08 May 2012

Al Kisah Tentang Mona Fendi



Assalam.

Hai semua. Tengah duk update stok item2 dalam FB Kedai Mukabuku HaWa aku tiba2 teringin nak log in Cari Forum. Lama dah tak buka. Hihi. Aku suka baca thread pasal Misteri, Paranormal & Sakti, kiki. Gatal aku ni, tak lah berani sangat tapi suka baca kisah2 alam ghaib. Sekadar pengetahuan dan ingin tahu tak salah. Makhluk Allah SWT juga jin dan syaitan ni. Yang penting hanya Allah SWT je kita semua kena takut, kan3? Ok aku nak kongsi pada korang link tajuk pasal Mona Fendi. Jom2 baca kalau siapa2 yang bosan. Asyik FB, Twitter n segala jenis laman sosial je korg usha. Usha la sekali sekali pengalaman2 manusia2 lain. Hee. Daa. Selamat membaca.

Klik sini  kalau nak baca cerita tentang Mona Fendi.


06 May 2012

Nikmat Mandi



Wah! segarnya badan setelah mandi! Mandi memang baik untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai manusia yang normal, kita digalakkan untuk mandi tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan lewat petang. Ingin tahu apakah kelebihan anda peroleh jika anda mandi? Teruskan membaca!

Menghilangkan Stress
Kajian telah membuktikan bahawa mandi bukan hanya membersihkan diri daripada kotoran tetapi juga boleh menjauhkan stress. Mandi dengan air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan paras gula dalam darah. Suhu yang digalakkan untuk mandian ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Mengeluarkan Toksin Dari Badan
Mandi dengan air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius akan membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Ia juga dapat menurunkan peningkatan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Tempoh yang disarankan mandi ialah selama 10 hingga 20 minit.

Meredakan Selesema & Sakit Kepala
Normal bagi seorang manusia mengalami masalah selesema dan sakit kepala. Tahukah kamu, ia juga dapat diubati dengan mandi? Caranya adalah dengan merendamkan kaki ke dalam air panas bagi membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Caranya, masukkan air panas secukupnya di dalam sebuah bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titis minyak aroma terapi seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah itu, bilas badan dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Menyembuhkan Jangkitan Kulit
Ramai yang tidak tahu kaitan di antara mandi dan kulit. Sebenarnya mandi boleh membantu beberapa penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal. Ia boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bikarbonat) yang bertindak sebagai antiseptik ke dalam air mandian. Kamu hanya perlu mengisi air ke dalam bekas mandian, tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Kamu digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Memudahkan Tidur
Ada sesetengah individu yang mengalami masalah gangguan tidur ataupun insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, mandi merupakan terapi yang bagus untuk mengurangkannya. Rendamkan kaki ke dalam air yang dingin. Selain masalah insomnia, ia juga berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit. Pendek kata, mandi memang digalakkan. Oleh itu, ayuhlah kita mandi!


Sumber - Majalah REMAJA

Jom Kempiskan Perut

Memiliki perut yang kempis dan kurang berlemak pasti menjadi idaman setiap gadis. Pastinya kamu sedang memikirkan cara untuk mengempiskan perut tanpa perlu berpeluh. REMAJA ada tip yang berguna. Bancuh air teh kosong tanpa bergula pada setiap hari. Ya ! Tanpa gula. Kemudian perahkan limau nipis ke dalam air teh tersebut. Minum setiap pagi dan hasilnya amat menakjubkan sekiranya kamu sering mengamalkan tip ini. Akan tetapi tip ini tidak sesuai bagi kamu yang mengalami masalah gastrik. Jadi, selamat mencuba!


Sumber - Majalah REMAJA






Buah Naga Kaya Segala Segi

Buah naga mempunyai khasiat yang baik terhadap kesihatan manusia. Ia boleh melindungi kesihatan mulut, menyeimbangkan kadar gula dalam darah, mencegah kanser usus, mengurangkan kolesterol, mencegah pendarahan dan mengubah masalah keputihan. Secara umumnya, pakar-pakar kesihatan bersependapat dan mengakui bahawa buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan yang diimport.


Sumber - Majalah REMAJA



Rempah Bakar Kalori




Dalam sebuah kajian yang dilakukan, penggemar makanan berempah boleh berdiet melalui makanan yang diambil. Rempah mampu membakar kalori sehingga 25 peratus sehari berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Ini adalah kerana rasa pedas yang terkandung di dalam lada putih mempunyai peningkatan haba yang boleh mempengaruhi kadar metabolisme. Ia juga dapat membina kepanasan ketika proses pencernaan dan membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat.


Sumber - Majalah REMAJA




Kekuatan Jagung

Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Selain itu, ia boleh mengurangkan atau menurunkan tekanan darah serta melawaskan pembuangan  karbohidrat yang memberi tenaga kepada tubuh kita. Seterusnya, ia juga sesuai dijadikan makanan ketika anda berdiet kerana dengan ada sifatnya yang bebas daripada lemak., kolesterol, dan rendah kalori. Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada secara dikukus, direbus atau dibakar, ia membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asad ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.


Sumber - Majalah REMAJA




Kaitan Timun Apabila Makan Sate



Sekiranya kamu menjamah sate, jangan sesekali mengabaikan timunnya. Ini kerana semasa pembakaran sate, ia akan menghasilkan karbon yang boleh mendatangkan kesan karsinogen iaitu suatu keadaan yang ada kebarangkalian boleh mengakibatkan barah. Dengan menjamah timun, ia akan membebaskan karbon daripada tubuh kerana timun bersifat anti-karsinogen. Bertindak sebelum terlambat. Selamat menikmati sate dan timun.


Sumber - Majalah REMAJA

Khasiat Secawan Coklat Panas





Secawan kopi, teh atau minuman coklat? Minum secawan coklat panas adalah lebih baik kerana ia mengandungi antioksidan sehingga empat atau lima kali lebih banyak berbanding secawan teh. Sambil itu, nikmati secawan coklat panas bersama satu atau dua keping biskut gandum untuk mendapatkan sumber serat. Inilah sarapan yang paling ringkas dalam masa yang sama ia cukup mengenyangkan.


Sumber - Majalah REMAJA