29 June 2012

Percutian Di Dalam Laut



Macam-macam dah kan sekarang idea manusia-manusia dalam dunia ni . Sampai keinginan mereka membina resort dalam laut terus terlaksana . Huhu . Memang dengar macam pelik tapi kalau dah otak tu kreatif dan nak sangat-sangat sesuatu yang diangankan tu berjaya mesti akhirnya terbina juga angan-angan tu . Apa-apa pun benda ni mungkin ada kaitan dengan agama si pemilik Resort ni . Sebab aku google punya google keluar maklumat yang maksud Poseidon tu adalah Tuhan Dalam Air . Huhu . Korang ce google dan baca sendiri .

Ok kalau korang jenis yang suka try benda yang menarik atau nak merasai sendiri pengalaman duduk dalam laut tapi still boleh bernafas macam biasa try la pergi Nautilus Undersea Suite yang terletak di The Poseidon Resort di FIJI . Make sure duit poket tu berpuluh ribu lah eh . Al maklum lah tempat orang , bukan murah macam korang duduk rileks kat Langkawi tu . Huhu . Tapi kalau tengok dalam gambarnya fuhhh memang cantik :)

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai resort ini boleh kunjungi laman web rasmi Resort ni
http://www.poseidonresorts.com/. Terbaik !


Selamat Bercuti :)


28 June 2012

4 Jenis Makanan Yang Dilarang Untuk Pengantin Wanita



Seringkali kita yang beragama Islam merangkap bangsa melayu melakukan adat yang dicipta nenek moyang kita yang dicipta sendiri juga boleh mendatangkan khurafat kerana ia adalah amalan yang bukan Islam ajar pada kita . Bukan bersumber dari Al Quran dan Sunnah . Semoga kita umat Islam lebih peka tentang hal urusan hidup dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba Allah . Moga ia tidak menjurus ke arah yang Allah haramkan .

Berusahalah elakkan diri dari melakukan adat dari bangsa sendiri yang bercanggah dengan agama Islam kita . Dengan ikut dan mengamalkan apa yang ada dalam Al Quran dan Sunnah InsyaAllah kita takkan sesat sampai hari kiamat .  Apa yang Allah SWT tetapkan adalah yang terbaik untuk hamba-hamba Allah .

Sedikit perkongsian ilmu bagi semua umat Islam, juga rujukan untuk berubah bagi orang melayu yang masih terikat dengan adat yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat . Selamat membaca :)

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan : "Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."




19 June 2012

Baca Baca Penting Ni Terutama Yang Selalu Memandu Kereta


PENTING! Baca sampai habis.

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.


Credit to Lea Baiduri Facebook


Khas Untuk Gadis-Gadis Yang Suka Berposing Di Laman Sosial



Perli habis :)


Hukum memerli orang adalah harus jika bermaksud menasihati dan haram jika bermaksud menyakitkan hati.

Twitter Ustaz Azhar Idrus



Semester 6 Part 1

Dimulakan dengan Bismillah.

Pagi ni kelas Design 2 (Rekabentuk Konkrit Tetulang) . Kelas ni minggu depan akan ditukar ke petang sebab ada senior-senior clash dengan jadual dorg . Huhu . Aku tak kisah sebab kelas hari selasa aku ada 2 sahaja . Satu kelas ni dan satu lagi kelas Highway kul 4 petang . Jauh oo jarak . Kiki . Alhamdulillah jadual kelas setakat ni sangat memuaskan . Kelas petang ni Puan Afzan batalkan . Dia ada hal kot . Maka kelas aku full petang ni kelas dalam bilik . Haha .

Hari ni Cik Nadiah dah mula ajar subjek dia pada kami . Pakai slide show , huhu sama juga macam Puan Diana semalam .  Rasa UTM suruh kot . Tapi ok juga sebab bertambah faham lah . Semakin aku naik sem jadual semakin ringan . Kelas pun tak compact berbanding masa aku sem bawah-bawah . Perghh dugaan tu jangan cakap . Apa-apa pun alhamdulillah aku dah sampai tahap ni , takde halangan maksud aku tak repeat apa-apa lagi setakat ni . Syukur tersangat .

Kelas tadi pun habis setengah jam awal . Sambil tunggu Cik Dira habis kelas Geoteknik dia aku duduk kat kelas . Belek-belek handset , handset tengok aku aku tengok handset . Em . Cik abang ni pun sent mesej sekali je pastu hilang . Takpelah maybe dia sibuk layan customer dia , waktu puncak lah nak dikatakan . Moga rezeki sentiasa bertambah-tambah (Boleh nikah cepat-cepat Huhu) . Buka buku SOLUSI Isu 44 baca dan terus membaca . Latihlah diri anda-anda semua sentiasa bawa bahan bacaan ke mana-mana . Tak lah kita buang masa atau paling tak pun untuk hilangkan kebosanan :)

Dah rasa lama sangat dalam kelas R8 tu aku terus turun bawah tunggu Dira kat bawah jela . Sampai kat bawah Atiq n Dila pula panggil dari jauh . Huhu . Pergi tergedek-gedek kat dorg . Sampai kat dorg sembang pasal belajar pasal kerja pasal macam-macam pasal . Sekejap je masa berlalu , rupa-rupanya aku dah hampir 3 tahun duk menimba ilmu kat kolej ni . Banyak kenangan pahit dan manis kat sini . Tapi paling banyak pahit kot hahaha . Apa-apa pun aku harap semester akhir ni aku dapat buat yang terbaik dan lebih baik dari semester-semester sebelum ni . InsyaAllah .

Kelas Dira habis lambat 15 minit . Uhh dahsyat2 . Puan Jue buli dorg lah kot . Uhh laparnya perut , sakit3 dah masuk angin . Kami 6 orang pergi makan sama-sama . Riuh habis kedai makan . Lagipun tak ramai orang pun . Menu aku hari ni Nasi Ayam :) . Yummii . Lepas makan aku confuse nak stay library or balik hostel . Hati macam rasa nak balik hostel sebab nak wat macam-macam .  Tambah pendapatan sebenarnya .

Kalau korg rajin terutamanya pelajar try la buat bisnes kat on9 . Tak kisahlah bisnes apa-apa , janji halalan toyyiban :) . Tapi hati mesti kuat , usaha mesti lebih , jangan mudah putus asa . Sebab kalau korg nak dapat duit bukanlah semudah yang korg sangka . Macam pepatah ada kata Usaha Lebih Mesti Akan Dapat Lebih . Aku pegang kata-kata ni . Kita kena kumpulkan pengalaman , dari pengalaman kita akan belajar macam mana nak susun hidup dengan lebih teratur . Lagi-lagi untuk masa depan kita .

Setakat ni pendapatan tambahan aku adalah bisnes on9 aku .  Ada kat Facebook namanya Kedai Mukabuku HaWa dan Group Kedai Mukabuku HaWa . Semua customer aku hanya kaum wanita sebab aku hanya jual barang-barang yang wanita pakai :) .  Lens , handbags , pakaian , wallet , purse dan lain-lain .  Boleh add aku kat sini http://www.facebook.com/KedaiMukabukuHaWa kalau nak tengok album-album . Selain tu aku ada juga wat kerja lain , macam kerja sebarkan atau promote website Jobdirumah . Ha yang ni memang kena betul rajin , kreatif dan banyak bersabar . Setiap kali aku dapat wat jualan aku akan dapat komisen RM20 . Pastu kalau downline aku buat kerja aku akan dapat komisen RM5 . Huhu . Walau tak banyak dapat tapi alhamdulillah benda ni still rezeki , so bersyukurlah . Dan walaupun tak dapat tiap-tiap hari itu pun sudah memadai . Kalau berminat boleh layari website ni http://www.jobdirumah.com/jobkosong11.

Sampai setakat ni je perkongsian . Mudah-mudahan korg peroleh manfaat selepas baca post ni . InsyaAllah Amin :) Tata Wassalam .





17 June 2012

Batang Pokok Yang Tumbang Lalu Membengkok Untuk Selamatkan Kereta Seorang Ustaz

Bila baca tajuk memang nampak pelik dan timbul soalan: Macamana batang pokok itu boleh membengkok pula dengan sendirinya? Tapi bila Admin dah baca kisah di bawah nie baru la tahu, tiada apa yang boleh dikata kecuali ucapan Subhanallah dan Allahuakbar.

Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.

Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat.

Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.




Kepada pembaca samada hendak percaya atau tidak itu terserah anda. Bagi Admin kejadian seperti ini memang boleh berlaku dengan kuasa Allah SWT. Kisah-kisah seperti inilah kadang-kadang mampu membuat kita insaf dan teringat akan keagungan dan kebesaran Allah SWT. Sekian, wallahua’lam.

Credit to Dunia macam-macam (Alam Misteri) Facebook Page


Ayah / Abah / Bapa / Abi / Papa .... Selamat Hari Bapa ....



Kita pernah lewati negeri itu
Pohon asa tumbuh menghijau
Menghiasi halaman jiwa
Sedang awan harapan
Meneduhi hati nurani

Kita pernah senyum
Tanpa mengenal erti putus asa
Kalau adapun kesedihan
Sekadar musafir merempat
Datang dan pergi tanpa pamit

Kitapun pernah berlari
Tanpa kenal penat dan henti
Mengejar seribu mimpi
Lalu terhenti di kaki langit
Kalaupun ada tangisan dan airmata
hanyalah helah pendinding diri

Kini segalanya berlalu pergi
Bersama jiwa yang belum mengerti
Kita kini berdiri di bumi pijar
Membakar, melebur jiwa dan asa
Tiada lagi senyuman setia
Atau harapan yang meneduhi jiwa

Terkadang jiwa tersimpuh rindu
Pada negeri Inderaloka
Tersenyum melihat kehidupan
Ketika Jiwa Belum Mengerti

Ya, kita semua pernah melewati zaman kanak-kanak dengan seribu senyuman.
Jiwa kita begitu segar dan penuh harapan.
Tidak ada putus asa yang boleh mematahkan semangat dan keinginan kita.

Saya lahir dan membesar sebagai kanak-kanak miskin yang tak punya harta.
Kasut pun jarang ada dikaki tetapi kalau terpijak kaca terbelah
lebih seinci tidak rasa nak menangis apatah lagi nak report pada orang tua;
naik atas rumah cari kain buruk, balut dan main semula.

Saya tak pernah rasa hidup serba kekurangan bahkan tak pernah kecewa dengan kemiskinan. Mungkin kerana jiwa saya tumbuh dan membesar dengan penuh
kasih sayang dan pada umur begitu saya pun belum betul-betul mengenal erti kehidupan.

Keluarga saya menumpang dirumah saudara ayah saya yang terbiar
kosong bersama ibu dan adik beradik yang lain.
Ayah saya pernah bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur.
Hidup di setinggan dan tinggal di rumah yang hanya besar sikit dari bilik tidur saya hari ini,
disitulah masak dan makan, disitu pulalah tempat tidur.

Pernah, ketika cuti sekolah saya tinggal bersama ayah saya beberapa minggu.
Pernah juga ikutnya ketempat kerja (jadi kelendan).
Saya masih ingat ketika itu waktu makan tengahari,
ayah saya hanya belikan sebungkus nasi berlaukkan ayam goreng.
Ketika ayah saya hulurkan nasi itu ke tangan saya,
saya pun bertanya "Ayah tak makan ke?".

"Ayah kenyang lagi" Jawab ayah saya bersahaja.

Sayapun makan dan tinggal sedikit yang tak dapat dihabiskan.
Ayah saya makan nasi yang berbaki itu dengan alasan tidak mahu membazir.
Ketika itu saya baru darjah satu atau dua,
memang 'jiwa masih belum mengerti';
Kami keluar bersama diawal pagi dan ayah saya bekerja keras di tengah panas.
Tambahan pada masa tu,
lori pasir bukannya pakai tekan butang untuk tuangkan pasirnya tetapi
kena ceduk sikit-sikit isi ke dalam lori dan ceduk pula turun ke tempat yang dihantar,
tapi saya masih tanya soalan yang tidak masuk aqal itu.
Tetapi itulah jiwa seorang ayah,
segala kepayahan dan keperitan jiwanya disembunyikan sehingga
saya melalui kehidupan kanak-kanak penuh kegembiraan.

