15 September 2012

Semester 6 Part 3

Bismillah

Hari ni berehat panjang aku dalam bilik ni. Banyak perkara yang tak dijangka semester ni. Contohnya, minggu lepas aku dapat tahu kami pelajar yang ambil subjek Makmal Kejuruteraan I dan II pergi ke UTM Jalan Semarak pada tarikh yang sama. Sebelum ni pihak UTM asingkan tarihk kami ke sana.

Apa-apa pun aku happy ngan berita yang tak disangka-sangka tu. Boleh lah ada kenangan manis dengan budak bilik aku merangkap junior kos aku. Huhu. Termasuklah sahabat rapat aku Dira. Hee. Ktorg janji duduk bilik sama. Kui kui.

Aku cuma berharap Makmal kali ni aku dapat buat yang terbaik dari Makmal sebelum ni. Walaupun comform-comform akan dapat gred A. Kiki. Kalau buat lebih baik mesti dapat A+. Huhu. Tapi sangat susah nak dapat gred tu. Huhu.

Sejujurnya aku tak bersedia lagi nak g Makmal II ni. Sumenye sbb masih terkejut dan tak sangka. Bayangkan dapat tahu nak ke Makmal II seminggu sebelum nak g sana. Huhu. Lawak pun ada. Kadang-kadang duk termenung dan bertanya 'Betol ke minggu depan nak g dh Makmal II ni?' Em.

Selamatlah budak bilik aku ni ada. Naik kan lagi semangat aku. Haha. Tah pape ntah. Org kena lah semangat sbb nak blja. Yela yela. Aku rindukan suasana Kolej Kediaman Kedua tu. Memang terbaik. Aku rasa kalau ada anugerah hostel terbaik, hostel tu la yang aku bagi tahkta. Kaka.

Sem ni sem terakhir aku menuntut ilmu sebagai pelajar IKIP under UTM. Aku harap yang terbaik aku dapat lakukan. Nak kumpulkan kejayaan dan kenangan buat kali terakhir sebagai pelajar. Aku tahu lepas ni aku akan rindukan suasana jadi seorang pelajar.

Sem akhir ni banyak juga dugaan bertubi-tubi timpa. Tapi takpa, aku tetap sedar siapa aku di sisi Allah. Semua yang terjadi tu mungkin penebus untuk dosa-dosa aku pada Dia andai aku terus sabar dan kuat. InsyaAllah. Thanks kepada sesiapa yang still trust aku.

Aku jadi terus teringat masa silam aku bila sesuatu yang buruk menimpa aku. Masa silam juga lah sebenarnya penguat untuk aku bangun dan teruskan hidup yang penuh dengan kepedihan ni. Thanks Allah. Still bagi aku peluang ingatkan Engkau. Maafkan aku sebab selalu ulang kesilapan aku.

Semoga cahaya dan jalan yang benar kembali lagi dalam hidup ini. Aamin InsyaAllah :)







No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO