24 February 2012

Jom Tengok Cte 3 Idiots

Assalamu'alaikum

Housemate aku telah promote aku tgk cte 3 Idiots awal tahun 2012 ni . Aku rasa ramai juga yang dah tengok sebab dengar cte TV dah pasang . Kat Astro  Box Office pun dah tayang . Ada sedikit ketinggalan  la aku . Haha . Xpe , ketinggalan tengok cte je pun . Cte tu memang best sangat ! Aku suka , cte yang ceria , penuh pengajaran , dan sangat lawak . Pengisian yang merangkumi kehidupan manusia , maksud aku macam cte tentang keluarga , kawan-kawan, cinta, belajar, kerjaya dan banyak la lagi . Korang yang tak tengok lagi try lah tengok . Tengok sekali nak lagi =)

All izz well . Comel sangat ayat ni, like it . Kat bawah ni aku sertakan babak2 dalam filem ni dan tak lupa sangat2 pemandangan2 cantik kat daerah Ladakh di India dalam filem ni . Cte ni dah la best, pemandangan pun best . Terbaik lah . Ok layan 



Apa lagi. Moh le kte tgk ramai2. Wassalam.


21 February 2012

Sampan Terapung




Betapa jernihnya airnya sehingga sampan tersebut nampak seakan-akan terapung di udara . Subhanallah , indahnya ciptaan-Mu .


19 February 2012

Masa Yang Sesuai Untuk Minum Air

Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR 
Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman


Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN 
Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan

Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI 
Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR  
Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur




Minta izin kalau nak COPY ^^
Wahidah BME

11 February 2012

Perjalanan Menuntut Ilmu

Semester 5 . Tak sangka dah sampai ke angka 5 ni . Sekejap masa berlalu . Tanpa sedar dah 2 tahun belajar dan menuntut ilmu di bandar Kuantan Pahang ini . Kuantan terkenal dengan keindahan alam semulajadi . Tempat belajar yang berhampiran dengan laut , terkadang jika ada kelapangan menjengah sebentar untuk merasai angin laut yang menenangkan .




Jika terlampau sibuk dengan hal duniawi hampir terlupa kecantikan alam yang dicipta oleh-Nya ada di depan mata iaitu laut yang membiru  dan menenangkan . Tamat kelas , ohh terasa lega tetapi belum lepas lagi  beban . Menunggu sehingga berjam-jam bas untuk sampai ke destinasi yang sangat disukai pelajar seperti kami iaitu asrama . 

Ya Tuhan . Benarlah kami ini lemah sebagai hamba-Mu yang berdarah muda ini . Asyik dengan kemalasan , asyik dengan kelekaan , asyik dengan rungutan . Ya Tuhan , terkadang terfikir begitu banyak dosa yang tertanggung . Sedarkanlah , dan sedarlah wahai insan . Sungguh , ingin juga menjadi seorang yang bersyukur . Moga tercapai suatu hari nanti .

Kejuruteraan Awam . Ini yang telah dipelajari sejak 5 tahun yang lalu , moga ia tersemat di dalam diri untuk dimanfaatkan di suatu hari nanti . Benar , bukan mudah untuk menuntut sesuatu ilmu apatah lagi mengusainya . Sangat perlukan kekuatan dan keyakinan diri yang tinggi . Sangat berharap moga peroleh kejayaan untuk bekalan di masa depan .




Pensyarah yang tak putus2 keringat menyebar , mengajar dan berkongsi ilmu untuk dan demi pelajar2 yang di sayangi . Wahai pendidik , sungguh tabah hati2 kalian melayan kerenah kami . Moga Allah memberi kekuatan pada kalian dan moga kalian peroleh barakah dari-Nya . Amin Ya Rabb . Andai ada kesilapan sepanjang menuntut ilmu maafkan dan ampunkan kami . Andai tidak dapat memberi yang terbaik maafkan kesilapan dan kelalaian ini . Halalkan ilmu yang telah diberi .

Mak dan Abah sentiasa mengiringi perjuangan ini juga keluarga iaitu adik beradik yang dikasihi . Memberi semangat yang takkan berhenti . Doa untuk kalian tak pernah dilupai , walau jauh di pandangan tapi kalian tetap ku kenang dan ingati . Tak lupa juga kekasih yang ku cintai , sejak bertemu telah kau ajar erti mensyukuri atas nikmat yang aku perolehi . Sedar dan insaf susah berpanjangan tetapi kau tak jemu menasihati , menuntut ilmu lah dengan seikhlas hati . Kekasih ku yang dicintai , jangan kau bersedih hati . Akan ku kumpul bekalan ilmu semampu boleh untuk asuhan  zuriat kita nanti , moga mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat nanti . Terima kasih untuk kalian .

Hidup zaman muda ini sangat berat dugaan . Ya Tuhan , hanya Engkau tempat yang tepat untuk mengadu segalanya . Sungguh aku rindu kehidupan yang lama . Kuatkan aku sehingga habis perjuangan menuntut ilmu di sini . Moga Engkau permurahkan rezeki , untuk aku dan dia bersama bersatu . Untuk aku terus kuat bersamanya meneruskan perjalanan menuntut ilmu di dunia ini , untuk bekalan di sana kelak . Makbulkanlah Ya Illahi , Amin Ya Rabbal'amin .





Wahidah BME