Pernah juga ayah saya bawa kami sekeluarga makan angin
di bandar Kuala Lumpur dengan lori pasir.
Ibu dan adik saya duduk di depan manakala saya dan tiga orang abang saya
duduk di bahagian belakang lori.
Kegembiraan kami bertambah apabila ayah saya mengumumkan, "Kita akan pergi Zoo Negara".
Saya memang suka tengok dokumentari berkaitan kehidupan haiwan.
Sampai di kawasan Zoo Negara ayah sayapun parking lori
serapat mungkin dengan pagar Zoo Negara,
kamipun mula mencari lubang-lubang untuk melihat haiwan yang ada di Zoo tersebut.
Saya masih kecil dan tak cukup tinggi hanya nampak sikit corak-corak pada
tengkok Zirafah (Itupun nasib baik Zirafah tu tak pendek macam saya juga).
Hampir setengah jam kami di situ, kami pun pulang dengan rasa puas.

Itulah sebahagian kehidupan zaman kanak-kanak saya,
cuma yang ingin saya kongsikan di sini ialah '
dari manakah datangnya kegembiraan dan kebahagiaan dalam
suasana kehidupan yang serba kurangan itu?'.

Saya tidak pernah sekalipun melihat ibu dan ayah saya bertengkar.
Saya tidak menafikan mereka pernah bergaduh tetapi mungkin
dibelakang kami anak-anak mereka.
Di depan kami, ibu ayah saya selalu tersenyum.
Ayah saya walaupun garang tetapi seorang yang kelakar.
Mungkin inilah yang menyebabkan jiwa kami kaya walau hidup serba kekurangan.



Kisah Mayat Membaca Surah Yasin Di Mekah



Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ. Sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.




16 June 2012

Tolonglah Jangan Sombong


Perhatian! Taktik Baru Pencuri & Perompak



Kes ini telah disahkan oleh kakitangan Shell di TTDI, yang berlaku di simpang seksyen 17, Petaling Jaya!

Baru sahaja menerima laporan kes ini daripada pasukan polis tempatan di Bangsar.

Ada taktik baru yang digunakan oleh para pencuri dan perompak & merebak ke PJ dan KL kawasan-kawasan lain.

Berhati-hatilah apabila ada penunggang motosikal menghampiri anda semasa anda sedang memandu bersendirian di dalam kereta.

Berkemungkinan, pencuri akan menyembur sejenis cecair pada tayar kenderaan anda dan seterusnya tayar anda akan mengeluarkan asap.

Apabila anda mengalami keadaan sedemikian, JANGAN PANIK! Cuba bertenang & JANGAN SESEKALI cuba berhenti dan meletak kereta anda untuk memeriksa apa yang sedang berlaku kerana ini adalah satu perangkap.

Sebaik sahaja anda keluar dari kereta anda, mereka mungkin akan merampas harta benda anda atau kereta anda atau mungkin menyerang anda.

Jadi, jika anda mengalami kejadian seperti ini, segeralah memandu ke tempat yang selamat di mana terdapat orang ramai, atau ke stesen minyak atau balai polis.

Jika terdapat kotoran pada kereta, gunakan air untuk membersihkan, itu sahaja.

Jagalah keselamatan anda sendiri, terutamanya kepada wanita di luar sana. Apa pun yang berlaku, JANGAN hanya berjalan keluar dari kereta anda! Ini merupakan kes benar yang telah berlaku baru-baru ini.

Kongsilah artikel ini kepada semua rakan-rakan anda & keluarga sebelum sesuatu terjadi kepada mereka.

*Gambar tiada kaitan dengan kes


Jom Kenali Biodata Ringkas Al-Quran





Nombor-Nombor Cantik Dalam Blog Ni

 


Ni lah keja aku di kala bosan. Huhu. Tapi sebenarnya agak teruja dengan nombor-nombor kat atas ni. Huhu. Walau angkanya tak sebanyak blog-blog lain yang hot tapi apa-apa pun tetap bersyukur. Terima kasih pengunjung semua, hope korang sentiasa peroleh kebaikan / manfaat / maklumat / ilmu pengetahuan yang berguna di blog ni. Amin :) Tata.




12 June 2012

Terima Seadanya Baik Buruk Pasangan Masing-Masing




Bagi siapa-siapa yang tengah bercinta dinasihatkan korang tak payah mengharap pasangan korang 100% perfect. Terima si dia dengan seadanya. Seandainya pasangan anda kurang matang, anda lah yang perlu bimbing dan ajar pasangan anda ke arah kebaikan. Anda juga sebagai pengajar haruslah bersabar dengan kerenah ketidakmatangan pasangan anda.

Di dalam percintaan anda perlulah tahu bahawa pasti akan ada masalah. Seperti kehidupan kita dengan insan-insan lain akan ada masalah, tak kisahlah dengan ibu bapa, keluarga, rakan-rakan mahupun orang tidak anda kenali langsung. Sebelum bercinta anda perlulah set dalam minda anda yang anda mesti kena kuat. Menjadi lumrah salah seorang dalam setiap pasangan yang berkasih mesti bersikap selalu menimbulkan masalah. Maka, anda yang bersikap dingin itulah yang perlu menyelamatkan pasangan anda.

Sebolehnya didiklah diri anda menjadi seorang yang tidak membesar-besarkan masalah yang kecil yang anda hadapi jika tidak maka gelaplah dan suramlah hari-hari anda. Kawal diri anda dari sifat marah, emosi, baran, ego dan sewaktu dengannya (Huhu) . Berusahalah sedaya upaya menjaga hubungan masing-masing agar sentiasa bahagia dan ceria. Pasangan kita umpama sahabat baik, teman hidup kita lagi-lagi kalau dah sah-sah jadi suami isteri tu.

Jangan selalu berfikiran negatif terhadap pasangan anda. Seperti kurang kepercayaan (melainkan terang2 penipu), cemburu buta (sampai makcik / pakcik jual sayur mengurat kekasih kamu habis kamu tibai), dan seberadik dengannya. Selain itu, buanglah sifat suka mengongkong pasangan anda (lagi-lagi belum sah jadi suami isteri tu) . Setiap manusia ada hak kebebasan masing-masing (tapi jangan over bebas pula eh macam sosial tahap hardcore - Bahaya2) .

Bagi pasangan merpati sejoli atau bagai bulan dibelah-belah (Huhu) . Korang dua orang sama tampan dan sama cantik , maka di luar sana anda mungkin berisiko dingurat atau digilai dengan  manusia-manusia yang tak faham bahasa walaupun  tahu korang bercinta. Maka dengan ini (skema gila ayat) korang kenalah saling percaya mempercayai, yang lelaki mahupun wanita kalau boleh jangan lah korang duk tayang-tayang berkeping-keping gambar muka /wajah / bentuk badan kat laman-laman sosial yang korang ada tu. Nak di pandang hebat atau apakah? Haa tanya diri anda.

Kalau boleh kecantikan (terutama aurat) yang ada pada diri kita ni tak payahlah duk tayang kat umum. Biarlah yang istimewa saja yang lihat (ni pun sebenarnya dah kira dosa tapi kalau nak bawa si pasangan tu ke jinjang pelamin tak dosa lah cuma jangan tenung lama-lama) . Setiap niat yang terlintas sepanjang anda melakukan sesuatu tu juga sebenarnya penentu kehidupan anda-anda sekalian. Kalau baik niat anda, maka Allah akan membalas dengan kebaikan. Jika niat anda salah, maka akan timbul lah masalah yang kita selalu tanggisi tu. Padahal sebenarnya salah diri sendiri. *Bunyi macam pernah kena je. Rahsia3 ^^

Bagi adik-adik yang masih bersekolah dinasihatkan supaya tidak bercinta di alam sekolah. Ini adalah kerana ia akan memberi kesan pada pelajaran adik-adik. Huhu. Ketika anda berada di alam persekolahan mata pelajaran yang anda pelajari bukanlah 1, 2 atau 3. Tapi banyak (aku tahulah aku pernah sekolah) . Silibus di sekolah tak seperti silibus di peringkat IPT. IPT silibus akan menjadi sikit dan semakin dikecilkan. Kita akan tumpu pada 1 bidang sahaja . Dengar eh nasihat akak :) . Kalau waktu dah di IPT si lelaki bolehlah cari bakal / calon isteri . Eh3? Ingat cari bakal isteri bukan awek / gila friend / seangkatan dengannya, buaya friend pun takmo2 eh. Takmo nakal-nakal ye adik-adik lelaki semua, adik perempuan pun sama . Jaga maruah , jaga percakapan , jaga pergaulan. Lelaki sebenarnya suka wanita yang lemah lembut, sopan, pendiam, bijak dan ..... segala yang ada dalam ciri-ciri wanita solehah. InsyaAllah.

Setakat ni sahaja perkongsian aku yang dah berumur 21 tahun (kalau dah masuk bulan Nov 2012) ni. Tua dah. Huhu. Undur  diri dulu sebelum  melebar I menulis. Pantang dapat menulis. Tata. Take care sume. Wassalam.


Wahidah BME 

Cara Yang Betul l Cara Yang Salah Menggunakan Komputer



Assalam . Ini info kesihatan untuk kalian semua . Terutama penggemar atau kaki - kaki online sekalian . Huhu . Moga bermanfaat InsyaAllah . Jangan lupa kongsi tau maklumat ni pada kenalan-kenalan korang .

11 June 2012

Saat Mereka Di Sana ... Kita Di Sini ...


Bila Dahi Bertemu Sejadah



Sebesar manapun dosa kamu terhadap Allah, jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya.

Allah tidak pernah berpaling dari kamu selama mana kamu tidak berpaling dariNya.
lantas teruslah kembali dekat kepada-Nya sekalipun sudah berpuluh kali kamu kecundang dengan nafsumu..

Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarikmu ke neraka,
bagaimana kamu boleh berputus asa untuk menikmati jalan2 ke syurga??

Renung-renungkan.




Kisah Nabi Lut & Kaumnya



Ramai dari kita lupa bahawa laut mati ada kisah yang harus menjadi tauladan pada kita, kisah dimana kaum lelaki suka pada lelaki. Kisah nabi Lut dan kaumnya ada dalam quran. Lihat surah Hud ayat 80, Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”.

 Kemudian Allah Utus Jibril untuk tengelamkan kota mereka, kesannya ada sampai hari ini, dan ini lah di namakan Laut Mati. Dalam surah Hud ayat 81, Allah utus Malaikat, maksudnya, “Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”

 Pelaksanaan Hukuman pada kaum Lut yang mungkar dan jahat, lihat surah Hus ayat 82, maksudnya, “Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

 Akibatnya Kota itu di tengelam 418m dari aras laut, Lokasi Laut mati ialah antara Jordan dan Tebing Barat. Kita kena sedar dan ambil iktibar dari kisah ini, jangan kita lalai kerana Allah maha kuasa. Jangan jadi macam kaum Lut yang homoseksual. Akhirnya mereka di tengelam begitu dasyat sekali.

 Laut Mati (Ibrani: ים המלח; Arab: البحر الميت) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan,kaum lut di tengelam di laut mati~~~

 Dalam Islam, Homoseks (hubungan seks antara LELAKI dengan sesama LELAKI) merupakan satu dosa yang besar. Lebih besar ketimbang zina antara lelaki dengan perempuan. Begitu pula dengan lesbian (zina antara wanita dengan sesama wanita).

 Dalam Al Qur’an Allah melaknat kaum Luth yang melakukan homoseks dan lesbian sehingga menyiksa mereka.

 “Ketika Luth berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun dari umat-umat sebelum kamu
 Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki (homosex), menyamun dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” [Al 'Ankabuut 28-29]

 SubhanAllah




Kebaikan Duduk Iftirash

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi ‘tekanan reflexology’ yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat ‘tekanan reflexology’ utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat, etc.

