31 October 2012

Semester 6 Part 4

Hihuha. 29 & 30 Oktober mmg antara dalam sejarah hidup aku. Hari aku sibuk memerah otak juga menggunakan otak. Dah berlalu. Alhamdulillah. Yang lepas biarlah lepas. Final exam kali ni mmg lain dari sebelum ni. Al maklum la sem last. Aku harap semuanya berjalan lancar. Aamiin.

Coming soon. 4 & 11 nov. Tarikh yang penuh jarak. Between paper Kejuruteraan Alam Sekitar & Kejuruteraan Jalanraya & Lalulintas. I will do my best. Saat ini aku masih dalam keadaan tak mula study lagi. Kiki. InsyaAllah esok aku mula :D

Tak lama lagi tittle aku sebagai student bakal tamat. Kaka. Pasni akan rindu zaman jadi student. Apa pun yang bakal jadi lepas ni hope aku sentiasa kuat menempuh apa-apa cabaran kat luar sana. Mak Abah & family mesti happy bila aku dah habis nnt. Hampir 6 tahun hidup aku asyik jauh dari family.

2007 until 2008 - Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor
2009 - Kolej UNIKOP (Pra Diploma Sains UiTM)
2010 until 2012 - IKIP International College (Diploma Kejuruteraan Awam UTM)

2013 - Kawin maybe? Hahahahaha :P




25 October 2012

Tips Sihat Nabi SAW

JOM IKUT SUNNAH

Mandi pagi sebelum subuh boleh mengurangkan lemak berkumpul.

Sujud 1 minit selepas solat subuh dapat mengelak daripada sakit kepala.

Hisap hujung jari selepas makan membantu mencernakan makanan.

Elakkan kombinasi makanan berikut - susu+daging, daging+ikan, ikan+susu, ayam+susu, ikan+telur, ikan+daun salad, susu+cuka, buah+susu (koktel) Kombinasi makanan tersebut akan menghasilkan tindak balas biokimia yang akan merosakkan usus kita.






24 October 2012

Keajaiban Di Bumi Gaza

Bismillah. Assalam.

Aku terbaca 1 post ni kat FB. Ya Allah! bila aku baca rasa menggigil satu badan. Rasa sedih pun ada sebab langsung tak tahu ada peperangan besar sekarang kat negara seislam sendiri. Gaza. Menggigil sebab keajaiban yang terjadi tu susah nak dengar dan terjadi di zaman sekarang ni. Ni post yang aku baca dari FB sebelum aku baca ke website artikel yang sebenar.




Untuk artikel selanjutnya KLIK SINI




23 October 2012

Pemandangan Longkang Tepi Jalan Yang Indah !

Setuju tak?


Berhenti rehat siapkan projek paling akhir nak bentang esok. Buruk kan perangai? Haha. Ni subjek Highway & Traffic Engineering. Puan Afzan yg ajar. Aku & kawan aku mati akal nak snap picture kat tepi lebuhraya macam mana entah. Haha. Hanya picture longkang tertentu ja aku dapat snap. Ha! 1 yang best projek ni. Kami kena snap gambar longkang yang ada muka kami juga. Huhu.

"Road Drainage" ni la tajuk yang aku dapat. Oleh sebab membe aku duk umah sewa, so kenalah buat sendiri. Kawan sana pun takda tenet. Alhamdulillah aku ada P1wimax ni. Kaka. Ok tata. Kunci mulut jap. Buka untuk karoeke je :P Wassalam.




20 October 2012

Seminggu Sebelum Study Week

Bismillah. Assalam.

Isnin - Pagi kul 11, kelas akhir Alam Sekitar. Puan Diana bg carry mark. Alhamdulillah ok. Bincang tips final. Puan still bagi peluang utk 5 markah carry mark. Buat assignment. Kul 12 lebih makan ngan kak su & azira. Lepas tu siapkan assignment. Kul 4 ptg submit. Pastu g kelas Projek. Bincang paper final yang lepas. Thanks Puan Jue.

Selasa - Pagi, petang kelas takde. Cik Nadia mc lg. Kelas design cancel. Sambung buat proposal. Menunggu turn untuk siapkan projek Design 2. Aku pilih foundation. Kena tunggu pengiraan beam dr kak su. Proposal oh proposal. Selamat la ada contoh. Kul 9 baru mula study untuk Test 3 Highway esok. Fuhh. Wasie abangku konvo ari ni. Abah je dapat teman. Al maklum la ari selasa. Abah terbaik !

Rabu - Kul 11 lebih jawab Test 3 Highway. Agak lambat sikit habis. Kurang fokus. Tu kelemahan aku. Careless tak henti-henti. Tu la aku. Tak serik-serik. Marah kat diri sendiri. Kul 2 petang naik R1 ada perjumpaan Mentor Mentii. Ok tahap kesabaran amat dipperlukan di sini. Oleh sebab byk sgt cuti, kem, bengkel n bla bla dorg terpaksa tangguh event ni. Last-last terpaksa buat hari ni. Takpela mungkin ada hikmah. Ada ceramah motivasi. Ustaz Kamil da best "Letakkan Allah dalam hati sentiasa, Allah Allah Allah" . I will InsyaAllah :)  . Lapar sangat sampai menggigil badan. Dah kul 4 ptg, last makan kul 11 pagi tadi. Makan mihun sepinggan. Kul 5 majlis tamat. Alhamdulillah makanan tersedia. Duit dalam poket  finish! Allah salu bantu hamba-Nya :) Lari ke Dira, laju-laju kuar dptkn mknn. Dua-dua lapar. Hee :D Alhamdulillah mihun + karipap + air sarsi. Nampak bas, terus habiskan air. Then naik bas yang sedang hon tanpa henti. Dapat tmpt duduk blkg sekali. Tangan gigil-gigil. Terus makan mihun dengan Dira. Mihun dalam polistren & garpu plastik tersedia. Fuhh lega. Smile :) Malam sambung buat proposal sampai kul 6 pagi. Mandi dan tidur hahahaha (ABC-Allah Bagi Cuti).


Polistren yang mengandungi MIHUN! Yummii.
Yg putih conteng2 tu lengan sorg student ni. Aku tersnap. Haha. Sory.

Bukti kepenatan. Tettt :P


Khamis - Bangun kul 11. Padahal kelas kul 11.  Haha. Siap-siap naik prebet Abg Ijam. Slmt dia dpt anta g bank. Kuarkan duit. Sampai kelas, sume bincang tips final. Kul 1 lunch dgn Dila. Terjumpa Cik Nadia. Dia kata carry mark untuk Projek Design 2 20 markah. Mak oi! Start tu menggigil 1 badan. Call Ati & Kak Su. Pelan & Kertas pengiraan Kak Su & Azira ada pada Ati. Ati tak dapat dtg kelas juga. Selamat Ati dah beri semua tu pada Kak Su. Nak kira foundation kena tunggu pengiraan Column. Column asalnya tajuk Ati. Aku terpaksa tukar last minit. Aku buat Column, dia buat Foundation. Sebabnya Cik Nadia kata ari tu juga last anta. Pagi esok bleh anta tp aku taknak. Malam aku nak tumpu buat proposal.

Petang tu aku & Dila pulun buat projek Design 2. Sampai lah student sume dh habis kelas. Kul 6 Cik Nadiah turun, tinggalkan ktorg kunci untuk on lampu & aircond dlm kelas. Kul 6 lebih aku & Dila turun sambung buat kat Student Centre. Aku berjaya habiskan. Dila tak dapat buat sampai habis sebab nilai asyik Not OK ja. Sama lah dgn aku tadi tapi Cik Nadiah dah bantu. Kira ok la dah. Alhamdulillah. Thanks Cik Nadia. Maaf kami lewat submit.

Bas takde. Lama kami tunggu. Sampai kul 8. Sabar menunggu. Nasib takleh solat. Em tahap kesabaran masa ni naik turun naik turun. Prebet full. Kredit takde. Kalau tak minta tolong sape-sape. Last-last Majid boleh hantar. Naik van Kolej. Syukur. Perkara yang aku tak pernah buat sepanjang 3 tahun belajar kat sini, balik hostel kul 8 lebih. Fuhhh. Balik mandi. Sambung buat proposal.

Kul 10 lebih g makan ngan Dira, lepas makan terserempak dengan warden. Hairan kenapa dia lari dari seberang jalan sana. Sebelum tu ada 1 kereta masuk dalam kawasan hostel. Oh dalam kereta tu ada Kak Wan (HEP), eh tmpt duduk penumpang dia ada Pak Guard hostel ni. Dia papah sorg bdk pmpn ni. Eh ni aku nak marah ni. Nape la org pmpn len dh takde ke nak pakcik tu papahkan. Dira berhenti nak tgk. Student len pun tgk. Tiba-tiba dira mai kat aku kata "Wahidah wahidah.. budak tu bukan sakittt. Dia kena rasuk (histeria). Sebab dia bunyi erghhhhhhh erghhhhh" .. . Aku "Ha yeke! Dira jom-jom kita naik cepat-cepat... Kang hantu budak tu ikut kita masuk bilik pula" .

