuat oleh sesiapa sahaja untuk menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook adalah seperti berikut:

1. UPDATE STATUS anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadith, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah. Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi PENYEBAB kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.

TAPI AWAS, jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.

2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda SEBARKAN STATUS tersebut. Gunakan kemudahan SHARE untuk tujuan perkongsian, atau COPY PASTE sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.

3. Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang real punya), bolehlah MENGIKHLANKAN PROGRAM tersebut di laman Facebook masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian. Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil faedah dari majlis-majlis yang berkat.

4. Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika SETIAP KELUARGA MEMPUNYAI GROUP tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, mengupdate berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.

5. Jika anda mempunyai KOMEN BERNAS dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh ADAB DAN SOPAN seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.

6. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai TEMPAT PERBINCANGAN. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Tuhan supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.

Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim.


Sumber - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=195558050524888&set=a.165751853505508.43755.100002120824907&type=1&ref=nf


13 November 2011

Gangguan VS Mesin Air Tin

Tengah syok-syok belek buku programming sambil tunggu bas pagi tadi ada la pula sesuatu yang aneh berlaku . Macam biasa kalau paper aku pagi , aku akan turun dalam pukul 7.30 pagi . Turun je tangga hostel aku usha dulu tempat duduk yang mengadap TV ramai tak manusia , ok ramai kat situ . Untuk pengetahuan , jenis aku tak boleh tengok ramai manusia nanti susah nk study hee . Aku pun pergi lah port aku macam biasa meja depan kafe . Paling depan sekali sebab cepat kalau nak menuju ke arah bas kalau dah sampai (sebenarnya senang nak jalan laju2 dapatkan tempat duduk bila dah naik bas, hee) . Aku sorang je yang duduk depan kafe tu, budak hari ni tak ramai macam hari sebelum ni . Biasanya bangku depan kafe ni pun akan penuh juga .

Ok teruskan kisah . Tak lama lepas tu membe aku mai , dia junior aku sebenarnya dia ambil paper Kalkulus I pagi hari ni . Sama kos , kenal pun sebab dia membe ngan kawan baik aku . Kawan baik aku masuk lambat 1 sem dari aku . Dia junior , hee . Tegur-tegur pum pam pum pam , aku pun iyakan apa yang betul n tidakkan apa yang salah then senyap . Tiba-tiba rasa nak mengadap bilik study sebab nak menghafal . Ettttt... tiba-tiba dengar bunyi masukkan duit kertas dalam mesin air tin berbunyi . Ok aku sangat excited sebab macam nak beli tapi dalam masa yang sama aku hairan . Ait bukan ke malam semalam lepas beli makanan bungkus aku usha mesin tin tu tak hidup pun lampu tmpt nak masukkan duit kertas tu . Ait ait , toleh toleh je tak dak siapa . Lagi ait la aku . Napa tak dak manusia ni , ada la nape tak dak ni . Nak sedapkan hati aku set dalam otak maybe budak tu dah lari cepat-cepat kot . Tapi kejap sangat . Aku toleh laju kot, tak sampai 3 saat .

Laa ni pagi-pagi pun 'benda' tu nak mengusik ke? . Tiba-tiba membe tegur , dengar tak mesin tu berbunyi . Hee dengan tersenyum jawablah dengar je . Dia pun sama macam aku , dalam fikiran fikir  mesin tin tu  tak berfungsi sebab kalau air dalam mesin dah habis automatik duit kertas tak leh dimasukkan . Lampu akan terpadam . Membe dengan selamba kata ada kot orang nak beli kalau tak manusia benda tu , dorang pun nak minum air tin (hee) . Aku menambah , ha'ah kan entah bunyi tu dari alam dorang , dorang pun ada juga benda mesin-mesin ni . Canggih gak macam kita , hee . Tak pelah biarlah dorang . Tapi aku nak juga sedapkan hati aku kata bunyi burung kot , tapi bunyi burung yang ak dengar tu lain pula rentaknya . Dah lah aku paling hampir ngan mesin tu , bila fikir balik malas lah pula nak kisah .  Teruskan jela membaca , biar jela . Tak lama lepas tu 2 orang budak mai , hee lega .

Nak final ni biasalah benda tu suka mengusik juga . Nasiblah ingatan ilmu programming ni tak terbang macam tu je walaupun alami kejadian tu tadi . Semua tu pengalaman dan tak de masalah selagi benda tu tak melampau batas , walaupun sebenarnya ada juga banyak kali melampau juga . Allah tu Maha Menguji , moga iman ni kuat hadapi . Kalau tak kuat tak tahu lah nak cakap apa sebab kena usik bunyi-bunyi je selalu . Minta simpang lah jumpa-jumpa depan mata ni . Amin . Dah 4 semester dah aku belajar dan tinggal kat asrama aku ni alhamdulillah setakat ni terkawal . Ada banyak juga dengar cerita-cerita yang menakutkan tapi itu cerita mereka semua , tak tahu lah kesahihannya dan yang benar tu harap mereka kuat hadapinya .

Syukur sepanjang exam ni waktu tidur tidak diganggu macam hari biasa . Alhamdulillah juga selesai dah 6 paper final exam semester 4 aku ni , esok paper terakhir Mekanik Bahan dan Struktur . Harap boleh buat dan penyelaras bagi soalan yang dikhaskan untuk pelajar diploma macam kami bukan pelajar ijazah sekian , hee . Usaha lebih dapat lebih - pepatah Arab . Wassalam .




Wahidah Md Esa



12 November 2011

Memang Minat Aku



Hobi aku kadang-kadang suka merepek buat sajak . Kalau aku tengah sedih atau nak luahkan sesuatu biasanya aku akan catat diari n buat sajak . Dulu pakai buku kecil tapi sekarang moden aku pakai laptop je kalau nak luahkan apa-apa . Jenis aku kalau ayat kat blog memang agak skema ayat , tapi takde hal ni cara aku dan inilah diri aku .

Dalam blog ni, post yang banyak aku buat sendiri ada pada label Cerita Diri Ini . Hopefully apa yang aku tulis kat blog ni kalau yang baik tu ambil lah sebagai manfaat masa depan . Kalau tidak tu buat tak tahu jela sebab aku buat blog ni hanya tujuan untuk kongsi sesuatu bermanfaat pada orang lain InsyaAllah .

Selamat menghayati sajak-sajak tersebut . Jumpa post akan datang .


Wahidah Md Esa



10 November 2011

Amaran Dari Pihak Polis : Berhati2 Pada Kertas Yang Melekat Pada Cermin Belakang Kenderaan Anda

Gambar hiasan


CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua ! Tolong sebar-sebarkan . Kita berjalan menghampiri tempat parking , membuka kereta dan masuk ke dalamnya . Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur .

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang , kita dapati ada kertas yang melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita . Jadi kita parking balik kereta , buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi .

Bila anda sampai di bahagian belakang kereta , pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya , masuk ke dalam kereta dan memecut pergi . Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda .

Perasan tak kaum hawa ? Saya pasti beg duit kita masih di dalam kereta . Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita , alamat rumah kita , duit kita , dan kunci-kunci kita . Rumah kita dan ke semua identiti kita telah diperolehi !


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita , teruskan memandu . Tanggalkan kertas itu kemudian . Dan bersyukur kerana anda membaca email ini .

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan-kawan dan keluarga , terutama wanita . Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ke tangan orang lain .

Credit : Mohd Rasull

09 November 2011

10 Orang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat , maka solat itu sebagai cahaya baginya , petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya , dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya ." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T , antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


Bangunan Pelik Part 3




04 November 2011

Kejadian Paper Pertama Final Exam Semester 4

Assalamu'alaikum =)

Setelah lama menunggu giliran diri untuk menghadapi exam sem ini , akhirnya petang tadi sampai sudah giliran aku . Paper yang mula jam 3 ptg tadi agak kelam kabut sebab bas lewat sampai . Al maklum lah si pemandu bas berjantina lelaki , sudah semestinya kerana menunaikan ibadah solat jumaat . Alhamdulillah juga sebab paper mula petang walaupun risiko tinggi untuk ngantuk selepas makan tengah hari . Bersyukur kerana  banyak masa aku boleh hafal ilmu subjek Binaan Kejuruteraan Awam ni . Subjek ni fully membaca . Hee, tengah hari + membaca = mengantuk . Paham kan anak2 semua =)

Pendekkan cerita masa ngah jawab paper tadi kedengaran ringtones nset seseorang berkumandang . Kalau jadi kat aku tu comform segan . Dalam dewan besar gedabak pula tu , hee . Ringtones tu lagu english yang top sekarang If I Die Young , tapi pemilik nset yang berkumandang tu lelaki . Hee . Dah pesan awal2 dah , off nset , silent vibrate only tak mahu . Kan dah malu .

Ok kisah seterusnya

Kawan2 aku kata kalau aku dapat paper aku takkan pandang kiri kanan , hee . Laju je melulu . Aku memang jenis camni , kalau pandang kiri kanan bukan dapat apa pun . Ada jawapan tak pa juga . Aku taknak hafalan2 aku terbang di tiup angin . Hehe . Susah tu nak hafal bukan macam makan coklat yang sedap tu . Sama juga dengan Cik sahabat ku , dia pun ada paper hari ni kebetulan petang juga . Cik sahabat ni semester 3, kami kenal dah lama dari kolej lama . Dia pun macam aku juga suka tak pandang kiri kanan kalau jawab exam . Sampai kami duk sebaris pun tak perasan . Selang 1 orang , orang yang tengah2 tu budak kelas dia . Hee .

Itu yang berlaku tadi , balik hostel pula tengok babak kegembiraan pelajar lain balik rumah masing2 . Bercuti untuk perayaan sambutan Hari Raya Korban . Kami tak balik , berkorban untuk study subjek yang akan datang . Kepada semua umat Islam selamat menyambut Hari Raya Aidiladha . Moga kita semua peroleh kebaikan dan manfaat di hari raya korban tahun ini . Amin Ya Rabbal'alamin . Daa . Wassalam .





Wahidah Md Esa

03 November 2011

Cara Berdakwah : Anda Kategori Yang Mana?


Ikhlaslah dalam menyampaikan dakwah . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hati hamba2-Nya =)