12 October 2012

Makan Punya Cerita

Bismillah

Salam Jumaat semua :)

Huhu. Saat ini aku rasa macam nak termuntah. Hahaha. Aku sebenarnya tak boleh bau makanan yang sama aku makan tadi. Ni penyakit aku. Kalau kat umah bila ada sesiapa yang lambat makan dari aku comform aku akan rasa tak sedap bau kat hidung. Hahaha. Memang pelik. Itulah aku. Banyak sangat nak muntahnya.

Ada juga lagi satu sebab nape aku nak termuntah. Keadaan tu bila mana aku makan sesuatu bersama minuman bersusu. Kiki. Contoh. Nasi goreng + milo panas. Hahahaha. Bengong. Tapi hakikat. Siapa lama dah rapat ngan aku mesti tau penyakit aku ni. Huhu.

Cara nak elak muntah tu terkeluar aku minum air kosong laju-laju. Hahahahaha. Tadi makan lauk nasi putih + ayam kurma + sayur + daging goreng kicap (curi lauk daging kawan punya :P) . Fuhhh kenyang walaupun nasi sikit. Aiyoo. Semua tu berharga RM4 tak termasuk dengan lauk daging. Kawan aku punya sama macam aku tapi plus ngan daging RM6. Hahaha. Mahal nak mampos!

Aku pernah snap satu gambar makanan aku beli kat sebelah. Nasi putih + daging, semua berjumlah RM4 tunai. Meroyan aku. Daging memang mahal eh? Fuhhh kalau mahal pun bagi aku RM3.50 pun ok. Tu aku menyampah duk Kuantan area hostel aku ni. Nak mahal-mahal pula la makanan kat student. Cian tau kami :( So, kepada pembaca yang bakal sambung belajar kat Kuantan nanti beware la eh dengan area Kuantan ni. Maaf Kuantan :P .

Ok setakat tu je gosip aku hari ini. Hahahaha. Selamat beribadah semua. Jangan nakal-nakal tau. Daa. Wassalam :)


Mau? Meh RM4 :P



No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^