14 October 2012

Bobok Lewat

Macam ni lah gaya nya kalau buat kerja last minit. Wahaha. Semalam aku tidur lepas solat subuh, siapkan assginment. Dapatlah ilmu untuk segala anak cucu cicit Ujian-Ujian Batu Baur & Ujian-Ujian Bitumen. Kiki. Alhamdulillah dah setel. Ingat kul 5.30 pagi dah siap tu terus nak tidur. Tapi.. rasa macam tak selesa la pula badan ni. Masuklah bilik  air.




Si membe aku ni dah lelap dah, lampu bilik aku pun dah tutup. Dalam bilik air tiba-tiba aku dengar bunyi azan subuh. Haaaaa.. Ni nampak sangat tak bagi aku tidur ni. Takut terlajak tak bangun subuh. Apa lagi, laju-laju aku kuar untuk amik towel.

Fuhhh sejuknya air kemain lagi. Segar je rasa badan ni. Harap-harap ada la lemak yang pecah (ce baca post ni TIPS SIHAT NABI SAW) . Lepas mandi dengan gigil aku siap untuk solat subuh. Haaa lega dah buat ibadah.

Aku terpaksa juga tidur lepas subuh. Ecehhh ayat macam tak biasa pula tidur lepas subuh. Kaka. Dah siapa suruh gatal-gatal buat kerja last minit. Amik kau ! Hee. Walau apa pun perjalanan menyiapkan tugasan akhir sem ni masih jauh lagi walaupun final exam nak hampir.

Ni perkara biasa. Bagi tugasan pun lewat. Memang siap pun lewat la. Nak nya bagi masa kami tengah bz. 'Aah memang lambat le siapnya. Kecuali satu subjek ni, memang tugasan bagi dah lama cuma tugasan tu jenis hard core, maka agak lama tempoh untuk menyiapkannya. Hee (sengih tanpa segan) .

Kalau aku baik hati, maybe aku akan kongsi tugasan aku tu kat sini. Untuk generasi junior-junior meng'copy'nya. Tak payah lah korg susah-susah cari satu-satu kat tenet. Perghh memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hee. Nama pun kos engineering. Kesabaran amat diperlukan.

Ok sampai sini kisah merepek aku. Tata. Selamat beribadah. Wassalam :)




No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO