01 January 2012

Disember 2011 dan Tahun 2011 Telah Pergi



Sekejap sekejap saja masa berlalu . Rasa macam baru sahaja tahun 2011 menjengah dan muncul dalam hidup aku . Hakikatnya , sekarang 2012 sudah aku ketemu . Wahai kenangan tahun-tahun lalu , aku tinggalkan kalian bukan kerana aku akan melupakan kalian buat selamanya tetapi akan tetap bersemadi dalam ingatan . Moga ia menjadi pengajaran untuk yang pahit, rujukan dan ikutan untuk yang manis di masa akan datang dalam hidup ku . Aku mohon hanya pada Yang Satu , Rabb yang sentiasa dan setia memberi nafas dan peluang pada diri ini dan hamba-Nya yang lain . Aku harap ada ruang untuk aku menuju ke arah kebaikan juga untuk hamba-Mu yang lain .

Kehilangan datuk tersayang adalah satu kesedihan . Hanya Tuhan yang tahu , moga Allah memberi tempat yang terbaik untuk atuk . Amin . Moga dipermurahkan rezeki agar dapat kami bertemu selalu keluarga di seberang sana . Sangat indah hidup ini pabila bersama keluarga tersayang bersama saudara mara sedarah daging ku . Maafkan aku andai tidak dapat memberi yang terbaik .

Tentulah semua umat manusia inginkan yang terbaik di masa akan datang . Moga kita berjaya dalam kehidupan kita . Marilah bersama-sama cari dan kejar ketenangan, mengejar kemanisan dalam iman, mencari jalan kebenaran dan tujuan hidup . Marilah wahai saudara2 ku semua . Masa semakin singkat , aku sedar keinsafan itu aku perlukan . Moga ia menjengah sekali lagi . Amin . Ketenangan yang aku sentiasa rindui , datanglah .


Wahidah Md Esa


No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^