03 January 2013

Ada Di Luar Negara Dalam Masa Setengah Jam !

Tajuk nak gempak je Wahidah BME ni. Hik3. Saja ja, jangan marah noh. Satgi kena jual. Hee. Percutian pulang ke kampung kelahiran aku masa hujung May 2012 yang lalu buat aku berkesempatan melangkah ke 'luar negara' bersama Abah & Wanema adik aku. Cadangnya nak follow jiran kampung mak, tapi Abah lewat sangat. Hik3.

Last-last kami la p tibai g sama-sama ngan Abah. Mak jual mahal. Hahahaha. Jalan-jalan lah kami 3 beranak. Abah pandu kereta perodua Kelisa yang uncle ktorg pinjamkan. Kampung Tebedu Serian Sarawak ni memang dekat dengan sempadan Kalimantan Indonesia. Ye kot. Entah. Tak sure. Yang penting memang dekat dengan sempadan.

Salunya peniaga dari Indonesia akan datang ke kampung untuk meniaga. Biasanya kain batik dan pakaian. Ingat lagi masa aku kecil-kecil dulu, mak ada belikan aku baju dan seluar dari peniaga dari sana. Ada lagi until now. Muat lagi. Aku kan terbantut. Hik3. Apa-apa pun kain batik lah paling best beli. Kain batik depa kan cantik-cantik dan berkualiti.

Paling murah kalau dapat tawar menawar dengan dorg. RM8/sehelai. Ha gitu. Sehelai ke nak panggil untuk kain batik. I dont know. Hik3. Dengan bantuan sorang hamba Allah ni yang datang tiba-tiba meng'offer' diri kami selamat masuk ke Indonesia. Hahaha. Perkara ni biasa, hik3. Not bad la. Aku kalau banyak duit mesti dah borong dah macam-macam.

Yang dapat memborong abah jela. Abah ada tanya nak beli apa, tapi aku malu-malu miow la. Haha. Kain batik pun dah cukup. Ok sebelum korang bosan aku bebel meh aku kongsi picture-picture. Aku sempat snap after g shopping ja. Hee :D




No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^