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
“Aku melihat Nabi Muhammad saw . Apabila Baginda SAW duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)…”  (Hadith Shohih Riwayat Bukhari)

Pengajaran hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama .
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith) .
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT .
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT .

Selamat beramal dan semoga bermanfaat .


Credit to Tegakkan Khilafah Islamiyah (Facebook Page)







09 June 2012

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
2. Pendendam
3. Hasad dengki
4. Bakhil
5. Tamak
6. Tidak sabar
7. Ego
8. Riak
9. Cinta dunia 




Wahai Para Wanita, Tahukah Anda Bahawa...



(1) Semakin banyak pandangan lelaki yang tergila denganmu semakin bertompok pula dosa-dosamu .

2) Semakin sang lelaki menghayalkanmu, semakin berhasrat denganmu maka semakin bertompok pula dosa-dosamu.

(3) Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau lebarkan secara sembarangan tidak akan ada
pertanggungjawabannya kelak ! . Boleh jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari . Apalagi keelokan tubuhmu .

(4) Bayangkanlah betapa bertompok dosa-dosa para artis dan penyanyi yang auratnya ditayangkan
di hadapan ribuan . Bahkan jutaan para lelaki ?

(5) Jika anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu . Maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin molek di surga Allah .

(6) Akan tetapi jika anda tayangkan kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan di makan dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat juga di akhirat kelak . Boleh jadi berubah menjadi bahan bakar neraka jahannam !

Nauzubillah min zaliq .


Credit to AKU BENCI DEDAH AURAT DI LAMAN SOSIAL (Facebook Page)




08 June 2012

Ramai Lelaki dan Wanita Mampu ...

Perempuan :

Ramai WANITA mampu memakai AKSESORI yang
berat berat , tetapi mereka tidak mampu memakai
TUDUNG yang Ringan untuk menutup aurat.


Lelaki :

Ramai LELAKI yang mampu ANGKAT BERAT di gym , tetapi
TIDAK RAMAI lelaki mampu ANGKAT TAKBIR solat berjemaah di masjid.


Credit to AKU BENCI DEDAH AURAT DI LAMAN SOSIAL (Facebook)










KenanganBercutiDiKampungSarawak - 24 May 2012

Semalam, semalam hari yang letih . Pulang dari kerja terus kemas beg pakaian sendiri dan tolong abah apa yang patut . Kami sekeluarga balik terpaksa balik berasingan . Terbahagi kepada dua kumpulan . Hahaha . Bunyi macam lawak je . Abah , Mak , Wasie (Abang) dan Aku balik hari ini . Sementara Kakak , Adik Wanema , Witri dan Wafiq balik kemudian iaitu pada tarikh 26 May nanti . Oleh kerana tarikh 24 May ni bertentangan dengan paper last mereka terpaksa lah abah beli tiket lain . Huhu .

Tiket yang dah di booking dari tahun lepas ni abah beli dengan harga promosi . Alhamdulillah sekali lagi dapat pulang ke kampung kelahiran Mak dan Aku . Huhu . Tak sabaq tak sabaq . Very excited u know (sambil wt muka batak) . Actually bulan Disember masa tu kami sekeluarga pernah balik emergency disebabkan kami dapat berita yang Atuk kesayangan kami sakit tenat . Aku pun ingat sakit biasa -biasa masa tu . Last minute baru aku dapat tahu Atuk dah lama sakit . Lama sangat kami tak pulang kampung atas sebab-sebab tertentu . 

Tapi apakan daya , penyakit Atuk tak dapat sembuh juga dan Atuk pergi buat selama-lamanya . Sangat sedih sebab dah lah kami lama tak jumpa Atuk . Harap Atuk tenang di sana . Harap sangat-sangat +_+ . Amin InsyaAllah . Nenek tinggal dengan Pak Cik saudara aku sekarang , nasib baik rumah Mak Cik aku dekat dengan rumah nenek boleh lah jenguk-jenguk nenek . Nenek pun pandai berdikari , aku respect nenek aku . Masih kuat ke kebun sampai lah sekarang . Moga nenek sihat selalu . Amin :) .

Pukul 9 pagi kami bertolak meninggalkan rumah , masa tu tinggal Adik Wafiq . Dia sekolah sesi petang , huhu . Kesian dia tinggal sorang-sorang . Alhamdulillah perjalanan selamat sampai ke Lapangan Terbang LCCT tu (entah betul ke idak) . Sebelum tu Abah ada singgah rumah sahabat baik dia , then Pak Cik Ishak naik sekali dengan kami . Dah sampai situ Cik Ishak ambil kereta abah . Simpan sementara kami bercuti . Huhu .

Rasa bila 4 orang je balik macam lain pulak . Tak seriuh balik ramai-ramai . Huhu (Rindu adik-adik sebenarnya) . Oleh sebab  kami tersampai awal , maka tunggu lah kami lama-lama sikit kat airport ni . Tapi tak dak masalah pun . Huhu . Takut perut lapar , aku standby beli pau 4 biji . Semua dapat sorang satu . Alolo tomey je tengok mak dengan baju dia . Huhu , macam anak dara dah mak aku . Aku dengan abang aku berdua (hahaha) merasa sekejap macam mana ada dua beradik je . Best juga cuma sunyi sikit sahaja . 

Flight sepatutnya 11.45 pagi tapi depa delay . Lambat setengah jam . Takpe lah asalkan tak batal wahahaha . Nak naik tu langsung tak dak masalah . Sedap-sedap dah duduk tiba-tiba abang tu suruh tukar tempat duduk pula dah . Hahaha . Amboi3 . Duduk sahaja lah . Oh ! Rupa-rupanya aku duduk dekat sebelah pintu kecemasan . Kanak-kanak dan orang tua tidak dibenarkan duduk dekat dengan pintu kecemasan . Patut le . Ha ... Tak kisah pun asalkan dapat duduk tepi tingkap . Hahaha . Cuma sedih sebab terpisah dengan Mak dan Abah . Duduk sebelah Wasie (Abang) . Oh ! Alamak pau ada kat Mak . Em lapar la aku nanti . Kalau no choice terpaksa lah membeli makanan AirAsia yang mahal tu . Wakaka .

Ha sangat teruja dan batak dengan pemandangan yang cantik dari dalam flight . Huhu . Subhanallah banyak kali dalam hati . Tak lama lepas tu aku beli makanan , mamam dengan Abang Wasie kte . Hihi . Sedap memang sedap , harga pun sedap juga . Sebab lapar aku malas nak fikir harga . Sekejap je penerbangan ke Kuching 1 Jam 45 Minit ,  tapi boleh tahan seronok juga sebenarnya . Sampai gegendang telinga nak meletup sebab duduk dekat sangat dengan enjin . Wahahaha .

Sampai ja Airport Kuching dah selesai semua kerja , kami naik kereta Pak Cik kami . Namanya George , dia memang harapan kami untuk ambil hantar kami ke Airport . Huhu . Ada singgah dekat Pasar Serian . Mak dan Abah borong beli lauk untuk dimasak dan sayur-sayur . Lepas membeli teruskan perjalanan . Masa kami sampai di Airport Kuching tadi dalam pukul  2 Petang macam tu . Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah kampung kami pada pukul 4 Petang lebih . Haa . Rasa macam baru je lagi mai kampung ni .




Salam nenek dan angkat barang masuk ke rumah . Uhh sangat letih macam seolah-olah aku yang drive . Huhu . Mak sibuk kemas bilik ,  aku tolong abah memasak kat dapur . Ohh letih3 . Petang-petang sikit hujan yang di iringi guruh pun mai . Tak lama sikit lepas tu pappp! Lampu terpadam . Blackout 1 kampung maaa . Lama juga , sampai malam . Aku tertidur sampai lah malam , al maklum lah ABC kan . Sedap juga tidur kat kampung . Malam-malam kuarkan laptop try online . Huhu . tak sangka boleh online . Hihi . Best3 . Aku sentiasa menanti kepulangan Kakak dan Adik2 aku huhu .


Bersambung ...