Lari-lari kami. Sebab pakcik masa tu belakang ktorg nak papah bdk tu ke mana pun aku taktau. Tapi aku fikir mestilah nak di bawa naik bilik kan. Arggh aku apa la lagi tarik Dira. Kesian Dira, dah la sandal aku yang dia pakai tu licin. Hahaha. Dalam pala otak aku "Dah la malam ni aku nak stay up, adoi! ... " . Dugaan dugaan. Takpelah. Buat tak tau jela. Kesian Kak Su nak mai bilik tapi terpaksa cancel kan. Nak copy movie. Huhu. Aku siapkan keja. Jenis aku memang buat keja lambat. Aku nak kan yang terbaik. Ni final projek. Memang takleh main-main. Aku nak buat cantik-cantik. Nak ayat bagus-bagus dalam tu. Kakaka. Minta-minta Puan Jue suka. Aaminnn. Kul 6 lebih mandi then sambung lagi buat.

Jumaat - Tidur kejap kul 8 pagi tadi. Kul 10 lebih bangun. Tidur 2 jam lebih sahaja. Siapkan final projek subjek Pengurusan Projek. Proposal pembinaan kondominium. Perkara yang tak pernah dilakukan selama 3 tahun belajar di kolej IKIP Kampus Taman Gelora, aku n kwn2 kls jalan kaki dr IKIP 2 Casa Tanjung ke IKIP 3 (Taman Gelora). Tak la jauh sangat dalam 3 km lebih kot. Haha. Sebabnya nak jimat duit untuk print proposal yang fully colour tu. Ada 1 kedai tepi IKIP 2 murah kalau fotostat, print or lain-lain. Print kat library Kolej aku MAHAL! Takmau. Haha. Em semua yg lalu lalang kat jalan tu pandang kami 3 org ni. Haha. Pelik kot. Slmt la masa tu redup-redup ja cuaca. Thanks Allah :) I love YOU.

Printscreen je ada. Takde gmbr kngn proposal aku :(
Suka sgt bila dh print proposal tu.

Semakin hampir sampai Kolej. Haha. Dila & Ati mendahului aku.


Balik ptg tunggu bas tp trlepas bas, kul 6 lebih sampai hostel naik van kolej. Sampai-sampai hostel baru lepas kena fogging. Ok tarik nafas, g kedai sebelah duduk minum kejap. Kul 7 malam naik, mandi. Kul 8 malam teman kawan g KP (Kuantan Parade) beli barang untuk kem PAI dia esok. Last-last aku pun beli barang sekali. Barang stok mkn sampai habis exam.


Bosan menunggu. Snap jap tugu Kolej "Kesayangan" aku ni :P . Pui!


Balik sampai kul 10 mlm. Naik hostel. Kemas barang yg beli td. Kemas katil. Kemas buku. Kemas dan kemas. Semak dh bilik. Hahahahaha. Kul 1 pagi tidur. Sampai kul bape biarlah rahsia. Alhamdulillah cukup dah tidur. InsyaAllah arini, esok, lusa & tulat bakal bz balik. Semoga kuat & tabah. Aaminn :)

Mata sembab ja seminggu ni. Dijangka akan berterusan sembab. Hee.


Wahidah BME

18 October 2012

Sendiri Lagi

Masa aku tengah menaip post ni, aku berehat sambil garu kepala yang gatal nak mampos ni. Em. Haha. Serabut serabut buat projek untuk subjek Pengurusan Projek & Amalan Pembinaan ni. Tajuk untuk sem aku kali ni. Kertas cadangan membina kondominium di Taman Gelora Kuantan Pahang. Taman Gelora oo.





Haha. Aku nak tergelak. Tapi tahan-tahan. Nak dekat exam, kang ilmu aku terbang melayang pula banyak-banyak :P Ye. Pensyarah aku tugaskan kami buat proposal. Hardcopy and also presentation. Hihi. Untung pada mereka yang batch intake Julai. Batch yang sememangnya ramai pelajar masuk. But not me.

Aku masuk intake Januari 2010 yang lalu. Huhu. Sbb tu aku bakal habis diploma ni hujung tahun ni 2012 :) Haha. Sebelum nak habis kena pulun-pulun otak, dan silap haribulan pengsan tak bangun-bangun. Hahuhi. Tengok aku gelak pun dah mereng. Ok macam biasa student intake sikit macam aku & kawan-kawan sekelas aku mesti nasib kureng sikit. Eh tak baik tau. Semua ada kelebihan. Ye :)

Bila ada sahaja projek, assignment, atau apa-apa yang melibatkan sepatutnya berkumpulan mesti tidak pada kami. Kecuali p Kem Ukur & Makmal. Haha. For example, projek subjek yang aku ngah wat skrg ni la. Kena buat, bentang segala-galanya sendiri. Sendiri lagi setiap sem. Hee. Lagi-lagi student yang ikut flow (alhamdulillah) macam aku & 2 orang kawan aku tu. Perggh. Apa-apa pun diharap perkara ni ada makna, hikmah 7 kebaikan di sebaliknya.

Di saat akhir-akhir sem atau lebih tepat lagi akhir-akhir pengajian aku kat sini aku memang perlukan kekuatan, kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi. Memang dugaan dari Allah lagi makin mencabar bila kita nak hadapi perkara-perkara penting dalam hidup kita. Allah Pencipta kita Yang Maha Menguji tanda Dia sayang sangat pada kita.

Sujud untuk dapatkan kembali kekuatan & ketenangan dari Dia. Ye. Tapi bagi aku kaum hawa mesti akan diberi cuti. Di saat diberi cuti ni juga lah lagi sangat mencabar. Apa-apa pun pilihan di tangan kita semua. Baik atau buruk? Bahagia sekarang atau sedih kemudian? Takmo takmo.

Ok setakat ni je karangan aku. Hee. Nak sambung masukkan data pengiraan kos pembinaan kondominium imaginasi aku :P Tata. Selamat menyiapkan assignment & projek buat diri ini & semua pelajar di luar sana. Wassalamu'alaikum :)




15 October 2012

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

Bismillah. Assalamu'alaikum :)

Tiba-tiba teringat nak kongsi sesuatu yang InsyaAllah boleh bawa kita renung sedalam-dalamnya kata-kata ni. Petikan skrip dari filem Bohsia 2. First time aku dengar je ayat-ayat ni terkeluar dari mulut abang ncem Syamsul Yusof ni. Aku sebut wow! dalam hati . Jom baca bagi sesiapa yang tak tengok lagi filem ni.




Memang tak dapat dinafikan lagi kebenaran ayat-ayat kat atas ni. Bukan hanya pada kelab sahaja kita berbuang duit. Banyak lagi perkara lain yang tanpa kita sedar kita pilih jalan yang susah. Contoh, seorang wanita yang sanggup berhabis duit dengan membeli pakaian yang mahal tidak tutup aurat. Sedangkan perkara itu terang-terang membawa ke neraka jahanam.

Contoh lain. Dadah yang membawa kita ke arah keburukan. Menempah neraka durjana kerana sanggup merompak, meragut, membunuh semata-mata ingin mendapatkan satu barang yang langsung tidak memberi apa-apa faedah pada diri kita sendiri. Dadah harga bukanlah murah. Aku tahu sebab aku tengok kat drama. Tapi drama tak la semua bohong kan.

Sebenarnya banyak lagi. Meluas, cuma kita je kena usaha fikirkan. Moga diri kita sentiasa terpelihara dari segala keburukan. Biarlah hidup kita sederhana di bumi fana ini. Cukuplah ibadah kepada-Nya sebagai penyeri hidup kita. Percayalah bila kita ingat & dekat dengan Allah hati kita akan tenang. Aku pening kepala. Huhu. Tata. Wassalam :)





14 October 2012

Bobok Lewat

Macam ni lah gaya nya kalau buat kerja last minit. Wahaha. Semalam aku tidur lepas solat subuh, siapkan assginment. Dapatlah ilmu untuk segala anak cucu cicit Ujian-Ujian Batu Baur & Ujian-Ujian Bitumen. Kiki. Alhamdulillah dah setel. Ingat kul 5.30 pagi dah siap tu terus nak tidur. Tapi.. rasa macam tak selesa la pula badan ni. Masuklah bilik  air.




Si membe aku ni dah lelap dah, lampu bilik aku pun dah tutup. Dalam bilik air tiba-tiba aku dengar bunyi azan subuh. Haaaaa.. Ni nampak sangat tak bagi aku tidur ni. Takut terlajak tak bangun subuh. Apa lagi, laju-laju aku kuar untuk amik towel.

Fuhhh sejuknya air kemain lagi. Segar je rasa badan ni. Harap-harap ada la lemak yang pecah (ce baca post ni TIPS SIHAT NABI SAW) . Lepas mandi dengan gigil aku siap untuk solat subuh. Haaa lega dah buat ibadah.

Aku terpaksa juga tidur lepas subuh. Ecehhh ayat macam tak biasa pula tidur lepas subuh. Kaka. Dah siapa suruh gatal-gatal buat kerja last minit. Amik kau ! Hee. Walau apa pun perjalanan menyiapkan tugasan akhir sem ni masih jauh lagi walaupun final exam nak hampir.

Ni perkara biasa. Bagi tugasan pun lewat. Memang siap pun lewat la. Nak nya bagi masa kami tengah bz. 'Aah memang lambat le siapnya. Kecuali satu subjek ni, memang tugasan bagi dah lama cuma tugasan tu jenis hard core, maka agak lama tempoh untuk menyiapkannya. Hee (sengih tanpa segan) .

Kalau aku baik hati, maybe aku akan kongsi tugasan aku tu kat sini. Untuk generasi junior-junior meng'copy'nya. Tak payah lah korg susah-susah cari satu-satu kat tenet. Perghh memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hee. Nama pun kos engineering. Kesabaran amat diperlukan.

