06 October 2012

Tempat Pertama Kali Mak dan Abah Bertemu



Suatu masa dahulu. Ecehhh ayat. Mak pernah keja kat shell ni. Ni kat bandar Kuching Sarawak. Abah pula masa ni dia bertugas sebagai polis hutan kat Sarawak. Kiki. Mak memang cantik masa muda. Abah pun tampan masa muda. Masa belek album lama-lama, aku suka tengok lama-lama muka mak & abah masa kami kecil-kecil dulu.

Yang snap picture atas ni tak silap kakak aku kot ke aku. Aku pun lupa. Masa ni kami balik bercuti kampung halaman kat Tebedu Serian pertengahan tahun 2012. Kami jalan-jalan jap kat Kuching. Abah pun offer nak bawa kami kat lokasi ni. Sebab aku gatal-gatal tanya pasal kisah mak & abah muda-muda dulu. Sweet :)

Selain singgah Shell ni kami ada pergi ke lokasi rumah lama kami. Orang panggil dulu Kem Batu Kawah. Dulu hanya rumah papan yang berwarna biru (warna PDRM) . Masa duduk rumah tu aku kecik lagi, setahun camtu. Tomey je :P  Tak caya mai umah tengok album. Kiki.

Ok sekian. Nak sambung wat assignment dulu :) Wassalam.




No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^