01 October 2012

Last Moment Lab II

Bismillah

Sekejap dah masuk bulan Oktober. Fuhh seminggu lepas dari 17 September until 25 September aku pergi Makmal Kejuruteraan II kat UTM Jalan Semarak. Penginapan kami kat Kolej Kediaman Siswajaya. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

InsyaAllah akan datang kalau aku rajin aku upload picture-picture kenangan. Pengalaman yang sangat best, walaupun semester lepas aku dah pernah pergi. Tapi tak sama macam semester ni. Sebabnya meriah sikit, budak sem 5 merangkap budak Makmal I pun join sekali. So tak la sunyi rasa hati. Tettt. Sebenarnya seronok sebab budak bilik pergi sekali. Kaka.

Ok. Balik ke Kuantan bertolak after maghrib naik bas semput Pak Wan haha. Kecoh dalam bas tapi keadaan masih terkawal. Tahap kesabaran still ada lagi. Sila jangan terasa lebih-lebih sape yang memekak tu. Nak terasa pun boleh juga sebab mengganggu ketenteramanku. Gurau je :P

Rasa berat hati tinggalkan hostel KSJ tu. Entahlah walaupun baru je duduk seminggu lebih. Aura duduk kat IPTA tu Tuhan je tahu. Semua aku simpan dalam kenangan. Dalam perjalanan sampai lebuhraya nak masuk genting pergghh bas semput la pulak. Almaklum la penumpang full + pula dengan barang-barang kami yang gaya sebulan nak duk hostel tu. Kiki.

Bas sampai terhenti masa nak naik bukit. Memang panik tapi berlagak jela cool. Hope sangat-sangat masa tu takde kenderaan yang membabi buta merempuh bas kami yang terlebih muatan tu. Hihi. Fuhh akhirnya boleh hidup balik enjin bas, jalan cam biasa.

Sampai temerloh berhenti kat tempat rehat. Lapar memang lapar masa tu, siap ada aku bungkus nasi berlauk lagi cuma malas la nak makan atas bas. Aku beli la roti & makanan ringan apa yang boleh disumbat dalam mulut. Lapik perut. Bergambar-gambar then bas teruskan perjalanan.

Dalam kul 11 lebih kami sampai depan hostel pelajar perempuan Casa Perindu a.k.a SPS . Hujan lobat, kuyup den ngan kawan-kawan. Apa-apa pun memang semua ni best & kenangan sangat-sangat. Huhu. Ok, esok pagi kena pergi UMP budak last sem. Ada ceramah pasal IBS. Memang betol-betol dugaan ni. Redho :D

Pulanglah kami dengan selamatnya. Alhamdulillah. Thanks Allah :)






No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^