13 October 2012

Mimpi Seram Lagi



Aku masih teringat-ingat lagi mimpi aku semalam. Hee. Lawak pun ada. Sebab hantu tu aku nak bunuh tapi tak mati-mati pun. Liat betoi.

Situasi..

Kami sekumpulan kawan, dalam 6 orang. Yang pasti semua budak bilik aku ada. Kami jalan-jalan tiba-tiba ada sorang budak perempuan ni. Besar dia macam budak skola rendah. Dia nak sangat ikut kami. Sekali ikut-ikut rupanya budak ni hantu. Jeng jeng jeng. Hahaha.

Kami naik kereta, budak tu pun follow sekali. Amboi duk sebelah aku lagi. Aku dalam situasi tu memang panik. Yelah aku pun takut hantu. Hahaha. Budak tu pulak memang takmau lepaskan aku, melekat tangan dia ngan tangan aku. Muka dia seram, mata tak lepas pandang aku. Nk gigit org pun ada budak tu. (Sebenarnya semalam bdk bilik ada cte psl cerekarama cte psl sorg bdk saiko ni, mak dia salu dera dia. Bapa dia salu amik duit mak dia utk beli dadah. Kiranya mak dia lepaskan kemarahan kt dia, bla bla.. :D )

Kuat sangat dia pegang tangan aku. Yang lawaknya dalam mimpi aku tu. Kereta yang kami bawa lebih kurang macam kereta Exora kot, ala macam (garu-garu kepala nak ingat) . Yang pasti ada 2 bahagian tempat duduk penumpang belakang. Aku duk tengah-tengah. Apa yang lawaknya bahagian yang belakang tu terbelah tapi tak terpisah.

Sebab apa terbelah sebab aku ada idea nak buang hantu tu kat jalan. Biar dia jatuh sebab menyusahkan aku nak bebas. Hahahaha. Last-last memang berjaya lepaskan dia. Lawaknya lagi bila hantu tu kena lenyek ngan kereta bahagian belakang dia tak berubah sifat. Still sama. Pastu kalih ke situasi lain.

Mimpi aku bersambung ke situasi satu bangunan. Masih keadaan seram. Hahaha. Pastu aku lupa dah.. Sampai sini jela. Entah orang faham ke tak. Standard mimpi la memang merepek. Bila ingat asyik nak tergelak ja aku.

Kalau nak tau aku memang akan mimpi tiap kali aku tidur. Memang langsung tak pernah tak mimpi. Haha. Apa-apa pun tu semua mainan tidur :) Selamat bercuti semua. Tata. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO