13 August 2012

Cerita Terbaru Neelofa ( Ditegur Oleh Datuk Yusof Haslam)

Jom baca :)

Amir iaitu pengurus pelakon jelita Neelofa dikhabarkan meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berkaitan tersebarnya berita tentang Datuk Yusof Haslam menegur Neelofa supaya ‘Jangan Lupa Diri’. Nama pelakon filem Azura, Neelofa sekali lagi terjejas dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Memetik laporan gosip sebuah akhbar yang disiarkan hari ini, perkara ini tercetus apabila Yusof, Pengarah Urusan Skop Productions mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.
Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu. Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.






No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO