31 July 2012

Abby Abadi Ditamatkan Kontrak

Assalam.

Selamat beribadah di bulan Ramadhan semua. Hope sentiasa dalam keberkatan Allah SWT. Kita tengah dalam peringkat KEBERKATAN 10 hari di tengah bulan mulia ni. Jom berusaha untuk dapatkannya.

Wah! Dalam bulan mulia macam ni pun ada cerita-cerita hot juga. Kiki. Mungkin semua terjadi ni banyak hikmah yang baik untuk kedua-dua pihak. Dalam page ni ada bukti yang berkaitan dengan cerita ni KLIK SINI . Nak kongsi je kat korang. Senang nak buat pencarian. Komen aku pasal isu ni, tindakan syarikat tudung tu sangat tak professional dan silap langkah boleh dianggap tidak menyokong agama sendiri. Hanya disebabkan Abby Abadi join parti politik yang memperjuangkan agama Allah, pihak mereka terus mengambil langkah menamatkan kontrak Abby Abadi untuk 'kebaikan' company dorg.

Kalau betul atau benar Abby Abadi menurunkan atau menjatuhkan atau merugikan perniagaan company dorg, sepatutnya kemukakan lah bukti kerugian syarikat dorg. Bukan pakai tibai ja. Aku sendiri pun tak tahu Abby Abadi tu duta untuk produk dorg. Kaka. Ehh kalau ada rezeki tak ke mana lah, bukannya takut orang tak beli tudung korg. Patutnya kau lagi takut apa yang bakal kau dapat lepas dah hentikan kontrak Abby yang dah berhijrah ke arah kebaikan tu.

Alamak terover pula. Sory. Ni komen saya je. Semua orang ada hak bersuara, asalkan tak maki ke caci ke hina ke kat mana-mana pihak. Huhu. Apa-apa pun moga jualan tudung syarikat korg laris lepas dah hentikan kontrak Abby Abadi tu. Kemukakan juga bukti haaa gitu .. Abby Abadi pula teruskan dengan apa yang nak dilakukan. Asalkan tak lari dari landasan Islam ajarkan. Kepada mulut-mulut puaka yang suka menokok tambah cerita kedua-dua pihak ni, udah-udah lah tu. Kiki.

Selamat menjalani ibadah puasa. Kurangkan negatif, tingkatkan positif dalam hidup seharian anda. Daa. Wassalam :)


Apa yang pasti menutup aurat tu lebih manis. Lagi-lagi bulan mulia camni :)



No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO