31 July 2012

Abby Abadi Ditamatkan Kontrak

Assalam.

Selamat beribadah di bulan Ramadhan semua. Hope sentiasa dalam keberkatan Allah SWT. Kita tengah dalam peringkat KEBERKATAN 10 hari di tengah bulan mulia ni. Jom berusaha untuk dapatkannya.

Wah! Dalam bulan mulia macam ni pun ada cerita-cerita hot juga. Kiki. Mungkin semua terjadi ni banyak hikmah yang baik untuk kedua-dua pihak. Dalam page ni ada bukti yang berkaitan dengan cerita ni KLIK SINI . Nak kongsi je kat korang. Senang nak buat pencarian. Komen aku pasal isu ni, tindakan syarikat tudung tu sangat tak professional dan silap langkah boleh dianggap tidak menyokong agama sendiri. Hanya disebabkan Abby Abadi join parti politik yang memperjuangkan agama Allah, pihak mereka terus mengambil langkah menamatkan kontrak Abby Abadi untuk 'kebaikan' company dorg.

Kalau betul atau benar Abby Abadi menurunkan atau menjatuhkan atau merugikan perniagaan company dorg, sepatutnya kemukakan lah bukti kerugian syarikat dorg. Bukan pakai tibai ja. Aku sendiri pun tak tahu Abby Abadi tu duta untuk produk dorg. Kaka. Ehh kalau ada rezeki tak ke mana lah, bukannya takut orang tak beli tudung korg. Patutnya kau lagi takut apa yang bakal kau dapat lepas dah hentikan kontrak Abby yang dah berhijrah ke arah kebaikan tu.

Alamak terover pula. Sory. Ni komen saya je. Semua orang ada hak bersuara, asalkan tak maki ke caci ke hina ke kat mana-mana pihak. Huhu. Apa-apa pun moga jualan tudung syarikat korg laris lepas dah hentikan kontrak Abby Abadi tu. Kemukakan juga bukti haaa gitu .. Abby Abadi pula teruskan dengan apa yang nak dilakukan. Asalkan tak lari dari landasan Islam ajarkan. Kepada mulut-mulut puaka yang suka menokok tambah cerita kedua-dua pihak ni, udah-udah lah tu. Kiki.

Selamat menjalani ibadah puasa. Kurangkan negatif, tingkatkan positif dalam hidup seharian anda. Daa. Wassalam :)


Apa yang pasti menutup aurat tu lebih manis. Lagi-lagi bulan mulia camni :)



26 July 2012

Semakan Pelatih Terpilih Untuk PLKN

Assalam. Salam Ramadhan semua umat Islam sekalian. Terutama adik-adik yang bakal ambil SPM tahun ni. Haa.. Tak lama lagi tau. Jangan main-main api dengan SPM. SPM ni peperiksaan yang penting. Buatlah elok-elok. Semoga berjaya. 

Ok adik-adik semua, boleh lah check kat laman web ni Klik Sini untuk nak tahu sama ada adik-adik dapat ke tak join PLKN 2013 nanti. Huhu. Dulu masa dapat tahu tak dapat rasa macam nak buat kenduri 7 hari 7 malam je kat hostel. Hahaha. Memang tak berapa gemar pun. Soryyy . Dah puas dah berkawat, bercamping dan berlari-lari kat sekolah dulu. 

Ok semoga berjaya semua :)  Wassalam.


Setem PLKN. Hahaha.




17 July 2012

Tanggisan Marhaenis

Assalam :)


Lewat malam dah. Huhu. Tapi waktu kul 12 lebih ni la aku nak luangkan masa depan laptop. On9. Haa nak kongsi kat korg lagu kesukaan  aku masa zaman tingkatan rendah aku dulu. Dari penyanyi Hattan n Dia Fadila tajuknya Tanggisan Marhaenis. Korg boleh usha kat www.4shared.com dan download lah eh kalau nak try dengar. Bagi aku lagu mmg fun. Ada maksud mendalam di sebalik liriknya. Sejujurnya aku memang suka lagu muzik keras camtu. Hahaha. Macam muzik Linkin Park. Ok ni aku sertakan liriknya sekali. Moga terhibur. Tatata. Wassalam.


Tanggisan Marhaenis by Hattan & Dia Fadila

Bayang bayang khayal
Berteraskan iman
Terbang ke awan
Lewat angan-angan
Mengintai di lembah
Rindu bermula
Bukan hanya kata berperi
Adat berbudi nak berbalas budi
Kalau merajuk cinta tak sudi
Mana lagi nak menumpang kasih

Ranting-ranting hasad
Tak menghambat langkah
Kau yang merdeka
Pedih luka-luka
Kau jadikan lagu
Kisah hidup mu
Moga menjadi cermin insan
Buat pedoman dalam perjalanan
Guruh berdentum memanggil hujan
Isyarat ada petualang

Seni perkara yang terpaling
Halus atas dunia
Seni juga medan yang terutama
Mengasuh rindu
Melentur jiwa
Hingga sempurna
Biar nanti lalang yang bergoyang
Terlihat kau angin
Tangisan marhaenis
Kau dah faham
Tanpa kau menyusur air mata

Bukan hanya kata berperi
Adat berbudi nak berbalas budi
Guruh berdentum memanggil hujan
Isyarat ada petualang



11 July 2012

Traffic Tinggi Bila Post Cerita Hot

Assalam. Malam semua. Huhu. Kelmarin aku agak terkejut juga traffic blog aku tinggi tapi tu sebenarnya idea try-try dari aku ja. Saja cuba-cuba, sekali cuba naik melambung traffic. Huhu. Tapi idak lah sehebat blogger yang hebat-hebat tu. Nak bagi mudah orang cari jawapan atau persoalan ja sebenarnya. Hope korg dapat apa yang korang cari. 

Thanks kat korg semua. Next time mai lah lagi blog ni, moga korg peroleh lebih manfaat. Bukan sekadar mencari cerita Isu Semasa tetapi utk mencari ilmu penegtahuan juga. Lebih-lebih lagi pada perkara yang berfaedah. Last sekali gudluck untuk para blogger semua :)


10 Julai 2012, Selasa




Cerita hot yang aku maksudkan. Huhu.


10 July 2012

Fitnah Finaz Yunus Terhadap Abby Abadi

Assalam. Hai semua. Malam-malam buta aku terjumpa pula satu hot story pasal pembaca berita Al Hijrah ni. Berkait sgt rapat ngan artis Abby Abadi. Nak tahu lebih lanjut pasal kisah ni. Jom. Klik sini http://www.ehgosip.com/2012/07/pembaca-berita-alhijrah-kena-marah-di.html









09 July 2012

Kaitan Wanita Dan Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Sesungguhnya apa yang Allah jadikan di dalam bumi ini tidaklah sia-sia. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO