30 November 2012

Berisikonya Kerja Mereka Ni

Masa tengok mak siapkan kerja mengait bekas kotak tisu, aku duk tengok ada orang kat bukit depan umah aku ni. Oh dorg ni yang kuarga aku cakap tu. Kerja dorg ni lenyapkan satu persatu tiang kabel. Entah betul ke tak aku sebut. Hee saya bukan budak kos elektrik. Hoho. Macam biasa aku pun laju-laju lah snap picture.

Ada beberapa tiang yang lain sebelah atas sana dah dileraikan dan takde. Dorg nak buat tiang kabel yang baru kakak aku gtau tadi. Aku banyak soal oo. Hik hik. Tak lama lagi tiang kabel depan umah aku ni akan lenyap juga. Syukur. Tak lah bahaya sangat kalau kilat petir menyambar. Salunya camtu lah. Aku ni hati kecik. Penakut ngan bunyi yang jenis macam petir, kilat & guruh.

Moga Allah lindungi mereka sentiasa :))





29 November 2012

Rindukan Laut

Saja bosan-bosan.

Masa ni mak aku first time jejak kaki ke bumi Kuantan Pahang sepanjang 3 tahun aku menuntut ilmu kat Kuantan. Setelah dipujuk, yeah berjaya. Mak mahu ikut abah & wanema amik aku kat hostel. Oh best-best. Mak aku ni jenis cepat mabuk dalam perjalanan, tu la dia jarang berjalan jauh. Hee.

Aku ada kenen-kenenkan mak aku ngan Pantai Teluk Chempedak. Hee. Mak kan suka laut. Sama ngan aku, aku ikut jejak dia. Suka sangat-sangat pemandangan laut. Lagi-lagi kalau membiru gitu. Apa lagi setelah selesai mengangkut bawa turun & masuk kereta kesemua barang-barang kepunyaan aku. Abah bawa kami menyinggah ke Teluk Chempedak!

Oh Teluk Chempedak I'm gonna miss u bila dah balik Shah Alam. Mungkin ini kali terakhir aku jejak kaki ke situ. Oh! Sampai-sampai ja mata adik aku wanema dah bersinar-sinar. Dia pun macam mak & aku. Gila laut. Hoho. Apa lagi perut pun tengah lapar. Oh cantik! Abah & Mak ada sediakan bekal makanan. Em rindu masakan mak & abah.

Memang kenangan sangat masa ni. Lepas makan kami jalan-jalan jap. Mak kata dia teringin nak sentuh air laut. Dah bertahun-tahun dia tak berjalan-jalan tepi pantai. Aku faham. Tapi aku pula malas nak teman. Hee. Teruk2. Teman tengokkan pemandangan bolehlah. Letih sebenarnya duk kemas & angkat barang-barang. Huhu. Selamat ada wanema ! :))















25 November 2012

Cadangan Hadiah Untuk Hari Perkahwinan Kenalan

Teringat di suatu pagi yang lalu ...

Aku pandang ja extension plug yang melekat kat dinding dapur rumah aku ni, sambil aku tunggu air yang aku isi dalam washing machine. Tiba-tiba aku terfikir, sebenarnya ada banyak ja lagi pilihan untuk hadiah perkahwinan yang boleh kita bagi. Kadang-kadang aku asyik dengar peralatan yang sama ja orang bagi untuk si pengantin baru.

Baru-baru ni sepupu aku kahwin, dengar cte dia dapat 4 dapur memasak. Mak oi! Hahaha. Maybe memang dah trend kot. Aku rasa ada banyak lagi pilihan lain malah lebih murah dari harga dapur masak. Apa kata korang tengok dulu cadangan aku ni. Bila korang beli berlainan barang mungkin dapat melengkapkan peralatan dalam rumah si pengantin baru. LOL. Antaranya

1. Extension Plug
2. Alas Kaki
3. Rak Buku
4. Rak Kasut
5. Set Meja Makan (Kalau Orang Kaya)
6. Set Sofa (Kalau Orang Kaya)
7. Washing Machine (Kalau Orang Kaya)
8. Set sudu, garpu, dan seangkatan dengannya
9. Pemanas Air
10. Jug Air
11. Iron
12. Iron Board
13. Penyidai Tuala
14. Clothes Hanger
15. Rice Cooker
16. Kipas
17. Penyapu dan Penyodok Sampah
18. Baldi, gayung, dan peralatan dalam bilik air
19. Set Alas Tilam & Bantal
20. Buku-buku agama
21. Selipar Jamban
22. Ubat-ubatan
23. Tuala
24. Vacuum (Kalau Orang Kaya)
25. Aircond (Kalau Orang Kaya)
26. Meja Belajar
27. Tikar / Permaidani / Karpet
28. Oven (Kalau Orang Kaya)
29. Perhiasan
30. Bingkai Gambar


Thats all :))
Selamat mencuba.






24 November 2012

✿ Bertunang itu MUDAH! ✿

Apabila seorang lelaki menyatakan hajatnya untuk meminang si perempuan tidak kira dalam apa bentuk sama ada telefon, sms, mulut dan si perempuan menerima, itu dah kira bertunang. Sekiranya ada lelaki lain masuk minang, hukumnya haram kalau dia tahu. Kalau tak tahu tak jadi masalah.

-Ustaz Azhar Idrus-





10 Muharram 1434H

Dah bape tahun entah aku tak berpeluang tunaikan ibadah puasa 10 Muharram, kali ni alhamdulillah berpeluang. Seingat aku, last aku puasa Hari 'Asyuraa ni masa aku tingkatan 5 tahun 2008 bersamaan 10 Muharram 1430H. Tak silap aku :))

Sebenarnya itulah tahun pertama aku lakukan ibadah puasa sunat tu. Jahil kan? Masa tu aku baru berhijrah ke arah kebaikan. Memang banyak kenangan. Mungkin Allah nak uji aku juga masa tu sebab first aku jalankan ibadah tu jatuh pada tarikh aktiviti Explorace paling mencabar sepanjang aku join mana-mana kem. Masa tu aku ada Kem Kepimpinan, membe aku petik nama aku untuk Kem under Imam. Kiranya latih diri jadi Imam gitu.

Semua tu kenangan manis bagi aku. Aku tak keseorangan berpuasa sunat Hari 'Asyuraa masa tu. Fatimah kenalan aku pun puasa juga dan beberapa budak lelaki. Syukur ada peneman, kalau tak mesti orang pelik kenapa lah aku sorang-sorang makan asing & lambat join program malam tu. Ha! Terimbas laju semua tu dalam kepala aku sekarang. Nak nangis pun ada. Aku rindu aku yang dulu. Fullstop! :'(






22 November 2012

Amboi Banyaknya Search "Jagung"

Hahaha.

Macam biasa, rutin harian. Bukan setakat harian tapi rutin setiap jam malah bleh jadi setiap minit LOL. Aku usha lah traffic blog aku melalui website Nuffnang. Ok bagus. Then nak usha la pula keyword. Ops. Hahaha. Banyaknya search untuk "Jagung". Hee. Kebetulan kot. Agak-agak untuk apa eh-eh?






19 November 2012

Israel Akan Hancur Jika Umat Islam

Bismillah. Salam Sayang.

Tadi on9 then terbaca status sahabat share, terpampang keluar kat HOME Facebook. Sebelum ni memang selalu terjumpa peringatan tentang hal ni. Tapi macam biasa, kita tetap hamba Allah yang lemah dan cepat alpa. Hopefully perkongsian aku kali ni dapat sedarkan beberapa hamba Allah diluar sana. Terutama kaum Adam sekalian. Hayatilah. Moga ia sangat bermanfaat untuk kalian. InsyaAllah pasti!


Apa yang ISRAEL takut kan pada ISLAM ?

Ex. : Ketika rombongan Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh di salah satu masjid dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar, lalu tentera Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid" kata tentera Israel itu.

Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya "Kenapa?."

Dia pun menjawab "Di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis. Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat SUBUH BERJEMAAH di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu ISRAEL akan HANCUR. Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit. Maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak akan dapat kalahkan kami"

Credit to Bercinta Selepas Nikah and I Am A Muslim Facebook

Link - http://www.facebook.com/BercintaSelepasNikah/posts/371058519651189

Edit by Wahidah BME





18 November 2012

Someng (Berkaitan dengan Dajjal)

Matahari berpucuk di lengkung langit. Biru nila ditebari tompokan awan nipis. Udara kering. Hujan telah sekian lama keputusan akhbar, seakan-akan tidak mahu lagi singgah ke bumi. Air sungai semakin kontang. Perigi-perigi digali di sekeliling rumah, tetapi tanah yang kering dan merekah hanya mampu mengalirkan keringat hampa ke dasarnya.

Pak Jali duduk di atas banir kelapa. Kemuncup kering keperang-perangan dicabut. Dari celah-celah rekahan tanah, dia terpandang puluhan, atau mungkin ratusan ekor semut merah berbondong-bondong keluar dari kota permukiman. Berdekatan banir yang menampung punggungnya pula, beberapa ekor cacing menggeliang-geliut muncul di muka tanah. Pak Jali mengeluh.

"Astaghfirullah... Aku bukan keluhkan ujian ini, wahai Tuhan. Tetapi aku bimbang dengan dugaan-Mu yang lebih besar." Dia beristighfar lagi. Berkali-kali.

"Ayah, ayah!"

Pak Jali berpaling ke belakang. Rudi membuka langkah deras sambil mengelek ayam jantan kesayangannya. Jalak yang berbalung merah dan berbulu hitam sesekali lemah. Matanya terbuka separuh, hampir tertutup.

"Ayah, Jalak dah nak mati. Mak suruh sembelih!" Rudi menyuakan Jalak ke tangan Pak Jali. Pak Jali yang terpinga-pinga terus memegang kukuh kedua-dua kaki dan leher jalak. Dia diam seketika, merenung mata Jalak dalam-dalam. "Lebih baik aku hantarkan kau ke syurga daripada kau mati sia-sia," bisik Pak Jali di hati kecilnya.

"Cepat ambilkan pisau!"

Rudi berlari pula ke dalam rumah melalui pintu dapur yang dibuka renggang. Dia kembali mendapatkan ayahnya sambil menghulurkan pisau Rambo. Selepas membaca basmalah, dengan sekali takikan, mata pisau itu memutuskan urat halkum dan urat merih di leher Jalak. Jalak diletakkan ke atas rumput kering. Ia menggelupur seketika sebelum benar-benar kejang dan kaku.

Pak Jali melempar pandang ke sawah yang terentang di belakang dapur rumahnya. Sawah itu sudah lama tidak menjadi. Sejak kemarau menyungkup bumi hampir satu setengah tahun, air tidak dapat disalirkan. Udang, ketam, keli, haruan, malah ular sawa dan tedung selar terbongkang-bangking menjadi bangkai di atas tanah sawah itu.

"Jali!" Satu suara garau singgah di cuping telinganya. Bunyinya keras. "Jali!"

Pak Jali menoleh. Seorang lelaki separuh baya berjalan terhenjut-henjut ke arahnya. Haji Musa. Jirannya itu cacat sejak lahir. Kening Pak Jali berkerut. Hairan melihat Haji Musa seolah-olah tidak keruan.

"Jali, kau dah tahu?" Haji Musa tercungap-cungap.

"Tahu apa?"

"Someng."

"Someng? Kenapa?" Pak Jali mulai gusar.

"Semua orang dah heboh. Sebab lepas subuh tadi, masa Ripin nak ke kandang lembunya, dia terserempak dengan Someng."

"Habis, apa jadi pada Ripin?" Pak Jali telan liur. Kegentaran menjalar ke seluruh saraf.

"Apa lagi, kena cekuplah!"

"Innalillah..." Pak Jali menggeleng kepala. "Semoga Allah lindungi kita."

"Kendana tak ada di kampung buat sementara. Tapi penghulu dah hubungi dia. Kendana minta kita amalkan bacaan surah al-kahfi. Katanya, pendinding yang serupa ketika berhadapan dengan dajal. Kalau boleh, hafal sepuluh ayat pertama atau sepuluh ayat terakhir."

Pak Jali angguk.

"Aku kena pergi sekarang. Nak sebarkan kepada orang lain pula. Kalau kau terjumpa sesiapa, tolong ingatkan mereka tentang ni." Haji Musa berkalih ke belakang. Berjalan susah payah meniti batas sawah. Dua, tiga langkah menapak, dia tiba-tiba berpaling, sambil melaung. "Lagi satu, orang perempuan lebih baik duduk di rumah. Bahaya!"

Pak Jali angguk. Haji Musa hilang ditelan rimbunan semak-samun di batas sawah yang suatu ketika dahulu bertanah bencah.


2.

Lelaki pendek, berbadan sangat gemuk. Kulitnya coklat kemerah-merahan. Berkepala besar, rambutnya kerinting berbintik-bintik, tebal berkelok-kelok seperti dahan pokok. Someng. Dia memang jelik dipandang. Mata kiri yang tidak beralis terbelalak persis biji anggur terapung. Someng. Tampangnya sungguh menggerunkan!

Someng berjalan laju. Tapak kaki menyapu tanah garing dan berdebu. Angin kencang. Rambutnya yang menggerbang kian berambu.

Someng mendepa tangan. "Hai, orang kampung! Keluarlah, jangan kalian takuti aku. Aku datang dengan niat baik. Aku mahu bantu kalian." Someng terus berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Setiap rumah yang dilaluinya bertutup rapat. Sunyi sepi bagai tiada penghuni.

Angin menderu lagi, berkesiuran. Daun-daun kering berguguran, melayah di atas tanah. Someng terus menapak. Sesekali tidak berputus asa. "Keluarlah, aku benar-benar mahu bantu kalian!" Someng mengelih ke deretan rumah-rumah di sebelah kanannya. Dia perasan, ada beratus-ratus pasang mata sedang menjilat susuk tubuhnya. "Kenapa kalian takuti aku? Aku juga makhluk Tuhan seperti kalian. Aku datang dengan niat murni."

Pak Jali berteleku di atas mengkuang lusuh. Lembar al-Quran ditatap dan mulutnya terkumat-kamit membaca surah al-Kahfi. Suara Someng luar cuba tidak diendahkan. Rudi di sisinya turut mengalunkan irama kitab suci itu. Mak Som mengitar biji tasbih, membasahkan lidah dengan zikir.

"Kau syaitan!" Satu tempikan tiba-tiba muncul dari sebuah rumah.

Someng melirik senyum. Lega apabila kata-katanya mulai terpancing. "Jika aku syaitan, masakan kakiku boleh menjejak tanah seperti ini? Cuba kalian lihat." Someng melempar jerangkap. Ada keriutan kedengaran, bunyi lantai dipijak.

Beberapa orang penduduk kampung yang teruja melihat Someng, memata-matai di balik sela-sela dinding papan. Ternyata, kaki Someng mencecah tanah. Pesan Kendana dahulu dilupakan - jangan penuhi sebarang ajakan Someng. Helahnya seribu satu macam!

Orang kampung disergap aneh. Benarkah Someng itu syaitan? Atau manusia? Atau, dia sebenarnya jin separa manusia? Soalan bertalu-talu memukul benak.

"Aku manusia seperti kalian. Rupaku hodoh kerana aku dilahirkan cacat. Aku menerima takdir diriku begini." Someng menyeluruhi dirinya. Mimik muka meraih simpati. "Disebabkan manusia lain tidak dapat menerima kehadiranku, aku telah pergi jauh dari desa kelahiranku sendiri. Aku mendiam di sebuah pulau yang tidak ada khabar tentang keadaan di sini, aku rasa bertanggungjawab untuk menolong." Mata kirinya yang tersembul terkenyit-kenyit dirempuh angin.

Jeda.

Someng menggaru lengan yang berbincul-bincul. Berkerak-keruk bunyinya. "Nah, aku bawakan barangan yang menajdi keperluan kalian!" Someng menadah tangan ke langit. Dia pura-pura berdoa. Dalam sekedip mata,  terjelma di hadapannya beberapa guni beras, sayur-mayur dan buah-buahan aneka warna.

Penduduk kampung yang sedari tadi terhendap-hendap di sebalik dinding rumah, melongo hairan. Takjub. "Someng berdoa, dan terus makbul!" Orang kampung berbisik-bisik.

Someng ketawa di dalam hati. Bergaung-gaung. Dia tahu , umpannya mengena. "Apa yang kalian tunggu? Allah sudah beri rezeki. Ini milik kalian. Ambillah!"

"Someng pendusta! Janganlah kalian memenuhi ajakannya. Dia licik. Jangan cuba dengar bicaranya walau sedikit. Tumpu dan pandanglah lembar al-Quran itu. Meski kita kebuluran , kehabisan makanan, haiwan ternakan mati, tumbuh-tumbuhan tidak hidup, ingatlah!" Kendana bersila kukuh. Pandangannya teduh, tetapi memancar ketegasan. Dia meraup muka. "Ingatlah satu perkara. Kita akan terus kenyang dengan tidak makan. Bagaiman caranya? Zikrullah!" Sambil menunduk sedikit, Kendana membetulkan letak duduk serban di kepala. Dahinya merenik peluh. "Bukan mustahil kita boleh kenyang dengan zikir. Buktinya akhir zaman nanti, sebelum kemunculan Dajjal, kita akan dilanda kemarau panjang. Tidak pernah ada yang lebih teruk melainkan pada saat itu. Kita akan kehabisan bekalan makanan, dan orang-orang yang hidup pada waktu itu hanya mengisi kekosongan perut dengan zikrullah."

Amanat Kendana beberapa minggu sudah bagai dibawa angin lalu. Mata berkelipuk-kelipuk melihat makanan melimpah ruah. Seorang dua sudah mula membuka pintu rumah, dan ada yang terus terjun dari jendela mahu rebut 'bantuan' Someng. Someng sudah dikelimun. "Ambillah, ini kepunyaan kalian!" Someng semakin menggalakkan. Dia tersenyum puas. Tiga, empat buah penghuni rumah sudah 'melutut' di kakinya

"Kamu pasti tidak sahaja mahukan ini, bukan? Aku yakin kamu dahagakan air. Apakah kamu mahu lihat air yang banyak, mengalir tidak putus-putus?" Someng menanjul lagi.

Beberapa orang penduduk kegiuran, terus mengangguk laju.

