20 August 2012

Kisah Sahabat Sejati

Aku dah lama melupakan kau. Tidak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat pukul lapan jugak la. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Presentation econs la, latihan P3 la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz physics esok. Minta maaf, Su. Tak sempat nak bersua dengan kau walaupun sekejap…. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku tak jumpa, Su.


Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. ‘Sorry’ banyak-banyak la, Zu. Aku sekarang selalu lambat balik kelas. Pukul satu. Itu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele’ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi DH. Lepas pekena nasi beriani, aku tak lengah, terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau ‘time-time’ macam ni, tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.


As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku ada meeting. Kau kan tahu, aku presiden kelab. Kejap-kejap ada je program. Aku kena jaga anak-anak buah aku tu. Diorang tu bukan tahu sangat buat kerja. ‘Meeting’ pulak tu, bukan tahu nak sekejap, mesti terlajak sejam dua punya. Kalau meeting ‘start’ pukul 4.30, harus pukul 6 baru ‘settle’. Itu belum kira borak-borak kosong lagi.


Rib pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ‘ganjil’, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Rib. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. Coach nak pilih pemain-pemain handal je untuk team dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang baru aku mandi. Lepas mandi, awek baru aku ajak study kat RC.


Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Gara-gara awek baru aku tu, aku sanggup tinggalkan kau. Lepas tu, member-member aku ajak lepak kat café pulak. Terpaksalah aku ikut, nanti aku dikataka sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, topik lain pulak keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD dengan member-member. Is, ‘sorry’.


‘Last-last’, semuanya aku tinggalkan. Tentu kamu semua sedih kan. Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan, nama sebenar kawan-kawan “aku” tu, Su, Zu, As, Rib dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kamu semua janganlah jadi macam “aku”. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah ‘kawan sejati’ kita yang sebenar, yang akan ‘backing’ kita apabila akhirat nanti. Adakah kita ‘menjaga’ mereka dengan baik sekali? Itulah persoalan pertama yang akan disoal masa akhirat nanti. Bagi kawan-kawan yang sentiasa ‘mendampingi’ mereka, ‘belailah’ mereka dengan ‘sempurna’ dan ‘tiada cacat celanya’. Tumpukan ‘perhatian’ semasa bersama mereka agar keredhaan-Nya sentiasa menyinari hidup kita. Semoga cerita rekaan  yang tiada kaitan dengan sesiapa ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.




18 August 2012

Ucapan Raya Dari HaWa Tenang Blogspot 2012

1 Syawal 1433H bersamaan 19 Ogos 2012

Bismillah ...

Salam Hari Raya Aidilfitri sume :)
Semoga bahagia di Syawal kali ini.

Selamat tinggal Ramadhan.
Moga kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. Aaminn.

Minta maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan ♥
Sama-sama kita rapatkan ukhwah & silaturahim antara kita.

Wahidah Binti Md Esa



Raya 2009 - With adik yang tinggi lampai dah skrg





16 August 2012

Ayat-Ayat Ucapan Raya (Koleksi)

Assalam.

Hai semua umat Islam. Ramadhan semakin ingin mengundurkan dirinya, tak lama lagi giliran Syawal pula mengambil alih posisi bulan mulia ini. Sempena Syawal yang bakal tiba, aku nak kongsi ucapan raya yang korang boleh hantar kat sms, wall FB, twitter or lain pada kenalan-kenalan korang. 

Apa-apa pun sila hormat bulan Ramadhan yang masih kita nikmati sekarang. Kalau boleh hantar ucapan raya atau maaf sume tu biarlah masa dah betul-betul masuk bulan Syawal. maksud aku malam raya nanti. Tak salah dan memang tugas kita sebagai umat Islam hormat bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan macam-macam kebaikan. 

Renungkan dengan sebaiknya adakah diri kita layak untuk meraikan kemenangan di malam Syawal kelak apabila setelah sebulan berpuasa. Adakah cukup dan ikhlas ibadah kita di bulan mulia ini. Tanya pada diri anda :) Semoga semakin hari kita semakin matang dalam setiap perkara dan berubah ke arah kebaikan sikit demi sedikit. InsyaAllah aaminnn.

Ok habis dah membebel . Sila fokus balik eh tajuk utama. Ok have fun k korang. Mana-mana yang balik kampung, mudah-mudahan selamat sampai. InsyaAllah. Ok jom usha ucapan raya yang best-best kat bawah ni. Selamat meng'copy' ucapan :) . Wassalamu'alaikum.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa.

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Seiring salam seharum ganja,
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,

Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Blm Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.






13 August 2012

Cerita Terbaru Neelofa ( Ditegur Oleh Datuk Yusof Haslam)

Jom baca :)

Amir iaitu pengurus pelakon jelita Neelofa dikhabarkan meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berkaitan tersebarnya berita tentang Datuk Yusof Haslam menegur Neelofa supaya ‘Jangan Lupa Diri’. Nama pelakon filem Azura, Neelofa sekali lagi terjejas dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Memetik laporan gosip sebuah akhbar yang disiarkan hari ini, perkara ini tercetus apabila Yusof, Pengarah Urusan Skop Productions mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.
Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu. Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.






12 August 2012

Nuremy Ramli Bertudung Selepas Mimpi Arwah Bapa

Assalam.

Minggu lepas aku baru je tengok movie Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Sahabat aku kata kakak hero tu dah bertudung. Alhamdulillah. Makin ramai artis wanita sekarang dah berubah ke arah kebaikan. Search punya search sebab nak tahu apa yang membuatkan kakak cute tu nak bertudung, akhirnya jumpa dah. Apa yang berlaku kita ambil jadikan pengajaran. Terutamanya wanita di luar sana. Perintah Allah adalah untuk kebaikan kita semua. Tak pernah sesekali pun sia-sia. Percayalah. 

Bulan Ramadhan yang mulia ni moh la kita berubah sikit demi sikit. Aku teringat Ramadhan 2007 la aku berubah tutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah. Hidayah jangan tunggu ia tiba, usaha sentiasalah kepada Allah dengan berdoa. Semoga hati kita terbuka untuk ikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. InsyaAllah. Ok jom baca selanjutnya kisah penghijrahan Nuremy Ramli.

Mengikut apa yang diceritakan Nuremy, mimpi Nuremy berjumpa arwah bapanya adalah antara punca mengapa Nuremy mengambil keputusan untuk bertudung.

“Saya bermimpi bertemu arwah ayah saya beberapa kali cuma yang peliknya, arwah ayah tak tersenyum bila melihat saya. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apa maksud mimpi tersebut. Saya tak nafikan memang saya ada rasa serba tak kena, sehinggalah saya membuat keputusan untuk bertudung, alhamdulillah, saya berasa lebih tenang dan selesa,”





24 Ramadhan 1433

Bismillah ..

Subuh yang dingin. Setelah membersihkan diri, duduk di depan lappy. Online sikit sementara tunggu azan berkumandang. Orang baca lah quran ke mathurat ke, ni dia online. Hee. Ala awak, sy manusia yg lemah ada malas-malas juga. Hihi.

Best juga sebenarnya main-main kata dengan diri sendiri. Fuhh dari kul 2 pagi tadi hujan turun, mana lah tak sejuk. Tapi aku suka sangat-sangat hujan. Rasa tenang, walaupun ada bunyi guruh-guruh. Hee. Tumbuh-tumbuhan mesti seronok bermandi dengan air.

Sambil mendengar alunan lagu nasyid pilihan hati, alhamdulillah dapat rasa seperti ini. Aku sebenarnya rindu ramadhan yang lepas-lepas. Ramadhan masa 2 tahun aku ada kat skola teknik. Nikmat sangat dapat terawih.

Ye. Dari awal ramadhan yang lalu aku masih tak berkesempatan untuk mengerjakan ibadah sunat terawih. Biarlah alasan ku ini hanya Allah yang tahu. Aku sentiasa mencuba untuk mengejar kebaikan. Harap saja bakal suami sendiri imam solat terawih tapi awak bakal isteri dia tak pergi langsung solat terawih. Eh2 sibuklah awak ni. Saya tahulah saya salah. Hihi.

Saya cuma berharap bakal imam saya dapat memahami situasi saya. Alhamdulillah dia faham. Syukur dipertemukan dengan si dia. Harap tahun depan sempat aku bertemu dengan Ramadhan lagi. Untuk aku beribadah bersama suami tercinta. InsyaAllah. Mudah-mudahan.

Waktu subuh hampir tiba. Terima kasih kerana mengingatkan hamba-Mu yang lemah ini sekali lagi. Moga hidayah sentiasa masuk ke dalam diri ini. Untuk aku merasai kemanisan iman itu lagi. Merasai cinta-Mu yang mendalam itu. Aaminn InsyaAllah.


Wassalam.





06 August 2012

03 August 2012

Kuih dan Perwatakannya



Kuih paling gangster = Lompat Tikam

Kuih paling seksi = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih yang bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih 1 Malaysia = Kuih Telinga Keling
Kuih paling munafik = Kuih Talam Dua Muka

:P