Ok sampai sini kisah merepek aku. Tata. Selamat beribadah. Wassalam :)




Chrysanthemum Tea Antara Air Kesukaan Aku

Haa.. Sambil-sambil aku rehat dari siapkan assignment ni, eloklah aku sambung merepek kat blog aku ni. Kali ni nak kongsi salah satu air kegemaran aku. Chrysanthemum Tea namanya :) Pergilah mana-mana kat kedai luar sana aku kemungkinan besar akan beli air ni. Tak kisah lah kat kedai ke aku akan beli air tin Chrysanthemum Tea ni. Tu pun kalau tengah kewangan stabil. Amik tanpa fikir dah.




Kalau tengah kering sikit poket, aku pilihlah air kotak ja. Haha. Murah sikit. Janji dapat basahkan tekak yang kering tatkala penat bershopping mahupun window shopping. Haaa jenama Yeo's lagi pilihan aku. Dah sebati :)
Bila berjalan kat pasar kalau bernasib baik jumpalah air ni. Sebab kadang-kadang je air ni ada kat pasar malam atau pasar tani. Kat bazar waktu Ramadhan pun ada juga. Fuhh rasanya segar :) Contohnya macam bawah ni. Cantik kan. Hahaha. Suci dan murni ja air ni. Geram !





Ok setakat tu je perkongsian. Korang pun boleh kongsi juga apa minuman kegemaran korang kat komen post ni. Kot kot kita sama minat ke. Hehe. Tata korang. Sambung kerja. Hee :P Wassalam.






13 October 2012

Lelaki Kalau Naik ...

LELAKI :

Kalau naik SCOOTER nampak JAMBU.
Kalau naik 125 nampak RANGGI .
Kalau naik RXZ nampak sempoi .
Kalau naik RR nampak MACHO .
Tapi kalau naik TANGGA MASJID memang nampak SOLEH  :)


Wahai kaum Adam bimbinglah kaum Hawa dengan sebaik-baiknya. Moga syurga tempat akhir kita ditemukan. Amin Ya Rabbal'alamin.







Mimpi Seram Lagi



Aku masih teringat-ingat lagi mimpi aku semalam. Hee. Lawak pun ada. Sebab hantu tu aku nak bunuh tapi tak mati-mati pun. Liat betoi.

Situasi..

Kami sekumpulan kawan, dalam 6 orang. Yang pasti semua budak bilik aku ada. Kami jalan-jalan tiba-tiba ada sorang budak perempuan ni. Besar dia macam budak skola rendah. Dia nak sangat ikut kami. Sekali ikut-ikut rupanya budak ni hantu. Jeng jeng jeng. Hahaha.

Kami naik kereta, budak tu pun follow sekali. Amboi duk sebelah aku lagi. Aku dalam situasi tu memang panik. Yelah aku pun takut hantu. Hahaha. Budak tu pulak memang takmau lepaskan aku, melekat tangan dia ngan tangan aku. Muka dia seram, mata tak lepas pandang aku. Nk gigit org pun ada budak tu. (Sebenarnya semalam bdk bilik ada cte psl cerekarama cte psl sorg bdk saiko ni, mak dia salu dera dia. Bapa dia salu amik duit mak dia utk beli dadah. Kiranya mak dia lepaskan kemarahan kt dia, bla bla.. :D )

Kuat sangat dia pegang tangan aku. Yang lawaknya dalam mimpi aku tu. Kereta yang kami bawa lebih kurang macam kereta Exora kot, ala macam (garu-garu kepala nak ingat) . Yang pasti ada 2 bahagian tempat duduk penumpang belakang. Aku duk tengah-tengah. Apa yang lawaknya bahagian yang belakang tu terbelah tapi tak terpisah.

Sebab apa terbelah sebab aku ada idea nak buang hantu tu kat jalan. Biar dia jatuh sebab menyusahkan aku nak bebas. Hahahaha. Last-last memang berjaya lepaskan dia. Lawaknya lagi bila hantu tu kena lenyek ngan kereta bahagian belakang dia tak berubah sifat. Still sama. Pastu kalih ke situasi lain.

Mimpi aku bersambung ke situasi satu bangunan. Masih keadaan seram. Hahaha. Pastu aku lupa dah.. Sampai sini jela. Entah orang faham ke tak. Standard mimpi la memang merepek. Bila ingat asyik nak tergelak ja aku.

Kalau nak tau aku memang akan mimpi tiap kali aku tidur. Memang langsung tak pernah tak mimpi. Haha. Apa-apa pun tu semua mainan tidur :) Selamat bercuti semua. Tata. Wassalam.

Oh Coklat !

Hee dapat lepaskan gian. Huhu. Gian mamam coklat. Kawan belikan tadi. Hik hik. Kali ni aku cuba makan Cadbury Hazel Nut.


Dengan riang hati aku buka bungkusan ni
Mammm...

Tapi rasanya tak sesedap Black Forest sayaaaaa. Hee. Rindu Black Forest. Apa-apa pun Black Forest tetap ranking teratas coklat paling sedap. Macam kat Makmal II masa tu. Bape kali la aku beli entah 3 kali kot sepanjang seminggu lebih aku kat UTM KL tu. Haaa ni..


Mempersembahkan Black Forest tomey saya :)





12 October 2012

Masa Lalu

Masa lalu ..
Terkadang aku rindui ..
Terkadang aku ratapi ..

Masa lalu ..
Terkadang terasa bahagia di hati ..
Terkadang terasa pedih di hati ..


-ManusiaBerdosa-







Semua Blogger Ayuhla Join Nuffnang

Bismillah

Bertemu lagi dengan aku yang kuat merepek ni. Tapi kali ni aku tak merepek, sebab nak ajak semua para blogger yang tak join Nuffnang lagi.  Moh la join. Banyak kelebihan yang korang boleh dapat bila dah jadi ahli keluarga Nuffnang ni.

Nuffnang adalah salah satu syarikat iklan di internet yang sangat terkenal di kalangan para blogger. Bila mana kita dah join Nuffnang, copy & paste url iklan dari Nuffnang ke dalam blog kita automatik duit dalam akaun Nuffnang korang bertambah bila ada para pembaca dari blog korg klik iklan-iklan tu. Depends on pihak Nuffnang nak bagi berapa, tapi paling sikit 25sen setakat ni.

Selain itu, kalau traffic atau nak lagi faham jumlah pembaca korg ramai sgt-sgt Nuffnang juga akan baik hati beri income lebih. Takpe, walau sikit tapi lama-lama akan jadi bukit juga satu hari nanti.  Bila dah sampai RM50 ke atas Nuffnang akan hantar cek ke alamat rumah korang. Senang kan?




Apapun pilihan di tangan korang. Kalau berminat korg boleh la klik pada perkataan Ads by Nuffnang kat iklan atas post ni. Semoga berjaya korang. Tata. Wassalam :)



Makan Punya Cerita

Bismillah

Salam Jumaat semua :)

Huhu. Saat ini aku rasa macam nak termuntah. Hahaha. Aku sebenarnya tak boleh bau makanan yang sama aku makan tadi. Ni penyakit aku. Kalau kat umah bila ada sesiapa yang lambat makan dari aku comform aku akan rasa tak sedap bau kat hidung. Hahaha. Memang pelik. Itulah aku. Banyak sangat nak muntahnya.

Ada juga lagi satu sebab nape aku nak termuntah. Keadaan tu bila mana aku makan sesuatu bersama minuman bersusu. Kiki. Contoh. Nasi goreng + milo panas. Hahahaha. Bengong. Tapi hakikat. Siapa lama dah rapat ngan aku mesti tau penyakit aku ni. Huhu.

Cara nak elak muntah tu terkeluar aku minum air kosong laju-laju. Hahahahaha. Tadi makan lauk nasi putih + ayam kurma + sayur + daging goreng kicap (curi lauk daging kawan punya :P) . Fuhhh kenyang walaupun nasi sikit. Aiyoo. Semua tu berharga RM4 tak termasuk dengan lauk daging. Kawan aku punya sama macam aku tapi plus ngan daging RM6. Hahaha. Mahal nak mampos!

Aku pernah snap satu gambar makanan aku beli kat sebelah. Nasi putih + daging, semua berjumlah RM4 tunai. Meroyan aku. Daging memang mahal eh? Fuhhh kalau mahal pun bagi aku RM3.50 pun ok. Tu aku menyampah duk Kuantan area hostel aku ni. Nak mahal-mahal pula la makanan kat student. Cian tau kami :( So, kepada pembaca yang bakal sambung belajar kat Kuantan nanti beware la eh dengan area Kuantan ni. Maaf Kuantan :P .

Ok setakat tu je gosip aku hari ini. Hahahaha. Selamat beribadah semua. Jangan nakal-nakal tau. Daa. Wassalam :)


Mau? Meh RM4 :P



10 October 2012

Nasi Putih + Paprik Ayam Masakan Panas Kesukaanku

Bismillah

Sepanjang hampir 3 tahun aku bergelar student yang stay kat hostel ni nasi putih + paprik ayam lah paling aku gemar. Haha. Makan tiap malam pun takpe. Yekk patutla tembam :P

Aku belajar makan masakan ni pun dari sahabat rapat aku. Adira Nadiah aka Dira. Apa sebabnya sampai sekarang aku asyik order menu ni kat kedai hujung tu adalah lauk paprik ni berkuah, tak kering, ada sayur, ada ayam yummy. Kenyang kenyang kenyang.

Tak semua warung boleh masak paprik ayam dengan rasa yang memuaskan. Huhu. Apa-apa pun warung hujung sebelah hostel aku ni memang terbaik. Lauk pun banyak. Air pun banyak. Tak ciput tak kedekut. Sebab tu la ramai suka beli makanan & minuman kat situ.

Tadaaa mempersembahkan cik nasi putih + paprik ayam saya. Ergggh alhamdulillah kenyang ;)






07 October 2012

Renungan 2



Picture yang asalkan diletakkan di blog. Maaf remove.




Renungan 1

Tentang Solat


Solat : 5 waktu sehari (1 waktu = 10 minit)
10 minit × 5 waktu = 50 minit.

Tidur : Sehari 8 jam = 480 minit.

Makan : 3 kali sehari (sekali makan = 20 minit)
20 minit × 3 = 60 minit.

Menonton Televisyen : Sehari 3 jam = 180 minit.

Bersembang / Internet : Sehari 2 jam = 120 minit.

Bekerja : Sehari 8 jam = 480 minit.


Allah SWT mengurniakan kita 24 jam (1440 minit) sehari. Apa perkara yang paling sedikit kita lakukan dalam tempoh masa tersebut? Perkara yang paling sedikit itulah yang memberi keselamatan kepada kita sehingga hari akhirat kelak. Fikir-fikirlah.


Sumber : Majalah SOLUSI





06 October 2012

Good News Nuffnangers

Whatchuwant is back with a BIG Surprise! Click here now !





Jom Tengok Design Jambatan Kedua Pulau Pinang

Bismillah

Tadi tengah cari maklumat untuk assignment terjumpa tajuk menarik la. Hihi. Jom tengok dan baca. Have fun kawan-kawan. Wassalam. KLIK SINI

Tempat Pertama Kali Mak dan Abah Bertemu



Suatu masa dahulu. Ecehhh ayat. Mak pernah keja kat shell ni. Ni kat bandar Kuching Sarawak. Abah pula masa ni dia bertugas sebagai polis hutan kat Sarawak. Kiki. Mak memang cantik masa muda. Abah pun tampan masa muda. Masa belek album lama-lama, aku suka tengok lama-lama muka mak & abah masa kami kecil-kecil dulu.

Yang snap picture atas ni tak silap kakak aku kot ke aku. Aku pun lupa. Masa ni kami balik bercuti kampung halaman kat Tebedu Serian pertengahan tahun 2012. Kami jalan-jalan jap kat Kuching. Abah pun offer nak bawa kami kat lokasi ni. Sebab aku gatal-gatal tanya pasal kisah mak & abah muda-muda dulu. Sweet :)

Selain singgah Shell ni kami ada pergi ke lokasi rumah lama kami. Orang panggil dulu Kem Batu Kawah. Dulu hanya rumah papan yang berwarna biru (warna PDRM) . Masa duduk rumah tu aku kecik lagi, setahun camtu. Tomey je :P  Tak caya mai umah tengok album. Kiki.

Ok sekian. Nak sambung wat assignment dulu :) Wassalam.




02 October 2012

Hormat Yang Sedang Mengajar & Yang Sedang Belajar

Bismillah.

Teringat situasi dalam kelas yang lepas-lepas mahupun siang tadi. Kenapa lah student kadang-kadang banyak sangat nak ber ala-ala atau bagi banyak alasan kalau lecturer suruh buat sesuatu untuk kebaikan student tu sendiri. Contoh. Lecturer bagi assignment kita cakap banyak assignment lain la apa la. Contoh lagi. Lecturer nak buat kelas ganti student kata bz la apa la. Contoh lagi lagi. Lecturer kata nak buat test hari sekian sekian, mesti ada suara-suara sumbang yang kata kelas full la apa la.

Hello! Korang nak menuntut atau nak melepek bontot je datang kolej? Tau la manusia tu tak lari dari sifat malas. Tapi jangan lah terlampau malas sangat sampai lupa tujuan sebenar korang datang kat tempat belajar masing-masing. At least tak payah la banyak bunyi sangat bila lecturer suruh buat apa-apa. So tak perlu pun sebenarnya korang nak bantah-bantah, atau bagi apa-apa alasan-alasan la.

Jaga lah sikit akhlak & adab. Besar ganyut dah. Spender pun dah boleh basuh sendiri. Sebelum korang keluarkan kata-kata dari mulut korang tu sila lah pk banyak-banyak dulu. Manalah tau perangai yang korang pamerkan tu boleh buat lecturer korang meluat ke. Tak pasal-pasal buruk carry mark. Tettttt.

Diam tu kan lebih baik. Susah juga kadang-kadang jadi student pendiam ni. Nak jaga hati orang, kadang-kadang disebabkan student yang banyak bercakap tu habis hilang segala tumpuan, kekhusyukan masa lecturer mengajar. Ada yang lagi melampau masa lecturer mengajar kat depan nak pulak bersembang-sembang kat belakang.

Ikutkan hati nak je halau manusia camtu dari kelas. Tapi sebab kesian & takmau nama tercalar better diam & besarkan speaker wat shhhhhhhhhhhhhhhh... dalam kelas. Baru la budak-budak ni nak diam. Tapi lepas tu cam biasa wat balik. Tolonglah belajar respect pengajar, juga student-student lain. Hahaha. Cuma nak berkongsi rasa as student yang dah hampir 3 tahun menuntut ilmu sebagai pelajar kolej.






Ambil la apa yang baik dari post kali ni. Moga berguna di masa depan. Maaf terkasar bahasa. Daa. Wassalam.


-StudentPart6-

The Cookie Cup

Bagi sesetengah golongan lelaki adakalanya agak liat untuk membasuh cawan selepas minum secawan air kopi mahupun teh.


Namun masalah itu boleh diatasi sekiranya mereka boleh mendapatkan set cawan biskut yang mana ia boleh dimakan begitu sahaja. Cawan biskut atau lebih dikenali sebagai “The Cookie Cup” ini telah direka oleh seorang pereka yang berasal dari Venezuela iaitu Enrique Luis Sardi dengan usaha sama sebuah syarikat kopi Itali, Lavazza.

Cawan Biskut ini diperbuat daripada pastri yang disalut dengan gula aising, yang berfungsi sebagai penebat yang menjadikan cawan tersebut kalis air seterusnya membolehkan anda menggunakan cawan tersebut untuk mengisi air kopi.









Antara Koleksi 10 Lubang Terbesar Di Dunia

Mirny Diamond Mine of Siberia
Great Blue Hole – Belize
Burning Gates of Turkmenistan
Kimberley Big Hole – South Africa
Bingham Canyon Mine – Utah
Glory Hole in Monticello Dam California
Diavik Diamond Mine – Canada
Guatemala Sinkhole
 huquicamata Copper Mine – Chile
Udachnaya Pipe – Russia





01 October 2012

Last Moment Lab II

Bismillah

Sekejap dah masuk bulan Oktober. Fuhh seminggu lepas dari 17 September until 25 September aku pergi Makmal Kejuruteraan II kat UTM Jalan Semarak. Penginapan kami kat Kolej Kediaman Siswajaya. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

InsyaAllah akan datang kalau aku rajin aku upload picture-picture kenangan. Pengalaman yang sangat best, walaupun semester lepas aku dah pernah pergi. Tapi tak sama macam semester ni. Sebabnya meriah sikit, budak sem 5 merangkap budak Makmal I pun join sekali. So tak la sunyi rasa hati. Tettt. Sebenarnya seronok sebab budak bilik pergi sekali. Kaka.

Ok. Balik ke Kuantan bertolak after maghrib naik bas semput Pak Wan haha. Kecoh dalam bas tapi keadaan masih terkawal. Tahap kesabaran still ada lagi. Sila jangan terasa lebih-lebih sape yang memekak tu. Nak terasa pun boleh juga sebab mengganggu ketenteramanku. Gurau je :P

Rasa berat hati tinggalkan hostel KSJ tu. Entahlah walaupun baru je duduk seminggu lebih. Aura duduk kat IPTA tu Tuhan je tahu. Semua aku simpan dalam kenangan. Dalam perjalanan sampai lebuhraya nak masuk genting pergghh bas semput la pulak. Almaklum la penumpang full + pula dengan barang-barang kami yang gaya sebulan nak duk hostel tu. Kiki.

Bas sampai terhenti masa nak naik bukit. Memang panik tapi berlagak jela cool. Hope sangat-sangat masa tu takde kenderaan yang membabi buta merempuh bas kami yang terlebih muatan tu. Hihi. Fuhh akhirnya boleh hidup balik enjin bas, jalan cam biasa.

Sampai temerloh berhenti kat tempat rehat. Lapar memang lapar masa tu, siap ada aku bungkus nasi berlauk lagi cuma malas la nak makan atas bas. Aku beli la roti & makanan ringan apa yang boleh disumbat dalam mulut. Lapik perut. Bergambar-gambar then bas teruskan perjalanan.

Dalam kul 11 lebih kami sampai depan hostel pelajar perempuan Casa Perindu a.k.a SPS . Hujan lobat, kuyup den ngan kawan-kawan. Apa-apa pun memang semua ni best & kenangan sangat-sangat. Huhu. Ok, esok pagi kena pergi UMP budak last sem. Ada ceramah pasal IBS. Memang betol-betol dugaan ni. Redho :D

Pulanglah kami dengan selamatnya. Alhamdulillah. Thanks Allah :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO

Singgah sat. Popularkan BLOG masing2 di sini para BLOGGER sekalian ^^