Pak Jali mengintai dari renggang jendela. Dia metah terkejut. "Astaghfirullah... Lindungi kami, ya Allah!" Rudi ingin menjenguk, tetapi lengannya segera dipaut. "Jangan Rudi. terus baca al-Quran!" Dahi Rudi berkerut tetapi segera mengangguk. Mak Som menjeling telatah dua beranak. dengan ekor mata . Hatinya cuba dilimpahi zikir.

Penghuni empat buah rumah di baruh telah disihir. Someng mengikat sengkela di kaki-kaki mereka. Tiada siapa pun mampu melihat belenggu ghaib itu, kecuali beberapa orang yang terpilih. Antaranya ialah  Kendana sendiri. Malang, Kendana masih belum pulang. Urusannya banyak. Menangani permasalahan masyarakat bukan terbatas di kampung sendiri, tetapi mencakup daerah-daerah jauh.

Orang kampung yang masih berpegang teguh dengan amanat Kendana hanya mampu melihat jiran-jiran mereka dibawa pergi. Sambil membuntuti Someng mereka leka dengan timbunan makanan yang semakin jauh mengelabui mata.


3.

"SOMENG itu ahli sihir. Jangan mudah terpancing dengan kata-katanya. Saya sudah pesan banyak kali sebelum ni. Jangan pernah cuba mendengar perkataannya. Dia licik, mudah memperdaya. Kita tidak nampak syaitan-syaitan yang mengiringinya." Kulit Kendana yang putih merah seperti disalai.  Hatinya mengkal.  

"Ini musibah besar!" Kendana menekan suara. Suasana di dalam masjid kian membahang. Penghawa dingin sudah lama rosak. Terik mentari di luar bagai menembus ubun-ubun kepala. Hanya sesekali semilir mengusap melalui jendela yang sengaja dingangakan.

"Kendana, apa akan jadi pada orang kampung kita yang ditangkap Someng?" Haji Musa tiba-tiba mencelah. Pak Jali di sisi menjeling sekilas, kemudian mengangguk-angguk.

Kendana menarik nafas. "Wallahua'alam. Cuma setakat yang saya tahu, mereka akan dimangsakan untuk menambah kekuatan sihir Someng. Bagaimana caranya, sama ada dibunuh, dikurung sahaja atau apa, terdinding daripada saya untuk mengetahuinya." Pandangan Kendana mengitar jemaah di hadapannya. Mereka bersila kukuh, tekun mendengar.

"Ini baru ancaman Someng. Belum lagi kemunculan Dajjal." Rudi bersuara, menekur lantai masjid beralas permaidani hijau berbelang kuning yang melapik duduknya.

Kendana meraup muka sambil beristighfar, "Ya, ini baru cubaab kecil jika hendak dibandingkan dengan fitnah al-Masih al-Dajjal Rasulullah pernah bersabda: Semenjak Adam diciptakan sampai terjadinya kiamat, tidak ada hal (cubaan) yang lebih besar daripada Dajjal. Ini membuktikan bahawa fitnah Dajjal di akhir zaman adalah sangat dahsyat."

"Bagaimana fitnah Dajjal tu, Kendana?" soal Pak Jali teruja.

"Fitnah Dajjal adalah fitnah syubhat, iaitu yang hak dilihat sebagai batil, dan sebaliknya. Satu lagi ialah fitnah syahwat. Jadi, fitnah-fitnah ini bukanlah bersifat paksaan dan kekerasan, tetapi bersifat syaithani. Sama seperti fitnah syaitan kepada pengikutnya dan sesiapa saja yang telah terpedaya dengannya."

Jemaah terkedu. Mulut terelopong. Ada kegentaran menjalar di seluruh tubuh, meresap ke pembuluh darah.


4.

RUDI mahu menjenguk anak kambing kematian ibu, terikat di dalam dusun tidak jauh dari rumahnya. Kambing milik Pak Jali itu cukup disayangi Rudi. Moli. Begitu gelaran Rudi terhadapnya. Kambing itu dilihatnya kelmarin sudah kurus kering, bakal mengikuti jejak langkah adik-beradiknya yang sudah ditelan tanah.

Rudi mengambil basikal tua yang disandar di bangsal rumah. Basikal uzur itu ditolak beberapa ketika sebelum dinaiki. Dia mengayuh perlahan.

Rudi masuk ke sebuah lorong sempit. Di kiri kanannya rimbunan semak-samun. Rudi mengayuh berhati-hati. Bibirnya terkumat-kamit mengalun zikir.

Sekonyong-konyong satu lembaga melintas. Rudi hampir terbabas ke dalam longkang kecil di sebelah kiri, mujur sempat dibrek. Rudi meligih. Badannya berpeluh dingin.

Lembaga itu berdiri betul-betul di hadapannya. Dengan segaris senyuman, dan sebiji mata yang tersembul, Rudi rasa seperti mahu pengsan. Someng. Rambutnya hodoh, berjerambai seperti ular hidup meliuk-liuk.

"Astaghfirullahal 'adzim, Astaghfirullahal 'adzim..." Rudi beristighfar berkali-kali, cuba meredakan ketakutan yang mula meraja.

"Kau mahu ke mana, anak muda?" tanya Someng. Pandangannya ditancap ke muka pucat lesi itu.

Rudi tidak menjawab. Anak mata dilarikan. Gusar dikuasai Someng. Rudi berselawat sambil berdoa di dalam hati.

"Jangan takut padaku. Nah, lihat Moli anak kambing kesayanganmu! Dia masih hidup." moli tiba-tiba mengembek di kaki Someng. Ia muncul tiba-tiba. Sekelip mata.

Rudi teringat pesan Kendana. Butir bicaranya bertalun di dalam kepala - Someng penipu. Dia ahli sihir. Jangan dekatinya. Jangan pernah cuba mendengar perkataannya. Someng jangan dilayan!

"Bismillahirrahmanirrahim.."  Rudi mengumpul kekuatan, cuba memusingkan basikal tua itu, kemudian mengayuh laju-laju. Dingin tubuhnya bagai mahu kejang. Serasa-rasa tidak ada lagi kekuatan meneruskan kayuhan. Dia berusaha melawan.

Rudi menoleh di belakang, bimbang dikejar Someng. Tidak ada. Someng sudah ditinggalkan jauh ditelan semak rimba. Rudi segera berkalih ke hadapan. Mengayuh sepantas mungkin. Dia mahu segera sampai di rumah. Tayar basikalnya terlanggar seketul batu besar di tengah jalan. Basikalnya terbalik. Rudi terjerembap.  Tapak tangannya perit. Berdarah. Bibirnya turut rabit.

Ada haluran tangan kasap.

Rudi gamam. "Allahu akhbar!"


5.

"RUDI!"

Adaa getilan di pahanya.

Rudi meronta-ronta. "Allahu akhbar! Allahu akhbar!" Tangannya digawang-gawang sambil berusaha menepis sekuat hati

Tubuhnya digegar-gegar. "Rudi, hei, bangun!"

Matanya perlahan-lahan dibuka. Mak Som bercekak pinggang. "Dah subuh ni. Mimpi apa sampai dahsyat sangat mengigaunya?"

Rudi menggigil. Ketakutan masih menjalar di tubuh.

"Sudah bangun cepat. Dah subuh ni. Entah-entah tidur tak baca doa." leter Mak Som sambil keluar dari biliknya.

Mata Rudi terkesip-kesip. Merenung siling. "Aku mimpi rupanya..."

Saat ingin bingkas bangun dari katil bujangnya, sebuah buku tercampak ke lantai. "Di Ambang Kemunculan Dajjal." Segera dia teringat buku itulah yang tekun ditatapnya semalam sehingga terlena.

"Someng... dajal... Na'uzubillah." Rudi menggeleng-geleng.


Tamat



17 November 2012

All About Teluk Chempedak



12 November 2012, Isnin :))

Family mai amik! Kul 10 lebih siapkan diri. Hampir kul 12 abah, mak & wanema sampai hostel. Aku terus turunkan barang. Banyak gila! Alhamdulillah ada bum. Thanks a lot kawan.

Takut juga tak muat barang-barang dalam keta. Tapi selepas disusun oleh abah yang bijak akhirnya setel! Alhamdulillah. Lepas abah solat zohor kami bertolak. Tapi sebelum tu singgah Teluk Chempedak! Ni dia apa yang sempat di snap. Indah ciptaan Allah. Tenang diri ini melihatnya.




  
  



Last Paper

Kuatkan diri. Rehatkan diri. Paksakan diri untuk last paper!

Lappy teman di kala sepi. Kalkulator teman di kala ingin menyelesaikan pengiraan. LOL!


Finally. Done my last paper!
Highway & Traffic Engineering :))



11 November 2012, Ahad in memory

06 November 2012

Semester 6 Part 5

Kelmarin & tulat tiba-tiba JBA Kuantan nak tutup-tutup air mengejut. Tapi perkara ni bukan sekali pernah jadi sepanjang aku duduk belajar kat Kuantan yang aku "SAYANG" ni. Huhu. Memang setiap sem JBA akan buat macam ni. Cuma nasib sem 6 ni agak malang sikit sebab berlaku masa kami tengah FINAL EXAM. Nasib baiklah JBA Kuantan takde FB, kalau tak haaa.


Actually apa yang jadi sem ni sama dengan masa aku sem 3. Memang iman aku tergugat & kesabaran pun agak kurang malah tak dinafikan TAKDE LANGSUNG. Hahaha. Air mula takde masa Jumaat lepas, kesian Dira air sikit ja untuk dia nak sucikan diri pagi Sabtu tu. Dia ada paper Analisis Struktur pagi tu. Lepas tu aku ingatkan air boleh ada balik, budget sehari ja ada problem. Rupa-rupanya berlanjutan.

Ahad esoknya aku ada paper Kej. Alam Sekitar. Siang tu dengar cerita banyak kawasan yang dah ada air balik. Aku pun buat muka gembira + bahagia. Tetiba dapat dengar air kat area Alor Akar takde lagi. Semua kedai tutup area Alor Akar. LOL. Kesian-kesian. Si Ac & Min dah siap sedia dah nak beli makanan kat area Jalan Beserah sana. Aku pula rasa kenyang lagi. Otak aku terus serabut memikir camne nasib aku esok ni.

Aku tak join pun Min & Ac g beli makanan, memang takut tak cukup masa aku nak study. Hii. Study last minit (padan padan padan) lagipun aku tak lapar pun. Petang tadi baru ja makan nasi lauk ayam kurma. Kenyang kenyang. Tapi aku agak rasa tak selesa sebab tak mandi lagi. Nak angkut air emm boleh memang boleh tapi pk masa. Huhuhu.

Tiba-tiba Mira datang bilik aku bersama-sama dengan Bum, Bum asalnya nak mandi kat umah sewa dia sendiri tapi terpaksa patah balik & pergi mandi kat umah sewa Mira. Bawa moto Mira. Tup tup tup cte pasal air takde & Ac Min g beli makanan. Dorg offer aku & Dira bawa moto kalau nak g mandi atau g beli makanan. Wow! Menarik. Tapi aku pk juga masa aku. Dira ajak, aku pun pk takpelah aku try.

Actually lama dah aku tak bawa moto. Last tahun 2010 tak silap. Aku balik umah pun kalau nak ke mana-mana aku suruh adik-adik bujang aku ja bawakan. Hahaha. Pemalas. Secara jujur :P Dah makin tua, jiwa merempit pun makin pudar.  So, seperti yang jadi sebelum-sebelum ni. Sekali lagi aku buat perkara yang aku tak pernah buat sepanjang aku study hampir 3 tahun kat Kuantan ni, aku BAWA MOTO. Hahahaha.

Dengan menaiki moto ego kepunyaan Mira memang aku rasa kekok. Huhu. Tapi selamatlah pernah juga bawa moto ego kat kampung dulu. Masa bawa & bonceng Dira ok ja, tiba-tiba aku kalut jap cari manalah signal. Hahaha. Ngah bawa aku terpaksa berhenti depan umah orang. Minta tolong Dira carikan juga. Oh akhirnya jumpa. Fuhh selamat. Teruskan perjalanan dan selamat sampai di rumah sewa Mira & adik junior lain merangkap kawan-kawan Dira.

Ingatkan nak g Pantai Selamat ja untuk beli air mineral. Tiba-tiba Dira rasa lapar dia ajak mamam MCD. Dia kata dia nak belanja, aku ok ja. So kenalah g TC aka Teluk Chempedak. Tu je MCD paling dekat. Sampai-sampai cari parking. Oh agak lama juga aku tak g TC. Maybe masa ni juga lah last aku g TC. Last sem :P Dah setel park moto, then kami terus berjalan ke arah MCD! Pelik aku ramai orang. Rupa-rupanya ari sabtu dah, masa tu juga aku baru ingat ari sabtu. Tengoklah suasanan exam budak-budak mesti senang lupa hari dari tarikh. Huhu.

Otak aku masa ni berangan, kan best aku bleh stay sini lama-lama. Kalau takde paper esok ni lama dah aku lepak TC ni. Rindu aku suasana tenang angin tepi pantai macam TC ni. Aku dulu memang suka nak belajar kat Kuantan sebab dekat ngan pantai & laut dan 1st time aku jejak & terpandang TC ni aku dah jatuh cinta ngan kecantikan  TC ni. Cantik airnya biru. Almaklum lah laut china selatan kan. Warna air biru laut. Cuma kekurangan TC ni biasalah orang dating-dating, semak! LOL.

Dah setel membeli kami singgah beli 3 botol besar air mineral pula kat 1 kedai ni, then kami pulanglah dengan otak yang tak bape nak tenteram. Sebabnya aku ngah pk ni camnelah nak angkut barang-barang ni semua. Yela mooto ego ni manalah ada bakul macam moto-moto lain. Last-last mcd aku masukkan dalam beg. Air mcd Dira masukkan dalam beg dia. Redho sangat-sangat masa ni, hopefully tak basah. Sudahlah dia kena pegang beg aku, tambah pula ada 3 botol air besar dalam satu plastik.

Dengan lafaz bismillah aku bawa lah moto, paling benci aku banyak keta. Masa ni lawak, sebab aku ni nak try-try ikut jalan dekat balik ke hostel sekali jauh juga daa. Melilau sampai ke jalan besar kakakaka. Terikut jalan menuju JUPEM Kuantan. Huhu. Selamat jumpa juga jalan pulang. Perghh best juga naik moto area Kuantan. Sejuk oooo malam-malam. Bawa laju-laju pula rasa macam nak ulang ja bawa moto.

Akhirnya kami selamat sampai hostel, yang sedihnya air milo tumpah sikit kat beg Dira. Kesian Dira duk belakang sebenarnya lagi susah. Nak kena stay diri dari terjatuh & nak bawa barang lagi. Alhamdulillah takda apa-apa yang buruk jadi. Ni lah antara kenangan last sem aku kat sini. Aku akan ingat sampai bila-bila. Sampai bilik, tukar baju rehat-rehat then terkam makanan yang dibeli. Lapar dah mai. Then lepas mamam aku teruskan perjuangan study untuk paper esok... 3 & 4 November yang mencabar.



4 November antara hari TENSION aku. SEDIH & macam-macam. Biar aku simpan. Mungkin Allah nak uji, mudah-mudahan ada hikmah di sebalik semua ni.


Wahidah BME

02 November 2012

Awesome! Dapat Free Kan Best

Maserati
       

Wow smart sangat-sangat keta ni. Aku suka ! Dapat tengok pun dah cukup. Hahaha.

01 November 2012

1 November 2012 Umur 21 Tahun

Alhamdulillah umur dah genap 21 tahun. Betul-betul genap bila dah lepasnya subuh hari ni. Tepat kul 12 malam tadi, orang pertama wish Adira my best friend. After tu Ac junior aku, duk bilik blkg. Cukup mereka wish & doakan kebaikan aku pun ok. After that lepas aku mandi (jgn mandi mlm :P) junior aku lg sorg, Min pula wish. Siap nyanyi-nyanyi. Very appreciate. Malu :D




Oh ya! Actually membe skola lama aku Hazimah ada wish smlm ptg. Hihi. Awal sgt. Rindu dia n adik kembar dia Haziqah. Hope sgt dpt jumpa korg one day nnt. Aamiin. InsyaAllah. Dalam kul 1 pg td aku g bilik blkg p urut kepala Dira. Dia pening. Lagipun kesian esok dia ada paper Hidrologi sekali ngn Ac, baru ptg td jwb Design 1. Sama cm aku sem lps. Mmg serabut sgt situasi cmni. Haha. Apa bleh wt nama pun nak berjaya kan. Tempuh ja. InsyaAllah ilmu berkat kejayaan pun comform dpt.

Sambil urut dorg nyanyi-nyanyi lagu bufday "Allah selamatkan kamu" hihi. Macam-macam dorg ni. Dlm dorg bz-bz pun masih ada ms happykan aku. Sem dpn aku dah takde kt sini. Ni sem last aku. Tu rasa aku nak update blog aku cte pasal bufday aku. Huhu. Benda ni kira cm diari aku. Huha. Then aku ada rakam video, tu la first video aku rakam sebagai kenangan sepanjang aku study kat sini.

Pastu lepas dah habis urut Dira sambil sembang-sembang, dorg mula study. Kesian dorg, aku faham sbb aku prnh ada situasi cmtu. Aku suka tgk dorg study hard. Bagus. InsyaAllah dorg akan berjaya. Then tak lama tu Ac bagi aku makan 2 bar coklat cadbury. Wakaka. Yummy. Kek takda tapi coklat ada. Ok la tu :) Oh aku makin tua. Zaman remaja aku dah TAMAT sama sekali. Aku dah masuk peringkat DEWASA. Dah TUA. Oh tidak!





Sekejap ja masa berlalu. Anak mak & abah dah besar dah. Belajar pun hampir habis. Lagi beberapa hari ja lagi nak TAMAT. Maksudnya anakmu ini dah boleh dikahwinkan dengan Muhamad Hafiz. Huhuhuhu. Lagi seronok kalau dapat kawin awal. Yekk gatal. Hee. Apa boleh buat. Tak elok lama-lama bercinta. Tak manis macam gula sebab akan dipandang pahit macam peria oleh masyarakat. Tak elok. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kami berdua. Aamiin.

Setiap tahun ada kenangan ulangtahun kelahiran aku. Terima kasih sesiapa yang ingat. Aku hargai sangat. Zaman teknologi ni lagi mudah orang nak tahu tarikh lahir kita. Depa byk wish oo kat FB. Wajib-wajib. Huhuhu. Thanks kat semua yang wish :) Mohon doa dari kalian. Sayang semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO