23 January 2013

Witri Masuk KVDLM Rembau !

A'ha. Walaupun lambat sehari update aku nak juga update pasal entry ni. Hik3.


21 Januari 2013, Isnin

Pagi-pagi, Abah Mak Aku Wanema & Witri bangun antara jam 5pagi - 5.30pagi . Semalamnya kelam kabut sikit sebab baru balik dari kampung Johor. Along kawin, sepupu perempuan aku. Ptg g Mydin ngan Abah Wanema & Witri. Beli barang Witri yang tak lengkap lagi.

Kami bertolak jam lebih kurang 6pagi lebih. Wah gelap lagi keliling. So excited ! Rasa macam tak percaya ja nak hantar Witri ke sekolah asrama. Stop jap kat stesen minyak.


Kesian Witri tak berapa sihat sangat masa ni


Abah bawa mmg laju sangatlah. Macam biasa, hahaha. Sampai susur masuk Pedas Linggi Rembau, abah pun masuk. Then ha ! Sampai dah. So sekejap lah. Tak sampai 2 jam. Hik3. Sampai Kolej dalam jam 8 pagi camtu.

9 pagi baru mula majlis, mak tunggu dalam dewan. Kami sarapan, mak kata kenyang. Bila dah mula majlis taklimat, ibu bapa kena duduk dalam dewan, anak duduk luar. Apa lagi menyembang lah kami adik beradik. Oh mengimbau kembali kenangan masa daftar kt SMTKS !


Suasana dari luar dewan 

Masa daftar agak kelam kabut sebabnya daftar online so ada masalah teknikal. Ini adalah perkara biasa, haha. Sebab kawan-kawan teknik dulu pun pernah juga kena. Banyak borang-borang yang perlu di isi tak diberi dengan lengkap. Semua kena print sendiri. So lepas ni bila aku nak daftarkan Wafiq, aku takkan pakai sistem internet dah. Haha. Kesian Witri :(

Aku rasa bersalah sangat-sangat tak dapat sediakan yang terbaik untuk dia dari segi pengurusan pendaftaran. Apa-apa pun aku harap Witri dapat jadi manusia yang lebih baik bila dah menuntut ilmu kat sana. Berat juga hati bila dapat tahu dia terus ambil Diploma selama 4 tahun. Ingatkan SPM ja. Sijil Kemahiran Vokasional Malaysia + Diploma Mekanisasi Agro. Hope jadi best student dalam kursus, ikut jejak Wasie.

Bersungguh-sungguh kami tolong Witri kemaskan katil & almari. Ada yang tak lengkap masa ni. Um. Aku yakin dia mampu hidup berdikari kat sana. Abah & Mak banyak berkorban. Moga Witri sentiasa ingat. Aku & Wanema sekadar sampingan juga adik beradik yang lain. Alhamdulillah hajat nak masukkan Witri ke sekolah vokasional tercapai. 


Wanema yang membantu. Hihi.





No comments:

Post a Comment

Macih sudi komen ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN IKLAN IKLAN IKLAN ...... KLIK KLIK YE IKLAN UNTUK INFO