24 December 2011

Bentuk Awan Seperti Ombak Besar

Awan yang bergumpal seakan ombak tsunami ini telah kelihatan di langit kota Birmingham di Alabama, US . Sekali pandang memang seakan ombak raksasa tsunami cuma berlakunya di langit . Menurut pakar , awan ini di gelar “gelombang Kelvin-Helmholtz” .



23 December 2011

Kelantan Mencatat Keputusan Terbaik PMR !

Assalamu'alaikum

Selamat berehat di hujung minggu semua . Hee . Sejuk bebeno bandar Kuantan dalam seminggu ni . Dah macam duk Cameron Highland dah rasanya . Alhamdulillah dengan cuaca macam ni sebab selalu Kuantan panas ja . Ni maybe musim tengkujuh , tu la pasal hujan ja tak henti2 . Hik hik . Masa untuk selubungkan diri dengan selimut . Ok , tadi usha2 kat home Facebook ada lah terjumpa berita ni pasal keputusan PMR negeri Kelantan adalah yang terbaik tahun ni .

Aku pun mengimbas kembali pasal isu video Sembang Rakyat kat YouTube yang pernah menghina hukum Allah dan memperlekehkan negeri Kelantan . Nak cakap Kelantan paling ramai penghidap HIV la kononnya . Satu je ke? , tak nak pulak gitau negeri mana paling banyak statistik buang bayi , isu jenayah yang lain2 .  Masa tu aku dah ingat dah dalam otak . Ala , masa aku amik SPM dulu budak yang paling pandai dan cemerlang dari Kelantan juga . Asal dia pun dari keluarga miskin . Kalau macam Amalina dan budak lelaki yang SPM terbaik tahun 2007 tu aku tak hairan sebab mak ayah depa kaya . Kalau macam Nik Normadiha ni aku memang tabik la . Itulah hasilnya kalau hidup kita ikut apa yang Allah perintahkan .

So , aku sangat takkan mempercayai atau menyokong apa yang video tu sampaikan pasal Kelantan tu Kelantan ni . Come on lah professional lah sikit . Kita manusia pergi mana2 pun akan jumpa manusia yang lakukan kesilapan . Masa tengok video tu memang rasa nak tergelak ja . Dah la nak cakap pasal agama tapi diri pun terumbang ambing tak tutup aurat . Macam2 manusia sekarang , pelakon tak pelakon . Korang boleh je tentukan dan pilih benda baik tolak benda buruk . Boleh jatuh kafir free2 . Aiyoo . Memang sangat melampau  video tu . Ok , aku nak buktikan negeri Kelantan lebih baik dari negeri lain . Sila baca di bawah .




Sumber

Isteri Hargailah Janggut Suami Kalian


Oleh : MUHAMAD MAT YAKIM
Tarikh : November 18, 2011


Terus terang saya akui, selama ini saya tidak pernah menyimpan janggut. Bukan tidak suka, cuma tidak simpan. Dan saya tidak pernah pun mempertikaikan sesiapa yang menyimpan janggut kerana saya tahu itu sunnah.

Akan tetapi, misai saya meskipun kategorinya hanya jenis misai kucing, yang tumbuhnya jarang-jarang seperti anak pokok getah yang baru ditanam semula, saya simpan.

Dan kerana sayangnya saya pada misai yang jarang itu, saya boleh tidak tidur malam jika hitungan yang saya buat mendapati ia tidak cukup seurat.

Hilang seurat bukan senang mahu diganti. Jangan kata hari, minggu berganti minggu pun belum tentu tumbuh misai baru.

Mengenai janggut, saya tidak kisah sangat. Saya biasa mengandaikan kepada kawan-kawan, jika saya cukur janggut sebelum bertolak, sampai di pejabat, janggut saya sudah boleh dicekak.

Dan satu lagi andaian bida’ah, saya sering mengumpamakan wang (kononnya) dengan janggut saya. Cukur, tumbuh. Cukur lagi, tumbuh lagi. Kononnya. Akan tetapi, tidaklah pernah saya bawa janggut yang baru dicukur ke kedai untuk beli tepung atau gula. Mahu tak cukup tanah lari dikejar sambil dilaung, “orang gila! orang gila!”

Namun sejak sebulan dua lepas, setelah berulang kali mainkan klip video kumpulan rock kegilaan saya sejak remaja, Metallica, saya tiba-tiba jadi tertarik dengan penampilan penyanyi merangkap pemain gitarnya, James Hetfield.

Hetfield kini tidak lagi berambut panjang dengan misai bertaring seperti dulu. Panjang rambutnya sederhana namun sebagai rocker, itu boleh dianggap pendek. Tidak lagi bermisai, namun yang menarik, dia kini berjanggut. Lantas saya pun tiba-tiba teringin mahu berjanggut.

‘Misai kucing’ yang menjadi intan payung saya selama ini, saya cukur licin selicin-licinnya. Tanah sekangkang kera di bawah hidung itu saya sentiasa pastikan licin seperti telur, tiada lagi tunggul-tunggul gerigis.

Jangan! Jangan kata saya agungkan Hetfield, beristighfarlah! Saya sendiri pun beristighfar apabila teringat akan hal itu.

Saya cuma meniru apabila melihat dia nampak lebih segak, kemas, bersih, macho, dewasa - imej yang sepatutnya bagi ahli Kelab 40 - berbanding dulu.

Namun dalam keadaan saya sedang mendekati sesuatu yang sebenarnya adalah sunnah Rasulullah SAW, tiba-tiba saya dipertemukan dengan satu ilmu yang sangat istimewa. Yang menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik termasuk di kampung saya di Pendang, Kedah, juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.

Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

 Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.

Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri.

Setakat ini, saya belum memikir soal. Pelan B.

Selamat mencuba ya, puan-puan! (baca dengan intonasi ala Chef Wan).


Sumber

Keindahan Ilmu Matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))


17 December 2011

Atuk Selamat Tinggal =(

Saat ini, aku sedang sedih. Atuk kandung ku pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Kelihatan atuk semakin sihat semalam dan sebelum ini berbanding pertemuan pertama kami yang lepas. Tetapi, kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang walau sedetik. Aku redha, dan serahkan segala2nya pada Engkau Ya Rabbi. Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Mu. Ya Allah, di hari jumaat yang mulia ini telah Kau janjikan kurangnya azab kubur bagi hamba-Mu yang pergi mengadap-Mu. Maka Ya Allah, aku mohon pada-Mu berikanlah pada atuk ku keampunan, rahmat dan kebahagiaan di sana daripada Mu Ya Allah. Hujan yang tidak henti seolah-olah menghormati kepergian atuk, seolah-olah turut menangis dan sedih dengan kepergiannya. Wahai nenek, mak dan adik beradik ibu ku tabahlah kalian dalam menghadapi ujian daripada Tuhan. Aku mohon hidayah dari ILAHI datang menjengah ke hati2 kalian. Untuk kita bersatu di dunia dan di akhirat kelak. Terngiang-ngiang suara atuk ku, aku termenung dan terus mengimbau kenangan lalu.


Wahidah Md Esa


05 December 2011

Sambutan Hari Ibu dan Sejarahnya


Assalamu'alaikum
Nak kongsi pasal sambutan hari ibu dan sejarah sambutan hari ibu ni . Kalau masa sekolah rendah dulu memang aku celebrate , sebab kebiasaannya nak dekat hari ibu atau hari guru budak mesti ada jual bunga plastik . Aku percaya korang semua pun pernah alami gak macam aku . Hihi . Bila dah beli , aku akan bagi kat mak aku bila sampainya tarikh hari ibu tu sendiri . Tapi dah masuk tingkatan dan sampai la ni aku tak sambut pun hari ibu . Kepala aku mula fikirkan , takkan hari 1 tu je aku nak bagi hadiah dan wat special kat mak aku . Aku tetapkan hanya hari lahir mak aku yang akan aku bagi hadiah atau wat special2 . Tak pun aku akan bacakan yaasin untuk doakan kebahagiaan dia dunia dan akhirat , InsyaAllah . Maka dengan itu , lupa lah aku dan buat2 lupalah aku dengan hari ibu tu . Hari ibu yang orang katakan tu pun aku lupa tarikhnya , jujur . Hee . Layanlah ibu anda semua dengan specialnya setiap hari bukan hanya hari ibu atau hari lahirnya sahaja . Ok jom baca sejarah sambutan hari ibu .

____________________________________________________

Menurut Wikipedia makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day adalah : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan Kata2 Hikmah Hari Ini - Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.




04 December 2011

Peminat Soya Jom Baca . Penting ! (Bahaya Soya)



Assalamu'alaikum

Selamat berhujung minggu semua . Nak kongsi pasal keburukan soya . Nampaknya ramai yang sudah tertipu dengan kelebihan soya . Ada orang kata , kalau nak anak kita putih melepak gebu macam kapas minumlah dan keraplah minum air soya masa ngah mengandung . Oh , sangat2 tertipu sebenarnya . Malah kebanyakan ibu yang minum air soya masa mengandungkan anak mereka , semasa anak mereka sudah besar anak mereka mengalami penyakit (gastrik, senang demam, dan lain2) . Perkara ini juga terjadi sendiri pada kenalan2 aku , hee tak boleh bagitahu lah siapa . Rahsia terkunci . Alhamdulillah masa mak aku mengandungkan aku , mak aku mengidam kicap . Hee . Sampai sekarang suka makan kicap . Ok untuk maklumat selanjutnya jom baca kat bawah . Selamat membaca dan jangan lupa sebarkan . Moga bermanfaat , amin .

____________________________________________________________


Antara Keburukan Soya

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak.

Akibatnya:
* kembung perut
* kekurangan asid amino
* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??


Untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar) , namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan . Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara , kanser ovari , kanser prostat , serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita . Selepas soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium , magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas . Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua .

Firman Allah : Wahai sekalian manusia ! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik , dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan , kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu . (Surah Al-Baqarah: 168)

Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan . Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya , penapaian . Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah , apatah lagi kalau dah di proses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially) .



DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma , kismis dan lain2 . Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil , sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka .

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein . Hakikatnya , soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya . Terutama sekali untuk kaum wanita .

Antara keburukan kacang soya yang dapat disimpulkan dari pembacaan :

 Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita .
 Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda / otak .
 Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak .
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan?) .

KES : 2 gelas susu soya sehari , dalam masa sebulan , adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita !

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan , dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2) .

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan .)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous , mengelak kanser , memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung .)

Walaubagaimanapun , kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat di ekstrak dari kacang soya . Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap , barulah dapat menghasilkan isoflavone , yang dapat di hadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia . Dalam erti kata lain , kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna , mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk di minum .

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman . Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini . Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric , kekurangan protein dan asid amino .

Secara semulajadinya , semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien . Begitu juga dengan kacang soya . Malah , kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain .

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium , kalsium , zat besi dan zink . Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya , mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan .)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak) . Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya , contoh air soya dan tofu , sebatian perencat ini masih wujud , walaupun sedikit .


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasaskan soya . Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya , tapi ia bukanlah sebaik yang disangka .

Menurut Dr Jill Shneider , Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University , Betlehem , Pensylvania , bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya .

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal .

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa . Senang cakap , seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya .


KES: Dikatakan , bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya , seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari ! Pergh !


KES: Pada 1991 , penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan , untuk sebulan , boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid , yang menyebabkan kanser tiroid .

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan .

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

01 December 2011

Genap 20 Tahun 1 Bulan

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah . Cepat masa berlalu , hari ni genap umur aku 20 tahun 1 bulan . Tak sangka aku dah tinggalkan zaman umur belasan tahun . Aku harap makin meningkat umur aku , makin kuatlah diri aku hadapi dugaan dari Allah SWT juga makin banyak kebaikan muncul amin . Memang tak dinafikan makin meningkat umur aku makin mencabar kehidupan seharian aku . Aku tahu dengan sifat Allah yang Maha Adil , semua manusia akan rasa macam ni . Aku masih berada dalam usia yang digelar remaja . Remaja , remaja adalah golongan yang syaitan sangat suka dekati . Tujuannya apa , tujuannya mereka nak masa depan kita hancur sama sekali . Kalau remaja yang sebelum ambil SPM tu agak bahaya sikit . Kalau tak kuat dalam menuntut ilmu tu , susah kecundang silap2 tak dapat sambung belajar . Tapi yang gagal semua subjek jela ye . Hee . Yang lain selamat InsyaAllah sebab adanya IPTS yang baik hati lagi memahami budak2 yang kurang dalam pelajaran .

Janganlah kita sia2kan masa muda remaja kita dengan perkara tak berapa nak bagi faedah sangat pada kita . Nanti nyesal tak sudah . Dalam alam remaja ni otak kita fresh sangat , so guna dan pakailah kelebihan yang Allah SWT  beri pada kita ni dengan sebaiknya . Terutama dalam beribadah , kalau kita beribadah pada Allah dan dekatkan diri pada Dia masyaAllah ketenangannya memang tak terkata . Kemanisannya pun sangat tak terkata . Tak caya , ce cuba penuhkan solat 5 waktu (solat di awal waktu , khusyuk , faham dan hayati maksud dalam bacaan solat) , baca Al Quran , berzikir , puasa sunat , baca buku agama dan segalanya tentang agama Islam kita , kalau nak berhibur try cari lagu nasyid (download masuk nset n lattop) dan banyak lagi lah . Haa nak promote lagu nasyib best kat sini , klik je sini Lagu Nasyid Yang Menenangkan .

Apa yang penting jangan sombong atau malaskan diri kita untuk membaca sebarang ilmu pengetahuan . Ilmu pengetahuan ni lah juga penyelamat korang dekat akhirat sana . Bukan setakat ada sahaja , tapi dengan memanfaatkannya iaitu mengamalkannya . InsyaAllah akan dapat redha dari Allah SWT juga pelindung maruah kita . Haa aku teringat sesuatu , tapi aku lupa siapa yang sampaikan ayat ni . Makin banyak ilmu yang ditimba oleh seseorang atau yang ada dalam diri seseorang tu , semakin kuranglah percakapannya . Wallahu'alam . Tak dinafikan memang betul sangat2 , tengok orang yang pandai ni kurang bercakapnya . Banyak bercakap boleh buat kita makin banyak kesilapan . Orang kata apa ' cakap je lebih , kerja tak dak ' . Membaca memang sangat penting , hidayah takkan datang secara tiba2 tanpa usaha dari kita sebab tu lah kena dekatkan sendiri diri kita pada ilmu . Bukan ilmu yang cari kita  , tapi kita yang cari ilmu . Dari ilmu kita dah baca , kita akan berfikir , lepas tu kita akan merenung apa yang disampaikan dan akhirnya terpulang pada diri kita nak bertindak atau tidak . Kita yang ubah diri kita , bukan orang lain .

 Pesanan di atas unuk diri ini juga . InsyaAllah . Jom sama2 kita ubah diri kita perlahan-lahan . Moga Allah lapangkan hati kita untuk terus berubah ke arah kebaikan , amin . Yang lepas tetap lepas , manusia dengan kesalahan dan kesilapan sudah sebati . Moga Allah ampuni dosa kita yang kita yang sengaja mahupun yang tidak kita sengajakan . Amin . Aja aja fighting ! Hee korea jap . Daa . Wassalam .


Wahidah Md Esa






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO